Wednesday, September 28, 2011

BeriTa peNghAbiSaN RaYa

    ahaaaaaaa, nampaknya raya aidilfitri telah pun tiba ke penghujungnya iaitu dengan perginya bulan Syawal bermula semalam dan hari ini telah pun masuknya bulan Zulqaedah. Lepas ni kita semua menunggu hari Raya Haji la pulak atau lebih dikenali dengan raya Qurban, pada bebudak jangan la pulak deme pegi beraya mintak duit raya ke angpaw ke kan, karang penampaw makanan dia. Teringat cakap orang dedulu tu, diorang cakap puasanye sebulan tapi rayanye setahun sebab dah abes raya pun Langsir raya tak turun² sampai le ke Raya tahun depan. Lagipun negara kita ni memang banyak Raya nye, mana² pegi ada je raya tak gitu, kita ada jalan raya, balai raya, bunga raya hatta hantu raya pun ada. Begitulah keunikkan bangsa kita ini.

    kadang² tu aku tepikio jugak la kan, macam mana la Sambutan Hari Raya dimasa akan datang nanti, zaman cucu cicit dan piut kita, mungkin 200 tahun lagi semuanya akan berubah, alam kita ini bergerak selari dengan kemajuan teknologi manakala Agama dan sains bergerak selari dengan kemajuan. Jadi gambor kat bawah ni nanti mungkin bukan sesuatu perkara yang mustahil pada masa depan, mari kita saksikan


- " Assalamualaikum kak Nor, Selamat Hari Raya, Saya datang ni nak beraya heheee".
- " Waalaikumussalam, laaaaaa ko rupanya maimun, eeeyyyyyh jemput² masuk, ketupat dan rendang dah    
     lama tersedia tue, laaa sorang je ke, mana si Deris suami ko ?".
- " ada tu haaaa, tengah parking kapal kat sebelah sana".
- " alaaaaahai, kawasan luas ni parking je laa mana² pun".

    heeeeeeeeeeeeee, ni la menda² merepek yang selalu aku berangan sebelum tetido. Tapi manala tahu kan 1 hari nanti situasi macam ni sudah tidak ada apa yang pelik lagi. ok laa woooiittt, aku nak berambus dulu sebelum aku merepek menda yang bukan², hari ni ada mesyuarat penulis cerpen² komedi seMalaysia kat kampung Batu Berendam, Helikopter aku dah tunggu tuk berlepas ke sana.


nie la helikopter aku, macam bedebahkan perangai. 
chhooooOOOOoooooOOooiiiiii ....

No comments:

Post a Comment