Sunday, September 4, 2011

Heheee.. Apa jAdi LePas RayA ohoohoooOoo ..


  Heeeee, Assalamualaikum kawan-kawan. Harap semua sihat le lepas raya ni, hari ni saja teman nak kongsi ceghiter le, tajuk ni subjektif la kan, apa jadi lepas raya hahah, teman rasa teman macam belon yang di pam-pam oleh pam angin tayar hehe, senior teman kabor kat teman dia cakap pipi teman dah macam Tupai yang simpan makanan dalam pipi tu, tembun semacam jek. ChoooOOoiii, tapi lepaih tengok kat cermin rasanya betoi juga hahah. Apa nak buat kan, nama pun raya, pegi sini makan pegi sana makan, kang tak makan tuan umoh kecik hati pulak, walopon teman makan sikit-sikit je tapi oleh kerana bilangan rumah yang teman pegi bertandang tu banyak bebenor barulah teman mengakui yang kata ungkapan "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" tu memang berkesan, hasilnya makan sikit-sikit lama-lama perut jadi bukit eheeeee


haaaaa, cuba deme kabor kalo dah rupe ini hidangan yang ada depan mata, fuh tak kan le nak tolak, dengan air liur yang dah menjejeh di tepian mulut tak kan nak tahan je tengok sepupu-sepapat yang lain menghentam juadah yang ada kan kan kan. Petang raya tu teman tengok macam-macam gaya ada oleh sebab kekenyangan melampau, ada yang duk tersandor je kat dinding, ada yang terlangkup bawah kusyen, ada yang tersidai kat lantai umoh atuk teman dan tak lupa juga yang bertongkat dagu dalam jamban sebab perut dah mula memulas-pulas. Macam-macam hey laaa. Apapun raya ni memang sesuatu yang mengembirakan kena pulak selepas sebulan berpuasa. Yang paling seronok kanak-kanak dan orang dewasa pula air mata menitis di tepian pipi hahah.

Ok, selamat menyambut Raya untuk semua kawan-kawan, ingat jaga makan, kalo tak nanti penat para-para Doctor kita nak tulis Sijil cuti sakit ( MC ) tuk kita nanti heeeee .. Selamat Hari Raya AidilFitri, maaf zahir dan batin ..

ssssssssseeeeedaaaaappp kaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnn !!!!!! guuulpppsss



No comments:

Post a Comment