Monday, March 5, 2012
SenGaL - sEnGiL zaMaN SekOLaH ...
Agagaaagagaaa, malam tadi pas lek dari melepak aku duk godek² laa radio lama aku, kejap ok kejap idok, haaaiiishhh penin, berbekalkan penghetahuan elektrik yang macam tikus membaiki labu ni, im keep on trying lah, fuh speaking plak teman. Dah nek berpeluh² usik sana, lentor sini, at last tu aku bukan maleh dah, bior la dulu esok² sambung lek, mood membaca komik tetiba jek sampai, terus aku geledah koleksi² komik lama nak ulang baca, alang² mata takleh nak tido lagi, selak punya selak sekali terjumpa buku kerja zaman aku sekolah dulu, fulaaaaaaaaaaaaaaaamaaakkk nostalgia ni brooooOooo..
Setelah menepuk-nepuk sikit habuk, aku pun buka, yeaaaahhh kerja sekolah matematik aku masa aku tingkatan 4 dulu, cantieeeekkkk punye, rongak sana sini markah dalam tu, banyak yang salah dari yang betul, aku tersenyum tengok kerja-kerja aku dalam tu, punah ranah semuanya, banyak juga hasil dari kerja-kerja plagiat@meniru. Tengok gaya menulis nombor tu pun aku dah dapat ingat balik, kompom masa tu aku siapkan disaat-saat akhir beberapa minit lagi sebelum cikgu nak melangkah masuk kelas, cikgu matematik aku dulu garang gila (kalo tak siap koje laa), tak silap aku nama dia Cikgu Mazidah. Itulah yang sering menjadi mimpi ngeri aku sebab aku bukan la pelajar yang baik sangat.
Bila teringat lek zaman tu, takde apa yang menarik sangat pun, aku hanya pelajar biasa yang ada sedikit masalah disiplin, malas, nakal, bukan pasal pengaruh kawan-kawan tapi aku sendiri yang nak jadi macam tu, masa ada larian marathon sekolah, aku ngan kawan yg sama gila gak, nama dia Taufek, orang len lari rentas desa kami bejalan jek pastu terus lepak kedai mamak, dengan nombor ada kat dada hahaah, orang len suma dah sampai sekolah siap dah wat majlis penyampaian hadiah, aku ngan taufek baru sampai siap tapaw air milo ais, kami bangga sebab jadi peserta terakhir sampai sekolah, kalo suma nak jadi nombor 1 sapa plak yang nak jadi last kan, jadi kami bekorban laaa, sewel toi, tingakatan berapa ntah masa tu, lupa la plak. Hari sukan kalo masa saringan rumah-rumah sukan, suma acara masuk yang menang xde, saja nak seronok-seronok jek, bukan bagus sangat bersukan pun, wakil sekolah pun tak penah, tapi ada gak la aku bawak lek pingat emas ngan perak untuk acara tarik tali, tu je la yang aku suka pun.
Bebalik pada kisah tadi, aku tak lari dari masalah yang ramai dihadapi murid-murid bermasalah yang lain, memang memanjang jek tak siap kan kerja sekolah yang cikgu bagi, pastu macam-macam alasan aku bagi macam gambor kat ataih. Macam-macam gak penah aku dapat dari cikgu, beleter tak payah cakap, nek pedih telinga, kena cubit, kena rotan, kena penangan, kena pulas perut, kena maki, kena baling buku, kena denda, ape² je lah.
Ada 1 hari tu, ramai-ramai ponteng kelas lepak mamak (Pasar seksyen 16), tengah bayek pekena roti banjir sekali kena ambush ngan cikgu dan pengawas, tu diaa aiiiih tak cukup tanah lari, ada yang tak sempat jamah lari sekali ngan pinggan-pinggan, lalu terpekik terlolong la mamak tgk pinggan dia kena bawak lari, suma lari dari pelbagai arah, aku ngan 3-4org lari ke arah kilang, lompat terjun dalam longkang nyorok bawah jambatan kilang, pas 8-10minit tu rasa macam dah clear jek kan, kami pun usya line, masing-masing leher dah macam cempelai kat afrika tu hahah, ahaa line clear, dengan yakin kuar dari kawasan persembunyian, sekali tak berapa tapak pun "HhhhhooooOOOOooOooOoiiiiii, jangan lari !!!!!", tu dia sekali toleh pengawas kejor pakai basikal, mana aci, ngelat dah ni. Akhirnya semua kantoi, tertangkap, tewas dalam perjuangan, pastu kena ceramah ngan cikgu kaunseling, apa kenama ntah dia lupa dah aku, tapi dia memang bayek laaaa, tersentuh hati masa mendengornye tapi kejap je, esok lusa wat balik agagagaaagagaa.
last words aku, aku nak mintak maap bebanyak le pada kawan-kawan yang terganggu pelajaran mereka kerana masalah-masalah yang aku buat dulu. Pada kawan-kawan sama-sama masalah Pat@farid, pe'ah, buyut, Ayie, jemir(tokan rokok), senget, abid, yong, adib, taufek, ijai, Asrul (raja jiwang malaya), ada beberapa lagi nama aku pun dah lupa, kipidap yaawwww, korang memang hantu besar masa sekolah hahah. Ada gak kawan-kawan aku dari kalangan pelajar berprestasi cemerlang iaitu Shahir ngan Haidir, dasat diorang ni sebab tak pernah terganggu pun moraliti mereka walopon ada kawan yang rosak moralnya. Banyak gak nasihat-nasihat aku mintak kat diorang tapi masuk kiri kuar kanan jek.
Tapi tu semua dulu punye cerita, skang dah ok dah hahaaah. phooooooooooooooooOOoooiii pegidah. Pada adik-adik yang baca jadikan kisah ni sebagai teladan, kesal dahulu pendapatan kesal kemudian korang tak berpendapatan lah yeeeeee hahahaaa, dah berambusssssssssssssssssssssss ... !!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam
ReplyDeleteHehe... beso betul pengorbanan tu... Penah gak berkorban cam tu. Dah diorang nak sangat kejar piala yang macam mangkuk bancuh air tu. Amik je la kan... kami dah banyak kat rumah dah. Last pun sampai gak kan... Ok la tu. Hehe...
Lawak la apa yg awk tulis :D sampai ketawa terbelahak-belahak dah. Haha.
salam,
ReplyDeletehahaaaaa, betol laaa tu, selalu yang dikenang orang yang dapat no.1 je. patutnya yang no.1 tu kena terimakasih kat yang no.2 dan seterusnya sebabg mengalah demi kemenangan kawan² hahaaa.. apalaah sangat piala macam cawan tu ye x, kat umah pun banyak cawan apa kih kih.
heeeeeeeeeeeeeeeee, tima kasih.