Aku seorang Superhero, aku suka membantu orang, ke sana ke sini aku berlari menyelamatkan orang, aku ingin melindungi mereka dari segala macam malapetaka, aku ingin bersaing sama dengan Superman, Batman, Spiderman dan lain lain, mereka juga bertungkus-lumus berlumut mambantu sekalian jagat yang dalam kesusahan. Aku juga ingin sehebat mereka, semashur mereka dan bermacam 'se' lagi yang seangkatan dengan itu. Akan tetapi setiapkali aku membantu setiapkali itu juga musibah mendatang, aku pun hairan, penat aku membantu makin aku dikecami dan diherdik supaya tolong berhenti menyelamatkan mereka, aku tidak faham, kenapa begini balasan yang aku dapat.
Oh ye, akulah superhero pada gambar yang paling bawah sekali. Selepas melihat gambar yang diambil oleh orang ramai baru aku memahaminya. Nampaknya tiada ruang untuk nama aku sebaris seperti superhero yang lain. Itu dulu, tapi sekarang aku telah mempunyai karier tetap yang membanggakan iaitu pemotong daging dan sayur di sebuah restoran ternama dan majikanku amat menyangiku seperti anaknya sendiri, aku juga terkenal dikalangan pelanggan-pelanggan yang berkunjung, semua ingin menonton gaya memotongku yang unik sekali. Nah, aku juga Superhero laaaa. TAMMAT
P/s : Moral dia, kadang² kelebihan itu juga akan jadi kekurangan dan dari kekurangan itu sebenarnya ada kelebihan, fikir² dan selamat bersukan .. Phhuuuuuuuuuuuuuuuuuuiii, ni cerpen paling pendek pernah aku tulih, kaninnaaaaaaaaaaaaaamuuiiii..
No comments:
Post a Comment