Wednesday, March 30, 2011

Sekali tEmaN adA kUrSus KomPuteR daAaa ...


  Assalamualaikum , Minta maaf pada kawan2 suma , 2-3 hari ni teman x sempat nak mengemaskini blog dengan bahan2 dan cerita2 baru , heheee teman x sempat nak karang sebab minggu ni agak kesibukkan dan buat2 sibuk dengan kursus IT pada siangnya dan sebelah petang - malam pula terlibat dengan aktiviti kampus .. jadi suma harap bersabo la ye , minggu depan teman akan update seperti biasa , cerpen pun banyak dah cuma x sempat edit kih kih .. okeh , nanti kan cerletuop2 dan staaaaaaaaaaaaaaaaaaaay tuneeeeeeeeeeeeeeeeeeees hehaaaaaaaaaaaaaa .... senyum selalu yeeeeeek ngeeeeeeeeeeeeeeeeee ....

Monday, March 28, 2011

BERITA PANAS - PANAS SUAM

Syarikat Selipar Melabur Demi Kelainan

Danau Kota , Setapak :  Syarikat pengeluar selipar yang kebelakangan ini banyak menarik pengguna - pengguna yang meminati unsur - unsur baru telah pun mengeluarkan sebuah lagi hasil produk mereka untuk fesyen masa kini dengan ciri - ciri alam yang tidak berbelahbagi pada amnya .. sebelum ini mereka lebih di kenali dengan selipar 'Buaya' ( errr mintak maaf kerana tidak dapat menyebutnya dalam bahasa english takut2 nnt di saman pula ) kini mereka keluar dan tampil dengan produk selipar ikan .. semasa kami berkunjung ke majlis pelancaran rasmi produk ini , kami kagum kerana produk selipar baru ini memang mirip dan serupa ikan , lagi kata pegawai eksekutif mereka , produk kami ini memang mengekalkan ciri - ciri alam sekitar supaya pengguna rapat dengan alam , produk ini juga boleh di gunakan dengan pelbagai cara contoh seperti kalo kita di kejar anjing selipar ini dapat menyelamatkan tuannya , baling sahaja selipar ini pada anjing dan anda tidak akan di kejar lagi , selipar ini juga boleh digunakan untuk mengumpan kucing , dan kalo lapar sangat boleh je kalo nak masak selipar ni ye sbb dia memang ada DNA ikan dalam tue .. begitu la celoteh beliau , pihak kami rasa macam nak lesing je beliau kerana penerangan yang agak memual kan .. majlis ini di sambut riang dengan dihadiri ramai sekali tetamu dan kucing - kucing yang kelaparan adanya .. -  Malim Kundang


Basikal Terpantas Menang Pencapaian Terbaru

Kuala Linggi :  "Basikal ini mampu membawa anda kehadapan" , begitulah tagline majlis ini semasa hari sempena menyambut pencapaian terbaik basikal ini kerana mendapat antara tempat terbaik di dunia ( kami terfikir juga memang la basikal ke depan , tak penah lagi kayuh pegi ke belakang , apa punya tagline la ) .. basikal yang diberi nama "the black phantom" ini adalah hasil rekacipta terkini anak tempatan yang boleh kita banggakan , mempunyai ciri - ciri moden seperti cerlus angin , menggunakan tenaga elektrik dan yang paling bermakna ialah sekali kayuhan bersamaan 30kali kayuhan basikal biasa , itu kata penciptanya bukan kata kami , namun setelah pihak kami mencubanya sendiri memang nyata terbukti bagai dikata , basikal ini memang laju dan lebih terbukti apabila jurugambar kami telah pun melanggar kemah jamuan yang berdekatan , syabas kami ucapkan  -  Man Laju


Kami Sensitif Dengan Kehendak Pengguna

Gunung Lang,Perak : Setelah mencipta nama dalam industri membuat mangkuk plastik , kini syarikat Lu Cuba Lu Punah telah maju setapak lagi dalam bidang Sport rim kereta , semasa produk mereka mula - mula di keluarkan dulu , ianya memang agak unik dan mempunyai ciri kelainan yang agak tidak munasabah tetapi walauapapun produk mereka disambut baik oleh penggemar - penggemar modifikasi kereta , baru - baru ini apa yang menggemparkan ialah produk ini telah pun di tarik balik oleh syarikat tersebut kerana masalah teknikal yang dihadapi mereka , menurut kata pengguna yang kami temui , beliau berkata produk ini memang kelihatan cantik tetapi binaan nya tidak teguh , ianya lembut seperti plastik , hah tengok la gambar kat sebelah tu , saya baru nak panjat atas divider dah penyek dah sport rim saya , kata beliau dengan nafas berdengus - dengus kencang ..  kami berpendapat kena lah dengan apa yang mereka buat sebelum ini , mereka datang dari industri plastik manamungkin hendak sekeras besi  -  Din Pandai Cakap


Model Baru Hasil Garapan Minda Modenisasi

Kota Setar, Kedah : Terkejut bukan kepalang semasa kami tiba di sana , begitu juga dengan tetamu yang hadir , tidak dapat dirungkaikan dengan kata - kata tentang model terbaru syarikat kereta tempatan ini , kami juga tidak tahu apakah golongan sasaran syarikat ini dalam mempertaruhkan model yang cukup menawan bagai nak sawan bagi sesiapa yang melihatnya .. semasa ujipandu dibuat oleh jurutera syarikat ini , dapat kami lihat yang model ini amat susah hendak dikendalikan , seperti ingin menjinakkan badak liar di Afrika tengah , kelihatan juru uji sendiri tepercik - percik peluh ketika mamandu model tersebut , kami pula dan para tetamu lain sedang sibuk menjamu ayam percik maka makin tepercik lah peluh beliau , pihak kami berpendapat yang model ini hanya layak di anggap sebagai model kolektor dan tidak sesuai sebagai kenderaan harian , ini kerna bunyi nya sahaja sudah mampu membuatkan pembeli di baling dengan bermacam botol mahupun pasu bunga oleh jiran tetangga , adakala bagus juga sekiranya pembeli mahir menangkap balingan - balingan tersebut , boleh juga la ye meniaga botol dan pasu selepas tu .. dan pada akhir majlis hanya 2 model ini yang berjaya dijual , pembeli dirahsiakan ntah - ntah pengurus sendiri yang beli sebab nak tutup malu  chooooiiiiiiii   -  Carmel Bukan Caramel





Friday, March 25, 2011

Aar cer cerpen 5 - CinTa Dan AiRmaTa

  
   Seperti kebiasaannya aku akan pulang dari tempat kerja jam 6petang dengan menaiki LRT , kadang-kadang tu dia punya ramai tak payah cerita la , aku ni je dah berapa kali sepanjang pejalanan muka aku melekap je kat tingkap pintu LRT tu , tambah teruk lagi bila LRT berenti di stesen-stesen dan orang ramai dekat luar tengok je muka aku yang melekap dah macam ikan bandaraya mencuci aquarium .. tapi sejak seminggu ni aku teperasan seorang gadis yang sentiasa tunggu LRT di stesen berikut nya , ada satu hari beliau ternampak aku yang hampir penyek kat tingkap dan au cuba mengukir senyuman manis kat dia , dan dia pun tersenyum melihat aku cuba senyum pada dia dalam keadaan muka melekat pada cermin .. hari ni beliau ada lagi tapi dia tak naik sebab LRT penuh sangat dan mungkin menunggu ketibaan yang seterusnya ..

   Macam biasa hari-hari yang aku lalui ni memang macam tu la tidak kira pergi atau balik , berhimpit-himpit bersesak-sesak , orang terpijak kasut , tapi hari ni bagai dah di takdir kan LRT tak penuh , aku pun heran juga kenapa tak penuh , pekerja-pekerja ofis lain mogok ke apa ??? ahhhh lantak lah , sepanjang aku kerja dan menggunakan khidmat LRT ni , baru ni la aku rasa duduk kat kerusi , perasaan nya macam aku mula2 menaiki bas masa kecil2 dahulu , rasa teruja , seronok , mata asik pandang luar menikmati pemandangan kota  , amboi mengelamun lak aku , LRT berenti di stesen seterusnya dan tiba-tiba gadis yang aku minati ni melangkah masuk ..

   masa ni jantung aku bedegup laju macam macam nak pecah , dan aku perhatikan tempat yang aku duduk ni je ada kosong lagi 1 kerusi , tidak semena-mena ada sorang kanak-kanak belari duduk di sebelah aku , aisehmen potong betul la budak ni , terus aku bisik kat telinga kanak-kanak tu " adik , kat gerabak belakang ada batman tengah nak bagi baju taw , pegi laaa tengok " , fuhhh budak tu terus belari menuju gerabak belakang , hahah aku terpaksa buat macam tu demi masa depan aku dengan gadis tu , tak lama kemudian gadis tu datang duduk sebelah aku .. aku menjerit dalam hati " yehaaaaaaaaaaaaaaaa " sekali aku tengok semua orang memerhatikan aku , laaaaa rupanya aku menjerit betul-betul bukan dalam hati , adooiiii malu nya , sengal je rasa ..

   sekarang ni otak aku tengah bekerja dengan agak pesat sebab tengah fikir macam mana nak mulakan betegur sapa , ye la takut juga aku kan kalau tak ada apa-apa balasan , kena marah ke kan , tapi hati ni memang tak boleh tahan dah , rasanya ini je peluang yang ada , aku pun tekad tanya dalam keadaan sedikit gigil " Assalamualaikum , heee baru balik kerja ke ?? " pastu dia pun jawab salam dan " iye laaa , tak kan la petang-petang ni nak pegi menoreh pulak " amboi siap loyar burok lagi tu , aku pun satu hal tanya soalan bodoh , hah amik kau .. selepas aku lihat dia tersenyum terus aku dapat semangat bersembang dengan dia , bermula dari hari itu kami selalu balik bersama , kadang-kadang tu sama-sama muka melepet kat cermin tingkap LRT sebab penuh , hari-hari yang aku lalui semakin bahagia ..  hubungan kami juga semakin akrab hari demi hari ..

    tapi itu lah , langit tidak selalu cerah dalam kehidupan kita , pada satu hari 2 orang kawan baik aku datang betandang kerumah , aku pun menceritakan lah perihal hubungan aku dengan gadis tu , kawan aku pun dengar dengan penuh tumpuan , diorang ni kalau bab mendengar cerita kawan-kawan memang yang paling terbaik lah , almaklum la dari kecil lagi dah kenal , dah punya lama cerita tanpa aku sedar aku pun mengalirkan air mata , kawan aku suruh aku bersabar dan diorang pesan kat aku , setiap perkara yang terjadi tu ada hikmah nya lagipun bunga bukan sekuntum , setiap benda yang tuhan rencana kan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita .. bersabar banyak-banyak

   aku terus pandang kawan aku tu tanpa kejip-kejip biji mata sambil mengalirkan air mata yang agak deras , aku tanya dia " dah korang ni kenapa , bila masa lak hubungan aku goyah ni yang korang nasihat aku bagai-bagai " , pastu wak terus menyampuk " aaaaikkk , dah tu nape ko nangis-nangis sampai kami pun terasa sebak nya " faiz pula mengangguk tanda bersetuju dengan wak .. " sengal la korang ni , ni aku bukan menangis laaaaaa , kan ke aku tengah kupas ngan potong bawang nie , jap lagi nak masak korang juga nak mentekedarah , pedih siooooooooool mata aku , adoiiii berair mata ku ini " .. 5 minit lepas tu aku memang betul-betul menangis sebab semua bawang yang aku kupas telah di masuk kan ke dalam mulut aku untuk di kunyah secara paksa , hampeh punya kawan-kawan , nasib baik la korang dah macam adik beradik aku ..


  
   hahahaaaa , gila gila gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .......

  

 

   

Wednesday, March 23, 2011

BERITA SAMOSA

Lagi Aksi Berani Di Litar Lomba


Sepang , Selangor :  Ketika acara MotoGP berlangsung 3bulan yang lepas , pelumba terkenal Velentino Rossi atau nama pinangan nya The Doctor langsung tidak dapat menerima kenyataan tentang kekalahan beliau dengan Raja Rempit Malaya yang bernama Mat Nor Khusairi yang hanya menunggang Honda-Cup dari model Frame dan enjin hanya berkapasiti 90cc sahaja , ketika beliau di temui oleh pihak kami di belakang pentas podium , beliau sedang tertunduk malu sambil mencabut-cabut bulu ketiak mekanik beliau lantas kami datang untuk menemubual sekaligus menyelamatkan mekanik tersebut dari seksaan yang mengilukan mata memandang , beliau berkata " kawe betul2 heran , lagu mano hok dio leh menee , kawe paka moto besa hok dio cumo paka motocup , mu tau dok pueh kawe prehh moto kawe tapi tak dapak jugo nak motong , malu kawe malu kaweee dok tau nak ghoyak lagu mano dah nak letok muko nim , dah klik klik klikkkkkkk " ujar beliau dalam bahasa kelantan , pihak kami tepegun seketika , eyh bukan mamat ni orang italy ke ???  -  Man Mariapan


Pihak Nike Saman & Marah Pihak Tidak Ada Moral


Seri Setia , Gombak : Ketika pihak kami menghadiri sidang Akhbar bersama penyelaras dan pengerusi eksekutif syarikat Nike Malaysia , kami berkesempatan untuk menanyakan beliau tentang isu cetak rompak barang-barang keluaran Nike oleh pihak tidak bertanggungjawab dan beliau kelihatan cukup berang dengan hal yang terjadi , " depa ni memang orang tak tau untung , hangpa kalo jadi aku dah tentu hangpa pun geram kan , kalo nak tiru pun tiru la betoi-betoi , ini idak dengan ejaan nye pun salah , hangpa tengok la beg plastik ni , tak ke malu kita menengok nye , haaaiiihhhhh hari haru haruuu punahhhh puuunahhh , ada ke Nike jadi ' Naik ' , kapala dongga punya orang " .. pada masa itu beliau telah pun di sabar oleh pihak media kerana mengalami emosi tak tetap berskala tinggi dan kalo tidak di bendung boleh mendatang kan bacaan puisi yang tak berkesudahan , " aku dah kena dah dulu , ko taw dia kalo dah tensen kang kalo tak dikawal alamat nye sampai ke malam la kita dengar dia berpuisi , sabo je laa mak naaaaaaaakkkk " sampuk seorang wartawan dari majalah MATGMS ( Macam Artis Tu Glemer Meletuop Sangat )  ..  -  Ibrahim Topi




Rampai Iklan


Lot 6431 jalan asam keping ,
Gerai Makcik Leha Bandung mee Sedap Sepanjang Musim

- Sedia dan bersedia dengan seberapa banyak tempahan , resipi turun tumurun ketika menurun , pasti lazat di hidang ketika panas atau orang yang sedang panas , sesuai untuk majlis-majlis kesyukuran ( yang datang belum tentu bersyukur ) , kenduri kendara ( ni ramai datang nak makan je pun ) , majlis khatan beramai-ramai ( lantak pey la , ko yang nak kena potong ) , majlis menyambut menantu ( makan selagi leh makan keluarga mentua ) dan juga minum petang .. sebarang tempahan terus ke gerai makcik leha kerana kat gerai tidak ada talipon .. amik sendiri tiada sistem penghantaran di sediakan .. " Pasti sedap dan menyelerakan , tengok gambar laaa weeehhhh "

Tuesday, March 22, 2011

BERITA SENI

2 PEMUDA SENI GRAFITI KEMBALI BEKARYA


SHAH ALAM  :  Sabtu lepas pihak kami berpeluang bertemu dengan 2 orang anak muda ( muda kerrrr - sebut dengan gaya letak kedua belah tangan atas bahu sambil mencebik kan mulut ) yang sedikit berbakat dalam arena menconteng dinding sejak mereka di bangku sekolah .. pihak kami sempat menebual mereka di opis free lance mereka yang terletak di seksyen 6 shah alam berhampiran pasar borong dan balai polis di situ .. ketika itu mereka baru sahaja selesai melukis potret terkenal Monalisa di dinding opis mereka seperti yang tertera di dalam gambar , agak kurang asam kerana potret tersebut telah diubah suai pada bahagian muka , hasil garapan yang cukup kreatif , kini potret Monalisa telah pun lengkap di pakai kan dengan topeng gas / gas mask dengan jaya nye , ini lah dia sentuhan orang muda yang tidak kenal erti batasan , kami yakin pelukis asal akan menangis tak berkesudahan jika melihat karya beliau di cetak rompak begini ..

  Apabila ditujukan soalan ' kenapa memilih bidang seni yang begini ' , mereka menjawab dengan bersahaja seperti melepas kan batuk kahak di tangga aje ' kami puaaaaaasss merosakkan karya2 yang dah sedia ada dengan penambahan elemen2 tak masuk akal sebagai wadah pekembangan seni kami ' .. jawapan mereka ini tergantung bagi kami tapi memang orang seni ni jawapan nye begitu .. jawab mereka lagi , mereka memilih Monalisa kerana potret ini memang terkenal , budak kecik pun penah tengok sebab ada dalam buku2 sejarah , mereka juga sudah biasa melakukan contengan bebas di dinding2 bangunan dan seringkali juga di hambat polis di sekitar ibukota .. " kami setakat lari pegang tong cat tu dah selalu la , macam orang giler gak kekadang tu , nak tinggal tak sampai hati bang , cat mahal kami beli tu taw , terima kasih pada nippon weather paint " , gila juga mereka ni .. oh ye orang seni memang begitu ..

   pihak kami di hidang kan kopi , ni kopi ke arang kami pun tak tahu , punye le pahit rasanya .. dah telan seteguk dua baru la mereka tersedar kerana terlupa menaruk gula , lalu kami pun tesembur beramai2 seperti gaya ahli gusti Tripple H ketika masuk ke gelanggang .. hahaaa memang lawak la perangai budak 2orang nie .. sedang asyik kami menemu bual pintu opis terbuka , masuk seorang pemuda berambut panjang dan menegur , " eyyh bila korang sampai , amacam dah kering ke lukisan aku tue " .. ahhh sudah , sapa lak yang lukis ni , diorang ke mamat baru masuk ni , kami cuba memhon kepastian .. " haha , dah korang main masuk jek terus cakap nak amik gambo , kami berdua pun posing je laaa , apa korang tanya kami jawab " aaaaaaaaaaarrrkkkh menci tul laaa , aku letak jawatan jadi wartawan skang gak .. berita tamat sebab wartawan kena sawan -  benci tapi rindu  

Monday, March 21, 2011

KeNanGaN bErSamA pErMaiNan SemAsa keCiL

 Assalamualaikum , heee kali ni teman nak citer pasal permainan masa kekecik dulu , ye lee zaman bebudak dulu , semalam duk ralit xtaw nak wat apa ada sowang kawan teman tebuka cerita pasal mainan masa zaman sekolah , ahaaah ni cadangan yang baguih lee kan , terus rasa nak tulih nie , banyak juga permainan2 yang teman dah lenjan masa kekecik dulu , kenangan dan memori nye masih tersemat kuat kat palotak teman , teman main permainan ni dulu ngan kawan2 teman yang sama2 membesar ngan teman sampai le sekarang , tapi skang ni dah xmain dah le , skang zaman Ps2 , Ps3ngan game PC hahaa .. wokeh , mari kita ikuti jom jom jom ..

  ahaaaaaaah , ini le yang pertama sekali teman ingat sbb selalu teman main ni ngan akak teman , hahaa main congkak ni atok teman cakap leh geliga otak taw sebab kita belajar asas meniaga , ntah ye ntah tidak atok teman ni , macam kelepet lebih je , tapi bila di pikio kan semule mcm betul sbb permainan ni perlu ada strategi dan rebut , dalam bahasa omputih nye "grab-it" haaa sebut kuat2 ye baru semangat , begitu la nada suara atuk teman dengan gaya hidung kempas-kempis hensh heenssh .. teman paling pantang kalo main ni dengan ayah teman , dok menipo je koje nye , kadang tu teman tengok dia kaut guli tu mcm sikit dan patut berenti pada lubang yang xde guli ( lubang mati tu ) tapi ayah teman pandai cengkelat , dia sorok guli celah jari dan terus kaut kat tempat ada guli , kadang tu teman tengok lubang besar tu setiap kali dia lalu 2biji guli jatuh , tapi bila teman cakap dia xngaku , kata teman salah tengok .. sudah nye lama teman menunggu ntah bila2 nak abes haaaaiishhh .. memang le geliga otak , kalo asek menipo jek hahaa .. nyirap je teman , sama le akak teman pun , pembuli budak kecik hahaaa .. mak teman gak bez , main congkak jujur je , konsep dan motto dia senang je , dh xde rezki nak wat mcm ne , haaa ni cara yang betul .. 

  ni memang kesukaan teman dulu , kalo bebudak laki zaman tu kalo x kenal Gasing ni tangkap pastu baringkan , haa pakok je kepala nye ye .. masa tu senang je nak cari gasing ni , melambak ada juai kat kedai2 runcit , kat mana ada jual Tora dan Ding-Dang tu kat situ la ade juai gasing .. x mahal pun dalam 70pocen je masa tu .. ok cara main dia perseorangan tapi berkumpulan , buat 1 bulatan pastu cabut undi sapa yang jalan dulu , sapa yang kalah masa cabut undi di persilakan letak gasing dalam bulatan untuk di pakok oleh yg menang , permaianan ni x akan tamat selagi xde gasing yang terbelah dua ataw cedera parah .. tingat teman ada sowang kawan teman main ngelat , dia beli gasing yg buat dari plastik , pueh kami memakuk x juga pecah2 , haaaiiiish udoh nye kami sepakat toreh je gasing dia ngan pisau dapur , amik ko menangis lari balik umah wahahahaa .. main gasing pakok ni memerlukan daya fokus yg tinngi taw sbb nak kena pakok tepat pada sasaran , kalo tak tue yg ada gasing terbang ntah kemana2 terpakok kaki kawan sendiri , hahaaa memang lawak le .. tejengket2 le balik umoh pastu .. kira sapa nak jadi penembak tepat elok main gasing nie taw

 permainan yang menguji daya kreativiti bebudak sebelum mereka bermain , yeeee layang-layang namanye .. layang2 ni pada teman sebuah permainan riadah sbb feeling dia macam memancing juge , cuma memancing ni tali kebawah , main layang2 tali ke atas , mendongak je le sampai sakit2 tengkuk .. tapi sebelum main kena le buat sendiri layang2 ni , teman dulu buat sendiri je , pakai kertas sokabar je , nak cantik lagi pakai kertas warna .. masa ni kaum2 ibu memang taksenang duduk le kan , mana tak nye udoh penyapu lidi jadi mangse nak wat teraju layang2 nie .. x sampai seminggu penyapu lidi yang tebai secekak tu dah jadi besar ibu jari hahah .. pas siap wat badan dia kita kena la wat ekor nye , lagi panjang lagi cantik bila dia terbang nanti .. tapi kalo tak kena gaya masa nak bagi naik tu dia bepusing2 tapi xmau naik , kena ada kira2 gak masa tu .. ada 1 petang dulu teman main ngan kengkawan , masa tu teman duk seksyen19 lagi .. kami betanding sapa punya leh naik paling tinggi .. masa tu pakai benang yg kuat tu , tu dia sayup2 jek suma layang2 kami , punye le tinggi naik nye , pastu dh nak maghrib masa tu , mak teman dah bising suh teman balik , teman pun guling la benang nak kasi layang2 turun , peeh jenuh juga sampai penat le gulung , hari dah makin senja , suma duk sibuk gulung lagi sampai tejuih2 lidah penat .. last2 kami suma kena piang ngan ayah memasing sbb dah senja xlek umah .. hahaaa , betul2 kenangan manis .. tak nakal la kalo x kena lempang ngan ayah kan .. bes bes

  teman sampai sekarang duk tertanya2 lagi nape nama dia batu seremban , sebab bila teman tanya kawan2 yg duk seremban , diorang pun xtaw .. teman selalu tengok akak teman main menda ni ngan akak2 sedara teman dulu , teman pun selalu juga join laa , minat kan hehee .. kadang tu tengok akak teman betungkus lumus buat menda ni , mula2 dia tibai kain perca yang x pakai , pastu ngan biji kacang hijau tu masuk kan dalam kain perca pastu jahit dah siap leh main , main dia lebih kurang macam main tutup botol gak , ada timbang , kutip , cuit .. paling susah tu masa lambung pastu nak kaut suma buah yang ada kat bawah , kadang tu ntah kemana2 pegi nya mcm yang di kejar tak dapat yang di kendong berciciran , ewaaah pandai lak teman berbahasa .. tapi akak2 sedara teman suma handal2 sambil tutup mata je teman nengok nyeww , hebat hebattttt ..

heheee , tutup botol , lebih kurang juga macam batu seremban cuma beza dia kena jentik dan tahan , ni memang permainan asasi dalam kelas kalo cikgu xde .. atas laintai leh main , atas meja sekolah pun jalan gak .. ada peraturan2 nye ,denda nya bila main .. paling bes bila dapat jentik jamban ( nama salah 1 peraturan permaian ) , jamban kecik 300mata , kalo jamban besar 1000 mata , tapi kalo jamban besar ni memang jarang2 leh berjaya nak jentik tutup botol yang ada kat atas jamban tu , memang susah la .. jadi pemain lebih suka amik jamban kecik , walopon mata kecil tapi risiko nye idok le tinggi .. jangan tamak la kan heheee .. selalu nye permainan ni dimain kan 2 - 5org , kalo ramai2 sangat jenuh nak menunggu kang .. sama juga ngan batu seremban sbb guna 5 buah sahaje .. masa permainan ni tengah hangat dulu , air botol memang laku le , senyum je tokey kedai , suma beli sbb nak kumpul tutup botol , yang jadi mangsanya mak ayah le kena paw nak beli air botol .. kopak haha


  teman kenal permainan ni masa darjah 4 dulu , agak lambat juga lagipun kat kawasan kejiranan teman permainan Konda-Kondi ni jarang2 sekali di mainkan , leh kira la kalo dalam setahun tue .. dia ni macam main rounders gak le cuma cara dia sungkit dan libas batang kayu kecik tu , pastu team lawan kena sepak , haa pastu ukur le berapa jauh kayu tu tecampak .. kalo jauh tu mau bede'eh le pinggang orang yang tukang ukur tu ..teman pun hanya beberapa kali je main permainan ni jadi xleh nak cerita panjang sbb dah lupa peraturan nye tue ..

 untuk membina kaki yang kuat permainan ni amat bersesuian tuk di praktik kan ( ayat ni di ambil oleh johan lompat kijang negara masa sukan Sea berlangsung 2tahun lepas ) .. ni la dia teng-teng ataw nama tak glemer dia ketiting .. memang bes dia main kan secara berkumpulan , nak main pun senang jek , kalo atas tanah tu kita carik je tanah ataw pasir guna ranting kayu bagi memebentuk kotak2 tu , kalo atas simen tu pakai kapor tulis jek .. sebelum main kena pastikan kita ada buah baling , x kisah nak guna apa , batu buleh , janji berat , bebudak akan lebih suka guna batu yang leper sbb senang nak kawal dan tak lari bila baling .. tapi paling bes kalo guna kuci rumah laa .. baling pastu lompat , permainan ni akan bertambah seksa bila kotak2 makin penuh di jadikan rumah pemain , ha masa ni deme leh tengok bakal2 johan lombat kijang beraksi hahaa , teman dulu sampai tesengkor laaa makan pasir sbb nak lompat kan main jauh lagi , dah le kena landing 1 kaki je , menjajau teman di buat nye .. ada yang sampai koyak suar gak laaa .. ada lak kadang kita tengah lompat dia sebut 'twiitt' suh benti , toya dia , celah mana nak benti tengah melompat tu ..

  memerlukan 2 kumpulan , ketua kumpulan akan cabut undi , sapa kalah jadi jaga garisan , teman ngan kengkawan dulu main Galah-panjang ni kat gelanggang badminton jek .. permainan ni memang mencabar , antara yang ada aksi2 ganas juga le , terbang sana sini , memerangkap pihak lawan , garisan ni akan di jaga pastu pemain yang tekepung kat dalam tu kena kuar xkira la apa taktik nak guna .. kalo kena tangkap tu kena la kuar , xleh main dah .. setakat tertarik baju tu selalu la , ada yang lompat mcm rimau , orang nye lepas tapi suar nye x lepas .. fuhhh aibbbbb , seb bek bebudak lagi kot .. tapi main menda ni memang penuh ngan jerit pekik la , gila toi


  yang ni bes , dulu teman main Lastik getah depan pasir kat kedai leong kawasan rumah teman tu .. amik 2 ranting cucuk atas pasir , pastu amik 1 getah rentang kan antara 2 ranting tadi pastu letak getah2 yang di pertaruhkan atas getah antara 2 ranting tu ye , pastu apa lagi tibai laaaa lastik , pastu mana getah yang jatuh tu jadi milik kita laaaaa .. ada kawan teman ni datang modal 5utas getah je , masa tu teman baru menang besaw punye , dia lawan teman abeh suma getah teman kena sapu tinggal 1 je yang teman pegang , x pueh hati punye pasal teman lastik dahi dia ngan getah yang last tu , wahahahahaaa pastu apa lagi teman lari sekuat hati leeeee , dia pun kejar teman sambil melastik2 getah yang dia menang , dua2 lari sambil ketawa last2 tu benti sbb dah tecungap2 .. penyudah nye kami layan aiskim milo kat depan umah makcik nab .. siap cakap kat makcik tu , "makcik , kami bayor pakai getah buleh tak " , " hah ,, korang berdua penah makan penampor begetah tak " , gulllps kami telan air liur " daaaaak aaiiihh , kami guraw je heeeee " .. tapi aiskim milo dia memang sedap , milo taruk x kesian punye woooo ..

 yeaaaaaaaaaaahhhhh , lagenda segala sukan tradisional hahah , baling selipar antara permainan yang agak ganas , violence , kejam , no-mercy , tiada belas kasihan ( 5 perkataan yang sama maksud , hampeh toi ) .. seperti juga permainan berkumpulan yang lain memerlukan 2 kumpulan , 1 kumpulan menyerang manakala 1 lagi bertahan , hah sapa yang bertahan ni la yang sakit , masak beb bertepet2 selipar kat muka hahaaa .. 1 gelanggang akan di buka , keluasan ikut suka la ikut berapa ramai yang main , kami dulu main depan umoh jek .. susun 3 selipar bentuk piramid pastu pasukan penyerang akan pastikan piramid tu hancur , pasukan bertahan lak kena susun lek selipar tu weeehhh .. sapa yang terkena balingan selipar di kira mati .. masa ni memang laa , haaaaisshh makan selipar memanjang .. kalo selipar tu dapat di susun semula kira pasukan serang kalah laa .. masa nak susun selipar tu silap2 kalo line x clear , peeeeeeeeeeeeeeekkkkkkkkk !!!!! amik ko selipar kat belakang badan .. mengeliat beb , melentik pinggang wa cakap luuuuuuuuuuu hahaaa ... orang tua2 x gemor betul permainan ni sbb selipar mekeme g jamban asek ilang je jadi modal nak main menda ni hohoo .. lebih kejam lagi ngan orang2 yang x turut serta pun kena gak , biasa la petang , main lak tepi jalan kan , baling punye baling dah kena sorang abang nek motor lek kija kilang Nasional tue , abeh menjajau handle motor dia , sekali dia benti toleh peeeeshhiuuuuuuu pesshiuuuu zaassss !!! ( bunyi efek menghilangkan diri ) , kami suma dah ilang hahah ... gila kome nak tunggu , memang kene ceramah le ..

 sekali lagi akak teman menjadi idola dalam mainan ni , bermula dari tali getah di atas lantai pastu lintas dengan menjerit Zero-Point kuat2 , naik pula ke lutut kendian pinggang pastu bahu seterusnye telinga dan atas kepala hahaa ... ni yang di namakan lompat-getah , x perlu la lompat beria-ria sangat , masa lompat tu badan dibenarkan kena getah , janji lepas je x tersangkut .. akak teman siap wat yang gaya gimnastik tu le masa kami kekecik dulu .. teman x suka join mainan ni , teman suka tengok jek bila akak teman main tali getah ni ngan kengkawan dia .. peeeh ada sowang kawan akak teman ni comey bebenor , kalo dia lompat tu lembut jek pegi nya , ingat lagi nama dia akak bismi .. hahaaaaa

  bola kertas / jentik , mainan ni menyerupai permainan bola cuma pamain x payah penat2 nak pegi padang sarung kasut but bagai .. leh main atas lantai xpun atas meja jek .. teman selalu main dulu siap buat liga lagi ngan kawan2 , rumah yang jadi stadium perlawanan adalah umah sahabat baik teman iaitu Wak @ boy , dia ni adik beradik gila bola , tido bola , sedar bola makan pun bebola , boleh blah .. yang man hat rajin tu leh la hias kertas tu ngan muka2 pemain bola pasukan yang dia minat , yang kaki cincai ni lantok lee biar kosong pun xpe yang penting nye menang .. suma nye wat berasas kan kertas , selalu nye manilakad akan jadi mangse keadaan , bola lak kalo nak bes pakai kertas timah rokok tu , leh rembat ayah nye kotak rokok le , koyak sikit kertas timah tu , teman pernah di hadiah kan pelempang bayek punye oleh ayah teman gara2 nak amik kertas timah rokok ni , mana idak nye masa amik tu teconggok2 mcm pencuri , ayah teman ingat teman nak curik rokok dia dan belajar isap rokok , x sempat teman nak kabo dia terus bagi pelempang , dah lempang baru tanya , ni le dia sistem demokrasi pada pahaman teman hahah , pas didapati teman x bersalah dan ayah teman termalu , dia rasuah teman dengan aiskim beserta benjo sebiji .. tapi x bebaloi gak la , bepinau teman masa tue ..
heeeeeeeeeee , ni rajah skematik cara2 nak main , kita jentik atas dia pastu bola tu akan kelihatan mcm kena sepak laaa .. kepandaian ikut skill masing2 , kalo nak kasi bola lencong tu deme letak la bola kat penjuru kertas jentik tu .. ha macam2 cara lagi le .. tapi main menda ni 1 je le , lutut sakit2 sebab kena merangkak atas simen kan , pastu mencangkung je nak tunggu giliran sepak .. kena lak buka gelanggang besar , macam wak ni kalo dia buka gelanggang tu abes la 1 laman umah , nek penat nak merangkak , makcik umah sebelah dah kata kami ni macam bewok dah hahahaa , kurang asam toi laaaaa .. 

haaa ni le permainan2 yang penah teman main ngan kawan2 , sepupu2 ,dan family masa teman kekecik dulu , permainan ni kebanyak kan nye x guna modal yang banyak pun .. ada tu leh guna barang terpakai je hehee , dah jimat dah , yang penting tu seronok , ketawa dan senyum .. haaaaiiiishh x ternilai la harga nya kan .. ok laa panjang benor dh teman malalut nie , blah dulu aaaaaaaar .. 

Sunday, March 20, 2011

Aar cer cerpen 4 - kota centourolantis

  
  Ketika ini , aku hanya melepak di atas tembok tepi simpang menunggu kawan-kawan yang dah janji nak lepak sama-sama malam ni , memang dah jadi kebiasaan kami akan bertenggek kat sini hampir setiap malam bersembang sambil bermain gitar selepas penat bekerja pada siang harinya , aktiviti ini di lakukan dengan jayanya sejak kami kecil lagi , takde tempat lain dah yang kami ada untuk melepak .. Remy remos ( bukan nama sebenar ) memang seorang rakan yang baik sebab setiap kali lepak pasti akan membawa bekal untuk dimakan bersama , setakat kuih jemput-jemput tu dah menu biasa bagi kami cuma bila tiba musim gaji beliau akan mengeluarkan menu-menu yang agak mewah , penah sekali beliau mencuba resipi mee kung-fu , kami pun makan tanpa belas kasihan dan akibatnya selepas 2jam perut kami suma memulas bagaikan di kung-fu2 dari dalam , pedacherdettttttt punye remy , ntah apa bahan dia dah masuk kan dalam tue , kesian pada naz koboi kerana tidak sempat beliau pulang ke rumah kerana gugur di pertengahan jalan ..

  Lebih kurang 15minit menunggu remy remos telah pun sampai dengan scoter Nouvo nye yang macam nak runtuh , dia ni memang pecinta motor tapi motor dia ni punya la teruk , dalam bahasa motor tu kami panggil 'rompong' , scoter dia ni terbukak sana sini sampai nampak kotak angin dan saluran kaburator , elektrik starter langsung tak boleh pakai dah , nak hidupkan enjin kena guna kaki macam kebiasaan motor lain , enjin pula lepas dapat dihidupkan akan begegar macam nak gempa bumi dibuatnya , boleh tercabut skru-skru motor tu rasanya , akan tetapi scoter beliau antara yang paling pantas dalam mukim kami , bedesuppppppppppp peginya .. seorang yang ceria 24jam dan suka buat orang ketawa .. tak lama lepas itu faiz atomdot , naz koboi , wak chacos dan azri komando tiba , masing-masing tersengih-sengih macam orang menang loteri aje lagaknya .. baru la aku tau rupa-rupanya masing-masing baru dapat gaji , patut la si remy remos bawak sup gadai nyawa sebagai bekal , yang ni kami berani makan sebab memang dia beli kat kedai sup tu , kenapa namanya sup gadai nyawa sebab memang nama kedai tu macam tu .. peeeeh gua cakap lu beb , beratur panjang tau kalo nak beli , memang sedap ..

  kami pun mulakan aktiviti biasa dengan bersembang kisah2 harian , isu2 semasa sambil2 mengaco gadis2 yang lalu lalang , alahai anak jiran tetangga je pun , tengah rancak bersembang sambil azri dan remy menyumbang2 kan suasana dengan gitar dan lagu yang mereka nyanyikan tiba-tiba kami di sapa oleh seorang tua yang tidak dikenali , " apakhabar orang muda , akan sudah lama pakcik melihat kamu semua bersimpuh di sini , hampir sedekad cahaya purnamasari , dari langkasuka hingga timur barat jika dihitung masanya " , amboi , apa ke pelik bahasanya , cukup berbunga dan tertib tersusun kata2nya bagaikan orang dahulukala , aku melihat yang lain dah mula menggaru kepala sambil mengerut2 dahi , si remy pula dah terbaring sambil kaki ke atas sebab terjatuh dari motor .. lalu aku membalas teguran orang tua itu " khabar baik pakcik , siapakah gerangan pakcik ini kerna tidak pernah kami bertemu mahupun bersua muka sepanjang kami membesar di sini selama sepenanak nasik lamanya " ecewaaahh adakalanya cantik juga bahasa ku mengajuk cara berbahasa orang tua tersebut .. kelihatan orang tua itu tersenyum lalu dia memperkenalkan namanya " oh jika begitu bagai dipinta , nama pakcik Pandak lela , datangnya dari negeri yang jauh tidak tercapai oleh peradaban kamu semua " , eeerrr pakcik ni orang bunian ke apa , nama klasik betul , celah si wak .. pakcik itu cuma tersenyum lalu menjawab " ahaahaa , kamu ni orang muda memang cepat berasa sangsi , jika kamu ingin tahu pakcik tidak keberatan untuk menceritakan nya , adakah kamu suma sudi " lalu kami semua pun berkata serentak , " ahaaa cer citer cer citer " udoh rupa filem antu kak limah lagak nyew ..

  " negeri yang pakcik diami ini bernama kota Centourolantis , kamu penah dengar akan kisah kota Atlantis " , kami pun menganguk2 kepala " penah pakcik penah ye ye " , lalu " ahaaa , kota ni bersebelahan dengan kota Atlantis dan bersama2 membina kemajuan terpisah jauh dari dunia kamu cuma Atlantis itu berada di bawah laut manakala Centourolantis berada di bawah tanah yang terletak di benua Afrika " .. kami semua ternganga2 tak kejip2 biji mata mendengarnya , belaiu berkata lagi yang negara itu asalnya memang terletak di atas muka bumi ini tapi kerana sifat manusia yang tamak telah membuatkan pemimpin yang cintakan kedamaian negara itu mengumpulkan saintis2 hebat untuk membawa negara itu jauh ke dalam tanah kerana tidak mahu lagi ada hubung kait dengan negara2 yang ada ketika itu , pada zaman itu negara Centourolantis ini memang sudah jauh lebih maju meninggalkan negara2 yang ada ketika itu , kisah ini nun jauh terjadi masa zaman silam dahulu , ketika tamadun manusia baru hendak bermula kota ini telah pun mencapai teknologi yang lebih hebat dari apa yang ada pada manusia di permukaan bumi sekarang , kamu bayangkan pada zaman itu teknologi kami sudah mampu membawa orang melihat angkasa lepas , mengkaji bintang2 , meneroka planet2 , oleh kerana pemimpin pada masa itu amat mencintai alam sekitar lalu kenderaan2 yang kami cipta tidak mengeluarkan asap mahupun bunyi .. 

  kami memang terpegun masa tu , di fikiran kami terbayang yang negara itu cukup indah , maju , damai dan aman sentosa .. lalu kami pun bertanya pada pakcik itu " pakcik , alangkah bebesar nya hati kami jika kami dapat melihat sendiri kota yang pakcik maksudkan , apatah kiranya jika pakcik tidak keberatan akan segera lah membawa kami ini pergi menatap sendiri akan kehebatan kota tersebut supaya dapat kami menjadikan contoh dan teladan " fuuhhhh , cukup tersusun kata2 ku ini , kawan2 yang lain hampir2 tidak mempercayai kata2 yang terbit dari mulut ku yang sebenarnya sebelum ini kalo bercakap pasti di selang seli kan dengan bahasa2 carutan .. akhirnya orang tua tersebut brsetuju membawa kami ke sana , kami cukup gembira dan beliau menyuruh kami bersedia dari segi fizikal dan mental kerna kenderaan yang akan kami naiki nanti cukup laju dan berbentuk seperti UFO yang biasa kita lihat dan dengar dari khabar angin majalah2 dan akhbar2 tabloid mahupun program telivisen ..

  lantas pakcik itu mengeluarkan sebiji kapsul sebesar tapak tangan adanya , lalu kami bertanya " pakcik , telur binatang apa tu yeee " dia pun menjawab " abah kau .. !!! , ni kapsul dan dalam kapsul ini lah ada nya kenderaan tersebut " aaaikkk , tadi punya cantik bahasa kali ni tekasar bahasa pulak dah , ye laa manusia kan mana pernah lari dari wat kesilapan , anggapan kami pada masa tu sambil tersenyum kambing .. "wokeh , kamu semua mundur sedikit kebelakang , pakcik nak baling ni " , peehhh ini memang dah macam komik dragonball tu , kenderaan suma simpan dalam kapsul jek .. tak kami sangka teknologi begini benar2 wujud .. lalu pakcik tu pun dah bersedia nak baling , zaaaaaaaaappppp zuuusssss dia baling dan tetiba muncul 1 cahaya yang terang memedihkan urat anak mata kami semua .. itu dia , yeaaah itu dia dah kuar dah , muncul sebuah van bewarna putih berlambangkan bulan sabit bewarna merah .. kami suma macam biasa tengok je van ini , lalu keluar seorang pemuda yang berseri raut wajah nya sambil tersenyum berkata " Pakcik hamid , jom kita balik jom , sudah2 la tu ye pakcik , kesian kat bebudak ni ha , jom kita balik " , pakcik tadi terus berkata " kita nak balik mana ni , Kota centourolantis kan ?? " , " ye pakcik ,saya nak hantar pakcik balik ke Kota centourolantis la ni , jom pakcik ,kita balik ye , adik2 kami suma minta maaf la ye , pakcik hamid ni baru tadi terlepas dari hospital , kesian dia , punca nya jatuh dari motor je pengsan tapi bila sedar jadi macam ni pulak , kami beransur dulu ye , kamu iye kan aje le cerita2 dia tadi hehee " ..

   kami semua masih lagi dalam keadaan terpinga2 , remy aku lihat dah teketor2 sambil berbuih2 mulut , naz pula dah mula cakap sorang2 , manakala faiz , azri dan wak telah pun terjelepuk  pengsan dalam keadaan senyum , arrrkhhhh tension tul laaaaaaaaaa , pakcik tu gila ke kami yang gilaaaaaaaaaaa .. dari jauh aku lihat pakcik tu mengeluarkan kepala dari tingkap van dan dia jerit " anak2 , jom la ikut pakcik pegi Kota Centourolantis , sampai sana nanti pakcik belanja makan yeee " sayup2 kedengaran suara beliau .. waaarkh pakcik pegi la sorang2 , jerit ku .. musnah harapan kami , tak sangka kena kencing lak malam ni , skang ni aku pening macam mana nak bawak balik sahabat2 aku yang dah pengsan dan tak lama lepas itu aku juga menurut jejak mereka dengan gaya pengsan bergaya .. acer cer toi , kami kena tipu  -  sekian
  

Thursday, March 17, 2011

Aar cer cerpen 3 - Aku , diA & MoTor

   Ehem , nama aku Zamri bin Zam Zam Ala Kazam , aku xtaw kenapa nama ayah aku begitu terampil sekali di belakang nama  ku sehingga nama aku di bawa ketepian , kat sekolah dulu pun puas nama aku dijadikan bahan ketawa dan lawak2 di penjuru kelas .. tapi sejak aku dewasa ni aku di gelar Zampreeeeeeeeettt , yeaaaahhh sapa tak kenal Zampreeeeeettt , nama tersebut aku dapat kerana kejaguhan aku dalam bidang motor .. "preeeeetttt' kat belakang tu kira mewakili bunyi motor laa .. sebagai seorang yang suka menghabiskan masa atas motor jadi aku telah pun memilih kerjaya sebagai seorang despatch @ penghantar surat & dokumen , aku serasi ngan kerja nie dan kena ngan jiwa aku .. berkat dari usaha aku menabung selama  ini telah tiba masa nye untuk aku membeli motor ..

  Sampai saje aku di kedai motor iaitu di Sentul , ohyeeee Sentul ni adalah syurga mat motor yang menetap di lembah kelang , sebab kat sini memang banyak kedai motor dan aksesorinya sekali , kalo masa hujung bulan akan berlonggok2 bebudak motor menebeng kat sini , kadang tu bukan beli sangat pun , jamu mata je tengok cover set la , glove la , helmet la .. aku pun terus masuk dalam kedai , fuh sebagai pecinta motor sejati aku dah pikir dari tahun lepas lagi apa motor yang akan aku beli , yeeeeee aku akan beli YAMAHA Rx-z , motor ni memang selalunya motor kesayangan mat2 motor , sehidup semati mereka dengan motor ni , setakat jatuh2 ni alah luka tegal biasa je le ..

aku dengan langkah penuh keyakinan masuk dalam kedai terus je lompat duduk atas motor idaman aku neh , yeaaaaaaahhh sambil buat aksi tunduk cara apit-G tu alaaaa kepala bawah hendle pastu tukar gear pakai tangan , fuhh aksi ni memang aksi wajib selaku mat motor untuk melawan tiupan angin , baru motor akan jadi lebih aerodinamik dan lebih laju ke depan , sedang aku menggaya kan aksi tersebut dengan jitu nye tetiba kena ada orang tegur "haaiyaaaaaaaaa kawan , apa lu bikin aar , mau buat itu macam kasi beli dulu laaaa " ahah , tu le dia toket kedai , kami panggil dia uncle Lantoi .. memang dia mengetahui isi hati aku yang nak beli motor ni , lalu aku pun cakap " weeeehhh lantoi , wa latang aar memang mau angkat ini motor laa , wa sudah lama jatuh cinta ngan lu punya amoi , eeeeeeyh ini moto laa , skang kira wa mau angkat hennnsh hennssh " .. dengan sepantas kilat Lantoi terus kuar kakulator antik nye , sempua laa yang orang cina biasa pakai tu .. kira punya kira kletuk kletak kletuk kletak akhirnya dapat la kata sepakat " tadak maaahai zam , lu angkat saya kasi Rm5500 harga kawan2 maaaa , down payment lu kasi letak rm2libu hari ni lu angkat ini motor balik aar " .. guuullppssssssssss , aku terus berpeluh dingin , awat mahai sangat neeeeeeeeeeeeeehhhhh , aku ada rm 400 jek .. ada sikit rasa nak pengsan , betul ke harga motor macam ni aaaaaaaarrr ..


akhirnya setelah hampir2 aku membuat kan tokey kedai hilang akal dan meroyan x tentu pasal , aku pun membeli la sebuah cover set Rx-Z nie , tu je yang aku mampu sebab cukup ngan duit aku masa tu .. siap ada balance rm20 lak tuk aku beli cokelat , rokok ngan air botol 100plus .. sampai je ruma aku terus punggah basikal zaman sekolah dulu lalu aku pasang cover set Rx-Z ni kat beskal aku sambil mengalir2 kan air mata seperti baldi pecah , ooowh begini perit rasanya nak beli motor , baru aku paham .. esok nye aku cukup bergaya dengan kenderaan baru aku seperti gambo di atas , ke mana aku pegi akan aku tunggang sambil wat bunyi preeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttt preeeeeeeeeeeeetttttttttt guna mulut .. lantak la orang nak cakap apa pun kat aku , peeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeegggii laaa maaaaaaaaaaaaaammm&@$$#% ngan orang2 yang kutuk aku , ada aku mintak duit diorang .. skang ni aku tengah giat menabung dan ini menjadi perangsang tuk aku terus menabung 1hari sebanyak 50pocen .. aku kira2 10tahun lagi cukup tuk beli motor .. yeaaaahhh terus kan  , sekian   -

 ( p/s = kisah ni adalah kisah benar di ceritakan secara langsung oleh tuan punya badan pada teman , teman harap kita suma leh amik iktibar kerna bnyk teladan dan pengajaran dalam kisah ini yeew , macam hereeeeeeeeeeeeeeeeeeeemmmmmmmmmmmmmmm ) blah , choooooooooiiiii acer cer toi ...

Wednesday, March 16, 2011

NatiOnaL GeOgrApHic


fuh , tak payah cakap apa la teman memang minat rancangan ni dari kekecik lagi .. dulu hobi teman bila selak surat kabo teman akan terus pegi ke bahagian intisari rancangan telivisen tue , yang len2 tu memang teman x amek pedulik dah , teman memang x suka baca isi2 dalam surat kabo kecualai intisari rancangan TV jek , tu pun sebab nak taw rancangan ni mula kul berapa kan , skang ni x payah dah , siaran TV bebayar Astro tu duk tayang 24jam siap ada chanel khas tuk rancangan ni jek .. jadi masa kekecik dulu , bila start jek rancangan ni teman dah menebeng depan Tv , punya la minat nak tengok alam semulajadi , flora dan fauna suma , tu pasei le teman cukup suka matapelajaran alam dan manusia ngan geografi masa sekolah dulu , huuuuiiiiish tiap2 bulan score tu ujian bulanan hahah poyo lak ..

rancangan ni sebenarnya membekalkan banyak ilmu pengetahuan , ayah teman pun suka bila teman nengok rancangan cenggini , x penah dia larang pun , minat teman pada alam semulajadi dibawa dengan baik oleh rancangan ni , haa tapi 1 je laaa ye , walopon teman suka kan menda ni tapi teman x suka masuk hutan  , sebab apa ialah sebab teman dah puas rasa dulu masa zaman jadi pengakap , macam2 hutan dah masuk macam2 gunung dah kitaorang tawan , jadi bila teman dah dewasa ni teman rasa cukup2 lah , teman lebih suka pegi ke tempat2 yang indah , cantik dan dah siap diteroka hahah .. dalam rancangan ni teman memang suka tengok pemandangan pastu cara jurukemera ni mengambil gambar , memang dasat la .. tepengaruh juga teman masa ni , teman pun tibai le kemera ayah nak wat ujikaji , menda pertama teman shot ialah pokok cili mak teman depan umah , tu dia sampai menonggeng2 nak dapat hasil yang terbaik , sebenarnya x berapa reti nak guna kemera tu , zaman ni pakai negatif filem lagi kan , mana ada digital .. pastu shot kedua teman amik gambo kucing teman tengah tido yang ketiga paling mencabar , teman tunggu depan umah nak amik gambo motor bejalan , dapat la teman tangkap gambo babu jual roti nek motor tue .. ada la lagi beberapa shot yg teman amik tp dh lupa dah , selang beberapa hari pastu ayah teman lek bawak gambo yang dah di cuci , masa ni teman dah rasa x sedap hati dah , masa teman baru nak cabut tengah sarung selipar teman dengar ayah menjerit , apalagi teman lari x kesian punye macam pelari pecut Karl lewis tue hahah ..

bila tiba cerita pasal binatang pun teman suka tengok , masa ni le kita nak taw pejalanan dan habitat seseekor haiwan ni , kalo x tu dok taw nama je , cikgu kat sekolah pun xde le nak citer harimau tu hidup macam mana , cikgu2 ni cuma bagitau harimau ni ganas , kuku tajam , haiwan berbahaya , udoh itu je maklumatnya , paling kuat dia suh g tengok kat zoo negara .. mana la nak cukup kan , jadi ni le gunanya rancangan ni sebagai saluran pendidikan alternatif bagi insan yang serba nak taw macam teman .. bila tengok baru la taw harimau ni mcm ni , ada le juga sifat lembut nye bila ngan anak2 , xde le ganas 24jam hahah , teman ingat dulu suma menda dia nak lambung , yele udoh cikgu cakap ganas kan .. teman ingat lagi dengan jelas ada 1 paparan khas national geographic ni buat tentang serigala , memang sedih la menangis juga teman nengok nye , memang diorang ikut je pejalanan serigala ni dari jauh , bayang kan dari serigala ni kecik sampai le ke beso , punye lama diorang nak siap kan 1 dokumentari sbb x pasei nak tggu smpi serigala tu besar kan , teman malas nak citer kisah nye sbb ianya leh memakan 880 patah perkataan .. kalo citer2 cenggini memang bnyk fokus pada benua afrika la , kita leh tengok pasal kawanan haiwan mcm kijang , rusa , kuda belang dan macam2 lagi .. baru2 ni teman tengok pasal buaya , fuh dasat .. haa makhluk ni memang ganeh laa , betul2 punya ganeh pantang ada menda lintas kena terkam , kompom ilang kaki le , tapi ganeh2 dia ada gak lembut nye taw , lembut bila dia dah betukar menjadi tali pinggang ngan kasut , ha ni suma koje manusia laa , jadi deme suma pikio sendiri sapa lagi ganeh , manusia ke buaya hahahah .. nak taw jawapan deme jerit buaya biawak lelaju , nanti dapat le jawapan yeew ..

haaaa , rancangan ni juga adakalanya akan memaparkan haiwan2 yang pelik la yang jarang kita tengok , ni segmen yang paling teman suka , seperti kita mengembara ke dunia yang baru , haa bukan senang ni , kalo xde rancangan ni teman pun xtaw apa rupa haiwan2 yang duduk bermaustautin kat laut dalam tue , fuuhh ngeri2 gak kadang nengok nye , dah rupa hantu pun ada , kat laut dalam ni kehidupan nya amat tertekan , dah la gelap 1 hei , tekanan pun tinggi tu yang rupa suma pelik2 tu , kalo deme tengok haiwan laut dalam ni xde yang senonoh muka nye , suma muka marah jek , maklum la hidup penuh tekanan kat bawah tu kan , dekat bawah ni kenkadang pemangsa pun menjadi mangsa .. ada 1 haiwan yang teman suka tengok , orang panggil ikan tang lung , sebab depan kepala dia ada menda becahaya macam lampu , tujuan dia nak tarik perhatian le , jadi sapa yang datang dekat apalagi kena telan la , kadang2 dia kena telan balik kalo yang datang tu jerung la kan .. dalam ni teman pun xtaw apa jenis ikan nye haa , tapi ni kalo wat asam pedas melaka ni memang care rasanya .. terliur lak teman haaaih

tengok buaya ni haa , udoh mendongak je dia ke atas , kalo xde kemereman yang berani xkan ada la gambar dan filem2 menarik tentang buaya ni , kalo citer pasal buaya darat tu memang bersepah le kat telivisen tu , naik cemuih teman nengoknye , macam negara kita ni dah ketandusan idea nak wat drama , duk balik2 konflik keluarga , hasad dengki , yang kaya tu kaya betul laa , orang kaya anak mesti sowang jek , haa tu suma kalo deme perasan le tengok drama2 zaman sekarang ni , hampir xde dah golongan pertengahan yg duduk umah flat ke umah teres ke , suma umah melaut2 jek besor nye .. haa buaya tengango ni teman penah tengok kat zoo melaka persembahan nye , fiuuuh bepeluh nengok nye bila ada sowang pekerja memasuk kan kelapa eeeeyh kepala kat tengah2 mulut buaya tue .. teman duk merecik peluh takut2 kalo buaya tu tetiba kacip mulut dia ke kan .. memang aksi berani mati le , teman tengok ada sowang makcik ni menjerit2 ngan penuh emosi ..

rancangan ni juga tidak lah tertumpu hanya pada alam , fenomena mahupun haiwan tetapi juga manusia lebih2 lagi kaum2 ataw bangsa yang unik , ahaa ni pun teman minat sebab kita leh tahu adat , cara kehidupan mereka , budaya mereka suma , muzik mereka , makanan mereka suma resipi kan , bab makanan ni memang teman minat asek lapo je kalo tengok makanan nie .. ini peluang yang perlu kita amik tuk mengenali sesebuah tamadun , secara x langsung membekal kan kita sedikit ilmu pengetahuan tentang dunia kita ni , nak harap deme pusing sendiri g menengok nye x payah nak harap le , kita bukan nye kaya raya macam dalam citer drama2 negara kita ni , sarapan pagi di australia , makan tengah hari di italy , sembang bisnes pun juta2 jek heheee , bagus la macam tu kan sekurang2 nya ada impian .. ahaa berbalik pada hal tadi , rancangan ni le menjadi pengganti dan wakil untuk kita menjelajahi seluruh dunia ..

lagi 1 yang menarik hati teman , kita juga dapat menengok gadis2 dari bangsa lain dalam rancangan ni , contoh nye gambo kat sebelah ni haa , ni kalo x silap teman gadis dari negara tibet tue haaa .. walopon kat sana x wujud kemera tapi awek ni tetap pandai berposing dan kelihatan natural ketika gambar di ambil , sapa yang cakap dia ni comot meh sini teman karate , ni bukan comot taw tapi sebab iklim cuaca kat sana yang jadi kan mereka begini .. wajah wanita ni ada kuar menjadi frontpage majalah national Geographic sendiri .. mereka ni kebanyakan nya bekerja sebagai tukang angkat barang pada pendaki2 yang nak panjat gunung everest tu .. ada juga yang meniaga , betukang dan sebagai nya .. x silap teman National Geographic ada mendokumentarikan kisah kehidupan gadis ini bersama keluarga beliau ..

hahaaa , teman rasa entrie ni xde komedi sangat la sebab saja nak tukar pendapat ngan kengkawan suma , dah lama teman tak menulis sesuatu yang berilmiah sikit heheeeeee , ni cuma nak cerita apa yang teman suka tengok bila menonton telivisen , rancangan yang banyak bagi info dan pengetahuan ni memang teman minat sangat2 , memandangkan x berapa pandai dalam pelajaran jadi cuma ini je le medium yang ada tuk meningkat kan pengetahuan hahah .. bes bes , teman nak g kutub utara nak tengok beruang kutub tido macam kat atas ni haaa .. macam biskut candy je teman nengok nyeeee .. papai

Monday, March 14, 2011

acer cerpen 2 - Ros mEraH rOs PutiH roS kUniNg

  Pada waktu ni aku baru je habis dari kelas pengajian , tetiba talifon bimbit ku berbunyi berkumandang lah nada dering aku yang berlagukan lagu " kalau berpacaran " oleh Sohaimi mior hassan dan di bantu oleh Ana Raffali , setelah layan jap lagu tu dalam 15 saat sambil henjut-henjut kepala baru la aku angkat panggilan tersebut .. terdengar suara dari sebelah sana  " woooooiiiit , awat hang lambat benor angkat tipon hah , memerut ke apa !! " .. owh sungguh kurang sopan sekali kata-kata pembuka yang diberi , salam suma apa takde kata ku dalam hati .. itu lah dia sahabat ku "Mat Tapa Romeo tak penah kenal erti kecundang" yang aku telah minta khidmatnya sebagai penasihat dalam bidang cinta , panjang betul nama jolokan ataw samaran diri beliau , adakala aku rasa seperti ingin menghadiahkan penyepak barang seketul dua tapi mahu tak mahu dia telah menjadi penasihat tak berbayar untuk aku ..

  kesungguhan beliau untuk menolong aku memang dalam gred A+ , beliau penah kata dan aku masih ingat kata-katanya yang berbunyi " aku bahagia menolong orang mengejar bahagia " .. sekali lagi aku ingin memuntahkan sisa-sisa Milo yang aku minum bukan sebab ayat tu tapi rupanya Milo semalam yang kawan aku sangkut kat tepi jendela Asrama tempat aku menginap , haram jadah perangai , dah tak abes buang laa woiiii !!! *&@#^^@* !!! .. ok , berbalik pada kisah tadi , aku memang meminati seorang gadis ni , dah lama juga aku memerhatikan nya , tapi kesempatan yang aku ada hanya melihat nya di cafe fakulti , dia belajar dalam program lain walopon kami dalam fakulti yang sama .. aku menceritakan hal ini pada Mat Tapa , dan beliau seperti beruk kena belacan terus berkata pada ku , "apalagi brooooo , kasi ayat laaa , itu pun susah ke , lu kalo malu-malu lu makan daun semalu la brooo " , ececeh sungguh gelojoh betul mamat nie .. seakan aku ingin mencuba pula mengunyah daun semalu tu , sedap ke hah !!!? eyh tetiba datang mereng ku ini .. 

   tetiba aku teringat kejadian semalam di mana aku hampir-hampir melanggar dirinya ketika sibuk memilih roti di cafe , aku bersyukur kerana tidak melanggar beliau tetapi malang sekali yang dilanggar ialah kawan beliau yang sedang memegang mee goreng , kejadian itu terjadi dengan begitu pantas , tau-tau je mee goreng itu melambung lalu terpelanting ke atas kepala Pensyarah yang tak berapa nak ada rambut , tanpa aku sedar aku ketawa , seisi cafe juga ketawa kerana Pensyarah tadi telah pun dianugerahkan rambut yang berupa mee goreng , hensem juga beliau dalam keadaan begitu , aku rasa aku dapat bayang kan bagaimana beliau sewaktu muda dahulu , Pensyarah tersebut memandang aku dengan mata  merah menyala , aku dah sedia untuk kena marah , aku dah bayangkan 1 pelempang yang akan hinggap di pipi ku tapi sangkaan aku meleset , pensyarah itu menyelak mee yang berjurai di kepalanya seakan iklan rambut Rejoice dengan pati minyak panas dan berkata " eeeeyh , sedap juga mee goreng ni ye , menyesal lak saya terambil mee hun goreng ni , saya nak tukar lah ".. fiuuuuuhhh , aku menarik nafas lega , jantung ku yang laju bagai di kejar komuter kembali perlahan ..

  aaaaaaaaaahhh , aku terlepas lagi untuk menegur dia sebab penyarah tadi memeras ugut aku untuk bayarkan mee goreng beliau , rabak duit poket ku rm4 sebab penyarah tu letak ayam dalam mee .. aku hanya melihat beliau berlalu tanpa mengedip biji mata , teringat pesan ayah ku kalo kita pandang perempuan biar sekali jangan berkali-kali , sekali pandang kalo lama xpe kalo tekejip mata dah kira 2 kali .. tapi aku selalu tengok ayah aku pandang pompuan tekejip-kejip mata sebab memang dia ada penyakit kejip-kejip .. macam mana nak cerita aku pun tak taw , kira ayahku di beri perlepasan la kan .. dan masa ini lah Mat Tapa telah memainkan peranan nya sebagai gunting dalam lipatan untuk membantu aku memperolehi cinta yang suci ini ..

  tujuan Mat tapa ni menelifon aku kerana beliau telah pun mendapat idea bagaimana untuk aku memulakan teguran pertama , beliau sanggup datang ke asrama ku dengan membawa cermin dan tanpa segan silu menyuruh aku mencermin diri , eeeeyh perli ke apa dia ni , ada yang makan sup stokin ni kang , tapi beliau memang bijak bermain kata-kata , " hah , ko tengok tue muka ko memang ada iras-iras aktor Latif Borgeba taw , ensem what " fuh , aku terus menarik nafas bangga henshh heenssh , meluap-luap macam lembu jantan sedang bedengus .. kali ni aku memang cukup yakin akan beroleh kejayaan maksima , lalu Mat tapa membekal kan aku sekuntum Ros kuning sebagai bekal untuk memulakan bicara hari esok , buat pertama kali aku memegang bunga yang menjadi lambang cinta setiap pasangan kekasih yang ada di muka bumi ini , gementar juga aku rasa tapi bila di beri semangat oleh mat tapa dan dia kata muka aku macam dinasor  tetelan buah kurma , aku kembali yakin ..

  esok nya aku menunggu dia di cafe seperti yang telah di aturkan oleh mat tapa , aku berdiri dengan gaya dR. Rozmey sambil memegang ros kuning , berdiri dengan penuh gaya dan keterampilan , aku mula mengatur ayat dalam benak ku ini , bait-bait ayat yang tersusun rapi sebagai pemula bicara , pedulikan orang memandang aku macam orang gila kat cafe , tapi tunggu punya tunggu punya tunggu dia tidak kunjung tiba , sekali terdengar Mat tapa tejerit dari jauh " alaaaaaaaaaaaaaaaammaak bro , dia takde hari ni la , tadi senior dia cakap kelas diorang pegi site visit kat putrajaya " , adddooiii berkecai hati aku , nak dekat 2jam aku berdiri tapi takde hasil .. bunga pun dah layu selayu hati aku juga , lalu aku jalan hanya mengheret-heret tapak kaki tanda penuh kelesuan .. lalu mat tapa bagi idea " brooo , apakata kita g putrajaya , aku taw kat mana diorang g site visit tu " , wah , seperti lagu metahari terbit dari barat dendangan iwan dan amelina jantungku bergedangdut , seraya aku jawab " okeh " ..

   lalu kami pun merempit la motor mat tapa iaitu moto pilihan pelajar iaitu Honda E kali lima ( Ex5 lah ) , mat tapa suruh berenti kejap kat kedai bunga , lalu beliau suruh aku membeli bunga ros putih dan merah sekaligus , aku terus bertanya nape lak sampai 2 warna ni , laju dia membalas putih untuk hati kau dan merah untuk ko selami hati dia , fuuuuhhhhhhhhhhhhhhh ayat mat tapa seingin buat aku ingin terbang , aku mula terbayang yang aku berlari-lari di tepian pantai bersama si dia , main percik-percik air , menunggang jet ski bersama-sama macam dalam citer sembelit tu , eeeeyh sembilu part 1 .. setelah selesai urusan pembelian kami kembali memecut motor dengan gaya aksi superman bertindan , ternyata kelajuan bertambah demi penjimatan masa .. kami sampai di putrajaya waktu tengah hari , cuaca amat panas terik masa tu ..

Mat tapa seperti fasih dengan jalan tersebut , seperti berkali-kali penah datang ke sini , aku agak hairan juga berada di belakang , x sampai 10minit kami dah sampai ke tempat tersebut , sesampai je kami setelah meletak motor mat tapa terus meminta bunga dari aku yang aku duk pegang dari tadi , dia kata " ko darah gemuruh , xleh pegang nanti abes gugur kelopak bunga ni " , aku inku kan aje la nasihat tersebut , aku bertambah pelik bila melihat tempat yang di katakan site visit ni lebih pada kawasan perumahan yang dah siap , wooo mungkin mereka melihat dan wat kajian tentang perumahan yang dah siap la kan , tapi apasal penuh sangat orang pakai baju melayu dan kebanyakan orang yang ada rata-rata mengenali Mat tapa , glemer juga mat tapa ni bisik hati ku ..
setelah bersalam-salaman dengan orang yang ada kat situ kami terus masuk ke rumah tersebut , hati aku macam nak meletup bila ternampak dia , waaaaahhdooiii cantik bangeeettttt dengan tudung putih sedang berbual-bual dengan seorang wanita agak berumur , pastu aku tengok mat tapa terus bagi bunga tu kat si dia kemudian berbisik-bisik di tepi telinga, eeeeeeeeyhh nape lak ni , woooo mungkin mat tapa bisik kat dia dan kata bunga ni aku yang bagi , aku terus mengeluarkan sikat dan menyikat rambut dengan gaya elvis Presley ..
  
   tetiba ada orang meyapa aku dari belakang , laa seorang lagi sahabat aku iaitu Mad norkatimin menegur " eeeyh , ko pun ada juga yek , ingat kat x mai , alhamdulillah Mat Tapa betunang juga akhirnya kan , kalo tak sebelum ni asek jadi romeo jek " , haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh , aku tekejut , muka aku terus biru macam baru lepas derma darah 5bungkus , badan aku terus tak bermaya , sebelum aku jatuh pengsan tak sedar diri aku melihat Mat tapa tersengih-sengih dari jauh memandang aku sambil membuat isyarat jari tanda Peace , aaaaaaaaaaarrrkkhh aku kena tipo rupanya ni majlis petunangan dia , dia dah pancung line dulu awek tu dari aku , aaaarrkkhh rm45 aku beli bunga tue , semuanya berlegar-legar kat kepala aku seligat burung2 yang jatuh di lastik oleh bebudak nakal .. aku pengsan tak sedar diri dah lepas tue ..

 pada si dia yang aku minati , aku coretkan kisah ini ikhlas dari hati ku yang kini menetap di hospital bahagia , aku tetap membeli ros kuning ros putih dan ros merah sebagai hiasan di katil wad ku .. akan aku petik dan kunyah2 kelopak bunga ini setiap hari .. harap ko berbahagia selalu dan aku berbahagia di hospital bahagia , akhir kata dari ku , bahagia selamanya .. yehaaaaaaaa ( sambil membuat aksi superman di atas katil ) - Sekian


Saturday, March 12, 2011

inGatAn paDa RaMbuTan

Dulu masa teman kecik2 dulu , kat laman umah atuk teman ada la sepohon pokok rambutan yang rendang , teman pun xtaw le berapa usia pokok rambutan ni sbb teman lahir je pokok rambutan ni memang udoh ade tecongok kat situ , Pakjang teman cakap pokok rambutan tu di tanam bersama2 sekali dengan masa umah atuk teman tu tgh di buat masa tahun 70'an dedulu , ada juga yang cakap pokok tu memang dah ada dh sebelum umah ada .. hah , ntah mane 1 yang betul pun teman idok taw le .. tak kisah la kan pasal tu , sebab dah telampau lama memang mcm2 rumor dan cerita boleh kuar .. 

pokok rambutan ni memang betul2 ada depan umah atuk teman , kira kuar je pintu leh nampak dah dahan dia , lagi 1 bentuk pokok ni memang bes sebab dia memang jenis yang senang di panjat , deme taw je le kan kalo udoh budak2 tu memang pantang le tengok pokok ni kan , masa ni le nak tunjuk skill bersengayut kat atas pokok , memang syok dan mencabar , kena lak masa musim dia berbuah tu sambil panjat sambil petik hasil , pastu biji ngan kulit baling kat orang yang ada kat bawah , cantiieeeeettttt duk ada perangai kan .. setahun teman xtaw berapa kali dia bebuah yang teman ingat setiap kali dia bebuah mesti atuk teman tipon kami suh balik .. 

 ada laa 1 cerite nie , masa tu kecik lagi la ngan sepupu2 suma , masa tu kami sume dah kasi sepah ruang tamu la kan , biasa la kekecik main2 , begumpal , main sorok2 , teka-teki , dah main xtaw nak kemas terus tukar lak tempat main kat luar rumah , sekali sayup2 dengar atuk kami jerit dari dalam , fuhhh apa lagi kami suma bertempiaran la nak selamat kan diri ( di ingat kan di sini , atuk teman memang garang masa kami kekecik dulu , bekas askar la katakan ) .. sepupu2 teman ada yang lari naik atas pokok rambutan , yang sowang lagi tu nyorok bawah tikar mengkuang yang kami bentang kat halaman umah , teman lak x sempat terus lari ke pokok nangka , kebetulan ada buah nangka yang dah di balut ngan baju , jadi teman mengambil langkah bijak ngan berdiri dekat dengan buah nangka tu dengan harapan kalo atuk teman kuar dia ingat teman ni buah nangka hahah .. 

 memang tepat anggpan teman , atuk teman kuar siap bawak rotan , teman dah gigil ngan buah2 nangka tu pun mengigil sekali .. atuk teman terus gi bawah pokok rambutan , dia heran gak baru tadi dengar bising2 tetiba tak sampai 5saat cucu2 dia suma dah hilang , line clear suma tanpa apa2 kesan .. tapi nasib tidak selalu menyebelahi kita , salah sowang abg sedara teman telah di gigit kerengga kat atas pokok rambutan , dapat teman dengar dia menjerit " adooooiii maaaaakkkk , pedih laaa " , teman terus tepuk dahi , atuk teman terus dapat mengesan kedudukan mereka , memang beliau cekap menggunakan kemahiran semasa bersama Askar Tanah Melayu dulu , apalagi pastu masing2 kena hambat le turun .. suma kena beratur untuk di jatuhkan hukuman , fuhhh selamat teman sbb atuk x nampak , gembira punya pasal teman pun cium buah nangka tu , sekali atuk teman jerit " emiieeeeeeeeeeeeee !! sini kau , jangan ingat atuk x nampak ko kat situ , ko ingat badan ko sama ngan buah nangka orang x perasan hah " , aaaaaaaaaaaaaaaarrrk , teman terus menjerit , tajam sungguh mata atuk teman , sepupu len suma ketawa ..

 haaa apalagi pastu kan sesorang kena besit laaa ngan rotan , peeeehh pedih punggung wooo kena libas ngan rotan , menjerit2 suma , tetiba sepupu teman yang menyorok bawah tikar mengkuang tadi kuar kan kepala tejengol dari persembunyian beliau dengan selamber dia tanya " amacam , dah abes ke belum aarrr " , hek eleeeeeeeeeeeeeee apa punya sengal la dia nie , atuk teman ada lagi kat situ kot , sepantas kilat berrrdeciaaaaaapp zas zussss rotan hinggap kat dia lak waahahahaaaa .. kami pun dah terlupa dia ada bawah tu , kalo dia sembunyi lama lagi mesti selamat .. hari tu semua kena tindakan tatatertib dengan di tambah hukuman cabut rumput dan kemucut kat laman rumah .. padan muka semua , rasakan ..

 teman memang suka le buah rambutan ni , lagi2 kalo isi dia tu lekang , teman suka kopek dulu siap2 taruk dalam bekas pastu simpan dalam peti ais , bila dah sejuk makan la apalagi kan , peeeeeeeeeeeeehhhhh sedaaaaaaaaaaaaaapp weeeeeeeeeeeeeehhh , lalu la awek macam ne punye cantik pun kompom laa kompom teman tengok gak hahaaa .. teman ada gak wat eksperimen dulu , nak wat jus air rambutan , teman blender isi rambutan tu ngan ais batu pastu taruk air gula ngan tambah air sikit .. maaaaaaaakkk aaaiii , cakap pun x guna la , sedap toi .. x caye deme sume gi cuba taw ..

  skang ni pokok rambutan ni betoi2 tinggal kenangan jek sbb dah xde kat umah atuk , udoh kena tebang sbb pakcik teman pasang kemah untuk simpan barang2 kanopi khemah .. setiap kali lek je mesti teman mengelamun sensorang kat tapak yang penah ada pokok rambutan ni , teringat zaman teman kekecik dulu , macam2 hei kami buat kat situ , tu le tempat kami main2 , makan , sembang2 , yang patah tangan pun ada sbb jatuh pokok .. pokok tu pun dah cukup tua rasanya , perlu gak di tebang sbb faktor usia , bnyk gak dahan2 yang dah menyembah bumi .. waloapapun kenangan tetap bersama kita , tecatit indah di dalam pemikiran sekaligus menggamit senyuman untuk bertandang ( peeeeeeeehhh , nak muntah teman ngan ayat tersebut , berbunga betoi uweeeeeeeeeekkkkk ) ..

adoiii , dah lama x makan rambutan , teman nak cari la nanti tapi rasa buka musim dia skang kot .. ngences laa teman maca ni , haa ni 1 perkataan baru yang teman belajar semalam dari seorang sahabat baik teman, "ngences ni bahasa jawa dan membawa maksud ngences = terliur .. hahaaa , teman ingat kan batang mancis .. wayaaaaaarrkkhhh , memang kena sekali sebutan ni sbb bila sebut pun memang mcm nak tersembur air liur , x caya deme suma sebut ngences ni laju2 depan muka kawan deme , memang lencun la pastu wahahaa ..
blah laaa , nak cari rambutan .. vroooooommmmm2