Tuesday, December 20, 2011

Aar cer cerpen 15 - Aku jUgA SupErHerO

   Aku seorang Superhero, aku suka membantu orang, ke sana ke sini aku berlari menyelamatkan orang, aku ingin melindungi mereka dari segala macam malapetaka, aku ingin bersaing sama dengan Superman, Batman, Spiderman dan lain lain, mereka juga bertungkus-lumus berlumut mambantu sekalian jagat yang dalam kesusahan. Aku juga ingin sehebat mereka, semashur mereka dan bermacam 'se' lagi yang seangkatan dengan itu. Akan tetapi setiapkali aku membantu setiapkali itu juga musibah mendatang, aku pun hairan, penat aku membantu makin aku dikecami dan diherdik supaya tolong berhenti menyelamatkan mereka, aku tidak faham, kenapa begini balasan yang aku dapat.


  Oh ye, akulah superhero pada gambar yang paling bawah sekali. Selepas melihat gambar yang diambil oleh orang ramai baru aku memahaminya. Nampaknya tiada ruang untuk nama aku sebaris seperti superhero yang lain. Itu dulu, tapi sekarang aku telah mempunyai karier tetap yang membanggakan iaitu pemotong daging dan sayur di sebuah restoran ternama dan majikanku amat menyangiku seperti anaknya sendiri, aku juga terkenal dikalangan pelanggan-pelanggan yang berkunjung, semua ingin menonton gaya memotongku yang unik sekali. Nah, aku juga Superhero laaaa.   TAMMAT

P/s : Moral dia, kadang² kelebihan itu juga akan jadi kekurangan dan dari kekurangan itu sebenarnya ada kelebihan, fikir² dan selamat bersukan .. Phhuuuuuuuuuuuuuuuuuuiii, ni cerpen paling pendek pernah aku tulih, kaninnaaaaaaaaaaaaaamuuiiii..

Sunday, December 18, 2011

MeLukiH wAjAh SeSeORaNg,

  AllooooooOOOooo, ahaaa hari ni aku nak cerita sikit pasal melukih neh, aku pun sebebenornye idok le gheti sangat melukih neh, apa orang kate tu yeop, sikit-sikit buleh le. Ada le rupenye iras-iras itu pun mengambil masa yang cukup lama, kalo tak jadi-jadi tu ate aku tekap kan aje hehe. lagi pulak aku nie ada masalah sikit dengan mengenalpasti warna, aku ada sikit rabun warna, bukan le sume warna aku tak kenal, ada sesetengah warna yang wat kepala otak aku susah nak tafsir.

   Aku pun tengah banyak lagi belajar, tapi tok Guru aku yang 2orang ni memang handal melukih, melukih ni memang makanan diorang, sebab memang diorang cari makan dengan melukih iaitu RAzi AdNan yang memiliki WarNa Art StuDio dan juga Bob GadeGanG a.k.a Bryan AdaMs dengan BoBa CarTunWorkShop. Haaaa, jadi aku nak cerita cara-cara asas melukih bentuk muka wajah seseorang. bes taw sebab senang jek tapi susah gak hahaa. Phuuuuuuuuuuuuuiiii

 


 

   hehe, ni bentuk Sfera dan lakaran paling asas sesebuah wajah manusia, jadi korang leh le lukih dulu menda ni sebagai latihan permulaan, berlatih sehingga ke tahap tutup mata pun leh siapkan jadi macam nie. Kalo dah buleh tu maksudnya anda layak ke peringkat seteruihnye.











 




   haaa ni pulak belajar tentang shapes, apalak shapes dalam bahasa melayu nie, lupa lak aku, haaa potongan ke pengasah pensil ke, eih tu sharpener. Ok, ada 5 shapes paling asas untuk menjamin muka orang yang kita lukih tu jadi orang, kalo  tak serupa pun tetap wajah orang la kan, takdela jadi kucing ke, banggunan ke kan. Tujuan menda ni adalah supaya kita fokus pada bahagian-bahagian yang paling penting yang terdapat pada wajah kita.






   



    Yang ni pulak kerekter wajah seseorang, penting nie sebab tak semua orang memiliki bentuk muka yang sama, ada yang muka lonjong, ada yang petak, ada yang bersegi-segi, ada yang bulat macam bola, ada yang macam mintak penampor dan macam-macam lagi. Sebelum melukih perhatikan wajah orang tu terduduk dalam golongan mana, kalo lonjong maka lonjong la ia. Kendian cari apa yang istimewa terdapat pada wajah dia, kalo telingan capang, capang kan, mata besar ke, hidung mancung ke, bibir tebal ke, walopon faktor ini kecil tapi inilah penyumbang untuk membantu karya kita supaya seiras dengan tuan punye wajah.







 




    Kedudukan wajah dengan leher juga memainkan peranan yang amat penting, tanpa leher siapa lah wajah, ianya akan menjadi kekok bagaikan cawan yang tiada tangkainye, eceeewaaahh bergurindam plak aku, poyos toi, choooOoiitt. Perkara ini boleh lah dirujuk secara terus pada fizikal sesorang yang hendak kita lukih.















   Bila dah rasa yakin denga teknik-teknik asas kat atas tu boleh la cuba-cuba lukih muka orang, berlatih dulu dari majalah atau tawarkan pada kawan-kawan yang anda ingin lukih muka mereka,  jadi atau tidak itu bukan masalah, lukis jek ye, belajar dari kesilapan itu lebih bagus dari belajar tak silap-silap. Bahagian ini kita kena fokuskan pada segi sudut, kalo orang itu mukanya mengiring, bentuk sfera yang kita lakarkan perlu juga mengiring, kalo menunduk, tunduk lah ia, mendongak kalu begitulah juga sebaliknya.








   




   Bila sudah sampai pada tahap ini,segalanya akan bertambah mencabar, ketelitian adalah terletak di tangga pertama dan kesabaran menjadi pelindung. Pada sapa yang ingin mencuba elok guna pensil dulu ye, senang nak padam-padam kalo tersilap, kalo dah terer leh terus guna pen lukisan. Ada macam-macam saiz mata disediakan untuk kita bermain dengan tone, cahaya dan sebagainya. Yang tu lagi rumit nak terangkan, aku pun tak berapa mahir dan tengah belajor lagi. ok laaaa, pada yang ada minat tu aku ucapkan selamat mencuba. heheeee papaaaaaaaaaaiii .. oh yaaa, hampir aku terlupa, gaya lukisan jenis macam ni di panggil KARIKATUR iaitu memotretkan wajah seseorang dalam ekpresi kartun. Sampai jumpa lagi  :)

Wednesday, December 14, 2011

Aar cer cerpen 14 - aKu SeOraNg pEniNju

   Setakat sakit bengkak-bengkik kat muka, itu suma perkara enteng dalam kehidupan aku yang bergelar seorang peninju. Bayangkanlah dalam seminggu paling banyak tiga perlawanan yang perlu aku sertai, kesemua perlawanan ini aku anggap hanya sebagai latihan pada diriku. Manakan tidak, pihak lawan semuanya terdiri dari wajah-wajah baru yang hendak menempa nama, mana nak sama dengan aku yang telah hampir sepuluh tahun bergelumang dengan dunia penuh pancaroba ini, sekali aku bagi penumbuk tepat di dahi, hasilnya memang lumayan, tak terduduk, tersungkurlah keputusannya. Ada juga yang tertelan gigi sendiri. Hinggalah suatu hari ada pihak yang mencabar aku supaya bertanding dengan beliau, dan apabila bersua muka  ternyata dialah seteru aku dahulu, musuh ketat yang teramat ketat macam baju yang menyarung buah nangka.

 Kami pun menetapkan tarikh, dan setelah dua minggu masing-masing menjalankan latihan masanya pun tiba. Digelanggang ini akan menjadi bukti pertumpahan darah yang menyembur dari mulut ke mulut. Aku yang berbaju merah tenang ketika menuju masuk ke dalam kawasan gelanggang, terdengar hiruk pikuk peminat melaungkan namaku beramai-ramai. Semangat aku menjulang setinggi api yang membakar hotdog dan sosej ketika sesi barbeque.

  Aku tidak akan sekali-kali menghampakan mereka, aku pasti ramai yang menaruh harapan tinggi, bukan sekadar menaruh tapi ada juga yang bertaruh, bukan calang-calang taruhan yang mereka lakukan, ada yang bertaruh wang, geran tanah, geran rumah, bini pun ada dan lagi dasat mencagarkan perniagaan  usaha sendiri tandas awam pun ada. Aku bengang juga kadang-kadang, tapi kalo sudah tahi judi tu tahi judi jugalah jadinya. "Ting ting", bunyi itu menandakan pertarungan sudah bermula, aku menuju dengan pantas ke arah lawan, tapi dengan pantas juga dia memberi tumbukan tepat, berpinau mata hitamku. Tapi itu semua tidak lama, aku bangun semula dengan hentaman bertubi-tubi seperti lagak makcik memukul telur untuk dibuat kuih bahulu. Aku menang pertarungan ini pada set yang ke seratus lapan belas. Masing-masing muka sudah tidak rupa muka, jurulatih aku sempat begurau mengatakan wajahku seperti kuih apam yang mengembang, aku tersenyum sakit, ya aku memang suka apam yang kembang dan tembam.

  Namun langit tidak sentiasa cerah, kegembiraanku menjulang piala hanya sebentar, sewaktu perjalanan pulang ke rumah, kenderaanku ditahan di tengah-tengah jalan raya, aku keluar dengan seribu pertanyaan, ada orang nak minta tolongkah fikirku. Sayup-sayup kedengaran orang ketawa dari belakang dan aku amat mengenali derai tawa tersebut. Tepat sekali sangkaanku, musuh aku yang baru sebentar tadi aku kalahkan dengan penuh kemaluan berada dibelakangku. "Wooo, ko ingat ko handal ye, aku masih belum berpuas hati, boooooyyy !! lanyak dia sekarang, apa tunggu lagi !!!!" jerit beliau pada anak-anak buahnya. Bengkak-bengkik di wajahku masih belum surut, sekarang ini ditambah pula dikeroyok ramai-ramai. Aku rasa diriku lumat seperti daging kisar keluaran Ramlee Burger. Aku rebah tersungkur tanpa sedar lagi.

   Lapan hari aku terlantar di hospital, jururawat-jururawat yang bertugas merawat aku dengan baik, ada juga pesakit-pesakit lain yang mengenali aku bersembang sebagai teman. Setelah aku mendapat pengesahan doktor dan telah pulih sepenuhnya, aku dibenarkan keluar. Aku juga tidak berpuas hati dan segera mengumpul rakan-rakanku, aku ingin membuat perhitungan semula dengan musuhku itu. Kurang ajar sungguh dia, kalau dia boleh berbuat bangsat, aku juga boleh membalas lebih dari itu. Pertemuan diaturkan, dan malam itu juga kami dijadualkan berentap dan aku membekalkan kain merah pada setiap rakan-rakanku untuk diikat dikepala masing-masing supaya kami tidak terpukul sesama sendiri. Darah perlu dibayar darah, seluar dalam ku yang koyak tempoh hari akan aku balas juga dengan koyak. Akhirnya kedua-dua kumpulan bertembung, dimulakan dengan acara berbalas carut sebelum masing-masing memakan penumbuk.

   Dan malam itu telah terjawab segalanya, apabila rakan-rakan musuhku semakin ramai yang tumbang menyembah bumi dan ada juga yang cabut lari. Musuhku ditinggalkan sendirian. Kami pelupuh dia cukup-cukup sehingga dia meminta ampun dan tidak akan mengulanginya lagi. Nasi sudah pun menjadi bubur. Sudah terlambat untuk ucapan sedemikian, kini giliran beliau pula terlentang seperti mana aku merasainya hari itu. Barulah dia tahu erti penyesalan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya hinggap di pokok kaktus, memang enak sekali rasanya. Malam itu kami semua pulang tanpa penyesalan di dalam hati, kesemua yang hadir tersenyum puas, inilah latihan meninju yang amat terbekesan sekali  -  TAMMAT

Tuesday, December 13, 2011

PeNyeK - pEnYek kaN uBi KenTaNg sAmPai JaDi BeGeDeL

Tentu ramai antara korang yang kenal lauk kat sebelah ni kan kan kan, haaaa ni orang panggey "BEGEDEL". Aku memang dari kecik suka sangat kan menda neh, cuma masa tu agak susah nak jumpa peniaga buat, jadi aku dapat makan bila emak aku bawak pegi makan Soto kat bandar kelang. Dalam Soto tu ada la menda nie diorang taruk. Jadi bila aku makan, menda ni la yang aku bedal dulu, bila dah abes aku akan curik emak aku punye sikit hahaha, pastu macam biasa emak aku akan piat telinga aku sampai terangkat dari duduk sampai aku terbediri. Tahap kepedihan dia tak payah nak cakap la, aku sowang je taw, tapi aku tak penah peduli sebab berbaloi kena piat telinga sebab makanan tu sedap. apa adahal kan.

  Bila aku dah dewasa ni aku pun cuba la wat menda ni, kalo beli tu orang kata tak puas makan, kalo wat sendiri ko makan la sampai boncit ke nak muntah ke kan, jadi satu pagi tu aku dengan penuh semangat telah pun sampai kat tesco koi 8.30pagi, macam harem Tesco pun tak bukak lagi rupanya. Pas setengah jam tunggu sambil menjelebu kan suasana pagi tu, tiba-tiba bunyi "ting-tong" berkumandang, ahaaa tu  tandanya Tesco dah ready untuk diserang oleh para pelanggan. Aku antara 10 pelanggan pertama yang menyusung Trolley macam Lumba kereta Formula One, tolak punye tolak trolley sampai juga kat tempat yang nak di tuju. Tapi aku mengelamun seketika sebab kat tempat bawang ada awek cun ngan emak dia tengah pilih-pilih bawang, Jadi aku dengan muka tupperware buat-buat pilih Tomato kat sebelah. Aku tengok awek tu, awek tu tengok tomato, tomato lak tengok aku, apa gila pulak, ni dah cinta 3 segi, akhirnya aku pun berambus dari tempat tu untuk menyelesaikan misi utama.

  Fuhhhh, terbuntang aku tengok barisan-barisan kentang yang ada depan mata. Gemuk-gemuk fizikalnya, rupanya yang aku tengok tu kentang merah, imported punya, patutlah besar semacam, tapi aku beli juga kentang tu dan aku campur juga ngan kentang tempatan, pastu pegi cari isi ayam ngan rempah ratus sikit tuk wat perasa supaya dapat digaul bersama.

  Tanpa berlengah lagi, lepas dapat semua barang-barang tu aku terus memecut balik rumah, masa memandu balik tu aku dah nampak lampu trapic light macam begedel, bukan tu jek, suma menda yang bulat berdekatan jalan raya suma nampak macam begedel, roundebout jadi begedel, papan tanda Kilang TOYOTA siap ada dua begedel, tayar kereta, motor aaaarrkkk suma laaa. Adooooiii, aku rasa aku dah parah dah nie sehinngakan stereng kereta pun aku tengok macam begedel, kang kalo aku gigit kompom pemandu-pemandu lain yang ada bersebelahan kereta aku ingat aku dah gila.

  Sampai je rumah aku tengok emak aku duk kemas halaman, sempat aku belikan dia air vitagen 2 barrel tuk dia, depan tue gak mak aku bukak minum, memang antu vitagen hahah. Dengan pantas aku mengenakan Apron, aku siat-siat kulit kentang tu seketul-seketul aku baling dalam besen, sambil tu aku panas kan air. Pas siap koje menyiat kulit kentang aku basuh kentang-kentang tu pastu terus masuk kan dalam air panas, sambil tunggu merebus tu potong isi ayam halus-halus, jadi sebab resipi ni aku wat sendiri, aku tak puas dengan hanya isi ayam sebagai aksesori, aku geledah peti ais emak aku, aku jumpa daging berger. Haha memang bez, aku pun kuar kan. Pas hampir sepenanak nasik juga menunggu kentang tu direbus, cucuk ngan lidi kalo senang je masuk tu maknanye kentang tu dah lembut.

   Haaa ni saat yang paling bes, iaitu sesi melenyek kentang. kalo korang nak cuba buat sukati korang la nak lenyek guna apa kan, nak guna sudip ke nak renyuk guna tangan ke, janji kentang tu penyek. Pastu aku gaul kan ngan isi ayam dan daging berger yang aku dah hentak lumat-lumat, lagi masuk kan la rempah ratus dan daun sup sikit yang dicincang, daun parsley pun buleh, tapi macam bedebah sikit la harga dia. Lepas siap gaul tu, kepal kan sampai jadi bulat-bulat, sampai part ni akak aku menyibuk juga nak kepal, aku pun kepal sektul baling kat dahi dia, hahaha gurau adik  beradik. Bila dah siap bulat-bulat tu jangan terus masuk dalam kuali woooii, bederai nanti hahah, pecah kan telur macam nak wat telur dadar tu. Rendam kan dalam tu baru la leh masuk kuali, kira tu jadi macam lapisan luar dia laaa. Kalo korang suka ranggup, terpulang la nak guna tepung ranggup ataupun serbuk roti tu. Resipi wat sendiri, jadi sukahati la apa nak taruk kan. Kalo nak taruk cili jeruk pun takde sapa nak larang hahah.


  Setelah berduyun-duyun peluh merecik, hasilnya kita perlu raikan bersama. Nak ratah macam tu pun boleh, nak cicah cili sos pun leh, aku rasa ni dah kira Nugget la untuk orang melayu dedulu kan. Makan ngan nasik lagi cara. Moral yang boleh kita dapat dari kisah ini ialah "KEKENYANGAN PASTI MENJADI MILIK KITA BERSAMA". Tengah hari tu kami sekeluarga makan dengan penuh gembira, aku dapat wat nak dekat 22 ketul begedel. Alaaaa kecik-kecik je aku kepal. Sampai malam siap ada lagi tak abes-abes. Jadi hari tu aku menamakan "HARI BEGEDEL SEMALAYA". Aku berasa sangat puas hari tu sebab dapat makan makanan yang aku suka sampai puas. Wokeh aku nak chooowwwwww. Nak pegi cari tisu, abes dah meja komputer aku menitik air liur. ngeeeeeeeeeeeeee ...

Aar cer cerpen 13 - KeRanA ciNtA aKu MenCaNdU

   Bryan Adam masih di sini, termenung memandang matahari yang semakin tenggelam di telan ufuk barat daya. Beliau membawa dirinya jauh dari hiruk pikuk kotaraya semata-mata ingin mencari ketenangan yang semakin hari semakin remuk akibat penangan cinta. Baru semalam beliau gundah gulana seperti kerang kehilangan cengkerang ketika lepak bersama rakan-rakan.


   Puas sahabat-sahabat memberi nasihat dan perangsang untuk menabahkan hati beliau, ada juga yang ingin memberi penangan supaya beliau pengsan, bukan kejam tapi kerana tidak sanggup melihat beliau dalam keadaan sedar, rasanya tidur lebih aman. Betapa ambil beratnya sahabat-sahabat sahaya ini tentang permasalahan beliau.

  Pada rakan-rakan yang berpengalaman, mereka inilah yang memberi serba sedikit kisah-kisah untuk dijadikan rujukan,teladan dan penguat semangat, orang yang pertama membuka mulut ialah Wan Mohamad Katimin, beliau berhujah dengan yakin baginya cinta ini hanya satu persinggahan bukan pengabadian yang rela, pemergian oh kerana terpaksa demi hidup yang lebih sempurna. Eeeeeh, macam lirik lagu Ekamatra aje tu tegur bryan adam sambil mengepal-ngepal. Lalu Wan Mohamad Katimin tertunduk tersipu malu, beliau baru sahaja ingin berbangga kerana fasih berkata tentang cinta tapi telah  terkantoi yang bait-bait katanya diambil dari lirik lagu, seraya itu beliau mendapat hadiah dari Razi Ahmad Sadikin iaitu hadiah berupa gelak tawa diikuti rakan-rakan yang lain, maka bergegarlah sebentar ruang latitud ofis yang dijadikan tempat kami melukis kerana ketawa riang yang berlaku itu.

  Setelah itu giliran Nazman Mat Tasnim pula memberi pendapat, beliau ini lebih hebat pengalamannya diantara rakan-rakan yang ada, ini kerana sepanjang hidup beliau sudah 38 kali cintanya ditolak oleh wanita, dipercayai angka yang terkumpul itu sejak sekolah menengah katanya, kami amat mempercayainya sepenuh hati hanya dengan melihat wajah beliau kami pasti angka itu akan meningkat genap ke-50, memang ada sedikit tidak hensem dan sedikit gemuk, tetapi hati budi beliau memang bersih. Lalu beliau juga memberi nasihat pada Brayan Adam, biasalah perkara seperti ini berlaku, kadang itu bukan kita minta tapi keadaan yang memaksa dari pelbagai aspek ruang lingkup, cinta itu bukan paksaan, janganlah jadi orang yang sakit kerana cinta kelak binasa diri. Ramai yang menitiskan air mata mendengar kata-kata itu, cukup menyentuh hati, tuan punya badan yang bercerita pula sudah menangkup muka ke bantal, hampeh betul, ingatkan tabah sangatlah tadi. choooiiit.

  Akan tetapi Bryan Adam masih lagi gundah gulana, melihat henset sendiri pun beliau resah, menatapi internet juga terasa pahit, beliau sudah serik, ada cinta pun sakit tiada cinta sunyi pula hati ini, dimanakah cinta yang indah, beliau meracau-racau sambil mengunyah rambutan, beliau menyatakan tidak mahu lagi mengambil risiko, cukuplah buat kali ini, hati yang remuk ini mungkin memakan masa yang lama untuk pulih semula, yang mendengar pula hanya tersenyum-senyum kecil, lalu dengan pantas Razi Ahmad Sadikin mempelawa rakan-rakan supaya pergi minum di kedai mamak yang terdapat di bawah.

  Sekonyong-konyong itu juga mereka terus turun, cepat sahaja idea tersebut dipersetujui ramai, memang sejak dari tadi lagi perut sudah berdendang kecapi bagai ada konsert jom heboh yang sedang berlangsung di dalam. Yang paling laju berjalan di hadapan ialah Nazman Mat Tasnim, beliau memang seorang pecinta makanan yang sejati, tidak penah kata sesuatu juadah itu tidak sedap melainkan lazat berlaka, rasanya kalo dihidangkan rantai basikal masak cili api pun beliau akan berkata lazat sambil air liur meleleh-leleh di bibir.

  Rasanya inilah yang sering dilalui oleh oleh manusia sejak dahulu lagi, bukan Bryan adam sahaja yang melaluinya, semua orang penah merasainya, ada yang menjadi takut, ada yang serik, ada yang jadi jahat, ada yang hilang pertimbangan, ada yang gila, ada yang belajar dari kesilapan , ada yang berusaha perbaiki diri dan bermacam-macam lagi. Setiap orang melaluinya dengan cara yang berlainan dengan dugaan masing. Inilah salah 1 mata pelajaran dan nikmat yang tuhan ciptakan untuk kita jadi manusia yang lebih tabah dikemudian hari. Janganlah rosakkan diri kita kerana hanya sebuah kekecewaan.

  Akhirnya rakan-rakan ini pulang kerumah dengan hati yang gembira, perut pun sudah kenyang, mata pula telah terasa berat dan itu tanda untuk melenakan diri, kisah duka telah berjaya dilupakan dan hari yang akan datang perlu dicipta dengan gembira.- TAMMAT



  

Monday, December 12, 2011

uLaSaN ALbUm tErBarU - Kumpulan Angsa Hutan

  Hai, hari ini kita ada Ulasan album terbaru dari kumpulan muzik terbaru yang menggelarkan diri mereka sebagai Angsa Hutan, sebuah Band yang unik dari segi keterampilan mahupun penulisan lirik, muzik mereka juga datang dari genre baru seperti yang mereka beritahu iaitu "Sub-Pop Metalcoster". Ketiga-tiga anak muda ini berasal dari Alam Shah dan hobi melihat angsa di Zoo negara. Pemain deram kumpulan ini pula masih tidak dapat membezakan mana satu angsa mana satu bangau kerana kata beliau kedua-duanya tampak sama. Jadi mari kita ikuti ulasan temubual bersama mereka dengan wartawan kami tengah malam semalam.


  Inilah kulit Album yang mereka taruhkan untuk keluaran pertama, bagi kami ianya sungguh abstrak sekali, penuh nilai-nilai dinamik walaupun nampak bersahaja dengan menampilkan ketiga-tiga mereka bergambar kemas dengan busana seperti ahli koporat dan memakai topeng angsa hutan. Mungkin ada mesej mendalam yang hendak disampaikan oleh mereka.

Angsa hutan dianggotai oleh :

  1. Amy Boba                   : Gitar Bass dan Vokal
  2. Halim Hendrik              : Gitar Utama
  3. Ahmad Zamali Rokam  : Deram dan Perkusi

  Album ini dikeluarkan dari label mereka sendiri yang bernama TENGGELAM TIMBUL PRODUCTION (TTP), apabila ditanya kenapa tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat muzik seperti BMG, SONY MUSIC, EMI, NSR dan lain-lain, dengan bersahaja mereka menjawab kami tidak ingin dikongkong atau terikat dengan kontrak dan syarat dan kami sudah biasa jalan sendiri. Dewasa ini, fenomena menerbitkan album sendiri bukan lagi sesuatu yang ganjil malahan ianya suatu perkara yang inovatif disamping menunjukkan komitmen tinggi antara ahli kumpulan, ujar mereka.

  Mereka mempertaruhkan 11 buah lagu iaitu :

   1. Bernuansa di stesyen bas                                       6.35
   2. Metakosmik fizikal ku bergetar                              4.27
   3. Kemana hilang bongkah-bongkah cintaku              8.04
   4. Aku yang bingung akal kerana produktif mu         12.45
   5. Terpalit peluh dimusim salju                                   9.07
   6. Melastik telur                                                        2.16
   7. Lelaki ini yang selalu berdusta                              17.28
   8. Sofea Janda                                                          5.58
   9. Misteri mimpi zawiah                                             6.32
  10. Sandarkan pada tendangan                                 25.36
  11. Ijab kabul sambil berdansa                                  2 hari baru habis

  Setelah sessi pra dengar kami menjadi runsing kerana gaya lagu yang memang lain, semacam, ianya seakan bermain dengan perasaan, pelbagai rasa terbit dari hati kadangkala sedih, pilu, gembira, bingai, benci. Lagu-lagu ini adalah ciptaan bersama mereka dan direkodkan sendiri di homestudio milik mereka. Lagu mereka ini tidak tentu arah dan kesemua Wartawan yang hadir dalam sessi pra-dengar tempoh hari menghadapi tekanan mental tahap 5 kerna lagu yang dipertaruhkan sebagai tajuk album memakan masa 2 hari untuk dihabiskan. Mana tidaknya, pada permulaan lagu bunyi kompang sahaja sudah memakan masa hampir 5 jam diikuti pula
dengan suara riuh rendah kenduri kendara selama 3 jam, naik sawan dibuatnya, ujar seorang Wartawan dari akhbar Harian Mentol sambil mengigit-gigit kerusi bankuet yang berada di dalam dewan.

   Dan pada penghujung acara itu kami dapati kebanyakaan wartawan pulang dengan menaiki Ambulan dibaluti baju khas pengikat badan. Ada yang ketawa berdekah-dekah, ada yang meracau-racau, ada yang jerit aku kaya !! aku kaya !!!, tak tinggal juga yang hilang ingatan asyik bertanya pada petugas kesihatan "siapa sayaaa !!! siapaaa sayaa !!!!!. Sungguh parah sekali keadaan dan kami berpendapatan bahawa dengan itu lagu-lagu ciptaan mereka memang berjaya meresap ke kotak pemikiran pendengar dan siapa sangka mereka mungkin menjadi juara dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) yang akan datang  - Lili lulu

 

 

Friday, December 9, 2011

Aar cer cerpen 12 - Aku ciNtA FlyiNg kiCk, ICT aBah kAu !!!!!

-Assalamualaikum, maaf kerana tak berkesempatan, sekarang ni musim hujan jadi teman asek dok angkat kain jemuran jek, tapi jari jemari memang gatal jek nak menulis, jadi dikesempatan yang ada nih adalah 1 cerita .. chhooooOOOooiii hahah ... SeLaMat MemBaCa :p


 Semalam aku berjalan-jalan di pasar malam, sudah lama rasanya tidak menjejak kaki ke pasar malam lantas aku teringat ada 1 pasar malam yang berdekatan dengan rumahku, tanpa berlengah lagi aku pun menggapai kunci motor, dengan sepantas kilat aku dah berada di atas skuter kesayangan, punyalah teruja nak pergia pasar malam sampai terlupa nak hidupkan motor, skuter aku ni sudah agak lama aku pakai, ada dalam 7tahun dah usianya, jadi sakit-sakit tua dia pun boleh tahan juga pada pengamatan aku, penghidup suis elektrik tidak lagi berfungsi jadi aku terpaksa menggunakan kondisi hikmat penendang, setelah hampir 2minit berpeluh-peluh menendang penghidup kaki akhirnya berjaya juga skuter ini beroperasi.

    Dengan bersiul-siul kecil aku mula memulas pendikit minyak dan sepoi-sepoi skuter aku menyusur membelah angin petang yang damai, rambut aku pula mengurai-ngurai bagaikan model iklan shampu Pantene seperti yang terdapat dikaca-kaca telivisyen tempatan, ada juga anak-anak dara yang bersembang di depan rumah memandang ku tidak kedip-kedip biji mata, pastinya mereka terpikat pada kaca mata berjenama Oakley berwarna hijau yang baru aku beli kat Uptown pada hari sebelumnya, hendak kata mereka terpikat pada rupa aku memang tidak rasanya, orang cakap rupa cukup-cukup makan sahaja. Tidak kisahlah kerna aku pun tidak pernah mengharapkan apa-apa dari mereka kerana aku tahu aku ini hanya seseorang yang cintanya asyik ditolak, masuk ni sudah kali yang ke-38. Tapi perkara seperti itu tidak pernah membuat aku putus semangat kerana aku masih ada teman-teman yang baik dengan ku serta menyangi ku seperti aku menyangi mereka, biasalah orang kata, aaaikkk berapa banyak kali daa orang kata kan, adat lah dalam perasaan ada suka dan duka, kalo suka dapat kalo suka sahaja terus dapat tidak mencabar pula dunia yang tuhan ciptakan sebaik-baik ini untuk umatnya menerima dugaan.

    Sebagai penggemar makanan, kunjungan aku ke pasar malam ini amatlah bertepatan dengan initipati hatiku ingin menjamu mata melihat makanan disamping itu juga tidak terlepas melihat melihat awek-awek yang hadir memenuhi segenap pelusuk pasar malam, aku bukan orang yang hipokrit, aku sebagai lelaki memang aku mengaku sejujurnya, buat apa aku hendak menipu kalo perkara itu memang aku lakukan, alahainya pun, pandang sahaja bukan luak pun, tersengih aku seorang di dalam hati. Kalo ada lelaki yang tidak mengaku itulah orang yang hipokrit dan ego pada aku, paling kuat mungkin ada masalah dua alam seperti filem yang dicanang-canang akan memecahkan kotak pejabat (Box Office) filem Malaysia hasil garapan dR.Rozmey dahulu. Mata aku mula tertambat pada ayam percik, kuah yang di curah-curah pada ayam tersebut membuatkan aku terkedu seribu bahasa, tidak habis pada ayam percik, gerai sebelah pula menunjukkan taringnya dengan melambung-lambung murtabak yang agak tebal isinya, fikiran aku mula melayang memikirkan aku sedang menggigit murtabak tersebut sambil berlari-lari kegirangan di tepian pantai. Tanpa aku sedar aku telah pun membeli kedua-dua juadah tersebut.

    Aku berjalan lagi dan berjalan dan semakin banyak makanan yang aku lihat, aku terpana di depan sebuah gerai yang menjual Nasi Kerabu berlauk, ikan tongkol yang berenang di dalam bekas itu seperti melambai-lambai padaku supaya aku memabaham beliau, pakcik yang menjual pula telah menegur ku " eeyyh mu apa lagi tercegak situ, maghi maghi nasi kerabu sedak ni weh , sedak neh sedak, maghi bungkus satu" tegur beliau, aku kaget, bila masa pula aku tersedak, lalu aku pun berkata " eeeeh pakcik, saya tak tersedak pun, terliur ada laa" jawab ku, " Sedak tu sedap lah, mengong mu nehhh!!!"jawab pakcik tu dalam nada suara yang tebal dan berdengung. Terkena aku, maklumlah tidak berapa fasih dengan loghat bahasa terengganu. Oleh kerana tepengaruh aku pun mebeli nasi kerabu tersebut siap taruk ikan tongkol, paru masak cili dan tidak lupa cili sumbat. Aku rasa cukup makanan yang telah dibeli dan misi seterusnya pula mencari air, teringin aku menyedut air tembikai dan tidak jauh dari situ ada gerai menjual air dan yang lebih bagus penjualnya adalah seorang awek, sekali lagi aku terpegun kerana fikiran berbelah bahagi, mana satu tembikai yang aku ingin beli, oh ya aku ingin beli air tembikai bukan buah tembikai tegas ku dalam hati, tapi besar juga buah tembikai tu ya.
Lantas aku segera menerima bungkusan air tembikai yang telah aku beli dan bergerak dari situ sebelum mata aku bertambah juling melihat tembikai yang ada.

    Akhirnya misi aku telah pun selesai, sekarang ini aku hanya perlu pulang ke rumah untuk menikmati juadah-juadah yang lazat ini, tapi aku segera membatalkan niat tersebut, imaginasi ku datang dan terus mengatakan makanan yang lazat perlu dimakan di tempat yang indah suasana mata memandang. Sepuluh minit juga aku berfikir lalu tidak semena-mena terlintas satu kawasan yang cantik memenuhi segenap ruang pemikiran kusutku. Ya, aku perlu ke ICT iaitu tempat dimana segala jenis lampu yang ada dimukabumi berada disitu. Oleh kerana tempat itu berdekatan tidak sampai 13minit aku dah sampai. Mataku tercangak-cangak mencari tempat untuk melabuhkan punggung, nun jauh disana betul-betul di bawah pepohon pokok yang dipenuhi lampu, aku berjalan laju dan membentang surat kabar sebagai alas supaya tidak mengotori seluar jeans bundle dari Sungai besar yang aku beli bulan lepas.

    Aku pun bersimpuh bersila dengan hati-hati, fikiran aku telah mula menerobos ke alam kelaparan, perutku telah berdendang macam bunyi tayar keretapi tanah melayu. Aku membuka perlahan kesemua juadah yang ku beli, terbit bau-bauan yang menggoda iman setiap mahkluk yang kelaparan. Tidak lupa aku berdoa memanjatkan syukur kerana diberi peluang untuk menjamah, aku berterima kasih pada tuhan kerna mencipta nikmat makan yang tidak terperi ini. Nun jauh dihatiku sebak memikirkan masih ada yang tidak dapat makan, aku di sini pula mewah dengan makanan. Jadi aku mewakilkan diri ini memekan untuk mereka. Lalu aku pun mula menjamah, kunyahan demi kunyahan kesedapan yang ditanggung tidak terperi rasanya, ianya seperti semakin kunyah semakin masin semakin kunyah semakin mendalam kemasinannya.

   Tiba-tiba " kedebuuukkkkkk buaaaaakkk disssh dissshhhhhh!!!, haaa amek ko !!! kurang asam, woooi bangun wooii ko tu mengigau tu, yang ko hisap ibu jari aku ni dah kenapanya !!!!!!!!!!!. Aku masih bingung, mata ku buka perlahan-lahan, terasa pedih seperti ada pukulan hinggap di bahu, aku terkejut ketika pandangan makin penuh di mata, aaaaaiikkk kenapa aku ada kat umah ni, aku tengah makan kat ICT tadi lepas aku pergi  pasar malam, kataku pada sahabat. "Ko tu mengigau la woi, ICT abah kau !!!" jerkah sahabatku diiringi juga oleh sebuah flyingkick yang cukup bergaya dan menawan. Aku pengsan. TAMAT