Tentu ramai antara korang yang kenal lauk kat sebelah ni kan kan kan, haaaa ni orang panggey "BEGEDEL". Aku memang dari kecik suka sangat kan menda neh, cuma masa tu agak susah nak jumpa peniaga buat, jadi aku dapat makan bila emak aku bawak pegi makan Soto kat bandar kelang. Dalam Soto tu ada la menda nie diorang taruk. Jadi bila aku makan, menda ni la yang aku bedal dulu, bila dah abes aku akan curik emak aku punye sikit hahaha, pastu macam biasa emak aku akan piat telinga aku sampai terangkat dari duduk sampai aku terbediri. Tahap kepedihan dia tak payah nak cakap la, aku sowang je taw, tapi aku tak penah peduli sebab berbaloi kena piat telinga sebab makanan tu sedap. apa adahal kan.
Bila aku dah dewasa ni aku pun cuba la wat menda ni, kalo beli tu orang kata tak puas makan, kalo wat sendiri ko makan la sampai boncit ke nak muntah ke kan, jadi satu pagi tu aku dengan penuh semangat telah pun sampai kat tesco koi 8.30pagi, macam harem Tesco pun tak bukak lagi rupanya. Pas setengah jam tunggu sambil menjelebu kan suasana pagi tu, tiba-tiba bunyi "ting-tong" berkumandang, ahaaa tu tandanya Tesco dah ready untuk diserang oleh para pelanggan. Aku antara 10 pelanggan pertama yang menyusung Trolley macam Lumba kereta Formula One, tolak punye tolak trolley sampai juga kat tempat yang nak di tuju. Tapi aku mengelamun seketika sebab kat tempat bawang ada awek cun ngan emak dia tengah pilih-pilih bawang, Jadi aku dengan muka tupperware buat-buat pilih Tomato kat sebelah. Aku tengok awek tu, awek tu tengok tomato, tomato lak tengok aku, apa gila pulak, ni dah cinta 3 segi, akhirnya aku pun berambus dari tempat tu untuk menyelesaikan misi utama.
Fuhhhh, terbuntang aku tengok barisan-barisan kentang yang ada depan mata. Gemuk-gemuk fizikalnya, rupanya yang aku tengok tu kentang merah, imported punya, patutlah besar semacam, tapi aku beli juga kentang tu dan aku campur juga ngan kentang tempatan, pastu pegi cari isi ayam ngan rempah ratus sikit tuk wat perasa supaya dapat digaul bersama.
Tanpa berlengah lagi, lepas dapat semua barang-barang tu aku terus memecut balik rumah, masa memandu balik tu aku dah nampak lampu trapic light macam begedel, bukan tu jek, suma menda yang bulat berdekatan jalan raya suma nampak macam begedel, roundebout jadi begedel, papan tanda Kilang TOYOTA siap ada dua begedel, tayar kereta, motor aaaarrkkk suma laaa. Adooooiii, aku rasa aku dah parah dah nie sehinngakan stereng kereta pun aku tengok macam begedel, kang kalo aku gigit kompom pemandu-pemandu lain yang ada bersebelahan kereta aku ingat aku dah gila.
Sampai je rumah aku tengok emak aku duk kemas halaman, sempat aku belikan dia air vitagen 2 barrel tuk dia, depan tue gak mak aku bukak minum, memang antu vitagen hahah. Dengan pantas aku mengenakan Apron, aku siat-siat kulit kentang tu seketul-seketul aku baling dalam besen, sambil tu aku panas kan air. Pas siap koje menyiat kulit kentang aku basuh kentang-kentang tu pastu terus masuk kan dalam air panas, sambil tunggu merebus tu potong isi ayam halus-halus, jadi sebab resipi ni aku wat sendiri, aku tak puas dengan hanya isi ayam sebagai aksesori, aku geledah peti ais emak aku, aku jumpa daging berger. Haha memang bez, aku pun kuar kan. Pas hampir sepenanak nasik juga menunggu kentang tu direbus, cucuk ngan lidi kalo senang je masuk tu maknanye kentang tu dah lembut.
Haaa ni saat yang paling bes, iaitu sesi melenyek kentang. kalo korang nak cuba buat sukati korang la nak lenyek guna apa kan, nak guna sudip ke nak renyuk guna tangan ke, janji kentang tu penyek. Pastu aku gaul kan ngan isi ayam dan daging berger yang aku dah hentak lumat-lumat, lagi masuk kan la rempah ratus dan daun sup sikit yang dicincang, daun parsley pun buleh, tapi macam bedebah sikit la harga dia. Lepas siap gaul tu, kepal kan sampai jadi bulat-bulat, sampai part ni akak aku menyibuk juga nak kepal, aku pun kepal sektul baling kat dahi dia, hahaha gurau adik beradik. Bila dah siap bulat-bulat tu jangan terus masuk dalam kuali woooii, bederai nanti hahah, pecah kan telur macam nak wat telur dadar tu. Rendam kan dalam tu baru la leh masuk kuali, kira tu jadi macam lapisan luar dia laaa. Kalo korang suka ranggup, terpulang la nak guna tepung ranggup ataupun serbuk roti tu. Resipi wat sendiri, jadi sukahati la apa nak taruk kan. Kalo nak taruk cili jeruk pun takde sapa nak larang hahah.
Setelah berduyun-duyun peluh merecik, hasilnya kita perlu raikan bersama. Nak ratah macam tu pun boleh, nak cicah cili sos pun leh, aku rasa ni dah kira Nugget la untuk orang melayu dedulu kan. Makan ngan nasik lagi cara. Moral yang boleh kita dapat dari kisah ini ialah "KEKENYANGAN PASTI MENJADI MILIK KITA BERSAMA". Tengah hari tu kami sekeluarga makan dengan penuh gembira, aku dapat wat nak dekat 22 ketul begedel. Alaaaa kecik-kecik je aku kepal. Sampai malam siap ada lagi tak abes-abes. Jadi hari tu aku menamakan "HARI BEGEDEL SEMALAYA". Aku berasa sangat puas hari tu sebab dapat makan makanan yang aku suka sampai puas. Wokeh aku nak chooowwwwww. Nak pegi cari tisu, abes dah meja komputer aku menitik air liur. ngeeeeeeeeeeeeee ...
Tuesday, December 13, 2011
Aar cer cerpen 13 - KeRanA ciNtA aKu MenCaNdU
Bryan Adam masih di sini, termenung memandang matahari yang semakin tenggelam di telan ufuk barat daya. Beliau membawa dirinya jauh dari hiruk pikuk kotaraya semata-mata ingin mencari ketenangan yang semakin hari semakin remuk akibat penangan cinta. Baru semalam beliau gundah gulana seperti kerang kehilangan cengkerang ketika lepak bersama rakan-rakan.
Puas sahabat-sahabat memberi nasihat dan perangsang untuk menabahkan hati beliau, ada juga yang ingin memberi penangan supaya beliau pengsan, bukan kejam tapi kerana tidak sanggup melihat beliau dalam keadaan sedar, rasanya tidur lebih aman. Betapa ambil beratnya sahabat-sahabat sahaya ini tentang permasalahan beliau.
Pada rakan-rakan yang berpengalaman, mereka inilah yang memberi serba sedikit kisah-kisah untuk dijadikan rujukan,teladan dan penguat semangat, orang yang pertama membuka mulut ialah Wan Mohamad Katimin, beliau berhujah dengan yakin baginya cinta ini hanya satu persinggahan bukan pengabadian yang rela, pemergian oh kerana terpaksa demi hidup yang lebih sempurna. Eeeeeh, macam lirik lagu Ekamatra aje tu tegur bryan adam sambil mengepal-ngepal. Lalu Wan Mohamad Katimin tertunduk tersipu malu, beliau baru sahaja ingin berbangga kerana fasih berkata tentang cinta tapi telah terkantoi yang bait-bait katanya diambil dari lirik lagu, seraya itu beliau mendapat hadiah dari Razi Ahmad Sadikin iaitu hadiah berupa gelak tawa diikuti rakan-rakan yang lain, maka bergegarlah sebentar ruang latitud ofis yang dijadikan tempat kami melukis kerana ketawa riang yang berlaku itu.
Setelah itu giliran Nazman Mat Tasnim pula memberi pendapat, beliau ini lebih hebat pengalamannya diantara rakan-rakan yang ada, ini kerana sepanjang hidup beliau sudah 38 kali cintanya ditolak oleh wanita, dipercayai angka yang terkumpul itu sejak sekolah menengah katanya, kami amat mempercayainya sepenuh hati hanya dengan melihat wajah beliau kami pasti angka itu akan meningkat genap ke-50, memang ada sedikit tidak hensem dan sedikit gemuk, tetapi hati budi beliau memang bersih. Lalu beliau juga memberi nasihat pada Brayan Adam, biasalah perkara seperti ini berlaku, kadang itu bukan kita minta tapi keadaan yang memaksa dari pelbagai aspek ruang lingkup, cinta itu bukan paksaan, janganlah jadi orang yang sakit kerana cinta kelak binasa diri. Ramai yang menitiskan air mata mendengar kata-kata itu, cukup menyentuh hati, tuan punya badan yang bercerita pula sudah menangkup muka ke bantal, hampeh betul, ingatkan tabah sangatlah tadi. choooiiit.
Akan tetapi Bryan Adam masih lagi gundah gulana, melihat henset sendiri pun beliau resah, menatapi internet juga terasa pahit, beliau sudah serik, ada cinta pun sakit tiada cinta sunyi pula hati ini, dimanakah cinta yang indah, beliau meracau-racau sambil mengunyah rambutan, beliau menyatakan tidak mahu lagi mengambil risiko, cukuplah buat kali ini, hati yang remuk ini mungkin memakan masa yang lama untuk pulih semula, yang mendengar pula hanya tersenyum-senyum kecil, lalu dengan pantas Razi Ahmad Sadikin mempelawa rakan-rakan supaya pergi minum di kedai mamak yang terdapat di bawah.
Sekonyong-konyong itu juga mereka terus turun, cepat sahaja idea tersebut dipersetujui ramai, memang sejak dari tadi lagi perut sudah berdendang kecapi bagai ada konsert jom heboh yang sedang berlangsung di dalam. Yang paling laju berjalan di hadapan ialah Nazman Mat Tasnim, beliau memang seorang pecinta makanan yang sejati, tidak penah kata sesuatu juadah itu tidak sedap melainkan lazat berlaka, rasanya kalo dihidangkan rantai basikal masak cili api pun beliau akan berkata lazat sambil air liur meleleh-leleh di bibir.
Rasanya inilah yang sering dilalui oleh oleh manusia sejak dahulu lagi, bukan Bryan adam sahaja yang melaluinya, semua orang penah merasainya, ada yang menjadi takut, ada yang serik, ada yang jadi jahat, ada yang hilang pertimbangan, ada yang gila, ada yang belajar dari kesilapan , ada yang berusaha perbaiki diri dan bermacam-macam lagi. Setiap orang melaluinya dengan cara yang berlainan dengan dugaan masing. Inilah salah 1 mata pelajaran dan nikmat yang tuhan ciptakan untuk kita jadi manusia yang lebih tabah dikemudian hari. Janganlah rosakkan diri kita kerana hanya sebuah kekecewaan.
Akhirnya rakan-rakan ini pulang kerumah dengan hati yang gembira, perut pun sudah kenyang, mata pula telah terasa berat dan itu tanda untuk melenakan diri, kisah duka telah berjaya dilupakan dan hari yang akan datang perlu dicipta dengan gembira.- TAMMAT

Monday, December 12, 2011
uLaSaN ALbUm tErBarU - Kumpulan Angsa Hutan
Hai, hari ini kita ada Ulasan album terbaru dari kumpulan muzik terbaru yang menggelarkan diri mereka sebagai Angsa Hutan, sebuah Band yang unik dari segi keterampilan mahupun penulisan lirik, muzik mereka juga datang dari genre baru seperti yang mereka beritahu iaitu "Sub-Pop Metalcoster". Ketiga-tiga anak muda ini berasal dari Alam Shah dan hobi melihat angsa di Zoo negara. Pemain deram kumpulan ini pula masih tidak dapat membezakan mana satu angsa mana satu bangau kerana kata beliau kedua-duanya tampak sama. Jadi mari kita ikuti ulasan temubual bersama mereka dengan wartawan kami tengah malam semalam.
Inilah kulit Album yang mereka taruhkan untuk keluaran pertama, bagi kami ianya sungguh abstrak sekali, penuh nilai-nilai dinamik walaupun nampak bersahaja dengan menampilkan ketiga-tiga mereka bergambar kemas dengan busana seperti ahli koporat dan memakai topeng angsa hutan. Mungkin ada mesej mendalam yang hendak disampaikan oleh mereka.
Angsa hutan dianggotai oleh :
1. Amy Boba : Gitar Bass dan Vokal
2. Halim Hendrik : Gitar Utama
3. Ahmad Zamali Rokam : Deram dan Perkusi
Album ini dikeluarkan dari label mereka sendiri yang bernama TENGGELAM TIMBUL PRODUCTION (TTP), apabila ditanya kenapa tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat muzik seperti BMG, SONY MUSIC, EMI, NSR dan lain-lain, dengan bersahaja mereka menjawab kami tidak ingin dikongkong atau terikat dengan kontrak dan syarat dan kami sudah biasa jalan sendiri. Dewasa ini, fenomena menerbitkan album sendiri bukan lagi sesuatu yang ganjil malahan ianya suatu perkara yang inovatif disamping menunjukkan komitmen tinggi antara ahli kumpulan, ujar mereka.
Mereka mempertaruhkan 11 buah lagu iaitu :
1. Bernuansa di stesyen bas 6.35
2. Metakosmik fizikal ku bergetar 4.27
3. Kemana hilang bongkah-bongkah cintaku 8.04
4. Aku yang bingung akal kerana produktif mu 12.45
5. Terpalit peluh dimusim salju 9.07
6. Melastik telur 2.16
7. Lelaki ini yang selalu berdusta 17.28
8. Sofea Janda 5.58
9. Misteri mimpi zawiah 6.32
10. Sandarkan pada tendangan 25.36
11. Ijab kabul sambil berdansa 2 hari baru habis
Setelah sessi pra dengar kami menjadi runsing kerana gaya lagu yang memang lain, semacam, ianya seakan bermain dengan perasaan, pelbagai rasa terbit dari hati kadangkala sedih, pilu, gembira, bingai, benci. Lagu-lagu ini adalah ciptaan bersama mereka dan direkodkan sendiri di homestudio milik mereka. Lagu mereka ini tidak tentu arah dan kesemua Wartawan yang hadir dalam sessi pra-dengar tempoh hari menghadapi tekanan mental tahap 5 kerna lagu yang dipertaruhkan sebagai tajuk album memakan masa 2 hari untuk dihabiskan. Mana tidaknya, pada permulaan lagu bunyi kompang sahaja sudah memakan masa hampir 5 jam diikuti pula
dengan suara riuh rendah kenduri kendara selama 3 jam, naik sawan dibuatnya, ujar seorang Wartawan dari akhbar Harian Mentol sambil mengigit-gigit kerusi bankuet yang berada di dalam dewan.
Dan pada penghujung acara itu kami dapati kebanyakaan wartawan pulang dengan menaiki Ambulan dibaluti baju khas pengikat badan. Ada yang ketawa berdekah-dekah, ada yang meracau-racau, ada yang jerit aku kaya !! aku kaya !!!, tak tinggal juga yang hilang ingatan asyik bertanya pada petugas kesihatan "siapa sayaaa !!! siapaaa sayaa !!!!!. Sungguh parah sekali keadaan dan kami berpendapatan bahawa dengan itu lagu-lagu ciptaan mereka memang berjaya meresap ke kotak pemikiran pendengar dan siapa sangka mereka mungkin menjadi juara dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) yang akan datang - Lili lulu

Friday, December 9, 2011
Aar cer cerpen 12 - Aku ciNtA FlyiNg kiCk, ICT aBah kAu !!!!!
-Assalamualaikum, maaf kerana tak berkesempatan, sekarang ni musim hujan jadi teman asek dok angkat kain jemuran jek, tapi jari jemari memang gatal jek nak menulis, jadi dikesempatan yang ada nih adalah 1 cerita .. chhooooOOOooiii hahah ... SeLaMat MemBaCa :p
Semalam aku berjalan-jalan di pasar malam, sudah lama rasanya tidak menjejak kaki ke pasar malam lantas aku teringat ada 1 pasar malam yang berdekatan dengan rumahku, tanpa berlengah lagi aku pun menggapai kunci motor, dengan sepantas kilat aku dah berada di atas skuter kesayangan, punyalah teruja nak pergia pasar malam sampai terlupa nak hidupkan motor, skuter aku ni sudah agak lama aku pakai, ada dalam 7tahun dah usianya, jadi sakit-sakit tua dia pun boleh tahan juga pada pengamatan aku, penghidup suis elektrik tidak lagi berfungsi jadi aku terpaksa menggunakan kondisi hikmat penendang, setelah hampir 2minit berpeluh-peluh menendang penghidup kaki akhirnya berjaya juga skuter ini beroperasi.
Dengan bersiul-siul kecil aku mula memulas pendikit minyak dan sepoi-sepoi skuter aku menyusur membelah angin petang yang damai, rambut aku pula mengurai-ngurai bagaikan model iklan shampu Pantene seperti yang terdapat dikaca-kaca telivisyen tempatan, ada juga anak-anak dara yang bersembang di depan rumah memandang ku tidak kedip-kedip biji mata, pastinya mereka terpikat pada kaca mata berjenama Oakley berwarna hijau yang baru aku beli kat Uptown pada hari sebelumnya, hendak kata mereka terpikat pada rupa aku memang tidak rasanya, orang cakap rupa cukup-cukup makan sahaja. Tidak kisahlah kerna aku pun tidak pernah mengharapkan apa-apa dari mereka kerana aku tahu aku ini hanya seseorang yang cintanya asyik ditolak, masuk ni sudah kali yang ke-38. Tapi perkara seperti itu tidak pernah membuat aku putus semangat kerana aku masih ada teman-teman yang baik dengan ku serta menyangi ku seperti aku menyangi mereka, biasalah orang kata, aaaikkk berapa banyak kali daa orang kata kan, adat lah dalam perasaan ada suka dan duka, kalo suka dapat kalo suka sahaja terus dapat tidak mencabar pula dunia yang tuhan ciptakan sebaik-baik ini untuk umatnya menerima dugaan.
Sebagai penggemar makanan, kunjungan aku ke pasar malam ini amatlah bertepatan dengan initipati hatiku ingin menjamu mata melihat makanan disamping itu juga tidak terlepas melihat melihat awek-awek yang hadir memenuhi segenap pelusuk pasar malam, aku bukan orang yang hipokrit, aku sebagai lelaki memang aku mengaku sejujurnya, buat apa aku hendak menipu kalo perkara itu memang aku lakukan, alahainya pun, pandang sahaja bukan luak pun, tersengih aku seorang di dalam hati. Kalo ada lelaki yang tidak mengaku itulah orang yang hipokrit dan ego pada aku, paling kuat mungkin ada masalah dua alam seperti filem yang dicanang-canang akan memecahkan kotak pejabat (Box Office) filem Malaysia hasil garapan dR.Rozmey dahulu. Mata aku mula tertambat pada ayam percik, kuah yang di curah-curah pada ayam tersebut membuatkan aku terkedu seribu bahasa, tidak habis pada ayam percik, gerai sebelah pula menunjukkan taringnya dengan melambung-lambung murtabak yang agak tebal isinya, fikiran aku mula melayang memikirkan aku sedang menggigit murtabak tersebut sambil berlari-lari kegirangan di tepian pantai. Tanpa aku sedar aku telah pun membeli kedua-dua juadah tersebut.
Aku berjalan lagi dan berjalan dan semakin banyak makanan yang aku lihat, aku terpana di depan sebuah gerai yang menjual Nasi Kerabu berlauk, ikan tongkol yang berenang di dalam bekas itu seperti melambai-lambai padaku supaya aku memabaham beliau, pakcik yang menjual pula telah menegur ku " eeyyh mu apa lagi tercegak situ, maghi maghi nasi kerabu sedak ni weh , sedak neh sedak, maghi bungkus satu" tegur beliau, aku kaget, bila masa pula aku tersedak, lalu aku pun berkata " eeeeh pakcik, saya tak tersedak pun, terliur ada laa" jawab ku, " Sedak tu sedap lah, mengong mu nehhh!!!"jawab pakcik tu dalam nada suara yang tebal dan berdengung. Terkena aku, maklumlah tidak berapa fasih dengan loghat bahasa terengganu. Oleh kerana tepengaruh aku pun mebeli nasi kerabu tersebut siap taruk ikan tongkol, paru masak cili dan tidak lupa cili sumbat. Aku rasa cukup makanan yang telah dibeli dan misi seterusnya pula mencari air, teringin aku menyedut air tembikai dan tidak jauh dari situ ada gerai menjual air dan yang lebih bagus penjualnya adalah seorang awek, sekali lagi aku terpegun kerana fikiran berbelah bahagi, mana satu tembikai yang aku ingin beli, oh ya aku ingin beli air tembikai bukan buah tembikai tegas ku dalam hati, tapi besar juga buah tembikai tu ya.
Lantas aku segera menerima bungkusan air tembikai yang telah aku beli dan bergerak dari situ sebelum mata aku bertambah juling melihat tembikai yang ada.
Akhirnya misi aku telah pun selesai, sekarang ini aku hanya perlu pulang ke rumah untuk menikmati juadah-juadah yang lazat ini, tapi aku segera membatalkan niat tersebut, imaginasi ku datang dan terus mengatakan makanan yang lazat perlu dimakan di tempat yang indah suasana mata memandang. Sepuluh minit juga aku berfikir lalu tidak semena-mena terlintas satu kawasan yang cantik memenuhi segenap ruang pemikiran kusutku. Ya, aku perlu ke ICT iaitu tempat dimana segala jenis lampu yang ada dimukabumi berada disitu. Oleh kerana tempat itu berdekatan tidak sampai 13minit aku dah sampai. Mataku tercangak-cangak mencari tempat untuk melabuhkan punggung, nun jauh disana betul-betul di bawah pepohon pokok yang dipenuhi lampu, aku berjalan laju dan membentang surat kabar sebagai alas supaya tidak mengotori seluar jeans bundle dari Sungai besar yang aku beli bulan lepas.
Aku pun bersimpuh bersila dengan hati-hati, fikiran aku telah mula menerobos ke alam kelaparan, perutku telah berdendang macam bunyi tayar keretapi tanah melayu. Aku membuka perlahan kesemua juadah yang ku beli, terbit bau-bauan yang menggoda iman setiap mahkluk yang kelaparan. Tidak lupa aku berdoa memanjatkan syukur kerana diberi peluang untuk menjamah, aku berterima kasih pada tuhan kerna mencipta nikmat makan yang tidak terperi ini. Nun jauh dihatiku sebak memikirkan masih ada yang tidak dapat makan, aku di sini pula mewah dengan makanan. Jadi aku mewakilkan diri ini memekan untuk mereka. Lalu aku pun mula menjamah, kunyahan demi kunyahan kesedapan yang ditanggung tidak terperi rasanya, ianya seperti semakin kunyah semakin masin semakin kunyah semakin mendalam kemasinannya.
Tiba-tiba " kedebuuukkkkkk buaaaaakkk disssh dissshhhhhh!!!, haaa amek ko !!! kurang asam, woooi bangun wooii ko tu mengigau tu, yang ko hisap ibu jari aku ni dah kenapanya !!!!!!!!!!!. Aku masih bingung, mata ku buka perlahan-lahan, terasa pedih seperti ada pukulan hinggap di bahu, aku terkejut ketika pandangan makin penuh di mata, aaaaaiikkk kenapa aku ada kat umah ni, aku tengah makan kat ICT tadi lepas aku pergi pasar malam, kataku pada sahabat. "Ko tu mengigau la woi, ICT abah kau !!!" jerkah sahabatku diiringi juga oleh sebuah flyingkick yang cukup bergaya dan menawan. Aku pengsan. TAMAT

Sunday, November 20, 2011
EpiDeMik MuziK 1 - METALLICA -
ooooooooooooooooooOOOOoooOooiiiiii !!!!! hahaa, berjumpa kita lagi tapi kali ni dalam edisi khas Muzik², aku takde modal nak cerita menda lawak komedi, otak aku kena rehat jap aaar, sejak aku tengok rancangan MaharajaLawakMega yang aku tibai dari kawan² punye thumdrive yang amat rajin mendonlod, setelah aku pollow dan selalunya berakhir dengan aku yang terlena kat pillow baru lah aku sedari memang susah nak wat lawak, nak bagi orang ketawa berdekah² sampai kuar air mata, lagi cantik dok ada kalo sampai terkuar air kencing. Tu memang lawak tahap bedebah campur durjana punye. Walo apa pon, Chef Wan memang juri yang agak laser dan pedas, kalo tak lawak memang kena cantas habis²an, baguslah sekurang-kurangnya beliau tidak memberi harapan palsu pada peserta yang bertanding.
ChhoooooOOii !! aku dah macam lari dari tajuk di atas plak, ohooo tu pengenalan jek. Ahaaaa, apa yang aku nak olah kat sini pasal BAND ni ngan FRONTMAN dia iaitu Encik James Hetfield ni laa, aku takde nak cerita panjang pun, cuma band ni ngan Frontman ni banyak mempengaruhi perjalanan Muzik aku sejak aku dari kekecik dulu, antara fenomena menarik juga dalam industri muzik² Rock & Metal, tak silap aku ada aku ceritakan sedikit sebelum ni kat salah 1 entry aku klik Di Sini.
Mamat ni memang bes, tu jek yang aku leh cakap, sejak aku darjah dua bila aku menonton Video live konsert dia memang wat aku tak kejip² biji mata. Pasal dia ni gak la aku memeras ugut sedikit duit dari emak aku nak wat tambang bas sebab nak pegi beli Gitar kapok kat Pasaraya Empyrium Kelang masa darjah empat ( dah lama tebako pun banggunan neh ). Aku memang suka cara dia memetik gitar, penuh disiplin dengan pelbagai teknik yang sesuai ngan pembawakan lagu, ianya seakan kita bermain dengan matapelajaran Matematik, sejak itu aku mula wat ulangkaji tentang cara permainan beliau melibihi dari ulangkaji matapelajaran Matematik yang aku belajar, tu pasal Matematik aku selalu melingkup, tesungkuooooOOor orang cakap.
Nak tau lebih lanjut leh tengok kat link Wikiapakedia yang aku sediakan neh - James Hetfield
TAMAT

Monday, November 14, 2011
Aar cer cerpen 11 - PeRjaLanaN yaNg pAnjaNg
Hari demi hari kebelakangan ini banyak membuat aku terfikir akan satu kondensi perjalanan demi untuk merealisasikan kedamaian yang aku cari kini semakin pudar sepudar warna selimutku di atas pusadar tempat pembaringan seharian.
Aku tidak pernah mengimpikan sesuatu yang besar dalam hidupku, semasa sekolah juga tidak pernah aku berimpian dan bercita-cita tinggi menggunung seperti pelajar lain yang begitu bersemangat menceritakan cita-cita apabila cikgu meminta mereka berdiri untuk tujuan tersebut, ada yang ingin menjadi Doktor, Pegawai Tentera, Pemandu kapal terbang, Peguam, Guru dan sebagainya lagi dengan jawatan-jawatan yang tertinggi dalam kehidupan. Bila sampai giliran ku, aku hanya berdiri longlai sambil meyatakan yang aku hanya dapat meneruskan hidup sahaja dengan kerja-kerja biasa sudah memadai, oleh kerana jawapan itu aku telah didenda berdiri atas meja oleh Cikgu dan beliau berkata bahawa aku ini hanya membawa fikiran negatif pada pelajar lain. Bukan niat aku untuk menyatakan begitu, ada sebab aku katakan sedemikian kerna sedari kecil lagi aku sudah mengerti akan perjalanan kehidupan. Tidak larat aku menginginkan cita-cita yang setinggi gunung kerana aku sahaja yang memahami kebolehan dan keupayaan diri aku, bukan orang lain.
Sehinggalah aku menamatkan zaman persekolahan, aku masih tidak mempunyai cita-cita yang besar, walaupun keputusan SPM ku boleh la tahan juga pada pandanganku tapi tidak tertahan pula pada pandangan ibubapaku, sebesar Gunung Tahan juga nasihat-nasihat yang didermakan pada diriku kerana memiliki keputusan sedimikian rupa, aku hanya mendengar dengan penuh hormat, tiada apa yang hendak aku bangkangkan kerana aku begitu menghormati mereka, lagipun keputusan ku tiada apapun yang gagal cuma cukup-cukup makan. Dengan keputusan itulah aku memulakan perjalanan hidup dengan bekerja diusia yang muda di mana dalam masa yang sama ramai rakan sebaya berlumba-lumba menyambung pelajaran ke menara gading, aku pula apa jenis kerja tidak pernah aku kisah, dari kerja yang membanting tulang empat kerat sehinggalah ketahap tekanan mental yang tinggi, tugas-tugas yang mengejar dateline dan bermacam jenisan tugas pernah ku lalui dengan penuh tabah.
Dari sini aku mula mengenali kehidupan yang cukup luas. bermacam-macam perangai dan tindak tanduk manusia. Ada yang baik, ikhlas, kelakar, suka membantu tidak lupa juga yang negatif seperti talam dua muka kadang-kadang bertalam-talam sampai tidak boleh dikira, penipu, asyik nak meminjam duit kawan-kawan dan ada juga yang suka marah-marah tidak tentu fasal tanpa mengambil kira hati sahabat padahal perkara itu boleh dibincangkan baik-baik. Bagi aku inilah ragam manusia dan sifat-sifatnya yang tuhan ciptakan, kitalah yang memwarnai kehidupan ini samada untuk baik atau sebaliknya, kalau semua sama sahaja tidak menarik juga. Terpulanglah pada kita untuk menanganinya dengan baik sentiasalah beranggapan positif kerana terjadinya sesuatu perkara itu adalah ujian pada diri kita semua. Selesaikan dengan baik dan jalan yang sabar. Aku sebagai manusia biasa, aku sayang pada semua. Orang yang sabar adalah manusia yang menang dalam kehidupannya.
Aku teringat waktu aku kehilangan sebentar masa depan ku beberapa tahun yang lepas, hidup yang dilalui amat perit sekali bak kata kumpulan Jambu " apa pun tak boleh !!! ", gara-gara kehilangan pekerjaan tidak sampai dua bulan ekonomi poketku mula terjejas, bila poket sudah terjejas memang hendak buat apa perkara pun tidak boleh, dalam usahaku mencari pekerjaan baru aku bersyukur kerana keluarga yang mengambil berat dan juga kawan-kawan yang memahami tidak putus memberi semangat. Semuanya aku rasa seperti bermula semula seperti dahulu, merangkak semula aku perlahan-lahan bekerja apa sahaja kerja tidak mengira apa jawatan tersebut selepas beberapa bulan aku menanam anggur yang tidak pernah membuahkan hasil, aku terima perkara ini sebagai satu yang memberi pengajaran besar dalam hidupku, semua ini membuatkan aku tabah merentasi rona-rona kehidupan.
Setelah beberapa lama aku mula menggalas tugas baru ini demi perjalanan masa depan hidupan seharian ku, tugas ini aku dapat hasil dari seorang sahabat yang memberitahu ada kekosongan jawatan di tempat tersebut, lalu aku pun menghantar resume berkoyan-koyan dan syukur dua bulan selepas itu aku dipanggil untuk ditemuduga. Inilah tugas dan pekerjaan yang menjadi impian dan cita-citaku dari kecil lagi, amat sesuai dengan kebolehanku dan aku sangat gembira melakukan segala tugas-tugas yang diamanahkan, aku tahu kalau aku sebut dan cerita tentang cita-citaku masa sekolah dulu pasti aku akan diketawakan kerana pada masa itu teknologi ini masih belum tercipta. Sekarang ini aku telah pun menjadi ...
Ya, aku telah pun menjadi Kapten dalam kapal Star Trek. Pengalaman memikul tugas ini memang lain dari yang lain. Menjelajah ke Angkasa lepas sambil melepas adalah satu kenangan yang sukar untuk dirungkapkan dengan kata-kata.
"Tet tereneeett tet teeet tiuuu ding ding", bersiul kecil hatiku mendengdangkan lagu tema kapal angkasa ku di dalam hati kecil ini. Hatiku gembira melihat sinaran cahaya bulan.
" Woooiiit woooiiiiy, haaa tu dia cepat tangkap, haaaaiiisssh asyik terlepas je la orang tua sorang neh, ntah sapa pulak mangsa yang dia tengah sedap becerita tu", " ehhh mana Din aku tak nampak pun", "tu haaa kat kedai mamak tue, cepat berenti Van kat situ kita tangkap dia"
Tiba-tiba sebuah Van bulat sabit merah berhenti mengejut di tepi kedai mamak, dan ini telah membuatkan faiz atomdot, naz koboi, wak chacos, remy remos dan azri komando terkejut bukan kepalang kerana mereka sedang asyik mendengar cerita seorang lelaki yang baru mereka kenali tadi menceritakan kisah pahit manis kehidupan beliau. "eyhh, macam pernah ku lihat sahaja Van ini, tapi di mana ya ??" ujar naz koboi.
" dah la tue Pakcik Hamid, meh kita balik meh" tegur seorang pertugas yang keluar dari Van tersebut. "alaaaa tunggu la kejap, pakcik tak abes lagi ni, kapal angkasa nak berlepas dah ke ?", " ye pakcik, nak berlepas dah, jom ikut kami" kata seorang lagi petugas dengan nada lembut. "ahaaa, maaf laa adik-adik semua, Pakcik ni terlepas lagi dari rumah sakit mental, ye kan ajelaa apa yang dia cerita tadi eyh, dah memang cenggitu perangainya, kamu tak ingat ke dulu pun kamu suma penah terkena ngan dia" kata din sambil tersenyum. "Apaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, nie pakcik yang kencing kami pasal kapsul masa yang leh bawa pegi ke Kota ntah apa kenama tu ke !!!!" bergema mereka serentak, "haaaaa ya laaaaaaa" keluh Din. "wayaaaaaaaaaarrrkkkhhhhh !!! lalu serentaklah mereka berlima terbalik dari kerusi dengan kaki ke atas terkapai-kapai " isk isk sob sob sob, kita terkena lagi". - TAMAT
P/s = ahaaa pada sapa² yang tak penah baca atau tertanya² akan kisah pertama dulu buleh terus pergi atau KLIK sahaja pada Link di bawah ini yek ngeeheheee
Kota Centourolantis

Sunday, October 30, 2011
SkeTsa kUcinG yAnG JiwaNg
Suatu hari di atas sebuah bumbung kereta, si Popoi ( Kucing jantan ) telah menunggu selama 5jam 10minit akan kehadiran kekasihnya Nancy ( Kucing betina ). Punya tunggu punya tunggu akhirnya Nancy tiba juga.
Nancy : alaaaaa abang, maaf laaaaa nancy lewat sikit hari ni tadi ada tetamu datang umah"
Popoi : sampai ati awak taw, 5jam saya tunggu kat sini, dah nek melecur punggung, panas taw bumbung ni
Nancy : woooo patut la kita ada bau hangit-hangit jek heheee.
Popoi : tengok tu, kita bebetul dia beguraw pulak, Majuk laaa macam nie
Nancy : alaaalalalaaaaa sikit pun nak majuk, meh peluk meh
Popoi : *cakap dalam hati " gulpss gulpss, memang ni la yang aku nak kih kih bez bez bez"
P/S - Cerita kat atas ni takde teladan pun, pada adik² yang membaca perlukan bimbingan orang dewasa huhuh ( PG13 )

Subscribe to:
Posts (Atom)