Wednesday, April 18, 2012

BeRehAt sEbeNtAR BerSaMa Kit-KaT


  Assalamualaikum, woooittt lama toi aku tak menjengah kat sini, haa ni ada masa sikit tuk coret-coret, sejak 2 menjak ni terpaksa membahagi masa sebaik mungkin, bukanlah terlampau sibuk tapi sebab ada job baru yang nak disiapkan, berkaitan dengan penulisan juga. Aku perlu berehat sementara sebab ada permintaan dari seorang sahabat untuk menulis skrip, jadi tengah rancak la aku mengarang wat masa ni.

  Haaa, baru-baru ni aku ada pergi ke Kuala Lumpur ngan kawan aku, duk cari gajet tuk men muzik pehtu masa nak lek tu sempat le singgah ke Balai Visual Negara, aku pun baru je dengor nama ni, kawan aku yang peksa kat smart phone (skang kan tgh zaman smart phone hahah) dia, dia bilang sama aku kat situ ada Pameran kesenian ngan Pameran budaya orang Jepun. Yaaaaikkkkssss, macam bes jek, dengan khidmat GPS kami pun menyusur jalan kotaraya yang sibuk gila untuk pergi ke situ, sampai jek rupanya bangunan ni nama asal atau nama lama dia Balai Seni Lukis Negara, toi toi bersebelahan dengan Istana Budaya ngan IJN (institut Jantung Negara). Maksudnye penah le aku sampai masa zaman sekolah rendah dulu ikut lawatan, pehtu cikgu-cikgu bawak pegi piknik kat Taman Tasik Titiwangsa kat belakang tu.

  Masa parking kereta tu, kawasan ni memang sunyi bebenor, ada pameran ke tak ni, kesunyiannya dah macam Muzium Selangor yang barang tak update sejak aku kecik. Kami pun melangkah, sampai kat elevator jumpa sorang staf, lantas kami bertanya, "salam encik, pameran tu kat mana ye, sunyi jek", lalu dia membalas "owh, ada kat ataih nu haaaa, sini memang sunyi sikit, kadang abang 1 hari tak bercakap", woooowwwww, aku bayangkan kalo aku bekerja kat sini dalam masa 1 tahun mesti banyak pembendaharaan kata aku yang hilang begitu sahaja. Tapi takpe, yang penting kerja tu ikhlas, selepas kami memberi kata semangat kat abang tadi kami pun begerak nek ke atas, tu dia aiihhh terus nampak receptionist, seorang akak yang agak comel la jugak. Rupanya pameran ni ada terbahagi pada 4 bahagian, ada 2 pelukis wat pameran solo (lukisan suma macam cakar ayam jek,penin gak aku leh jual ribu-ribu), ada 1 pameran arca abtract ( ni haram aku tak paham ) dan Pameran budaya Jepun.

 




  Haaa ni sempat la aku begambaor ngan ikon yang aku paling minta sejak dari kecik dulu, sanggup ponteng kelas tambahan le nak nengok nye kat telibisen. Ada la mirip-mirip sikitkan hahaa.













   Ni lak curik-curik amik gambor awek jepun tengah bejalan nak pegi sekolah heeeeeeeeeeeee. Huuuuuuuih seb bek laaaa bukan manusia sebenar, kalo tak teman dah ayat dah ni haaaa.. comeeeeeeeeeyyy heennsshh hheensnsssshhh. Ok gak la pameran nye, bangunan ni tak silap aku 4 tingkat, paling unik masa nak turun ada jambatan bulat dari atas smpi bawah, nek penin aku jalan sampai bawah, kesimpulannya, tengok karya seni tadi pun penin, nak turun pun penin.





    ok lah, harap jumpa lagi dalam waktu yang terdekat nie, siap jek aku menulis skrip ni nanti, aku akan sambung lek menulis kat sini. Papaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaiiii  .. phhuuuoooooooooOOOoooiiii ..

Sunday, March 25, 2012

Si BaiK daN si JahaT


  heeeeeeeeeeeee, suka aku nak menulis hari ni sebab aku teringat satu perbualan ngan seorang kawan dulu, masa tu kami tengah bersarapan, kami bersembang tentang jahat dan baik, aku pun kemukakan hujah aku "ko nak tau tak weeehh, 95% orang yang jahat ingin menjadi baik" dan sejurus selepas itu, kawan aku membalas dengan cukup mudah " apalaa susah-susah nak pikio, anggap aje laa menda yang jahat tu perkara yang baik, selesai masalah", tu dia aaaaaaaaaaiih, punye sempoi pandangan dia, lalu sekonyong-konyong itu juga aku terus merampas dan menghirup mee segera berperisa Maggi Kari beliau sebagai tanda setuju, lalu dia terus membentak, "Woooooooooooiiii, apahal ko neh, jahat betoi laaa", sekarang giliran aku lak menjawab,  "eyhhh, kan menda baik ni weeehhh hahahaaaaaa". ~~~

P/s = jangan tiru aksi di atas kerana nilai Moral yang dipamerkan begitu rendah sekali . hahaaaaaaaaaaah

Saturday, March 10, 2012

MemORi jaMbAn LaMa .. tetibaaAAAAAA !!!!

   Hari ni aku nak cerita pasal jamban, apa punye busuk la topik kan, tak payah la deme suma nak wat² jijik bila dengor pasal jamban, alaa ramai yang macam tu kalo citer atau cakap pasal menda ni, konon² cover macho ngan cantik la, "apa jambaaannn huh" phhooooOOOooiii pegidah, korang kabor manusia mana yang tak masuk jamban waktu² pagi kat dunia nih. Geli konon choooOOOooooiiiii.


  haaaa ni laa rope lebih kurang jamban umoh nek wan aku dulu, haaaaaaaaaaissshh kalo lek kampung tu bukan main bechinta aku laa haaaii kalo sakit perut malam-malam. Dah laaa gelap satu hey, ate bila aku ngejut kan ayah aku, punya laa malaih dia nak neman kan. Aku ni bukan penakut tapi ada gak laa penakut sikit, mau idoknye dari pintu dapur nak ke jamban tu je ada dalam satu tiang lampu jauhnye, memang la macam dekat je dengarkan, tapi dalam keadaan seram sejuk nak menempuh gelap malam tu, sejengkal pun rasa macam 100kilometer. Haaa ni yang aku nak kabo pengalaman aku semasa merentasi zaman jamban luor dari umah ni, macam-macam hey yeopppp.

  Kisahnye begini, masa tu aku baru masuk tingkatan satu le seingat aku. Selalunya kalo aku balik umah nek wan aku ni, sebab dah tau jambannye kat luor, sebelum koi 7petang aku dah throw something la kat bilik termenung tu, maksud aku dalam bahasa malaysia bagi kawan-kawan yang englishnye jahanam macam aku gak, diulangi, sebelum koi 7petang tu aku dah memerut siap-siap laa kan, supaya bila malam menjelma hati aku tenang, xde la hidup aku diselubungi misteri hahaaa, bukan apa kampung aku ni leh tahan gak le cerita-cerita misteri yang ada, ayah aku cerita, pakcik-pakcik aku pun ada cerita, tu yang bulu roma aku duk bediri duduk bediri duduk tu, biasa la kan membesar kat bandar, kat bandar mana ada hantu (ni pemikiran aku masa umor tu la), rupanya skang ni kat bandar lagi banyak hantu la woooiii, macam-macam hantu ada, hantu motor, hantu rompak, hantu semak (skodeng), hantu mamak (tak balik² lepak, mamak tu la mak dia) dan segala macam lagi.

   Nak jadi cerita yang tadi ni, malam tu perut aku meragam gak, cisssss ni sebab gara-gara makan petai ngan tempoyak la ni, koi 2pagi tu aku tersentap dari lena, perut merengat-rengat, aku cuba bertenang ngan cara tarik nafas dalam-dalam, cuba semula memejam kan mata untung-untung leh lena esok je laaa aku buang. Tapi makin pejam makin bedentum-dentam lak irama dalam perut, waaahhh ini xleh jadi ni, i must do something, aku pun memulakan langkah pertama, agagagaa ayah aku jadi mangsa, aku pun kejut dia " abaaah ooo abah, bangunlaaa, ami sakit perut laaaa, tolong temankan" sambil aku goyang-goyang bahu dia, seraya pastu abah aku terjaga, "hisssssh ko neeeehh, pegi laa sendiri, lelaki apa ko ni, shuuhhhh shuuhhh" jawab abah aku dalam nada suara lembik macam baru jadi zombie, nasib baik la zaman tu lagu Anuar Zain bertajuk "lelaki Ini" tak dicipta lagi, kalo tak malam tu memang ada lawak Muzikal aku bagi.

   Aku tak putus asa, aku try emak aku lak, respon terbaik emak aku bagi sebab dia terus bangun terduduk bersila,tapi lepas aku nyatakan hasrat aku, emak aku leh baring lek, adoiyaaiii ngigau kape. Aku cuba lak satu-satunya adik beradik yang aku ada iaitu akak aku, lagi hampeeeeehhh langsung takde respon. Ni perut dah dihujung tanduk ni, macam nak barai dah rasanya, last-last tu terdengar ayah aku bersuara, yesssssssss harapan cerah "oooiit mi, nah ko amik ni torchligth", adooiiii tu jek isk isk sob sob sobs. Akhirnya aku gagahkan jua semangat ini, buka pintu dapur, sebelah tangan pegang lampu suluh, sebelah lagi pegang baldi air. Pertama sekali bila bukak jek pintu dapur, terus hati aku " wayaaaarrkkhh, gelapnyeeeeeee woooiii", terasa suasana hening malam, sunyi sepi, seram. Aaaahhhh aku tak peduli dah, hajat kena setel kan dulu, apa nak jadi, jadi la malam ni.

   Bukak je pintu jamban terus aku suluh, untuk keselamatan la, mana tau kot-kot ada ulau ke, lipan ke, pacat ke, lelabah ke kan, kang men masuk jek mau berdansa lak aku dalam jamban tu nanti. Setelah kesemua sudut diperiksa dan pasti serta yakin tiada anasir-anasir yang tidak diingini, aku rasa aku dah cukup yakin untuk aksi mencangkung, lepas tutup pintu jamban aku pun melabuhkan tirai, bukan tirai pawagam ke apa ke, sendiri mau paham laaa wooiii. Sedang konsert letupan demi letupan berbau durjana berlangsung teeeetiibaaaaa !! aku terdengar bunyi kat luar jamban, "kruuuiiikkkk kruiiiikkkkk" macam ada menda mengcakar dinding jamban, gulllpssss, aku dah pucat lesi dah ni, alamak pemenda lak yang ganggu aku ni, aku teringat lek kisah-kisah yang ayah ngan pakcik-pakcik aku cerita, aku wat-wat senyap, sekali dia wat lagi laaaa " krruiiikkkk kriiuuuukkk kruiiikkkkk !!!" dengan tempo yang lebih pantas, aku dah tak sedap hati, bulu roma kat lengan dah berdiri padahal lagu negaraku berkumandang setiap hari jam 6pagi kat telivisen. Aku wat-wat senyap tu bertujuan supaya hantu tu nanti pikio takde laaa orang kat dalam kan kih kih.

   Pastu bunyi tu xde dah, hah mesti hantu tu dah belah pada pengamatan aku, aku pun lekaih-lekaih la melakukan intinjak, angkat balik tirai terus nak kuar, teeeetibaaaaaaaaa !! bunyi tu muncul kembali, aaaaahhh sudah, kaki aku dah selangkah kuar ni, macam mana ni, nak patah balik kang dia tau lak kan, aku tak kira, aku macam nak pitam dah ni, aku punya plan aku nak pecut 4x100meter sampai pintu dapur, sambil menjerit ngan baldi ntah ke mana-mana tercampak aku lambung, aku lari macam orang gila, bunyi "kruuiik kriiukk" tu tetap ada masa aku lari tinggalkan jamban, sampai jek kat pintu dapur aku dah lega, aku beranikan diri untuk toleh kebelakang, dari posisi pintu dapur ni leh nampak jamban tu, aku pun toleh, cccchhhhaaaaaaaaaiiittt !!!, menyumpah aku, rupanya si tompok kucing nek wan aku tengah duk cakar-cakar dinding jamban ralit mengasah kuku dia. HoooooOOooiiii, aku ni punye laaa bedebor-debor dah jantung macam nak kena heart-attacking, ku sangka hantu rupaya kucing, memang dah perangai kucing macam tu ye tak, gitu la cara dia nak asah ngan cuci kuku.

   Aku menarik nafas lega selepas tu, sekurang-kurangnya menda yang aku hadapi tadi bukannya makhluk menyeramkan yang tidak diingini, aku mengesat peluh yang dari tadi berjujuran kat dahi dengan lengan, peluh ketakutan mungkin. Aku kembali ke tempat tido aku, untuk pengetahuan korang, umah nek wan aku ni hanya ada 1 bilik jek, jadi aku, abah aku, emak aku ngan akak aku suma tido bentang tilam ngan toto kat ruang tamu, aku tido kat tepi dinding, umah nek wan aku ni seratus peratus meterialnya dari kayu. Aku terduduk lega, dengan perlahan aku menarik selimut, perut dah lega dari perang dunia ketiga, sekarang adalah masa untuk mendapatkan mimpi indah, aku pun tepuk-tepuk bantal untuk sambung tido .... ... teeetibaaaaaaaaaaaa !!!! "krrruiiiikkkkkk kriiiiiuuukkkkk kruiiiiikkkkkkkkk kik kik kik kkkriiittttt", bunyi tadi muncul lagi kat sebelah diding tempat aku tido, guullppss, tak kan si tompok main cakar kat sini plak sobs sobs sobs...... sapa laa pulak nieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee eee e eeee ...

   Aku tak ingat apa-apa dah pastu sebab aku dah pengsaaaannn ketakutan **$%@%$#?!**&@@*... duuuussshhuuuummMMMmm

P/s = heheee, ni citer dulu laaa, sejak aku abes sekolah, umah Arwah nek wan aku jamban nye dah pun dibina dalam rumah sebelah bilik mandi, sejak dari tu dah takde kerisauan kalo nak memerut tetengah malam, kira pengalaman la tu.. ok laaa, paaaapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaiiiiii

Monday, March 5, 2012

SenGaL - sEnGiL zaMaN SekOLaH ...


  Agagaaagagaaa, malam tadi pas lek dari melepak aku duk godek² laa radio lama aku, kejap ok kejap idok, haaaiiishhh penin, berbekalkan penghetahuan elektrik yang macam tikus membaiki labu ni, im keep on trying lah, fuh speaking plak teman. Dah nek berpeluh² usik sana, lentor sini, at last tu aku bukan maleh dah, bior la dulu esok² sambung lek, mood membaca komik tetiba jek sampai, terus aku geledah koleksi² komik lama nak ulang baca, alang² mata takleh nak tido lagi, selak punya selak sekali terjumpa buku kerja zaman aku sekolah dulu, fulaaaaaaaaaaaaaaaamaaakkk nostalgia ni brooooOooo..

   Setelah menepuk-nepuk sikit habuk, aku pun buka, yeaaaahhh kerja sekolah matematik aku masa aku tingkatan 4 dulu, cantieeeekkkk punye, rongak sana sini markah dalam tu, banyak yang salah dari yang betul, aku tersenyum tengok kerja-kerja aku dalam tu, punah ranah semuanya, banyak juga hasil dari kerja-kerja plagiat@meniru. Tengok gaya menulis nombor tu pun aku dah dapat ingat balik, kompom masa tu aku siapkan disaat-saat akhir beberapa minit lagi sebelum cikgu nak melangkah masuk kelas, cikgu matematik aku dulu garang gila (kalo tak siap koje laa), tak silap aku nama dia Cikgu Mazidah. Itulah yang sering menjadi mimpi ngeri aku sebab aku bukan la pelajar yang baik sangat.

   Bila teringat lek zaman tu, takde apa yang menarik sangat pun, aku hanya pelajar biasa yang ada sedikit masalah disiplin, malas, nakal, bukan pasal pengaruh kawan-kawan tapi aku sendiri yang nak jadi macam tu, masa ada larian marathon sekolah, aku ngan kawan yg sama gila gak, nama dia Taufek, orang len lari rentas desa kami bejalan jek pastu terus lepak kedai mamak, dengan nombor ada kat dada hahaah, orang len suma dah sampai sekolah siap dah wat majlis penyampaian hadiah, aku ngan taufek baru sampai siap tapaw air milo ais, kami bangga sebab jadi peserta terakhir sampai sekolah, kalo suma nak jadi nombor 1 sapa plak yang nak jadi last kan, jadi kami bekorban laaa, sewel toi, tingakatan berapa ntah masa tu, lupa la plak. Hari sukan kalo masa saringan rumah-rumah sukan, suma acara masuk yang menang xde, saja nak seronok-seronok jek, bukan bagus sangat bersukan pun, wakil sekolah pun tak penah, tapi ada gak la aku bawak lek pingat emas ngan perak untuk acara tarik tali, tu je la yang aku suka pun.

  Bebalik pada kisah tadi, aku tak lari dari masalah yang ramai dihadapi murid-murid bermasalah yang lain, memang memanjang jek tak siap kan kerja sekolah yang cikgu bagi, pastu macam-macam alasan aku bagi macam gambor kat ataih. Macam-macam gak penah aku dapat dari cikgu, beleter tak payah cakap, nek pedih telinga, kena cubit, kena rotan, kena penangan, kena pulas perut, kena maki, kena baling buku, kena denda, ape² je lah.

    Ada 1 hari tu, ramai-ramai ponteng kelas lepak mamak (Pasar seksyen 16), tengah bayek pekena roti banjir sekali kena ambush ngan cikgu dan pengawas, tu diaa aiiiih tak cukup tanah lari, ada yang tak sempat jamah lari sekali ngan pinggan-pinggan, lalu terpekik terlolong la mamak tgk pinggan dia kena bawak lari, suma lari dari pelbagai arah, aku ngan 3-4org lari ke arah kilang, lompat terjun dalam longkang nyorok bawah jambatan kilang, pas 8-10minit tu rasa macam dah clear jek kan, kami pun usya line, masing-masing leher dah macam cempelai kat afrika tu hahah, ahaa line clear, dengan yakin kuar dari kawasan persembunyian, sekali tak berapa tapak pun "HhhhhooooOOOOooOooOoiiiiii, jangan lari !!!!!", tu dia sekali toleh pengawas kejor pakai basikal, mana aci, ngelat dah ni. Akhirnya semua kantoi, tertangkap, tewas dalam perjuangan, pastu kena ceramah ngan cikgu kaunseling, apa kenama ntah dia lupa dah aku, tapi dia memang bayek laaaa, tersentuh hati masa mendengornye tapi kejap je, esok lusa wat balik agagagaaagagaa.

  last words aku, aku nak mintak maap bebanyak le pada kawan-kawan yang terganggu pelajaran mereka kerana masalah-masalah yang aku buat dulu. Pada kawan-kawan sama-sama masalah Pat@farid, pe'ah, buyut, Ayie, jemir(tokan rokok), senget, abid, yong, adib, taufek, ijai, Asrul (raja jiwang malaya), ada beberapa lagi nama aku pun dah lupa, kipidap yaawwww, korang memang hantu besar masa sekolah hahah. Ada gak kawan-kawan aku dari kalangan pelajar berprestasi cemerlang iaitu Shahir ngan Haidir, dasat diorang ni sebab tak pernah terganggu pun moraliti mereka walopon ada kawan yang rosak moralnya. Banyak gak nasihat-nasihat aku mintak kat diorang tapi masuk kiri kuar kanan jek.

  Tapi tu semua dulu punye cerita, skang dah ok dah hahaaah. phooooooooooooooooOOoooiii pegidah. Pada adik-adik yang baca jadikan kisah ni sebagai teladan, kesal dahulu pendapatan kesal kemudian korang tak berpendapatan lah yeeeeee hahahaaa, dah berambusssssssssssssssssssssss ... !!!!

Wednesday, February 22, 2012

KaLi yAnG Ke-39 .... ... ........ ... sob sob

  Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee, masuk ni 39 kali dah, nampaknya rekod aku dah hampir sama dengan hero komik Slamdunk iaitu Hanamichi Sakuragi yang berambut merah tu, mungkin terlebih 1 kot, sebab dalam komik tu hanamichi menerangkan beliau telah mencapai kali yang ke-38, nampaknya aku dengan jayanya dah memecahkan rekod tersebut. Dan sebelum tido aku ada gak tepikio, mungkin angka ini akan meningkat ke bilangan yang lebih tinggi mungkin 45, 47 atau 50. Kalo itu terjadi aku agak aku leh pegang rekod dunia hahah, tapi aku harap angka yang ke-40 adalah yang terakhir, aku pun dah penat tapi aku tak akan putus asa walau sedetik pun, sejak zaman sekolah lagi aku tak penah putus asa, aku tak penah rasa kecil hati atau sakit hati dengan apapun jawapan yang aku terima, kena hantam macam mana pun aku terima ngan hati yang terbuka, hormat menghormati, hak mereka untuk menolak kita kena memahami ngan penuh cara sepositif mungkin, apaun    aku  akan teruskan usaha pencarian disamping membaiki diri yang tak penah lepas melakukan kesilapan sob sob. Yeaaaaaaaahhh cuba lagi go go gooooooOOoo .... ......

   Ayah aku pun ketawa tengok nasib aku ni, dan dia cuma cakap cuba lagi, 1 jawapan yang dia bagi kat aku tengiang² lagi kat kapla otak aku yang bersawang ni " bukak sikit minda ko tu, ko ni pun kadang² abah tengok macam bebudak lagi tu pasal laaaa, kurangkan malu ngan gelabah ko tu,choooiiiitt apadaaa".. Cantiieeeeeeetttt kaaaannnn, kena setepek aku, ingat nak backup, sekali kena hantam lagi ada hahah. Baiklah Abah, your son will take your advice (maaf, english beterabur, daaaammmmnnn english) .. haaaa tapi kan Komik Slamdunk ni memang bes laaa, kalo korang nak beli leh cari kat kedai Comic World, bersepah ada wooo.


P/s = hahahaaaa, pada sapa yang penah baca komik Slamdunk mungkin akan paham apa yang dimaksudkan ngan angka 38", 39" dan sebagainya kih kih. Nak tau, teruskan membaca komik Slamdunk PhhhhhhhhoooooooooooooooooOOOOoooOooooiiiiiii .... promote plak, dapat royalti keeee hahah. isk isk sob sob sob ..

Wednesday, February 15, 2012

Aar cer cerpen 16 - Aku, diA daN JagUng bAkaR...

   Aku suka jagung, tak kisah la jagung rebus ke, jagung dalam cawan ke, masak ada letak jagung ke, paling aku suka jagung bakar. Bila aku makan jagung, aku mesti teringat kat dia, bila teringat kat dia mesti aku ingat kat jagung. Begitulah kesan keakraban kami masa dahulu. Dulu aku selalu menghabiskan masa dengan dia bila aku memiliki masa lapang, bergurau tawa, melayan dia berbicara, walaupun kadang-kadang tu satu patah apa yang dia cakap pun aku tak faham, aku angguk-angguk sahajalah buat-buat faham. Takut pula sekiranya dia berkecil hati. akan tetapi kami memiliki kegemaran yang sama iaitu suka melutap jagung bakar.

  Selalunya aku dan dia akan berkongsi sebatang jagung bersama, aku tidak pernah memberi sebatang jagung pada dia, ini kerna dia tidak pernah berjaya menghabiskan sebatang jagung dengan jayanya, membazir pula kalau diberi sebatang, ada baiknya aku sahaja yang melutap kedua-duanya sekali. Jadi kami lebih selesa berkongsi dan aku akan sediakan untuk dia makan bersamaku. Jagung ni bagus, banyak khasiat dan vitaminnya untuk kegunaan badan seharian, manakala tongkolnya pula boleh dibuat acara larian lari pecut berganti-ganti 4 x 100meter. Boleh juga dibuat untuk baling pada orang-orang yang kita tidak puas hati dan paling baik boleh juga dibuat batu lesung untuk menumbuk cili. Nah, alangkah banyak kegunaan dan manfaatnya bukan sahaja untuk tujuan yang mengenyangkan.

  Seringkali apabila aku memakan jagung bakar, kenangan aku bersama si dia melantun-lantun kembali dikotak pemikiran yang usang ini, masih aku ingat bicara-bicara dia semasa kami sama-sama menikmati jagung yang kadang-kadang kedengaran kelakar diminda. Dalam hati aku selalu berkumandang kata-kata, "apalah yang dia membebel ni satu haram aku tak faham, sekali aku lepuk beterabur bulu mata karang hahah".  Namun dia tetap dengan bicaranya tanpa henti tanpa bosan membuatkan aku sentiasa tersenyum dengan gelagat dia. Walaupun dia tidak mengerti tapi tanpa dia sedari, dia telah pun menghiburkan orang-orang yang berada disekelilingnya. Keluargaku juga telah lama mengenali dia dan dia adalah seperti keluarga kami juga.

  Kini, bila aku memakan jagung bakar tiada lagi dia di sisi, rasanya manis tetapi tiada lagi manis di dalam hati, cuma manis di mulut dan anak tekak sahaja. Tiada lagi erti tawa gembira seperti dahulu, kini ia kosong segalanya. Hanya kenangan yang telah lama berlalu pergi, dia telah pun lama meninggalkan kami semua, meninggalkan keluarga pergi jauh dan tidak akan kembali lagi. Aku menangisi pemergian dia, tidak aku sangka bicara dia semalam yang aku layan ketika sedang menelaah kerja-kerja sekolah adalah suaranya yang terakhir dalam hidup aku, dia sempat bergurau dengan mengusik-ngusik pen kilometrico yang sedang aku guna untuk menulis. Patutlah selepas itu dia kelihatan letih, tidak bermaya dan bualannya juga kurang padu seperti sebelum ini. Aku terkejut bila pulang dari sekolah keluarga memberitahu yang dia telah pun pergi selamanya meninggalkan kita. Pergi yang tiada lagi ganti yang sepertinya, mengalir kecil air mataku namun apakan daya hendak ditangisi lagi, ini semua kehendak tuhan yang maha esa.

  Kini dia dalam kenangan, telah cukup lama dia pergi meninggalkan keluarga kami, telah lama tiada bunyi-bunyian dia memekak di depan rumah, tiada lagi dia beterbangan bebas di dalam rumah, mandi di dalam kolah bilik air ( editor - burung ni kalo deme nak tau memang suka mandi ), tiada lagi makan nasik dan jagung bersama-sama. Dia lah yang aku ceritakan dari tadi, Namanya Awang sekor burung Tiong Gembala Kerbau yang ayahku jumpa jatuh dari pokok dan mengalami kecederaan kaki dan kami bela sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir. Dalam kenangan - Awang ( 1996 - 2005).


P/s = sob sob sob, sedih la plaaaaak weeeeeeeeeeeeeehhhhhhh ... phhhooooOOOooiiii

Tuesday, February 14, 2012

HaRi² bAgaiKaN BeLUnCaS

  Assalamualaikum, OhhhoooooOOOoooOooiiiiitt hahah, sekali dah tengah bulan februari la kan, laju toi masa berjalan skang ni kan, baru temenung kejap dah abes 2-3jam, kedap kedip mata dah abes setahun, aku rasa masa tu lama dan panjang bila nak tunggu gaji jek agagagaaaa, bila bulan februari ni jek aku teringat satu kisah masa aku kekecik dulu, sekolah rendah lagi masa tu, aku memang minat mata pelajaran Alam Dan Manusia, tu dulu la skang ni tak tau aku apa dah namanya, masa tu ada la tanam cita-cita nak jadi saintis hehuuuu, matematik selalu melingkup nak jadi saintis, phhooOOOooooiiii..

  Masa tu emak aku ada tanam pokok kari kat depan umah, ada la dalam 3 pokok tanam dalam pasu, jadi bila lek sekolah tengah hari tu, panas membara kalo lalu tepi pokok kari ni bau dia mesti semerbak. Ada 1 hari tu aku ternampak kelibat pelik kat pokok kari tu, Aku langkah je pintu rumah aku terus baling beg sekolah, tepanjat emak aku yang tengah syok baring kat ruang tamu, pasal objek tadi tu buat aku tak sabar nak tau, aku terus jenguk pokok kari tu, aku perati betul-betul, apakemenda tu la haaaiiih, mata besor tengah peluk batang pokok kari tu, aku usik sikit guna ujung jari, uiiiikkk dia senyap jek, aku pun panggil emak aku kat dalam, bila mak aku sampai aku tanya dia, "mak ooOOo mak, apekemenda ni aaar, mata dia besor, leh makan ke ??", terus mak aku geleng kepala, "oooooiit betuah, tu ulat beluncas laaa, mana leh makan, dia makan daun tue". Wooo, baru aku tau nama dia beluncas, ensem gak laa nengoknye.

haaa, ni laa rupa dia tue, mesti korang suma penah tengokkan, pastu lama gak aku peratikan binatang nie, aku tengok mata dia besaw tapi takde lak kedip-kedip macam mata binatang lain. Aku agak geli gak laa bila emak aku cakap ni spesis ulat, aku kalo ngan binatang takxe tulang ni memang aku lemah semangat, pacat ke lintah ke, silap-silap boleh rebah aku, tapi beluncas ni len sikit sebab aku tau dia tak isap darah hahaa. aku pun angkat laaa beluncas ni ngan sepit lidi yang aku buat sendiri, sekali tengok baru aku tau, chaaaaaaaaaaaaaiiiitt tu bukan mata dia laaa, corak je rupanya, haa ni mungkin tuk takutkan pemangsa-pemangsa lain la kot, lebih-lebih lagi burung, memang suka sangat ngan ulat, pastu beluncas ni plak leh tahan tembamnya, masa aku sepit tu tegeliat-tegeliat badan dia hahah, pastu aku letak balik kat dahan kecik tu, ta lama pastu tu dia mula nak makan daun kari, wuiyoooo masa ni yang aku teruja tu, tu dia aaaih kan main laju dia makan, mula tu dia nek kan kepala dari atas dia sodok  makan daun tu sampai bawah, sekali shoot tau, cukup hebat, patut laa buntal.

   Aku tengok dalam buku, nanti menda ni akan tukar jadi kepompom pastu seterusnya akan jadi Rama-rama, wuuuiiii ni memang bes sangat laaa, teringin nak tengok secara terus, selalu tengok kat rencana jek, memandangkan proses ni memakan masa yang agak lama, bukan jam tu juga leh jadik, aku pun amik keputusan esok je laa tengok pekembangan dia. Pendek punye citer, esok tu pas loceng sekolah berkumandang, aku terus balik, takde tunggu kawan pun, apakabo laa ulat beluncas aku yang ensem tu, dah jadik rama-rama ke jadik ramasami ke kan. Sekali sampai jek umah tu dia bau kari bukan main kuat, ahaaaa kompom mak aku masak menu kari hari nie. Aku pun tersenyum, kena lak kari ikan memang sedap laa kena ngan nasi panas kan. Apaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!! nasi panaasssss !! kaaaaaaaariii !!!!!! aaaaaaaaaaaaaarrrrr ulat aaaaaakuuu.. sob sob sob, betoi sangkaan aku, ulat beluncas aku dah xde kat pokok dia, aku lari masuk dalam, " maaakkkk, mak masak sekali beluncas ami ke ??", "ohhooiittt gile ke apa ko nie, mak dah buang laa, ko nak wat apa ngan beluncas tu??", "Waarrrrkkkkk, orang nak tengok dia jadi rama-rama laaaaaaaaaaaaaaaaaa".

  Itu lah dia sedikit kisah tak masuk akal yang terjadi dulu, kempunan aku nak tengok beluncas jadi rama-rama, petang tu mak aku pujuk aku ngan hadiahkan aku layang-layang gambor rama-rama yang dia beli kat kedai Leong kat ngan umah aku. Cantieeeeeeeeettt, terus aku lupa dah pada beluncas yang ntah kemana-mena emak aku dah campak. Aku harap dia berjaya menjadi rama-rama. wehuuuuuu .. :)



Monday, January 2, 2012

MenU ReSipi LaZaT - KaCaNg BoToL YaNg MeLeTuOp

  Pendek cerita laaa kan, semalam balik-balik umoh jek tengok ada kacang botoi @ kacang botol dalam peti ais, tetiba kepala bercanda satu idea menu ringkas ala-ala diet tak diet kan, apalagi aktiviti menggeledah peti ais dihalankan dengan ganas seperti sang tikus membaiki labu. Minta maaf la, aku malas nak cerita pasal tahun baru 2012 neh, takde apa yang menarik pun sebab ianya hanya berlalu seperti hari-hari biasa dalam kehidupan aku yang melakonkan watak orang biasa sahaja di bumi Malaysia ini. Apa yang aku rasa cuma bersyukur sebab usia bumi ini dipanjangkan lagi oleh Maha Berkuasa. Manusia hanya datang dan pergi bersama amalan baik buruk yang dibawa. Berapa ribu tahun pun usia bumi ini, kita harus meneruskan makan. Yeeeaaa, maakaaaan !!


  Ok, pada sapa yang tak kenal, ni lah dia Kacang botoi, kalo pegi pasor tu memang ada juai laaa, pegi jek kat gerai yang ada menjual sayor tuh, haaaaa ni sayur dalam ketegori ulam, ulam pula terdiri dalam ketegori sayor, apa aku pedulik janji aku suka pastu sedap aku kunyah. Orang tua-tua cakap khasiatnya banyak, jadi aku percaya sebab yang cakap tu memang dah tua dan dilihat masih sihat hahah. Harga pun murah jek, berbaloi kalo beli, takde lah mahal macam sayuran import eksport tu. Kalo mahal bebenor kita sebagai pembeli ada hak untuk memberi aduan, boikot pun boleh. Kalo dah rupe tu deme tanam lah sendiri kot-kot ada lagi cebisan tanah kat umoh.

  Kacang botoi ni korang leh pelbagaikan resipi dia, ada yang ratah macam tu jek sambil menonton telivisen, sambil tunggu bas tu pun boleh, apasalahnye, inilah yang dipanggil membudayakan malaysia hahah. Haa ada yang makan ngan sambal belacan, tempoyak (haaa yang ni memang aku berhantu sikit laa), goreng dan paling bez kalo wat kerabu. Peeerrrrgghhhh, wa cakap sama lu la woooiii, memang tak guna la hidup kalo tak try kan. Pada sesapa yang tak makan sayur tu tak payah la terasa, korang punya pasal la sebab terlepas satu nikmat permakanan yang telah tuhan ciptakan.

   Haaaaaa, ni rencah-rencah dia kalo nak wat kerabu kacang botoi nie, korang leh potong melintang jek kacang botoi tu, alaaah ikut suka la nak potong cemmana pun, takde pantang larang pun, nak nampak cantik jek, kalo dah kunyah masuk perut satu hari pastu jadi baja juga kan. Pastu korang racik la cili merah, bawang merah kecik putih suma halus-halus, haa jangan lupa wooiii kelapa. Kelapa tu korang goreng la dulu taw sampai dia perang tu. Dah siap tu korang gaul je ngan hati yang riang. PAs siap tu tabur la garam, serbuk perasa, pada sapa suka masam-masam tu perahkan asam limau. Bila dah siap aku pun, menda ni memang nampak menyelerakan. Aku sendiri dah menitis air liur masa menaip gulps gulpssss.

 Woooooiiiit kawan-kawan, hah ini le rupenye bila dah siap. Pada sapa yang Poyo yo os nak berdiet tu, ni la menu dia, korang ratah jek makan cenggitu pun sedap, tak payah makan ngan nasik pun leh. Nak gauk tu sekejap jek, cuma remeh sikit masa nak potong sana potong sini, kalo korang malas  sangat nak potong-potong, korang leh amik jalan singkat, korang campak jek bahan-bahan tersebut dalam blender, tapi aku tak bertanggup jawab terhadap rupa dan hasilnye nanti, mungkis dia tak akan jadi kerabu tapi berubah menjadi Jus. Haaaa, cantieeet kan perangai. Paaaaaaaaaaaaaapaaaaaiii ..