Thursday, May 26, 2011

BeriTa HanGit HanGit kEtiAk

  Fuh, setelah agak lama tidak menulis kerna kekangan masa yang melampau dan juga opis penulisan yang di landa ganguan makhluk2 halus ( errr bukan paranormal ye, makhluk halus yg di maksudkan ialah kuman yang membawa virus selsema hahak ), abes 1 opis duk tonyoh tisu ngan sapu tangan jek kat hidung sampai hidung masing2 dah merah macam mentol lampu.. Ok, skang ni keadaan dah stabil dan unit2 penulis dan penyiasat akan kembali menjalankan tugas seperti biasa untuk laman minda Cerletuop - letuop ini, yeaaaaaaaaaahhhhhhh hennssh henssshhhh, semangat sambil menghembuskan hingus ... ikuti berita tebaru dari wartawan kami yang sempat menemubual makhluk2 asing yang baru tiba di bumi semalam bertujuan menghadiri majlis berkhatan adik shamsuri selamat .. kita simbaaaaaaaaaaaaahhhhhhh jee

En. Barrbutazz - Semalam Yang Hangat

  Semasa kami tiba dipekarangan sebuah shoping kompleks terkemuka ibukota, kami dijerkah oleh beliau di kaunter pertanyaan, terkejut juga kami kerana melihat sesusuk tubuh badan yang besar ala2 kereta kebal itu, kami pun bertanya memang ini ke suit harian yang dipakai di Planet Zolzzotaz ( merecik air liur nak menyebut nama Planet ni ), lalu dengan tenang beliau menjawab ini adalah pakaian untuk pekerja meracun rumput dan serangga, chhhooooooiiii kami ingatkan memang sebigini ganas kostum makhluk2 kat sana.. Beliau menambah lagi dengan pemakaian seperti ini sedikit sebanyak dapat menakutkan rumput untuk tumbuh panjang dan juga serangga yang sering menggangu dapur2 kantin sekolah.. Terjuih buih di mulut kami mendengarnya. Beliau juga mengadu yang Planet Bumi bercuaca panas, mana tak nya kalo dah rupa itu pakaian yang dipakai. Macam sentul je perangai kan - Mat Tepu


Lady Lorean Pinoy - Mencari Losen Pencerah Kulit

 Pihak kami bergegas ke kawasan bukit bintang berhampiran Maybank kerana mendapat panggilan dari informer kami yang meyatakan ada makhluk berkulit gelap telah meletakkan kapal angkasa beliau di tengah2 lampu isyarat tersebut. Kami tiba tidak tepat pada masanya, biasalah kan masyarakat malaysia, bab masa memang jarang2 ditepati kecuali waktu balik kerja. Akhirnya kami dapat juga ketemu Lady Lorean ni setelah 5minit melilau mata, mak aiiiii bukan main gelap lagi kulitnya, pastu berdiri pula di celah2 pelancong negro, hampir2 kami nak angkat kaki dah sebab tak nampak. Beliau tersenyum dari jauh menampakkan barisan gigi yang putih dan cukup kontra sekali dengan warna kulit beliau. Kami bertanyakan kenapa kulit beliau sangat gelap tidak seperti yang kami lihat dalam Facebuku milik beliau, Beliau menerangkan yang sebelum tiba disini beliau pergi membuat aktiviti sunburn (berjemur) di depan matahari, ambooiiii patut la rentung telahan kami dalam hati, takut nak cakap kang tak pasal2 dicantasnye ngan pedang. Beliau bertanya pada kami di mana untuk mendapatkan  losen pencerah kulit yang terbaik di sini, lalu kami mejawab "kalo dah rupa ini, pakai Clorox pun tak hilaaaaaaaaaaaaannng" sambil kami membuka langkah seribu melarikan diri wahaaaaahaa, belari sambil ketawa gulllpss gulpss - Adhar Seleman


The Gotikam Brothers - Teringin Menjamah Cendol Pulut

   Tak disangka-sangka ketika beratur untuk membeli cendol kami terjumpa dengan dua beradik ini yang sedang setia menanti pesanan cendol yang amat popular di kampung Sri Setia dengan gelaran Cendol Beratur ni, memang panjang le beratur kerna kami mengukur hampir2 sekilometer juga adanya. Mereka berdua ini berasal dari Planet HelGhast, macam ganas lebih je nama nye kan, lalu si abang pun bercerita Planet itu diberi nama sedemikian rupa adalah kerana kesemua makhluk di sana perlu memakai topeng gas kerana pencemaran yang dikeluarkan oleh kilang pemprosesan ikan pekasam yang menjadi industri terbesar Planet tersebut. Peeeehhhh, dapat kami bayangkan bau nye bagaimana, ikan pekasam di bumi juga pun hampir2 pengsan kalo dibau secara berterusan, boleh berlubang hidung ko !!. Adiknya pula mencelah, alaaaaaaa setakat ikan pekasam bumi kecik2 je takpe, di planet kami tu ikan paus pun dibuat pekasam tau. Kami juga bertanya adakah memang topeng gas di sana dilengkapi lampu terang dibahagian mata, dan mereka beritahu di sana hanya ada malam sahaja, amboi kepada penggemar tidur boleh lah berhijrah kesana ye. Ehhhh jom jom cari meja, cendol dah mai dah - Nur Adakukisah


Clon Soldiers -  Kami Gedik ke ??!

  Hadooooiiiii, itulah perkataan pertama yang terbit dari benak kami ketika mendapat tahu tentang ketibaan mereka, asal datang je tak penah nya senonoh, ada je onar yang dibuat. Ketika kami tiba di hotel setengah bintang kat Port Dickson, mereka baru  saja merampas pelampung dari kanak2 yang sedang mandi di situ, mereka juga enggan ditemubual kerana ingin kan privasi. Hampeh betoi, bukan ko ke yang tipon tadi suh datang, adooooilaaaa leceh toi la perangai gedik macam nieeeeeeeeeee .. dah blah blahhhhhm pegi beli belah lagi bagus lah - Abg Kom




Arm dan Pitt  -  Mencari Lemang Sebelum Syawal

  Dua sahabat baik ni memang sengal, malas kami nak cakap dan kami jerit je dari jauh  " Wooooooiii, tu bukan lemang laaaaa !!! tu senapang laaaa !!!! " ..

Arm : "weeeeh pitt, tu diorang jerit kata menatang ni bukan lemang laa"
Pitt  : " laaaa ye kee, eyh jap jap aku teropong tengok kat lubang dia ni, mak aku cakap lemang ada lubang"
Arm : " eyyh Pitt, ada tempat tekan la kat bawah dia ni haaa, apa tu ye ?? "
Pitt  : " ha cuba ko tekan, baru keluar kot lemang ni"
Tebaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaabbbbbboooooooooowww !!!!!
 P/s -  kepada adik2, jangan contohi 2orang yang sengal ni ye, macam hampeh je kan - Din YamSeng


Si Pedang Setiawan  -  Mencari Cinta Sejati

  Kami terpaksa mengambil beliau di bandar Seri Damansara kerana tersesat di agensi pencarian jodoh, baik punya tengah posing amik gambar masa kami sampai, Auntie selaku jurukemera kedai tersebut berkali2 pitam ketika sessi photographi dijalankan, ini kerana pedang beliau beberapa kali menghunus dan terhunus ke hati beliau, eeer dinyatakan di sini yang beliau bukan leh cedera pada bahagian hati tetapi adalah kerana jatuh hati pada Si Pedang Setiawan, ahaaaaaaaaaaaiii, tangan kanan besar baldi pun leh ada orang jatuh cinta, ini lah yang dikatakan cinta itu buta, bukan cinta yang buta tapi orang yang selalu buta, hebat pula kata2 madah yang dikeluarkan, teringin pula menyanyikan lagu Madah Berhelah dendangan Ziana Zon - Yna Gombel


Kepala Segitiga  -  Daging Salai Pilihan Kami

  Mereka ni memang taksub pada benda2 yang bersegi tiga, semasa ditemui di sunway Pyramids baru2 ini mereka memberitahu yang permintaan daging salai semakin meninggi dan ini meyebabkan kan aktiviti sosial mereka sering terhalang, sempat juga mereka memberi kami merasai daging salai yang di bawa, waaaaaaaaaaahhhhh ternyata ianya cukup sedap, adunan rempah ratus nye cukup sebati, menurut kata mereka daging yang di potong akan melalui proses mencanai sebelum masuk ke proses pemerapan dengan kadar kepanasan bilik 32'celcius dan dinaikan kepanasan secara berperingkat2, dengan cara yang sedemikian rumit barulah kita akan mendapat hasil daging salai yang bermutu tinggi. Memang enak sekali sehingga timbul perasaan ingin terbang tatkala mengunyahnya. Kami bertanya tentang harganya sebungkus dan mereka memberitahu dengan hasil garapan kualiti tuk membina tekstur daging yang tinggi, sebungkus hanya Rm380 pada kadar jualan bumi. Kami terus menggunakan teknik yg di panggil "Hilang dalam sejenak" seraya mendengar harga tersebut, dari jauh sayup2 kami melihat mereka marah2 dan meracau sambil mengeluarkan pisau besar, hahah nasib laaa kan -  Zemanie Slenk


Sir Sopian Subhi  -  Saya Bukan Saintis

  Opocot ko silauuu !!, itu ayat yang terpacul ketika kami amik gambar secara melulu pada wajah beliau, hampir2 saja beliau mencengkam penumbuk, pantas sungguh tindakan refleks beliau ini. Kami amat kagum dengan kreadibiliti beliau sebagai seorang pengintip upahan, lihat sahaja pada teropong2 yang terlekat pada wajah beliau, segala aktiviti menyekodeng dapat dibuat dengan sempurna, ramai juga wanita2 yang menggunakan khidmat beliau untuk mengintip kegiatan suami2 tercinta. Beliau bercerita pada kami yang sebenarnya dia memang dah malas nak buat kerja2 pengintipan ni, risiko juga tinggi, beberapa kali juga mata beliau di cucuk lidi penyapu kerna sedang asyik mengintai, sengal ko ni dah ko ngintai anak dara memang la. Jadi sekarang beliau telah pun mendapat pekerjaan tetap yang baru iaitu Pemarut Kelapa Profesional, yeaaaaaaaaahhh Selamat maju jaya kami ucapkan -  Pak Uda Duda


Cik Fara Noriel' Zemastus -  Anggun Di Panah Mentari


 Fuuuuuuuhhhh, ini lah tugasan yang di tunggu2 kami, pernah berjumpa sekali 3tahun lepas semasa temasya sukan air di kampung paya berkubang daerah Lukut, sekali memandang dan menatap wajah beliau, setiap kali itu juga kami akan di ulit perasaan bahagia, setiap kali mensua kan mikropon untuk menemubual setiap kali itu juga terasa bagai masa sedang terhenti, setiap kali mendengar bait2 perkataan yang keluar dari mulut beliau setiap kali itu juga cuaca akan berseri. Ketika ditemui di stesen Komuter Shah Alam, beliau begitu gembira dan riang. Kami pun terus lupa akan tugas yang kami sedang lakukan, aaaaaaaahhh pegi lantak la dengan tugas, sehari bersama beliau bagaikan sesaat cuma .. kesemua krew2 produksi di landa perasaan jiwang tak berkesudahan, akhirnya suma dapat warning letter dari Pihak Management, santikkkkkkkkkk kan perangai - Penyair Cinta





Friday, May 6, 2011

miNta MaAf ohoOOooOooiiiTt heEEEeee ...


  Assalamualaikum, adooiiii teman minta maaf banyak2 bebenor sebab tak berkesempatan nak update blog ngan citer2 baru neh, ini bersebabkan kekangan masa yang menimpa kehidupan teman yang biasa terjadi bila kampus nak mula bercuti, sana sini orang tipon, itu, ini, apa, mengapa, bagaimana, kenapa, surat2, clearence, konvo, majlis, bengkel, siapa, bila, buku, pulang, x pulang, hilang, lupa, gila.. sikit je lagi teman nak jadi macam watak Ismet Ulam Raja masa duk sibuk angkat tipon dalam Filem 3Abdul arahan Tan Sri P.Ramlee, hahaaaai baru tengok semalam lak tu .. ok laaa, selepas abes ombak dan badai yang melanda ni, isnin ini teman akan update seperti biasa semula, nantikan kisah2 lucu mencuit, tercuit, terkuit hati .. jangan jauh kan senyum dari bibir kita, senyum selaaaaaaaaaaaaaaaaaalu .. wehuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ( suara bergaung dan sayup2 hilang )