SIAPAKAH FERNANDO TORRES DI SEBALIK BINTANG BOLASEPAK
ENGLAND : Pada penggemar sukan bolasepak pasti akan mengenali bintang sukan ini dengan lebih mendalam mengalahkan keluarga sendiri .. ini lah dia bintang bergemelapan dalam dunia sukan bolasepak 1 bola kejar ramai-ramai iaitu fernando torres , ramai anak-anak muda yang ingin menjadi handal seperti beliau ..namun , adakah mereka tahu pekerjaan separuh masa bintang sukan ini selepas tamat bermain bola .. di sini penyiasat kami telah pun menjalan kan tugas dengan begitu baik , memerhatikan kehidupan beliau siang dan malam sampai tak tahu mana siang atau malam , tentu ramai yang akan terkejut dengan apa yang bakal kami kupas sebentar lagi .. Torres atau nama timang-timangan manja nye "gores dan menang" ialah juga seorang Superhero selain aktif bermain bolasepak , beliau sering kali terkantoi dalam tak sedar diri dengan melakukan gaya-gaya yang tanpa perasan ialah gaya seorang superhero , beliau juga sering meracau-racau dalam bahasa jepun ketika mandi di persalinan , kawan2 tidak menyangka apa2 kerana memang beliau seringkali berulang alik ke jepun dengan alasan sebagai penggemar makanan "Sushi King"
ini lah gaya beliau ketika menjadi superhero , cuba banding kan dengan gambar di atas dan ianya amat mirip sekali , Pengurus pasukan beliau juga sering mengadu beliau seringkali hilang diwaktu2 kecemasan dan pulang semula membuat latihan dengan lengkap berpakaian sukan tetapi lupa menanggalkan topeng superhero , lepas tu bising pemain lain tidak mempassing bola pada beliau ( dah ko x tanggal topeng memang la orang x kenal , bendul perangai ) .. beliau juga didapati amat takut pada racun serangga , ini mungkin kerana Superhero Bernama Kamen Raider ni berasal dari serangga Belalang .. 1 foto footage yang berjaya di tangkap oleh penyiasat ( x begitu jelas sbb jauh ) didapati mereka ini berhimpun beramai2 sebelum berjalan menuju ker rumah terbuka rakan mereka
menurut kata saksi yang menyaksikan kejadian ini , mereka ni berarak dalam lingkungan 23km untuk sampai ke destinasi yang dituju dan apabila sampai mereka semua mengeluh kepenatan , panas , berlengas-lengas , lencun , melecet dan sebagainya .. sengal kan , motor ada yang pegi jalan kaki buat apa .. hadap je laaa - Man Misteri Berseri
ULTRAMAN DI TEMUI SESAL
Narita , Jepun : Kesalahan demi kesalahan yang telah dibuat oleh makhluk ni dalam menbanteras jenayah telah membawa beliau ke persidangan makamah kerana sering memijak , terpijak , terbaring atas banggunan-banggunan sekitar jepun .. masalah ini belarutan sejak tahun 80'an lagi dan nampak nya penduduk2 disana sudah tak dapat menahan pekung di dada lalu sebulat suara menfailkan saman ke atas beliau dan keluarga beliau .. semasa kami menemui salah seorang dari keluarga mahkluk bernama Ultraman ini , ternyata beliau sesal dengan apa yang telah dilakukan rakyat terhadap mereka kerana selama ini mereka bertungkus lumus berlawan dengan raksasa demi keamanan manusia sejagat , hanya kerana kami terpijak reban milik makcik akitawa , dia terus menghasut sekalian rakyat untuk menghukum kami .. itulah ulasan beliau dengan nada yang begitu sesal sekali dan terus berlalu dengan basikal yang ditunggang kerana telah terlambat untuk mengambil seorang pelajar tadika yang ingin pulang kerumah - Papa Nakal
LAGI BUAT POLIS MARAH
MIDVALLEY, KL : "lagi2 wat saya marah , laaaagi lagi wat saya maraaahhhh , saya nak pegi tandas kejap je x sampai 5 minit , security leh klem tayar keta saya , mana dia security yang rajin sangat nie , biar saya klem kepala dia ggggrrr ggrrrrrr waarff3x" .. begitu lah nada suara seorang polis yang tidak berpuas hati kerana kereta peronda Polis yang dibawa oleh beliau di kunci oleh Pihak keselamatan sebuah Shoping Kompleks terkemuka di ibukota .. pihak kami tersenyum buih melihatnya , kami tidak pasti apa nasib pekerja yang berani mengunci tayar kereta Polis nie , buta ke apa .. sindri buat sindri pikul - Latip Bergebang
PESAWAT MASA DITEMUI DI BALING , KEDAH
BALING , KEDAH : seorang peniaga belacan terkejut apabila menjumpai sebuah kenderaan unik dipercayai Pesawat masa berada di dalam gobok almari makanan beliau , beliau yang berumur lingkungan 40an mempercayai ianya sebuah pesawat masa kerana baru2 ini duit kertas rm10 yang diletak atas alat ini lesap begitu sahaja , dan beliau terkejut apabila menonton berita , ahli arkeologi telah menjumpai rm10 milik beliau tertanam bersama artifak2 lama yang berusia lebih 400tahun dahulu .. beliau mengatakan yang rm10 itu telah dibawa balik ke zaman silam dengan pesawat tersebut .. pihak kami seperti was2 dengan cerita ini lalu kami mengambil belacan dan diletakkan keatas alat yang dipercayai pesawat masa itu .. naaahhhh !! , hampir 5jam kami menunggu belacan tetap ada di situ tidak berganjak sedikit pun .. nampaknya ketika ini tuan punya badan telah pun berpeluh dingin dan tiba2 pintu di ketuk orang , muncul seorang tua berpakaian lebai lalu terus berkata " hah , engkorang dengar la tu auta dia tue , dari dulu lagi berangan2 nak cipta mesin masa la apa la , masa sendiri pun x reti nak urus , huh !!! " seraya berlalu masuk kebilik .. kami pula dah kuar peluh besar kat dahi ala2 katun sin chan .. 5 minit selepas itu , mulut peniaga belacan ini telah pun dipenuhi belacan gara2 geram yang membara , haa lantok ko , biar kena resdung ko kat situ .. - Maswandi Ahmad
No comments:
Post a Comment