Monday, December 12, 2011

uLaSaN ALbUm tErBarU - Kumpulan Angsa Hutan

  Hai, hari ini kita ada Ulasan album terbaru dari kumpulan muzik terbaru yang menggelarkan diri mereka sebagai Angsa Hutan, sebuah Band yang unik dari segi keterampilan mahupun penulisan lirik, muzik mereka juga datang dari genre baru seperti yang mereka beritahu iaitu "Sub-Pop Metalcoster". Ketiga-tiga anak muda ini berasal dari Alam Shah dan hobi melihat angsa di Zoo negara. Pemain deram kumpulan ini pula masih tidak dapat membezakan mana satu angsa mana satu bangau kerana kata beliau kedua-duanya tampak sama. Jadi mari kita ikuti ulasan temubual bersama mereka dengan wartawan kami tengah malam semalam.


  Inilah kulit Album yang mereka taruhkan untuk keluaran pertama, bagi kami ianya sungguh abstrak sekali, penuh nilai-nilai dinamik walaupun nampak bersahaja dengan menampilkan ketiga-tiga mereka bergambar kemas dengan busana seperti ahli koporat dan memakai topeng angsa hutan. Mungkin ada mesej mendalam yang hendak disampaikan oleh mereka.

Angsa hutan dianggotai oleh :

  1. Amy Boba                   : Gitar Bass dan Vokal
  2. Halim Hendrik              : Gitar Utama
  3. Ahmad Zamali Rokam  : Deram dan Perkusi

  Album ini dikeluarkan dari label mereka sendiri yang bernama TENGGELAM TIMBUL PRODUCTION (TTP), apabila ditanya kenapa tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat muzik seperti BMG, SONY MUSIC, EMI, NSR dan lain-lain, dengan bersahaja mereka menjawab kami tidak ingin dikongkong atau terikat dengan kontrak dan syarat dan kami sudah biasa jalan sendiri. Dewasa ini, fenomena menerbitkan album sendiri bukan lagi sesuatu yang ganjil malahan ianya suatu perkara yang inovatif disamping menunjukkan komitmen tinggi antara ahli kumpulan, ujar mereka.

  Mereka mempertaruhkan 11 buah lagu iaitu :

   1. Bernuansa di stesyen bas                                       6.35
   2. Metakosmik fizikal ku bergetar                              4.27
   3. Kemana hilang bongkah-bongkah cintaku              8.04
   4. Aku yang bingung akal kerana produktif mu         12.45
   5. Terpalit peluh dimusim salju                                   9.07
   6. Melastik telur                                                        2.16
   7. Lelaki ini yang selalu berdusta                              17.28
   8. Sofea Janda                                                          5.58
   9. Misteri mimpi zawiah                                             6.32
  10. Sandarkan pada tendangan                                 25.36
  11. Ijab kabul sambil berdansa                                  2 hari baru habis

  Setelah sessi pra dengar kami menjadi runsing kerana gaya lagu yang memang lain, semacam, ianya seakan bermain dengan perasaan, pelbagai rasa terbit dari hati kadangkala sedih, pilu, gembira, bingai, benci. Lagu-lagu ini adalah ciptaan bersama mereka dan direkodkan sendiri di homestudio milik mereka. Lagu mereka ini tidak tentu arah dan kesemua Wartawan yang hadir dalam sessi pra-dengar tempoh hari menghadapi tekanan mental tahap 5 kerna lagu yang dipertaruhkan sebagai tajuk album memakan masa 2 hari untuk dihabiskan. Mana tidaknya, pada permulaan lagu bunyi kompang sahaja sudah memakan masa hampir 5 jam diikuti pula
dengan suara riuh rendah kenduri kendara selama 3 jam, naik sawan dibuatnya, ujar seorang Wartawan dari akhbar Harian Mentol sambil mengigit-gigit kerusi bankuet yang berada di dalam dewan.

   Dan pada penghujung acara itu kami dapati kebanyakaan wartawan pulang dengan menaiki Ambulan dibaluti baju khas pengikat badan. Ada yang ketawa berdekah-dekah, ada yang meracau-racau, ada yang jerit aku kaya !! aku kaya !!!, tak tinggal juga yang hilang ingatan asyik bertanya pada petugas kesihatan "siapa sayaaa !!! siapaaa sayaa !!!!!. Sungguh parah sekali keadaan dan kami berpendapatan bahawa dengan itu lagu-lagu ciptaan mereka memang berjaya meresap ke kotak pemikiran pendengar dan siapa sangka mereka mungkin menjadi juara dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) yang akan datang  - Lili lulu

 

 

No comments:

Post a Comment