Tuesday, March 1, 2011

BERITA HAIRAN LAA

Penampakan Ufo @ Makhluk Asing 

ULU TIRAM,MELAKA : Menurut 2 pemuda ini , mereka mengaku telah menyaksikan UFO terbang dalam keadaan yang mendukacitakan dan berbentuk seperti tandas awam sekolah berlegar-legar di ruang angkasa negara kelmarin .. kedua-dua sahabat karib ini pada mulanya hanya duduk di tepian jalan sambil bersembang tentang permasalahan kuku kaki yang sering digigit semut , pemuda yang berkaca mata hitam itu mengadu yang kuku kakinya sering di gigit semut sejak beliau mula bekerja di kilang gula baru2 ini , walhal doktor tidak mengesahkan beliau mengidap kencing manis mahupun kencing tak tus .. tidak semena-mena selepas beberapa detik , pemuda yang agak gempal tubuh badan nya kerana selalu tertelan ibu roti ternampak sebuah objek pelik berpusing-pusing di ruang udara tempat mereka lepak , perasaan masing2 berbelah bahagi seperti baru lepas di tolak pinangan oleh bakal mertua , mereka pun menyaksikan fenomena itu tanpa rasa bersalah kerana tempat yang mereka berdiri adalah kawasan dilarang memijak rumput .. namun setelah pihak kami tiba di tempat kejadian , objek yang dikatakan UFO tersebut telah di sah kan adalah sebuah layang-layang berbentuk tandas yang dimainkan oleh seorang kanak2 tidak jauh dari ditu .. lalu pihak kami pun memandang mereka berdua kejap kecik kejap besor kejap kecik kejap besor , sekarang mereka berdua telah pun di tempat kan di wad kecemasan klinik desa ulu tiram kerana di belasah sepam dua oleh pihak kami .. chooooiiiii , len kali tengok dulu bebetul baru tipon , wat abes minyak je la korang berdua nie .. syabas 

Cinta Ditolak Gara-gara Tidak Suka Makan Cili

P.PERDANA,SHAH ALAM : Gara-gara seorang pemuda tidak memakan cili , cinta beliau telah ditolak bulat-bulat seperti bebola ikan .. beliau iaitu Faiz ( bukan nama sebenar ) amat kecewa semasa ditemui oleh pihak kami ketika beliau bersendirian duduk di tepi sebuah lebuhraya sambil mendengar lagu kumpulan rock Ekamatra bertajuk "pusara di lebuhraya" .. kata beliau yang amat kecewa , hanya kerana beliau tidak memakan cili cinta suci nya ditolak kerana dianggap penakut oleh wanita yang diminatinya , lagi kata beliau " abes , udoh di surohnye saye meratah sepinggan cili api begitu saje , mana le saye nak mampu , sikit2 tu bleh laaa , ni ada ke makan sambal belacan berulam kan cili api , apa koi dah gile ke " , itulah kata2 beliau yang beloghat perak dan pahang .. namun apabila ditanya tiada ke usaha untuk mencuba sekali lagi keutuhan cinta tersebut , beliau berkata beliau lebih selesa buat masa ni duduk di lebuhraya kerana dapat melihat gadis2 memandu di jalanraya ( gila dah kot ) .. beliau juga sering di lihat marah2 berseorangan apabila ada lori pembekal cili yang lalu di kawasan tersebut . ternyata beliau begitu trauma dengan kejadian ini .. - TAK BERNAMA

Benarkah Beliau Batman

IJOK,K.SELANGOR : Seperti mana yang kita ketahui bahawa superhero bernama batman adalah seorang yang begitu merendah diri sehinggakan kita tidak mengenali peribadi dan juga wajah rupa beliau , namun selang seminggu lepas pihak kami telah pun mendapat berita dari sumber2 yang tidak begitu rasmi menyatakan yang mereka telah mengetahui identiti superhero tersebut .. benarkah pemuda di sebelah ini yang diwar-warkan sebagai Batman ( ehem , adakala kacak juga jika diperhatikan berkali ) .. dari sumber maklumat , penyiasat yang di upah oleh kami telah menyatakan watak beliau ini memang 99% mirip superhero tersebut , dari cara betutur hingga ke tidur .. di kuat kan lagi dengan penemuan kereta seperti tertera pada gambar di bawah tersembunyi di dalam garaj beliau ..
inilah kenderaan yang dijumpai di dalam garaj kereta beliau , memang 1 bukti yang kukuh kerana secara terang-terangan kenderaan ini milik batman .. ada juga jiran-jiran yang di temui sering mengatakan yang pemuda ini selalu kuar malam dan balik lewat pagi , suka membela kelawar , memakai baju kelawar ( ni heran sket , selalu baju kelawar dipakai oleh wanita , mungkin kostum yang dimaksudkan ) .. semasa ditemui , pemuda ini menafikan sekeras2nya berita tersebut .. namun kami tetap tidak berputus asa , kesahihan berita ini masih lagi menjadi misteri .. tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ..... - WAK LATIP

BERITA SUKANEKA

Kerol Juara Pecut
MERU : Setelah bebas dari gosip yang melanda kehidupan beliau baru-baru ini nama beliau naik semula dipersada sukan olahraga negara , tidak dinafikan beliau seorang yang begitu menghambakan diri pada sukan , memiliki stamina yang hampir-hampir tiada penghabisan .. baru-baru ini beliau telah pun menggodol pingat emas semasa sukan majlis-majlis daerah antara penduduk Meru , minggu depan nya beliau memenangi pula di daerah Bukit Kapar , kemudian Bukit Cherekah , pastu lagi Bukit Badak , apa yang mengherankan kami kesemua bukit-bukit ini terletak dalam Daerah Kelang .. beliau memang memeliki hati yang cekal walopon gosip dan kemelut yang terpalit pada diri beliau sebelum ini banyak menjejaskan karier beliau sebagai jaguh pecut sukan membawa telur dalam sudu ..- karawala singh

No comments:

Post a Comment