Monday, October 10, 2011

SeKaLi aKu MimPi daAAaaa ..ZoMbiE sEksYen 17 SeLataN

"Waaaarrrghhhhh !!!! hensh henssshh, fiiuuuhhhh", inilah perkataan yang keluar dari mulut aku masa emak aku kejutkan aku masa tidur malam tadi, umaaaang aaiii tokojut den, bopoluh-poluh dibuek ehh. Tak ponah-ponah mimpi cenggini, eyh apo plak den cakap nogori neh hahaaaiii. Haaaa, ni la dia kalo tido tak basuh kaki pastu dengan doa pun terlupa, toruih yo tolontang tido.

  Aku leh mimpi pasal Zombie, alaaaa makhluk manusia yang mati pastu hidup lek cari orang untuk dibuat santapan. Filem-filem pasal zombie ni pun melambak-lambak kat pasaran, dalam mimpi aku tu zombie-zombie ni menyerang kawasan perumahan tempat aku tinggal, mulanya aku bangun dari tido, pastu aku tengok suasana sunyi jek, tak penah rasa sesunyi macam ni, aku pun turun bawah sebab rumah aku 2tingkat, pun takde orang, aku pun jenguk la ke pintu, tengok ada jiran aku duk jalan sambil tertunduk kepala, aku pun panggil, sekali dia toleh wuiiyooo mata suma hitam ngan baju koyak rabak darah-darah semua cukup, beliau datang ke arah pagar rumah aku, mujur berkunci. Dia meradang sambil gegar-gegarkan pagor umah aku di ikuti pula dengan jiran-jiran lain yang semuanya dah jadi zombaaaa eyh zamri eyh bukan, zombie !!!!

  aku pula dah bertambah cemas, teringat kat filem zombie yang banyak aku penah tonton, adoi tak sangka lak perkara ni terjadi kat diri aku, bertambah ramai pulak yang dah berkumpul depan pagar umah aku, aku makin cemas, bila aku cemas aku belari setempat, nak lari tempat lain tak boleh sebab dalam rumah, jadi keputusan lari setempat tu 1 keputusan yang amat tepat buat masa tue. Aku mula tutup pintu, aku paku semua biar diorang tak boleh masuk, perkara pertama aku buat lepas selesai memaku adalah memeriksa stik makanan kat dapur, chhooOoooii mana mungkin cukup untuk aku bertahan, aku pun menalifon pizza-hut untuk minta diorang hantar Pizza kat umah aku tapi yang angkat tipon seorang operator yang dah jadi zombie. Aku bertambah panik lalu aku mengambil keputusan untuk memasak nasi goreng ngan daging berger, perut perlu diisi baru idea-idea bernas datang. Tiba-tiba ............ .. ....

   ketekaaannnnnnggg !!!, aku berlari ke depan, adooooi mereka dah berjaya merobohkan pagar rumah aku, mungkin bau nasi goreng belacan dan berger ini membuatkan mereka jadi lebih agresif, aku menghabiskan makanan dengan cepat lalu terus belari naik keatas, sayup-sayup aku dengar pintu rumah aku dikopak oleh mereka, aaarrghhh aku tak boleh tunggu lagi, sebelum aku di kokak oleh mereka baik aku lari, aku pun memanjat siling umah terus ke bumbung, tolak atap dan sekarang aku dah berjaya berdiri atas bumbung umah, aku hampir-hampir pengsan melihat pemandangan yang ada kat bawah, 1 seksyen17 dah jadi zombie. aku meniti atap tapi kemana aku nak pergi, aku dah terkepung. Tapi zombie-zombie tadi makin mengganas, mereka dah berjaya panjat bumbung sambil melambai-lambai tangan tanda supaya aku jangan lari, gila ke tak lari. Aku lari sampai hujung bumbung dan terus meloncat ke pokok mangga jiran aku, sempat juga aku mencapai mangga mudah-mudahan dapat dijadikan pencuci mulut.

   Aku terus belari ke arah kereta kesayanganku, mujur pegerakan zombie ni perlahan jadi amat sukar mereka hendak menangkap aku yang berlari sepantas johan pecut Sukan Olimpik iaitu Hussein Bolt, dengan pantas aku masuk dalam kereta, dalam keadaan begini jangan kita lupa untuk mengunci pintu. Mereka mula mengerumuni kereta, ada yang tebaring kat cermin depan, aku hidupkan wiper tapi takde kesan, dalam detik cemas tersebut tiba-tiba ada tangan yang hinggap dibahu kiriku, aku toleh dan waaaaaaaarrrrgggghhhhhh !!!.... haa korang leh rujuk balik cerita ni kat atas. Inilah noktahnya, rupa-rupanya aku mimpi siap mengigau, mujur emak aku kejutkan aku, sebab aku pun tak sanggup nak tunggu apa yang terjadi dalam mimpi tu. Aku harap mimpi tu tak bersambung dalam tidur aku malam ni. Guuullpsss gulppss

 

2 comments: