Tuesday, December 13, 2011

Aar cer cerpen 13 - KeRanA ciNtA aKu MenCaNdU

   Bryan Adam masih di sini, termenung memandang matahari yang semakin tenggelam di telan ufuk barat daya. Beliau membawa dirinya jauh dari hiruk pikuk kotaraya semata-mata ingin mencari ketenangan yang semakin hari semakin remuk akibat penangan cinta. Baru semalam beliau gundah gulana seperti kerang kehilangan cengkerang ketika lepak bersama rakan-rakan.


   Puas sahabat-sahabat memberi nasihat dan perangsang untuk menabahkan hati beliau, ada juga yang ingin memberi penangan supaya beliau pengsan, bukan kejam tapi kerana tidak sanggup melihat beliau dalam keadaan sedar, rasanya tidur lebih aman. Betapa ambil beratnya sahabat-sahabat sahaya ini tentang permasalahan beliau.

  Pada rakan-rakan yang berpengalaman, mereka inilah yang memberi serba sedikit kisah-kisah untuk dijadikan rujukan,teladan dan penguat semangat, orang yang pertama membuka mulut ialah Wan Mohamad Katimin, beliau berhujah dengan yakin baginya cinta ini hanya satu persinggahan bukan pengabadian yang rela, pemergian oh kerana terpaksa demi hidup yang lebih sempurna. Eeeeeh, macam lirik lagu Ekamatra aje tu tegur bryan adam sambil mengepal-ngepal. Lalu Wan Mohamad Katimin tertunduk tersipu malu, beliau baru sahaja ingin berbangga kerana fasih berkata tentang cinta tapi telah  terkantoi yang bait-bait katanya diambil dari lirik lagu, seraya itu beliau mendapat hadiah dari Razi Ahmad Sadikin iaitu hadiah berupa gelak tawa diikuti rakan-rakan yang lain, maka bergegarlah sebentar ruang latitud ofis yang dijadikan tempat kami melukis kerana ketawa riang yang berlaku itu.

  Setelah itu giliran Nazman Mat Tasnim pula memberi pendapat, beliau ini lebih hebat pengalamannya diantara rakan-rakan yang ada, ini kerana sepanjang hidup beliau sudah 38 kali cintanya ditolak oleh wanita, dipercayai angka yang terkumpul itu sejak sekolah menengah katanya, kami amat mempercayainya sepenuh hati hanya dengan melihat wajah beliau kami pasti angka itu akan meningkat genap ke-50, memang ada sedikit tidak hensem dan sedikit gemuk, tetapi hati budi beliau memang bersih. Lalu beliau juga memberi nasihat pada Brayan Adam, biasalah perkara seperti ini berlaku, kadang itu bukan kita minta tapi keadaan yang memaksa dari pelbagai aspek ruang lingkup, cinta itu bukan paksaan, janganlah jadi orang yang sakit kerana cinta kelak binasa diri. Ramai yang menitiskan air mata mendengar kata-kata itu, cukup menyentuh hati, tuan punya badan yang bercerita pula sudah menangkup muka ke bantal, hampeh betul, ingatkan tabah sangatlah tadi. choooiiit.

  Akan tetapi Bryan Adam masih lagi gundah gulana, melihat henset sendiri pun beliau resah, menatapi internet juga terasa pahit, beliau sudah serik, ada cinta pun sakit tiada cinta sunyi pula hati ini, dimanakah cinta yang indah, beliau meracau-racau sambil mengunyah rambutan, beliau menyatakan tidak mahu lagi mengambil risiko, cukuplah buat kali ini, hati yang remuk ini mungkin memakan masa yang lama untuk pulih semula, yang mendengar pula hanya tersenyum-senyum kecil, lalu dengan pantas Razi Ahmad Sadikin mempelawa rakan-rakan supaya pergi minum di kedai mamak yang terdapat di bawah.

  Sekonyong-konyong itu juga mereka terus turun, cepat sahaja idea tersebut dipersetujui ramai, memang sejak dari tadi lagi perut sudah berdendang kecapi bagai ada konsert jom heboh yang sedang berlangsung di dalam. Yang paling laju berjalan di hadapan ialah Nazman Mat Tasnim, beliau memang seorang pecinta makanan yang sejati, tidak penah kata sesuatu juadah itu tidak sedap melainkan lazat berlaka, rasanya kalo dihidangkan rantai basikal masak cili api pun beliau akan berkata lazat sambil air liur meleleh-leleh di bibir.

  Rasanya inilah yang sering dilalui oleh oleh manusia sejak dahulu lagi, bukan Bryan adam sahaja yang melaluinya, semua orang penah merasainya, ada yang menjadi takut, ada yang serik, ada yang jadi jahat, ada yang hilang pertimbangan, ada yang gila, ada yang belajar dari kesilapan , ada yang berusaha perbaiki diri dan bermacam-macam lagi. Setiap orang melaluinya dengan cara yang berlainan dengan dugaan masing. Inilah salah 1 mata pelajaran dan nikmat yang tuhan ciptakan untuk kita jadi manusia yang lebih tabah dikemudian hari. Janganlah rosakkan diri kita kerana hanya sebuah kekecewaan.

  Akhirnya rakan-rakan ini pulang kerumah dengan hati yang gembira, perut pun sudah kenyang, mata pula telah terasa berat dan itu tanda untuk melenakan diri, kisah duka telah berjaya dilupakan dan hari yang akan datang perlu dicipta dengan gembira.- TAMMAT



  

No comments:

Post a Comment