Wednesday, March 23, 2011

BERITA SAMOSA

Lagi Aksi Berani Di Litar Lomba


Sepang , Selangor :  Ketika acara MotoGP berlangsung 3bulan yang lepas , pelumba terkenal Velentino Rossi atau nama pinangan nya The Doctor langsung tidak dapat menerima kenyataan tentang kekalahan beliau dengan Raja Rempit Malaya yang bernama Mat Nor Khusairi yang hanya menunggang Honda-Cup dari model Frame dan enjin hanya berkapasiti 90cc sahaja , ketika beliau di temui oleh pihak kami di belakang pentas podium , beliau sedang tertunduk malu sambil mencabut-cabut bulu ketiak mekanik beliau lantas kami datang untuk menemubual sekaligus menyelamatkan mekanik tersebut dari seksaan yang mengilukan mata memandang , beliau berkata " kawe betul2 heran , lagu mano hok dio leh menee , kawe paka moto besa hok dio cumo paka motocup , mu tau dok pueh kawe prehh moto kawe tapi tak dapak jugo nak motong , malu kawe malu kaweee dok tau nak ghoyak lagu mano dah nak letok muko nim , dah klik klik klikkkkkkk " ujar beliau dalam bahasa kelantan , pihak kami tepegun seketika , eyh bukan mamat ni orang italy ke ???  -  Man Mariapan


Pihak Nike Saman & Marah Pihak Tidak Ada Moral


Seri Setia , Gombak : Ketika pihak kami menghadiri sidang Akhbar bersama penyelaras dan pengerusi eksekutif syarikat Nike Malaysia , kami berkesempatan untuk menanyakan beliau tentang isu cetak rompak barang-barang keluaran Nike oleh pihak tidak bertanggungjawab dan beliau kelihatan cukup berang dengan hal yang terjadi , " depa ni memang orang tak tau untung , hangpa kalo jadi aku dah tentu hangpa pun geram kan , kalo nak tiru pun tiru la betoi-betoi , ini idak dengan ejaan nye pun salah , hangpa tengok la beg plastik ni , tak ke malu kita menengok nye , haaaiiihhhhh hari haru haruuu punahhhh puuunahhh , ada ke Nike jadi ' Naik ' , kapala dongga punya orang " .. pada masa itu beliau telah pun di sabar oleh pihak media kerana mengalami emosi tak tetap berskala tinggi dan kalo tidak di bendung boleh mendatang kan bacaan puisi yang tak berkesudahan , " aku dah kena dah dulu , ko taw dia kalo dah tensen kang kalo tak dikawal alamat nye sampai ke malam la kita dengar dia berpuisi , sabo je laa mak naaaaaaaakkkk " sampuk seorang wartawan dari majalah MATGMS ( Macam Artis Tu Glemer Meletuop Sangat )  ..  -  Ibrahim Topi




Rampai Iklan


Lot 6431 jalan asam keping ,
Gerai Makcik Leha Bandung mee Sedap Sepanjang Musim

- Sedia dan bersedia dengan seberapa banyak tempahan , resipi turun tumurun ketika menurun , pasti lazat di hidang ketika panas atau orang yang sedang panas , sesuai untuk majlis-majlis kesyukuran ( yang datang belum tentu bersyukur ) , kenduri kendara ( ni ramai datang nak makan je pun ) , majlis khatan beramai-ramai ( lantak pey la , ko yang nak kena potong ) , majlis menyambut menantu ( makan selagi leh makan keluarga mentua ) dan juga minum petang .. sebarang tempahan terus ke gerai makcik leha kerana kat gerai tidak ada talipon .. amik sendiri tiada sistem penghantaran di sediakan .. " Pasti sedap dan menyelerakan , tengok gambar laaa weeehhhh "

No comments:

Post a Comment