kadang² tu aku tepikio jugak la kan, macam mana la Sambutan Hari Raya dimasa akan datang nanti, zaman cucu cicit dan piut kita, mungkin 200 tahun lagi semuanya akan berubah, alam kita ini bergerak selari dengan kemajuan teknologi manakala Agama dan sains bergerak selari dengan kemajuan. Jadi gambor kat bawah ni nanti mungkin bukan sesuatu perkara yang mustahil pada masa depan, mari kita saksikan
- " Assalamualaikum kak Nor, Selamat Hari Raya, Saya datang ni nak beraya heheee".
- " Waalaikumussalam, laaaaaa ko rupanya maimun, eeeyyyyyh jemput² masuk, ketupat dan rendang dah
lama tersedia tue, laaa sorang je ke, mana si Deris suami ko ?".
- " ada tu haaaa, tengah parking kapal kat sebelah sana".
- " alaaaaahai, kawasan luas ni parking je laa mana² pun".
heeeeeeeeeeeeee, ni la menda² merepek yang selalu aku berangan sebelum tetido. Tapi manala tahu kan 1 hari nanti situasi macam ni sudah tidak ada apa yang pelik lagi. ok laa woooiittt, aku nak berambus dulu sebelum aku merepek menda yang bukan², hari ni ada mesyuarat penulis cerpen² komedi seMalaysia kat kampung Batu Berendam, Helikopter aku dah tunggu tuk berlepas ke sana.
nie la helikopter aku, macam bedebahkan perangai.
chhooooOOOOoooooOOooiiiiii ....