Friday, March 25, 2011

Aar cer cerpen 5 - CinTa Dan AiRmaTa

  
   Seperti kebiasaannya aku akan pulang dari tempat kerja jam 6petang dengan menaiki LRT , kadang-kadang tu dia punya ramai tak payah cerita la , aku ni je dah berapa kali sepanjang pejalanan muka aku melekap je kat tingkap pintu LRT tu , tambah teruk lagi bila LRT berenti di stesen-stesen dan orang ramai dekat luar tengok je muka aku yang melekap dah macam ikan bandaraya mencuci aquarium .. tapi sejak seminggu ni aku teperasan seorang gadis yang sentiasa tunggu LRT di stesen berikut nya , ada satu hari beliau ternampak aku yang hampir penyek kat tingkap dan au cuba mengukir senyuman manis kat dia , dan dia pun tersenyum melihat aku cuba senyum pada dia dalam keadaan muka melekat pada cermin .. hari ni beliau ada lagi tapi dia tak naik sebab LRT penuh sangat dan mungkin menunggu ketibaan yang seterusnya ..

   Macam biasa hari-hari yang aku lalui ni memang macam tu la tidak kira pergi atau balik , berhimpit-himpit bersesak-sesak , orang terpijak kasut , tapi hari ni bagai dah di takdir kan LRT tak penuh , aku pun heran juga kenapa tak penuh , pekerja-pekerja ofis lain mogok ke apa ??? ahhhh lantak lah , sepanjang aku kerja dan menggunakan khidmat LRT ni , baru ni la aku rasa duduk kat kerusi , perasaan nya macam aku mula2 menaiki bas masa kecil2 dahulu , rasa teruja , seronok , mata asik pandang luar menikmati pemandangan kota  , amboi mengelamun lak aku , LRT berenti di stesen seterusnya dan tiba-tiba gadis yang aku minati ni melangkah masuk ..

   masa ni jantung aku bedegup laju macam macam nak pecah , dan aku perhatikan tempat yang aku duduk ni je ada kosong lagi 1 kerusi , tidak semena-mena ada sorang kanak-kanak belari duduk di sebelah aku , aisehmen potong betul la budak ni , terus aku bisik kat telinga kanak-kanak tu " adik , kat gerabak belakang ada batman tengah nak bagi baju taw , pegi laaa tengok " , fuhhh budak tu terus belari menuju gerabak belakang , hahah aku terpaksa buat macam tu demi masa depan aku dengan gadis tu , tak lama kemudian gadis tu datang duduk sebelah aku .. aku menjerit dalam hati " yehaaaaaaaaaaaaaaaa " sekali aku tengok semua orang memerhatikan aku , laaaaa rupanya aku menjerit betul-betul bukan dalam hati , adooiiii malu nya , sengal je rasa ..

   sekarang ni otak aku tengah bekerja dengan agak pesat sebab tengah fikir macam mana nak mulakan betegur sapa , ye la takut juga aku kan kalau tak ada apa-apa balasan , kena marah ke kan , tapi hati ni memang tak boleh tahan dah , rasanya ini je peluang yang ada , aku pun tekad tanya dalam keadaan sedikit gigil " Assalamualaikum , heee baru balik kerja ke ?? " pastu dia pun jawab salam dan " iye laaa , tak kan la petang-petang ni nak pegi menoreh pulak " amboi siap loyar burok lagi tu , aku pun satu hal tanya soalan bodoh , hah amik kau .. selepas aku lihat dia tersenyum terus aku dapat semangat bersembang dengan dia , bermula dari hari itu kami selalu balik bersama , kadang-kadang tu sama-sama muka melepet kat cermin tingkap LRT sebab penuh , hari-hari yang aku lalui semakin bahagia ..  hubungan kami juga semakin akrab hari demi hari ..

    tapi itu lah , langit tidak selalu cerah dalam kehidupan kita , pada satu hari 2 orang kawan baik aku datang betandang kerumah , aku pun menceritakan lah perihal hubungan aku dengan gadis tu , kawan aku pun dengar dengan penuh tumpuan , diorang ni kalau bab mendengar cerita kawan-kawan memang yang paling terbaik lah , almaklum la dari kecil lagi dah kenal , dah punya lama cerita tanpa aku sedar aku pun mengalirkan air mata , kawan aku suruh aku bersabar dan diorang pesan kat aku , setiap perkara yang terjadi tu ada hikmah nya lagipun bunga bukan sekuntum , setiap benda yang tuhan rencana kan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita .. bersabar banyak-banyak

   aku terus pandang kawan aku tu tanpa kejip-kejip biji mata sambil mengalirkan air mata yang agak deras , aku tanya dia " dah korang ni kenapa , bila masa lak hubungan aku goyah ni yang korang nasihat aku bagai-bagai " , pastu wak terus menyampuk " aaaaikkk , dah tu nape ko nangis-nangis sampai kami pun terasa sebak nya " faiz pula mengangguk tanda bersetuju dengan wak .. " sengal la korang ni , ni aku bukan menangis laaaaaa , kan ke aku tengah kupas ngan potong bawang nie , jap lagi nak masak korang juga nak mentekedarah , pedih siooooooooool mata aku , adoiiii berair mata ku ini " .. 5 minit lepas tu aku memang betul-betul menangis sebab semua bawang yang aku kupas telah di masuk kan ke dalam mulut aku untuk di kunyah secara paksa , hampeh punya kawan-kawan , nasib baik la korang dah macam adik beradik aku ..


  
   hahahaaaa , gila gila gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .......

  

 

   

2 comments:

  1. hahahaha...kan main punye cite mula2 2...last2 komedi jgak d celahnya..hahaha...pape pn awk mmg seorg penulis yg berbakat...ce ce ce cuba gak anta kt mane2 majalah....

    ReplyDelete
  2. cilakeeeee remyy.gempak siakk.ha ha

    ReplyDelete