Thursday, September 15, 2011

ULasAn FiLem CiNta TerheBat TahUn iNi


    Sebuah lagi Filem Komedi Cinta akan ditayangkan pada musim luruh nanti, hasil arahan pengarah terkenal yang pernah terlibat dalam Filem HITCH yang semestinya mencuit hati penonton lakonan oleh aktor Holywood terkenal Will Smith dan Eva Mendes, tapi kali ini beliau mengambil langkah berani dengan mengabungkan aktor terkenal Jenifer Aniston bersama Hero jiwang terkemuka dari Asia iaitu Remie Deen yang sebelum ini memang tidak dikenali sangat kerana selalu berlakon dalam drama-drama swasta berbajet rendah dan ciput. Sudahlah bajet ciput, sessi bergambar tepi kolam dengan majalah Mangga yang selalu mempamerkan pelbagai bentuk mangga-mangga artis wanita tanah air pun tidak pernah sekali diundang.
   
     Filem yang diberi tajuk "Abang, marilah berbuka puasa bersama" ini telah dibuat pengambarannya dalam bulan puasa untuk mendapat feel dan kesan yang mendalam pada aktor-aktor yang terlibat. Ternyata mereka tampak profesional menjalani pengambaran walaupun keadaan panas terik mengcengkam jiwa. Filem ini mengisahkan sepasang kekasih yang sering bertelagah ketika berada di bazar ramadhan kerana tidak sependapat dalam memilih menu untuk berbuka, filem ini memang membesar-besarkan hal yang kecil sesuai dengan budaya bangsa kita umumnya. Jalan cerita ini amat ringkas kerana dari awal kita hanya akan menyaksikan babak watak utama dipujuk oleh kekasihnya yang asyik merajuk kerana masih tidak ketemu penjual karipap sardin yang boleh menambat citarasa beliau. Beliau sanggup berjalan jauh dan dek kerana perasaan yang amat risau Markonah ( nama watak yang dilakonkan oleh Jenifer Aniston ) sanggup menggari pegelangan tangannya untuk mengikut kemana sahaja kekasihnya pergi. Filem ini banyak menerapkan nilai-nilai positif seperti menunjukkan rasa tolak ansur, kerjasama, kepercayaan, toleransi yang sepatutnya ada pada setiap pasangan bercinta di muka bumi ini.

     - akhirkata filem ini berjaya membuatkan penonton-penonton yang keluar dari panggung dalam keadaan sebak, pilu malah menyesali kekasaran-kekasaran yang pernah dibuat pada kekasih, teman baik, sahabat mahupun keluarga. Ada juga yang saling bermaaf-maafan kenalah dengan keadaan yang masih dalam bulan syawal ini. 

Rating : 3 / 10 ( jalan cerita bagus dan berkesan tetapi Hero tidak tampan, ya adooor jeerrr )


No comments:

Post a Comment