Friday, December 9, 2011

Aar cer cerpen 12 - Aku ciNtA FlyiNg kiCk, ICT aBah kAu !!!!!

-Assalamualaikum, maaf kerana tak berkesempatan, sekarang ni musim hujan jadi teman asek dok angkat kain jemuran jek, tapi jari jemari memang gatal jek nak menulis, jadi dikesempatan yang ada nih adalah 1 cerita .. chhooooOOOooiii hahah ... SeLaMat MemBaCa :p


 Semalam aku berjalan-jalan di pasar malam, sudah lama rasanya tidak menjejak kaki ke pasar malam lantas aku teringat ada 1 pasar malam yang berdekatan dengan rumahku, tanpa berlengah lagi aku pun menggapai kunci motor, dengan sepantas kilat aku dah berada di atas skuter kesayangan, punyalah teruja nak pergia pasar malam sampai terlupa nak hidupkan motor, skuter aku ni sudah agak lama aku pakai, ada dalam 7tahun dah usianya, jadi sakit-sakit tua dia pun boleh tahan juga pada pengamatan aku, penghidup suis elektrik tidak lagi berfungsi jadi aku terpaksa menggunakan kondisi hikmat penendang, setelah hampir 2minit berpeluh-peluh menendang penghidup kaki akhirnya berjaya juga skuter ini beroperasi.

    Dengan bersiul-siul kecil aku mula memulas pendikit minyak dan sepoi-sepoi skuter aku menyusur membelah angin petang yang damai, rambut aku pula mengurai-ngurai bagaikan model iklan shampu Pantene seperti yang terdapat dikaca-kaca telivisyen tempatan, ada juga anak-anak dara yang bersembang di depan rumah memandang ku tidak kedip-kedip biji mata, pastinya mereka terpikat pada kaca mata berjenama Oakley berwarna hijau yang baru aku beli kat Uptown pada hari sebelumnya, hendak kata mereka terpikat pada rupa aku memang tidak rasanya, orang cakap rupa cukup-cukup makan sahaja. Tidak kisahlah kerna aku pun tidak pernah mengharapkan apa-apa dari mereka kerana aku tahu aku ini hanya seseorang yang cintanya asyik ditolak, masuk ni sudah kali yang ke-38. Tapi perkara seperti itu tidak pernah membuat aku putus semangat kerana aku masih ada teman-teman yang baik dengan ku serta menyangi ku seperti aku menyangi mereka, biasalah orang kata, aaaikkk berapa banyak kali daa orang kata kan, adat lah dalam perasaan ada suka dan duka, kalo suka dapat kalo suka sahaja terus dapat tidak mencabar pula dunia yang tuhan ciptakan sebaik-baik ini untuk umatnya menerima dugaan.

    Sebagai penggemar makanan, kunjungan aku ke pasar malam ini amatlah bertepatan dengan initipati hatiku ingin menjamu mata melihat makanan disamping itu juga tidak terlepas melihat melihat awek-awek yang hadir memenuhi segenap pelusuk pasar malam, aku bukan orang yang hipokrit, aku sebagai lelaki memang aku mengaku sejujurnya, buat apa aku hendak menipu kalo perkara itu memang aku lakukan, alahainya pun, pandang sahaja bukan luak pun, tersengih aku seorang di dalam hati. Kalo ada lelaki yang tidak mengaku itulah orang yang hipokrit dan ego pada aku, paling kuat mungkin ada masalah dua alam seperti filem yang dicanang-canang akan memecahkan kotak pejabat (Box Office) filem Malaysia hasil garapan dR.Rozmey dahulu. Mata aku mula tertambat pada ayam percik, kuah yang di curah-curah pada ayam tersebut membuatkan aku terkedu seribu bahasa, tidak habis pada ayam percik, gerai sebelah pula menunjukkan taringnya dengan melambung-lambung murtabak yang agak tebal isinya, fikiran aku mula melayang memikirkan aku sedang menggigit murtabak tersebut sambil berlari-lari kegirangan di tepian pantai. Tanpa aku sedar aku telah pun membeli kedua-dua juadah tersebut.

    Aku berjalan lagi dan berjalan dan semakin banyak makanan yang aku lihat, aku terpana di depan sebuah gerai yang menjual Nasi Kerabu berlauk, ikan tongkol yang berenang di dalam bekas itu seperti melambai-lambai padaku supaya aku memabaham beliau, pakcik yang menjual pula telah menegur ku " eeyyh mu apa lagi tercegak situ, maghi maghi nasi kerabu sedak ni weh , sedak neh sedak, maghi bungkus satu" tegur beliau, aku kaget, bila masa pula aku tersedak, lalu aku pun berkata " eeeeh pakcik, saya tak tersedak pun, terliur ada laa" jawab ku, " Sedak tu sedap lah, mengong mu nehhh!!!"jawab pakcik tu dalam nada suara yang tebal dan berdengung. Terkena aku, maklumlah tidak berapa fasih dengan loghat bahasa terengganu. Oleh kerana tepengaruh aku pun mebeli nasi kerabu tersebut siap taruk ikan tongkol, paru masak cili dan tidak lupa cili sumbat. Aku rasa cukup makanan yang telah dibeli dan misi seterusnya pula mencari air, teringin aku menyedut air tembikai dan tidak jauh dari situ ada gerai menjual air dan yang lebih bagus penjualnya adalah seorang awek, sekali lagi aku terpegun kerana fikiran berbelah bahagi, mana satu tembikai yang aku ingin beli, oh ya aku ingin beli air tembikai bukan buah tembikai tegas ku dalam hati, tapi besar juga buah tembikai tu ya.
Lantas aku segera menerima bungkusan air tembikai yang telah aku beli dan bergerak dari situ sebelum mata aku bertambah juling melihat tembikai yang ada.

    Akhirnya misi aku telah pun selesai, sekarang ini aku hanya perlu pulang ke rumah untuk menikmati juadah-juadah yang lazat ini, tapi aku segera membatalkan niat tersebut, imaginasi ku datang dan terus mengatakan makanan yang lazat perlu dimakan di tempat yang indah suasana mata memandang. Sepuluh minit juga aku berfikir lalu tidak semena-mena terlintas satu kawasan yang cantik memenuhi segenap ruang pemikiran kusutku. Ya, aku perlu ke ICT iaitu tempat dimana segala jenis lampu yang ada dimukabumi berada disitu. Oleh kerana tempat itu berdekatan tidak sampai 13minit aku dah sampai. Mataku tercangak-cangak mencari tempat untuk melabuhkan punggung, nun jauh disana betul-betul di bawah pepohon pokok yang dipenuhi lampu, aku berjalan laju dan membentang surat kabar sebagai alas supaya tidak mengotori seluar jeans bundle dari Sungai besar yang aku beli bulan lepas.

    Aku pun bersimpuh bersila dengan hati-hati, fikiran aku telah mula menerobos ke alam kelaparan, perutku telah berdendang macam bunyi tayar keretapi tanah melayu. Aku membuka perlahan kesemua juadah yang ku beli, terbit bau-bauan yang menggoda iman setiap mahkluk yang kelaparan. Tidak lupa aku berdoa memanjatkan syukur kerana diberi peluang untuk menjamah, aku berterima kasih pada tuhan kerna mencipta nikmat makan yang tidak terperi ini. Nun jauh dihatiku sebak memikirkan masih ada yang tidak dapat makan, aku di sini pula mewah dengan makanan. Jadi aku mewakilkan diri ini memekan untuk mereka. Lalu aku pun mula menjamah, kunyahan demi kunyahan kesedapan yang ditanggung tidak terperi rasanya, ianya seperti semakin kunyah semakin masin semakin kunyah semakin mendalam kemasinannya.

   Tiba-tiba " kedebuuukkkkkk buaaaaakkk disssh dissshhhhhh!!!, haaa amek ko !!! kurang asam, woooi bangun wooii ko tu mengigau tu, yang ko hisap ibu jari aku ni dah kenapanya !!!!!!!!!!!. Aku masih bingung, mata ku buka perlahan-lahan, terasa pedih seperti ada pukulan hinggap di bahu, aku terkejut ketika pandangan makin penuh di mata, aaaaaiikkk kenapa aku ada kat umah ni, aku tengah makan kat ICT tadi lepas aku pergi  pasar malam, kataku pada sahabat. "Ko tu mengigau la woi, ICT abah kau !!!" jerkah sahabatku diiringi juga oleh sebuah flyingkick yang cukup bergaya dan menawan. Aku pengsan. TAMAT

No comments:

Post a Comment