Syarikat Selipar Melabur Demi Kelainan
Danau Kota , Setapak : Syarikat pengeluar selipar yang kebelakangan ini banyak menarik pengguna - pengguna yang meminati unsur - unsur baru telah pun mengeluarkan sebuah lagi hasil produk mereka untuk fesyen masa kini dengan ciri - ciri alam yang tidak berbelahbagi pada amnya .. sebelum ini mereka lebih di kenali dengan selipar 'Buaya' ( errr mintak maaf kerana tidak dapat menyebutnya dalam bahasa english takut2 nnt di saman pula ) kini mereka keluar dan tampil dengan produk selipar ikan .. semasa kami berkunjung ke majlis pelancaran rasmi produk ini , kami kagum kerana produk selipar baru ini memang mirip dan serupa ikan , lagi kata pegawai eksekutif mereka , produk kami ini memang mengekalkan ciri - ciri alam sekitar supaya pengguna rapat dengan alam , produk ini juga boleh di gunakan dengan pelbagai cara contoh seperti kalo kita di kejar anjing selipar ini dapat menyelamatkan tuannya , baling sahaja selipar ini pada anjing dan anda tidak akan di kejar lagi , selipar ini juga boleh digunakan untuk mengumpan kucing , dan kalo lapar sangat boleh je kalo nak masak selipar ni ye sbb dia memang ada DNA ikan dalam tue .. begitu la celoteh beliau , pihak kami rasa macam nak lesing je beliau kerana penerangan yang agak memual kan .. majlis ini di sambut riang dengan dihadiri ramai sekali tetamu dan kucing - kucing yang kelaparan adanya .. - Malim Kundang
Basikal Terpantas Menang Pencapaian Terbaru
Kuala Linggi : "Basikal ini mampu membawa anda kehadapan" , begitulah tagline majlis ini semasa hari sempena menyambut pencapaian terbaik basikal ini kerana mendapat antara tempat terbaik di dunia ( kami terfikir juga memang la basikal ke depan , tak penah lagi kayuh pegi ke belakang , apa punya tagline la ) .. basikal yang diberi nama "the black phantom" ini adalah hasil rekacipta terkini anak tempatan yang boleh kita banggakan , mempunyai ciri - ciri moden seperti cerlus angin , menggunakan tenaga elektrik dan yang paling bermakna ialah sekali kayuhan bersamaan 30kali kayuhan basikal biasa , itu kata penciptanya bukan kata kami , namun setelah pihak kami mencubanya sendiri memang nyata terbukti bagai dikata , basikal ini memang laju dan lebih terbukti apabila jurugambar kami telah pun melanggar kemah jamuan yang berdekatan , syabas kami ucapkan - Man Laju
Kami Sensitif Dengan Kehendak Pengguna
Gunung Lang,Perak : Setelah mencipta nama dalam industri membuat mangkuk plastik , kini syarikat Lu Cuba Lu Punah telah maju setapak lagi dalam bidang Sport rim kereta , semasa produk mereka mula - mula di keluarkan dulu , ianya memang agak unik dan mempunyai ciri kelainan yang agak tidak munasabah tetapi walauapapun produk mereka disambut baik oleh penggemar - penggemar modifikasi kereta , baru - baru ini apa yang menggemparkan ialah produk ini telah pun di tarik balik oleh syarikat tersebut kerana masalah teknikal yang dihadapi mereka , menurut kata pengguna yang kami temui , beliau berkata produk ini memang kelihatan cantik tetapi binaan nya tidak teguh , ianya lembut seperti plastik , hah tengok la gambar kat sebelah tu , saya baru nak panjat atas divider dah penyek dah sport rim saya , kata beliau dengan nafas berdengus - dengus kencang .. kami berpendapat kena lah dengan apa yang mereka buat sebelum ini , mereka datang dari industri plastik manamungkin hendak sekeras besi - Din Pandai Cakap
Model Baru Hasil Garapan Minda Modenisasi
Kota Setar, Kedah : Terkejut bukan kepalang semasa kami tiba di sana , begitu juga dengan tetamu yang hadir , tidak dapat dirungkaikan dengan kata - kata tentang model terbaru syarikat kereta tempatan ini , kami juga tidak tahu apakah golongan sasaran syarikat ini dalam mempertaruhkan model yang cukup menawan bagai nak sawan bagi sesiapa yang melihatnya .. semasa ujipandu dibuat oleh jurutera syarikat ini , dapat kami lihat yang model ini amat susah hendak dikendalikan , seperti ingin menjinakkan badak liar di Afrika tengah , kelihatan juru uji sendiri tepercik - percik peluh ketika mamandu model tersebut , kami pula dan para tetamu lain sedang sibuk menjamu ayam percik maka makin tepercik lah peluh beliau , pihak kami berpendapat yang model ini hanya layak di anggap sebagai model kolektor dan tidak sesuai sebagai kenderaan harian , ini kerna bunyi nya sahaja sudah mampu membuatkan pembeli di baling dengan bermacam botol mahupun pasu bunga oleh jiran tetangga , adakala bagus juga sekiranya pembeli mahir menangkap balingan - balingan tersebut , boleh juga la ye meniaga botol dan pasu selepas tu .. dan pada akhir majlis hanya 2 model ini yang berjaya dijual , pembeli dirahsiakan ntah - ntah pengurus sendiri yang beli sebab nak tutup malu chooooiiiiiiii - Carmel Bukan Caramel
din pandai cakap???hahahahahah
ReplyDelete