Tuesday, March 8, 2011

Aar cer cerpen 1 - CiNta dan cOkElaT

 - Sudah lama aku terpaut hati padanya sejak mula aku berada di kedai ini , setiap hari selepas pukul 5 petang pasti dia akan singgah ke kedai untuk membeli cokelat , aku selalu mencuri pandang tatkala beliau berkunjung dan memilih cokelat-cokelat kegemaran beliau , aku ingin menegur tapi percakapan ku kelu .

    hari ini beliau singgah lagi tapi bukan seorang , beliau ditemani seorang lagi kawan nya , dan baru hari tu lah aku dapat mengetahui nama beliau melalui kehebatan ku dalam acara curi-curi dengar yang telah lama aku praktikkan kerana tepengaruh dengan cerita "bio-nik man" yang pernah disiarkan di tv3 dahulu . Cukup indah namanya , terdengar kawan nya memanggil Siti zulaikha norhamsani cinta abadi kukasih , maaaaaakkk aaai betul punya panjang nama beliau , aku memikirkan , tidak penatkah kawan nya memanggilnya begitu setiap kali bersembang . kalo aku sudah pasti tesembur-sembur buih di tepian mulut nak menyebutnya , bayangkan la kalo ada kecemasan , perlu jerit nama nya kuat-kuat pasti seperti orang gila bila ditonton jiran . aku juga sering terfikir bagaimana keadaan ku apabila ingin akad nikah didepan tuk kadi nanti , tentu tuk kadi basah bermandi air liur ku ye tak , ewaaaah sampai ke situ lak aku befikir padahal menegurnya pun belum lagi .

   Beliau muncul lagi di depan pintu kedai hari ini dengan mengayakan gaun bewarna kelabu , oooowh aku terpana melihatnya , cukup cantik sekali pemandangan yang sedang aku tatapi ini , aku memerhatikannya cukup lama , yeaa cukup lama , seperti tidak ada apa lagi yang cantik dalam dunia ini kecuali dia , hari ini dia membeli lagi cokelat , selalu juga aku tefikir , tak takut ke dia makan cokelat hari-hari , risau juga aku kalau-kalau dia akan menghidapai sakit Diabetis @ kencing manis @ potong betis , bagaimana masa depan ku dengan dia nanti , tapi tak mengapa mungkin itu la yang membuatkan dia makin manis aku lihat setiap hari , kang kalo aku menasihati dia dah tak dapat aku melihat dia lagi . baik aku simpan jek niat itu .

   setiap hari aku hanya mampu melihat beliau tanpa apa-apa teguran , beliau juga sering memandang aku tanpa respon , aku terkedu dan macam biasa percakapan ku kelu . tapi perasaan ku ini seperti sudah rasa cukup hanya bila dapat memandang beliau , padahal jiwa meronta-ronta ingin menegur , mungkin 1 hari nanti akan tiba juga saat dan detik itu , cintaku padanya juga kian menebal setiap hari .

   hari ni beliau datang , aku lah yang pertama perasan kehadiran beliau dari tepian jendela lagi , hari ni beliau datang bersama 5 orang rakan nya dengan lengkap berpakaian cantik seperti ingin pergi ke rumah terbuka .. tanpa aku duga , hari ini lama beliau memandang ku , aku kaget tidak begerak dan akhirnya saat yang aku tunggu tunggu kini tiba bila beliau dan rakan nya menegur ku dan mengajak aku sekali ke majlis tersebut , aku begitu gembira sekali , aku menjerit-jerit macam kena rasuk , perasaan itu tidak penah ku rasa ianya seperti bunga matahri yang sedang berkembang , owh bahagia yang ku idam telah muncul akhirnya ..
  
   Sesampai sahaja kami suma disana kelihatan begitu ramai tetamu yang hadir , aku lihat ada pelamin kecil terhias di hujung sudut , hati ku bedebar-debar , tetiba dia mamautku pergi , aku tersentak sebentar , mungkin kah majlis ni majlis kejutan yang beliau buat untuk ku , adakah dalam diam-diam juga beliau menyukai aku lalu mengatur 1 majlis pertunangan dengan ku secara terkejut . aku lemas dalam anggapan ku sendiri , adoi wajahnya cukup cantik malam ini ..

   bila sampai di depan kami dikerumuni oleh ramai tetamu , mungkin untuk berjabat tangan untuk mengucapkan tahniah , tapi anggapan ku meleset , langit tidak selalu cerah , ini membuatkan aku betul-betul terkejut , aku dipatah-patah kan oleh mereka , aku menjerit-jerit aaaaaaaaaaaaaaarrrkkkh adddooiiii , lagi dasat mereka memakan aku dengan penuh selera , jeritan ku tenggelam dalam mereka bersuka ria , baru lah aku tesedar yang rupa-rupanya aku ini hanya sekeping cokelat .. macam mana aku xtau aku ni cokelat , kenapa aku ada perasaan cinta pada dia , aku terus menangis dan menangis sambil menyanyi lagu dendangan Ziana Zain bertajuk 'Pelamin angan ku musnah ' di susuli oleh lagi Zaiton Sameon selepas itu .. aku kena makan dah - sekian

3 comments:

  1. hahaha...besh2...i loike it...tp pelamin anganku musnah bkan ziana atap zink nyanyi lol...Azie la penyanyi die...masih lagi tidak terlewat untuk aku ucap tahniah di atas kehadirannya menggantikan aku...uwaaaaaaaaaaa....lagu feverat...hahaha

    ReplyDelete
  2. hermmmm cekelat mn leh nk bezakn ziana zain ngan azie...apa pun, thniah diucapkn..cara penyampaian yg baek..

    ReplyDelete
  3. best...unsur suspen..

    ReplyDelete