kesungguhan beliau untuk menolong aku memang dalam gred A+ , beliau penah kata dan aku masih ingat kata-katanya yang berbunyi " aku bahagia menolong orang mengejar bahagia " .. sekali lagi aku ingin memuntahkan sisa-sisa Milo yang aku minum bukan sebab ayat tu tapi rupanya Milo semalam yang kawan aku sangkut kat tepi jendela Asrama tempat aku menginap , haram jadah perangai , dah tak abes buang laa woiiii !!! *&@#^^@* !!! .. ok , berbalik pada kisah tadi , aku memang meminati seorang gadis ni , dah lama juga aku memerhatikan nya , tapi kesempatan yang aku ada hanya melihat nya di cafe fakulti , dia belajar dalam program lain walopon kami dalam fakulti yang sama .. aku menceritakan hal ini pada Mat Tapa , dan beliau seperti beruk kena belacan terus berkata pada ku , "apalagi brooooo , kasi ayat laaa , itu pun susah ke , lu kalo malu-malu lu makan daun semalu la brooo " , ececeh sungguh gelojoh betul mamat nie .. seakan aku ingin mencuba pula mengunyah daun semalu tu , sedap ke hah !!!? eyh tetiba datang mereng ku ini ..
tetiba aku teringat kejadian semalam di mana aku hampir-hampir melanggar dirinya ketika sibuk memilih roti di cafe , aku bersyukur kerana tidak melanggar beliau tetapi malang sekali yang dilanggar ialah kawan beliau yang sedang memegang mee goreng , kejadian itu terjadi dengan begitu pantas , tau-tau je mee goreng itu melambung lalu terpelanting ke atas kepala Pensyarah yang tak berapa nak ada rambut , tanpa aku sedar aku ketawa , seisi cafe juga ketawa kerana Pensyarah tadi telah pun dianugerahkan rambut yang berupa mee goreng , hensem juga beliau dalam keadaan begitu , aku rasa aku dapat bayang kan bagaimana beliau sewaktu muda dahulu , Pensyarah tersebut memandang aku dengan mata merah menyala , aku dah sedia untuk kena marah , aku dah bayangkan 1 pelempang yang akan hinggap di pipi ku tapi sangkaan aku meleset , pensyarah itu menyelak mee yang berjurai di kepalanya seakan iklan rambut Rejoice dengan pati minyak panas dan berkata " eeeeyh , sedap juga mee goreng ni ye , menyesal lak saya terambil mee hun goreng ni , saya nak tukar lah ".. fiuuuuuhhh , aku menarik nafas lega , jantung ku yang laju bagai di kejar komuter kembali perlahan ..
aaaaaaaaaahhh , aku terlepas lagi untuk menegur dia sebab penyarah tadi memeras ugut aku untuk bayarkan mee goreng beliau , rabak duit poket ku rm4 sebab penyarah tu letak ayam dalam mee .. aku hanya melihat beliau berlalu tanpa mengedip biji mata , teringat pesan ayah ku kalo kita pandang perempuan biar sekali jangan berkali-kali , sekali pandang kalo lama xpe kalo tekejip mata dah kira 2 kali .. tapi aku selalu tengok ayah aku pandang pompuan tekejip-kejip mata sebab memang dia ada penyakit kejip-kejip .. macam mana nak cerita aku pun tak taw , kira ayahku di beri perlepasan la kan .. dan masa ini lah Mat Tapa telah memainkan peranan nya sebagai gunting dalam lipatan untuk membantu aku memperolehi cinta yang suci ini ..
tujuan Mat tapa ni menelifon aku kerana beliau telah pun mendapat idea bagaimana untuk aku memulakan teguran pertama , beliau sanggup datang ke asrama ku dengan membawa cermin dan tanpa segan silu menyuruh aku mencermin diri , eeeeyh perli ke apa dia ni , ada yang makan sup stokin ni kang , tapi beliau memang bijak bermain kata-kata , " hah , ko tengok tue muka ko memang ada iras-iras aktor Latif Borgeba taw , ensem what " fuh , aku terus menarik nafas bangga henshh heenssh , meluap-luap macam lembu jantan sedang bedengus .. kali ni aku memang cukup yakin akan beroleh kejayaan maksima , lalu Mat tapa membekal kan aku sekuntum Ros kuning sebagai bekal untuk memulakan bicara hari esok , buat pertama kali aku memegang bunga yang menjadi lambang cinta setiap pasangan kekasih yang ada di muka bumi ini , gementar juga aku rasa tapi bila di beri semangat oleh mat tapa dan dia kata muka aku macam dinasor tetelan buah kurma , aku kembali yakin ..
esok nya aku menunggu dia di cafe seperti yang telah di aturkan oleh mat tapa , aku berdiri dengan gaya dR. Rozmey sambil memegang ros kuning , berdiri dengan penuh gaya dan keterampilan , aku mula mengatur ayat dalam benak ku ini , bait-bait ayat yang tersusun rapi sebagai pemula bicara , pedulikan orang memandang aku macam orang gila kat cafe , tapi tunggu punya tunggu punya tunggu dia tidak kunjung tiba , sekali terdengar Mat tapa tejerit dari jauh " alaaaaaaaaaaaaaaaammaak bro , dia takde hari ni la , tadi senior dia cakap kelas diorang pegi site visit kat putrajaya " , adddooiii berkecai hati aku , nak dekat 2jam aku berdiri tapi takde hasil .. bunga pun dah layu selayu hati aku juga , lalu aku jalan hanya mengheret-heret tapak kaki tanda penuh kelesuan .. lalu mat tapa bagi idea " brooo , apakata kita g putrajaya , aku taw kat mana diorang g site visit tu " , wah , seperti lagu metahari terbit dari barat dendangan iwan dan amelina jantungku bergedangdut , seraya aku jawab " okeh " ..
lalu kami pun merempit la motor mat tapa iaitu moto pilihan pelajar iaitu Honda E kali lima ( Ex5 lah ) , mat tapa suruh berenti kejap kat kedai bunga , lalu beliau suruh aku membeli bunga ros putih dan merah sekaligus , aku terus bertanya nape lak sampai 2 warna ni , laju dia membalas putih untuk hati kau dan merah untuk ko selami hati dia , fuuuuhhhhhhhhhhhhhhh ayat mat tapa seingin buat aku ingin terbang , aku mula terbayang yang aku berlari-lari di tepian pantai bersama si dia , main percik-percik air , menunggang jet ski bersama-sama macam dalam citer sembelit tu , eeeeyh sembilu part 1 .. setelah selesai urusan pembelian kami kembali memecut motor dengan gaya aksi superman bertindan , ternyata kelajuan bertambah demi penjimatan masa .. kami sampai di putrajaya waktu tengah hari , cuaca amat panas terik masa tu ..
Mat tapa seperti fasih dengan jalan tersebut , seperti berkali-kali penah datang ke sini , aku agak hairan juga berada di belakang , x sampai 10minit kami dah sampai ke tempat tersebut , sesampai je kami setelah meletak motor mat tapa terus meminta bunga dari aku yang aku duk pegang dari tadi , dia kata " ko darah gemuruh , xleh pegang nanti abes gugur kelopak bunga ni " , aku inku kan aje la nasihat tersebut , aku bertambah pelik bila melihat tempat yang di katakan site visit ni lebih pada kawasan perumahan yang dah siap , wooo mungkin mereka melihat dan wat kajian tentang perumahan yang dah siap la kan , tapi apasal penuh sangat orang pakai baju melayu dan kebanyakan orang yang ada rata-rata mengenali Mat tapa , glemer juga mat tapa ni bisik hati ku ..
setelah bersalam-salaman dengan orang yang ada kat situ kami terus masuk ke rumah tersebut , hati aku macam nak meletup bila ternampak dia , waaaaahhdooiii cantik bangeeettttt dengan tudung putih sedang berbual-bual dengan seorang wanita agak berumur , pastu aku tengok mat tapa terus bagi bunga tu kat si dia kemudian berbisik-bisik di tepi telinga, eeeeeeeeyhh nape lak ni , woooo mungkin mat tapa bisik kat dia dan kata bunga ni aku yang bagi , aku terus mengeluarkan sikat dan menyikat rambut dengan gaya elvis Presley ..
tetiba ada orang meyapa aku dari belakang , laa seorang lagi sahabat aku iaitu Mad norkatimin menegur " eeeyh , ko pun ada juga yek , ingat kat x mai , alhamdulillah Mat Tapa betunang juga akhirnya kan , kalo tak sebelum ni asek jadi romeo jek " , haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh , aku tekejut , muka aku terus biru macam baru lepas derma darah 5bungkus , badan aku terus tak bermaya , sebelum aku jatuh pengsan tak sedar diri aku melihat Mat tapa tersengih-sengih dari jauh memandang aku sambil membuat isyarat jari tanda Peace , aaaaaaaaaaarrrkkhh aku kena tipo rupanya ni majlis petunangan dia , dia dah pancung line dulu awek tu dari aku , aaaarrkkhh rm45 aku beli bunga tue , semuanya berlegar-legar kat kepala aku seligat burung2 yang jatuh di lastik oleh bebudak nakal .. aku pengsan tak sedar diri dah lepas tue ..
pada si dia yang aku minati , aku coretkan kisah ini ikhlas dari hati ku yang kini menetap di hospital bahagia , aku tetap membeli ros kuning ros putih dan ros merah sebagai hiasan di katil wad ku .. akan aku petik dan kunyah2 kelopak bunga ini setiap hari .. harap ko berbahagia selalu dan aku berbahagia di hospital bahagia , akhir kata dari ku , bahagia selamanya .. yehaaaaaaaa ( sambil membuat aksi superman di atas katil ) - Sekian
No comments:
Post a Comment