Ketika ini , aku hanya melepak di atas tembok tepi simpang menunggu kawan-kawan yang dah janji nak lepak sama-sama malam ni , memang dah jadi kebiasaan kami akan bertenggek kat sini hampir setiap malam bersembang sambil bermain gitar selepas penat bekerja pada siang harinya , aktiviti ini di lakukan dengan jayanya sejak kami kecil lagi , takde tempat lain dah yang kami ada untuk melepak .. Remy remos ( bukan nama sebenar ) memang seorang rakan yang baik sebab setiap kali lepak pasti akan membawa bekal untuk dimakan bersama , setakat kuih jemput-jemput tu dah menu biasa bagi kami cuma bila tiba musim gaji beliau akan mengeluarkan menu-menu yang agak mewah , penah sekali beliau mencuba resipi mee kung-fu , kami pun makan tanpa belas kasihan dan akibatnya selepas 2jam perut kami suma memulas bagaikan di kung-fu2 dari dalam , pedacherdettttttt punye remy , ntah apa bahan dia dah masuk kan dalam tue , kesian pada naz koboi kerana tidak sempat beliau pulang ke rumah kerana gugur di pertengahan jalan ..
Lebih kurang 15minit menunggu remy remos telah pun sampai dengan scoter Nouvo nye yang macam nak runtuh , dia ni memang pecinta motor tapi motor dia ni punya la teruk , dalam bahasa motor tu kami panggil 'rompong' , scoter dia ni terbukak sana sini sampai nampak kotak angin dan saluran kaburator , elektrik starter langsung tak boleh pakai dah , nak hidupkan enjin kena guna kaki macam kebiasaan motor lain , enjin pula lepas dapat dihidupkan akan begegar macam nak gempa bumi dibuatnya , boleh tercabut skru-skru motor tu rasanya , akan tetapi scoter beliau antara yang paling pantas dalam mukim kami , bedesuppppppppppp peginya .. seorang yang ceria 24jam dan suka buat orang ketawa .. tak lama lepas itu faiz atomdot , naz koboi , wak chacos dan azri komando tiba , masing-masing tersengih-sengih macam orang menang loteri aje lagaknya .. baru la aku tau rupa-rupanya masing-masing baru dapat gaji , patut la si remy remos bawak sup gadai nyawa sebagai bekal , yang ni kami berani makan sebab memang dia beli kat kedai sup tu , kenapa namanya sup gadai nyawa sebab memang nama kedai tu macam tu .. peeeeh gua cakap lu beb , beratur panjang tau kalo nak beli , memang sedap ..
kami pun mulakan aktiviti biasa dengan bersembang kisah2 harian , isu2 semasa sambil2 mengaco gadis2 yang lalu lalang , alahai anak jiran tetangga je pun , tengah rancak bersembang sambil azri dan remy menyumbang2 kan suasana dengan gitar dan lagu yang mereka nyanyikan tiba-tiba kami di sapa oleh seorang tua yang tidak dikenali , " apakhabar orang muda , akan sudah lama pakcik melihat kamu semua bersimpuh di sini , hampir sedekad cahaya purnamasari , dari langkasuka hingga timur barat jika dihitung masanya " , amboi , apa ke pelik bahasanya , cukup berbunga dan tertib tersusun kata2nya bagaikan orang dahulukala , aku melihat yang lain dah mula menggaru kepala sambil mengerut2 dahi , si remy pula dah terbaring sambil kaki ke atas sebab terjatuh dari motor .. lalu aku membalas teguran orang tua itu " khabar baik pakcik , siapakah gerangan pakcik ini kerna tidak pernah kami bertemu mahupun bersua muka sepanjang kami membesar di sini selama sepenanak nasik lamanya " ecewaaahh adakalanya cantik juga bahasa ku mengajuk cara berbahasa orang tua tersebut .. kelihatan orang tua itu tersenyum lalu dia memperkenalkan namanya " oh jika begitu bagai dipinta , nama pakcik Pandak lela , datangnya dari negeri yang jauh tidak tercapai oleh peradaban kamu semua " , eeerrr pakcik ni orang bunian ke apa , nama klasik betul , celah si wak .. pakcik itu cuma tersenyum lalu menjawab " ahaahaa , kamu ni orang muda memang cepat berasa sangsi , jika kamu ingin tahu pakcik tidak keberatan untuk menceritakan nya , adakah kamu suma sudi " lalu kami semua pun berkata serentak , " ahaaa cer citer cer citer " udoh rupa filem antu kak limah lagak nyew ..
" negeri yang pakcik diami ini bernama kota Centourolantis , kamu penah dengar akan kisah kota Atlantis " , kami pun menganguk2 kepala " penah pakcik penah ye ye " , lalu " ahaaa , kota ni bersebelahan dengan kota Atlantis dan bersama2 membina kemajuan terpisah jauh dari dunia kamu cuma Atlantis itu berada di bawah laut manakala Centourolantis berada di bawah tanah yang terletak di benua Afrika " .. kami semua ternganga2 tak kejip2 biji mata mendengarnya , belaiu berkata lagi yang negara itu asalnya memang terletak di atas muka bumi ini tapi kerana sifat manusia yang tamak telah membuatkan pemimpin yang cintakan kedamaian negara itu mengumpulkan saintis2 hebat untuk membawa negara itu jauh ke dalam tanah kerana tidak mahu lagi ada hubung kait dengan negara2 yang ada ketika itu , pada zaman itu negara Centourolantis ini memang sudah jauh lebih maju meninggalkan negara2 yang ada ketika itu , kisah ini nun jauh terjadi masa zaman silam dahulu , ketika tamadun manusia baru hendak bermula kota ini telah pun mencapai teknologi yang lebih hebat dari apa yang ada pada manusia di permukaan bumi sekarang , kamu bayangkan pada zaman itu teknologi kami sudah mampu membawa orang melihat angkasa lepas , mengkaji bintang2 , meneroka planet2 , oleh kerana pemimpin pada masa itu amat mencintai alam sekitar lalu kenderaan2 yang kami cipta tidak mengeluarkan asap mahupun bunyi ..
kami memang terpegun masa tu , di fikiran kami terbayang yang negara itu cukup indah , maju , damai dan aman sentosa .. lalu kami pun bertanya pada pakcik itu " pakcik , alangkah bebesar nya hati kami jika kami dapat melihat sendiri kota yang pakcik maksudkan , apatah kiranya jika pakcik tidak keberatan akan segera lah membawa kami ini pergi menatap sendiri akan kehebatan kota tersebut supaya dapat kami menjadikan contoh dan teladan " fuuhhhh , cukup tersusun kata2 ku ini , kawan2 yang lain hampir2 tidak mempercayai kata2 yang terbit dari mulut ku yang sebenarnya sebelum ini kalo bercakap pasti di selang seli kan dengan bahasa2 carutan .. akhirnya orang tua tersebut brsetuju membawa kami ke sana , kami cukup gembira dan beliau menyuruh kami bersedia dari segi fizikal dan mental kerna kenderaan yang akan kami naiki nanti cukup laju dan berbentuk seperti UFO yang biasa kita lihat dan dengar dari khabar angin majalah2 dan akhbar2 tabloid mahupun program telivisen ..
lantas pakcik itu mengeluarkan sebiji kapsul sebesar tapak tangan adanya , lalu kami bertanya " pakcik , telur binatang apa tu yeee " dia pun menjawab " abah kau .. !!! , ni kapsul dan dalam kapsul ini lah ada nya kenderaan tersebut " aaaikkk , tadi punya cantik bahasa kali ni tekasar bahasa pulak dah , ye laa manusia kan mana pernah lari dari wat kesilapan , anggapan kami pada masa tu sambil tersenyum kambing .. "wokeh , kamu semua mundur sedikit kebelakang , pakcik nak baling ni " , peehhh ini memang dah macam komik dragonball tu , kenderaan suma simpan dalam kapsul jek .. tak kami sangka teknologi begini benar2 wujud .. lalu pakcik tu pun dah bersedia nak baling , zaaaaaaaaappppp zuuusssss dia baling dan tetiba muncul 1 cahaya yang terang memedihkan urat anak mata kami semua .. itu dia , yeaaah itu dia dah kuar dah , muncul sebuah van bewarna putih berlambangkan bulan sabit bewarna merah .. kami suma macam biasa tengok je van ini , lalu keluar seorang pemuda yang berseri raut wajah nya sambil tersenyum berkata " Pakcik hamid , jom kita balik jom , sudah2 la tu ye pakcik , kesian kat bebudak ni ha , jom kita balik " , pakcik tadi terus berkata " kita nak balik mana ni , Kota centourolantis kan ?? " , " ye pakcik ,saya nak hantar pakcik balik ke Kota centourolantis la ni , jom pakcik ,kita balik ye , adik2 kami suma minta maaf la ye , pakcik hamid ni baru tadi terlepas dari hospital , kesian dia , punca nya jatuh dari motor je pengsan tapi bila sedar jadi macam ni pulak , kami beransur dulu ye , kamu iye kan aje le cerita2 dia tadi hehee " ..
kami semua masih lagi dalam keadaan terpinga2 , remy aku lihat dah teketor2 sambil berbuih2 mulut , naz pula dah mula cakap sorang2 , manakala faiz , azri dan wak telah pun terjelepuk pengsan dalam keadaan senyum , arrrkhhhh tension tul laaaaaaaaaa , pakcik tu gila ke kami yang gilaaaaaaaaaaa .. dari jauh aku lihat pakcik tu mengeluarkan kepala dari tingkap van dan dia jerit " anak2 , jom la ikut pakcik pegi Kota Centourolantis , sampai sana nanti pakcik belanja makan yeee " sayup2 kedengaran suara beliau .. waaarkh pakcik pegi la sorang2 , jerit ku .. musnah harapan kami , tak sangka kena kencing lak malam ni , skang ni aku pening macam mana nak bawak balik sahabat2 aku yang dah pengsan dan tak lama lepas itu aku juga menurut jejak mereka dengan gaya pengsan bergaya .. acer cer toi , kami kena tipu - sekian
kami semua masih lagi dalam keadaan terpinga2 , remy aku lihat dah teketor2 sambil berbuih2 mulut , naz pula dah mula cakap sorang2 , manakala faiz , azri dan wak telah pun terjelepuk pengsan dalam keadaan senyum , arrrkhhhh tension tul laaaaaaaaaa , pakcik tu gila ke kami yang gilaaaaaaaaaaa .. dari jauh aku lihat pakcik tu mengeluarkan kepala dari tingkap van dan dia jerit " anak2 , jom la ikut pakcik pegi Kota Centourolantis , sampai sana nanti pakcik belanja makan yeee " sayup2 kedengaran suara beliau .. waaarkh pakcik pegi la sorang2 , jerit ku .. musnah harapan kami , tak sangka kena kencing lak malam ni , skang ni aku pening macam mana nak bawak balik sahabat2 aku yang dah pengsan dan tak lama lepas itu aku juga menurut jejak mereka dengan gaya pengsan bergaya .. acer cer toi , kami kena tipu - sekian
No comments:
Post a Comment