Wednesday, February 15, 2012

Aar cer cerpen 16 - Aku, diA daN JagUng bAkaR...

   Aku suka jagung, tak kisah la jagung rebus ke, jagung dalam cawan ke, masak ada letak jagung ke, paling aku suka jagung bakar. Bila aku makan jagung, aku mesti teringat kat dia, bila teringat kat dia mesti aku ingat kat jagung. Begitulah kesan keakraban kami masa dahulu. Dulu aku selalu menghabiskan masa dengan dia bila aku memiliki masa lapang, bergurau tawa, melayan dia berbicara, walaupun kadang-kadang tu satu patah apa yang dia cakap pun aku tak faham, aku angguk-angguk sahajalah buat-buat faham. Takut pula sekiranya dia berkecil hati. akan tetapi kami memiliki kegemaran yang sama iaitu suka melutap jagung bakar.

  Selalunya aku dan dia akan berkongsi sebatang jagung bersama, aku tidak pernah memberi sebatang jagung pada dia, ini kerna dia tidak pernah berjaya menghabiskan sebatang jagung dengan jayanya, membazir pula kalau diberi sebatang, ada baiknya aku sahaja yang melutap kedua-duanya sekali. Jadi kami lebih selesa berkongsi dan aku akan sediakan untuk dia makan bersamaku. Jagung ni bagus, banyak khasiat dan vitaminnya untuk kegunaan badan seharian, manakala tongkolnya pula boleh dibuat acara larian lari pecut berganti-ganti 4 x 100meter. Boleh juga dibuat untuk baling pada orang-orang yang kita tidak puas hati dan paling baik boleh juga dibuat batu lesung untuk menumbuk cili. Nah, alangkah banyak kegunaan dan manfaatnya bukan sahaja untuk tujuan yang mengenyangkan.

  Seringkali apabila aku memakan jagung bakar, kenangan aku bersama si dia melantun-lantun kembali dikotak pemikiran yang usang ini, masih aku ingat bicara-bicara dia semasa kami sama-sama menikmati jagung yang kadang-kadang kedengaran kelakar diminda. Dalam hati aku selalu berkumandang kata-kata, "apalah yang dia membebel ni satu haram aku tak faham, sekali aku lepuk beterabur bulu mata karang hahah".  Namun dia tetap dengan bicaranya tanpa henti tanpa bosan membuatkan aku sentiasa tersenyum dengan gelagat dia. Walaupun dia tidak mengerti tapi tanpa dia sedari, dia telah pun menghiburkan orang-orang yang berada disekelilingnya. Keluargaku juga telah lama mengenali dia dan dia adalah seperti keluarga kami juga.

  Kini, bila aku memakan jagung bakar tiada lagi dia di sisi, rasanya manis tetapi tiada lagi manis di dalam hati, cuma manis di mulut dan anak tekak sahaja. Tiada lagi erti tawa gembira seperti dahulu, kini ia kosong segalanya. Hanya kenangan yang telah lama berlalu pergi, dia telah pun lama meninggalkan kami semua, meninggalkan keluarga pergi jauh dan tidak akan kembali lagi. Aku menangisi pemergian dia, tidak aku sangka bicara dia semalam yang aku layan ketika sedang menelaah kerja-kerja sekolah adalah suaranya yang terakhir dalam hidup aku, dia sempat bergurau dengan mengusik-ngusik pen kilometrico yang sedang aku guna untuk menulis. Patutlah selepas itu dia kelihatan letih, tidak bermaya dan bualannya juga kurang padu seperti sebelum ini. Aku terkejut bila pulang dari sekolah keluarga memberitahu yang dia telah pun pergi selamanya meninggalkan kita. Pergi yang tiada lagi ganti yang sepertinya, mengalir kecil air mataku namun apakan daya hendak ditangisi lagi, ini semua kehendak tuhan yang maha esa.

  Kini dia dalam kenangan, telah cukup lama dia pergi meninggalkan keluarga kami, telah lama tiada bunyi-bunyian dia memekak di depan rumah, tiada lagi dia beterbangan bebas di dalam rumah, mandi di dalam kolah bilik air ( editor - burung ni kalo deme nak tau memang suka mandi ), tiada lagi makan nasik dan jagung bersama-sama. Dia lah yang aku ceritakan dari tadi, Namanya Awang sekor burung Tiong Gembala Kerbau yang ayahku jumpa jatuh dari pokok dan mengalami kecederaan kaki dan kami bela sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir. Dalam kenangan - Awang ( 1996 - 2005).


P/s = sob sob sob, sedih la plaaaaak weeeeeeeeeeeeeehhhhhhh ... phhhooooOOOooiiii

No comments:

Post a Comment