AllooooooOOOooo, ahaaa hari ni aku nak cerita sikit pasal melukih neh, aku pun sebebenornye idok le gheti sangat melukih neh, apa orang kate tu yeop, sikit-sikit buleh le. Ada le rupenye iras-iras itu pun mengambil masa yang cukup lama, kalo tak jadi-jadi tu ate aku tekap kan aje hehe. lagi pulak aku nie ada masalah sikit dengan mengenalpasti warna, aku ada sikit rabun warna, bukan le sume warna aku tak kenal, ada sesetengah warna yang wat kepala otak aku susah nak tafsir.
Aku pun tengah banyak lagi belajar, tapi tok Guru aku yang 2orang ni memang handal melukih, melukih ni memang makanan diorang, sebab memang diorang cari makan dengan melukih iaitu RAzi AdNan yang memiliki WarNa Art StuDio dan juga Bob GadeGanG a.k.a Bryan AdaMs dengan BoBa CarTunWorkShop. Haaaa, jadi aku nak cerita cara-cara asas melukih bentuk muka wajah seseorang. bes taw sebab senang jek tapi susah gak hahaa. Phuuuuuuuuuuuuuiiii
hehe, ni bentuk Sfera dan lakaran paling asas sesebuah wajah manusia, jadi korang leh le lukih dulu menda ni sebagai latihan permulaan, berlatih sehingga ke tahap tutup mata pun leh siapkan jadi macam nie. Kalo dah buleh tu maksudnya anda layak ke peringkat seteruihnye.
haaa ni pulak belajar tentang shapes, apalak shapes dalam bahasa melayu nie, lupa lak aku, haaa potongan ke pengasah pensil ke, eih tu sharpener. Ok, ada 5 shapes paling asas untuk menjamin muka orang yang kita lukih tu jadi orang, kalo tak serupa pun tetap wajah orang la kan, takdela jadi kucing ke, banggunan ke kan. Tujuan menda ni adalah supaya kita fokus pada bahagian-bahagian yang paling penting yang terdapat pada wajah kita.
Yang ni pulak kerekter wajah seseorang, penting nie sebab tak semua orang memiliki bentuk muka yang sama, ada yang muka lonjong, ada yang petak, ada yang bersegi-segi, ada yang bulat macam bola, ada yang macam mintak penampor dan macam-macam lagi. Sebelum melukih perhatikan wajah orang tu terduduk dalam golongan mana, kalo lonjong maka lonjong la ia. Kendian cari apa yang istimewa terdapat pada wajah dia, kalo telingan capang, capang kan, mata besar ke, hidung mancung ke, bibir tebal ke, walopon faktor ini kecil tapi inilah penyumbang untuk membantu karya kita supaya seiras dengan tuan punye wajah.
Kedudukan wajah dengan leher juga memainkan peranan yang amat penting, tanpa leher siapa lah wajah, ianya akan menjadi kekok bagaikan cawan yang tiada tangkainye, eceeewaaahh bergurindam plak aku, poyos toi, choooOoiitt. Perkara ini boleh lah dirujuk secara terus pada fizikal sesorang yang hendak kita lukih.
Bila dah rasa yakin denga teknik-teknik asas kat atas tu boleh la cuba-cuba lukih muka orang, berlatih dulu dari majalah atau tawarkan pada kawan-kawan yang anda ingin lukih muka mereka, jadi atau tidak itu bukan masalah, lukis jek ye, belajar dari kesilapan itu lebih bagus dari belajar tak silap-silap. Bahagian ini kita kena fokuskan pada segi sudut, kalo orang itu mukanya mengiring, bentuk sfera yang kita lakarkan perlu juga mengiring, kalo menunduk, tunduk lah ia, mendongak kalu begitulah juga sebaliknya.
Bila sudah sampai pada tahap ini,segalanya akan bertambah mencabar, ketelitian adalah terletak di tangga pertama dan kesabaran menjadi pelindung. Pada sapa yang ingin mencuba elok guna pensil dulu ye, senang nak padam-padam kalo tersilap, kalo dah terer leh terus guna pen lukisan. Ada macam-macam saiz mata disediakan untuk kita bermain dengan tone, cahaya dan sebagainya. Yang tu lagi rumit nak terangkan, aku pun tak berapa mahir dan tengah belajor lagi. ok laaaa, pada yang ada minat tu aku ucapkan selamat mencuba. heheeee papaaaaaaaaaaiii .. oh yaaa, hampir aku terlupa, gaya lukisan jenis macam ni di panggil KARIKATUR iaitu memotretkan wajah seseorang dalam ekpresi kartun. Sampai jumpa lagi :)
No comments:
Post a Comment