Ahaaaa, ni teman nak ulas Filem terbaru yang akan ditayangkan pada tahun lepas. Satu lagi produk atau franchais dari filem jenama Xmen mengisahkan ketua penjahat bernama Pak Nikto@Besi Berani yang bermusuhan dengan Profesor X, Filem ini sedikit sebanyak banyak menyentuh peribadi watak utama dalam kehidupan seharian beliau Sebagai seorang pengusaha jualan Nasi beriani gham di Batu Pahat. Kisah ini bertitik tolak bermula selepas kejadian Profesor X mensabotaj sekawah periuk nasi Pak Nikto dengan menabur serbuk besi berani ke dalam nasi beriani, berikutan perkara ini seisi pelanggan yang membeli nasi pada hari itu telah pun bermutasi, balik rumah jek pegang sudu, sudu melekat, pegang cerek, cerek melekat, pegang seterika, seterika pun melekat, yang lebih jenuh lagi ada yang melekat di pintu tandas, tak ke aib namanya tu kalo perkara tersebut terjadi di tempat kunjungan awam, pendek kata apa yang ada kaitan dengan besi sumanya pakat melekat.
Mereka yang menerima kesan mutasi ini pada mulanya agak susah untuk meneruskan hidup tapi lama kelamaan mereka menjadi glamor pula kerna sering dicari-cari oleh akbar tabloid mahupun rancangan telivisen tak ketinggalan juga rancagan popular rakyat iaitu Majalah3 untuk merakamkan keunikan dan kelebihan mereka, ada juga yang menggunakan kelebihan ini dengan memasuki program realiti TV, ada juga yang bekerja dengan pasukan sarkis serta membuat persembahan perseorangan di bahu-bahu jalan. Dengan perkembangan positif yang pesat inilah dendam mula tersemat dihati Profesor X. Lalu beliau merancang pula untuk menabur serbuk besi tak berani, tapi alangkah bodohnya beliau kerana besi tak berani tidak pernah wujud di dunia ini.
Pak Nikto pula telah mencipta 1 Helmet supaya Profesor X tidak lagi dapat membaca fikiran beliau, ini kerana Profesor X sering mencuri idea perniagaan beliau, tidak lama selepas itu Pak Nikto mewujudkan 1 kumpulan manusia-manusia mutasi dan dengan rasminya menggelarkan diri beliau sebagai Besi Berani . Mereka-mereka inilah yang banyak menaikkan nama kumpulan ini ke persada dunia, mempromosikan Nasi Beriani ke seluruh dunia, perniagaan berkembang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Sekarang ini mereka semua telah pun menjadi jutawan manakala Profesor X pula semakin merosot daya pencapaian sehingga mahu menyelesaikan masalah Matematik yang mudah pun sukar bagi beliau.
-jadi teman rasa moral dan tauladan cerita ini jangan dengki mendengki dan berprasangka buruk, wajah yang jahat belum tentu jahat, usaha tangga kejayaan. Walopon jalan cerita ni agak sengal terlompat sana terlompat sini plot ceitanya tapi teman rasa ianya berbaloi dengan gantian wang ringgit anda ( phhuuiiiii, padahal editor melalak depan konter tiket mintak wang dikembalikan sebab sangka filem aksi tapi rupanya filem Beriani Gham hahaaaiiih ) - 0/0 takde bintang, nak bintang ketuk kepala sendiri ye sampai nampak bintang

No comments:
Post a Comment