Wednesday, April 18, 2012
BeRehAt sEbeNtAR BerSaMa Kit-KaT
Assalamualaikum, woooittt lama toi aku tak menjengah kat sini, haa ni ada masa sikit tuk coret-coret, sejak 2 menjak ni terpaksa membahagi masa sebaik mungkin, bukanlah terlampau sibuk tapi sebab ada job baru yang nak disiapkan, berkaitan dengan penulisan juga. Aku perlu berehat sementara sebab ada permintaan dari seorang sahabat untuk menulis skrip, jadi tengah rancak la aku mengarang wat masa ni.
Haaa, baru-baru ni aku ada pergi ke Kuala Lumpur ngan kawan aku, duk cari gajet tuk men muzik pehtu masa nak lek tu sempat le singgah ke Balai Visual Negara, aku pun baru je dengor nama ni, kawan aku yang peksa kat smart phone (skang kan tgh zaman smart phone hahah) dia, dia bilang sama aku kat situ ada Pameran kesenian ngan Pameran budaya orang Jepun. Yaaaaikkkkssss, macam bes jek, dengan khidmat GPS kami pun menyusur jalan kotaraya yang sibuk gila untuk pergi ke situ, sampai jek rupanya bangunan ni nama asal atau nama lama dia Balai Seni Lukis Negara, toi toi bersebelahan dengan Istana Budaya ngan IJN (institut Jantung Negara). Maksudnye penah le aku sampai masa zaman sekolah rendah dulu ikut lawatan, pehtu cikgu-cikgu bawak pegi piknik kat Taman Tasik Titiwangsa kat belakang tu.
Masa parking kereta tu, kawasan ni memang sunyi bebenor, ada pameran ke tak ni, kesunyiannya dah macam Muzium Selangor yang barang tak update sejak aku kecik. Kami pun melangkah, sampai kat elevator jumpa sorang staf, lantas kami bertanya, "salam encik, pameran tu kat mana ye, sunyi jek", lalu dia membalas "owh, ada kat ataih nu haaaa, sini memang sunyi sikit, kadang abang 1 hari tak bercakap", woooowwwww, aku bayangkan kalo aku bekerja kat sini dalam masa 1 tahun mesti banyak pembendaharaan kata aku yang hilang begitu sahaja. Tapi takpe, yang penting kerja tu ikhlas, selepas kami memberi kata semangat kat abang tadi kami pun begerak nek ke atas, tu dia aiihhh terus nampak receptionist, seorang akak yang agak comel la jugak. Rupanya pameran ni ada terbahagi pada 4 bahagian, ada 2 pelukis wat pameran solo (lukisan suma macam cakar ayam jek,penin gak aku leh jual ribu-ribu), ada 1 pameran arca abtract ( ni haram aku tak paham ) dan Pameran budaya Jepun.
Haaa ni sempat la aku begambaor ngan ikon yang aku paling minta sejak dari kecik dulu, sanggup ponteng kelas tambahan le nak nengok nye kat telibisen. Ada la mirip-mirip sikitkan hahaa.
Ni lak curik-curik amik gambor awek jepun tengah bejalan nak pegi sekolah heeeeeeeeeeeee. Huuuuuuuih seb bek laaaa bukan manusia sebenar, kalo tak teman dah ayat dah ni haaaa.. comeeeeeeeeeyyy heennsshh hheensnsssshhh. Ok gak la pameran nye, bangunan ni tak silap aku 4 tingkat, paling unik masa nak turun ada jambatan bulat dari atas smpi bawah, nek penin aku jalan sampai bawah, kesimpulannya, tengok karya seni tadi pun penin, nak turun pun penin.
ok lah, harap jumpa lagi dalam waktu yang terdekat nie, siap jek aku menulis skrip ni nanti, aku akan sambung lek menulis kat sini. Papaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaiiii .. phhuuuoooooooooOOOoooiiii ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment