Tuesday, April 19, 2011

BULETIN JAM 10 SUKU - SehaRi BeRsaMa SupErHerO 2



BATMAN KEMBALI

 Gotham City, Thamborine :  Kali ini pihak kami berpeluang mendekati seorang lagi superhero pujaan ramai iaitu Batman, beliau agak malu2 kelawar ketika ditemui tempoh hari, tapi setelah kami menerangkan yang kedatangan kami ini bukanlah untuk membongkar siapakah beliau dan peribadi beliau di sebalik topeng itu, beliau kembali selesa dan bersetuju dengan lintas langsung yang akan kami berikan, namun sukacita ingin diberitahu di sini, pihak kami hanya ada 2jam sahaja untuk menyelami kisah harian beliau. yeaaaaaahhhhh kita terjunnnnnnnnnnnnnnnnn !!!!






 Semasa mengikut beliau ke atas bumbung iaitu tempat beliau biasa memerhati kebawah melihat orang2 yang dalam kesusahan atau ingin kan pertolongan, beliau nampak begitu marah pada lambang yang menjadi simbol pada diri beliau, biasanya lampu itu akan dinyalakan ke atas untuk memberitahu batman jika ada pihak yang memerlukan bantuan beliau, ternyata lambang itu telah diganti oleh seteru beliau iaitu encik Superman yang agak nakal


Batman : "kurang asam ko Superman, ko nak cari gaduh ngan aku ke aaaarrrrrr, bila masa lak si sentul ni tukar lampu aku ni @&^%%$#* !!!!




Batman : "adddddoiiiiiiiii, pening laa aku, mana aku parking kereta aku tadi aaarrr, korang ada nampak tak, apakata korang tolong tengok sekali meh ..














Batman  : "woooooooii joker, baik ko bagitau aku cepat mana aku parking kereta aku aaar !!! cepat laa sebelum aku patah2 kan tengkuk ko !!!! ggrrrrr gggrrrr ggrrrrrrrrrrrrrr


Joker : " ko ni apaheeeeeey nyeeeee oooii, mana aku tau, ko yang nyanyuk skang ko nak salah kan orang lain pulak, giler apa ko nie, bawak mengucap bawak mengucap


Batman : "eeeeeeeiii kecik beso kecik beso jek aku nengok ko ni taawwww .. !!!






Batman : " ko tau tak apa masalah ko hah !!?


Joker    : "hah, apa dia !!!!


Batman : " ko tak reti sikat rambut ke, macam hareemmmm dah aku nengok ko ni, panassssss je aku tengok keterampilan ko ni !!


Joker    : " sengal ko !! ada aku kisah !!!!


Batman : " kereta aku manaaaaaa !!


Joker    : "ko penah kena lempang ngan pasu jiran tak, ko tak paham2 ke, mana aku tau ko parking mana @*&^%%$## !!!!!


Batman : "ko tak bagitau aku bilang sama emak ko !!


Joker    : "huh, maleh aku nak layan ko ni, leh giler aku gileeeeeeerrr ko tau !!!!


Batman : "wuhuuuuu, weeeeeeh joker, ada nampak kereta aku tak !!??


Joker    : "woooiii, apa ke bangang ko ni, aku dalam tandas pun ko nak ganggu gak ke, kaco la aku nak memerut, ko pegi tanya pak guard laaaaa, sengalllllll !!!!!!






Batman : "weeeh robin, ko tengok awek tu, tu sana tue haaa .. fullamaaaaaaaaaakkkk, kecoq air liur aku nengok nyeww ..


Robin     : "betul laaaa bang, wallaaawwweehhh solid toi potongan nya, mantuooppppp !!!

Batman   : "peewiiiieeeeet setephewiiieeetttt, aaaiii adik manis, ada nampak kereta sayaaaaaaaaa ???




Batman : "laaaaa, kat sini rupanya saya parking, saya mintak maap encik polis, mintak maap ..

Polis    : " aaaahhhh takde takde, saman tetap saman, ada aku pedulik ko sapa, batman ke, bedroom ke, batu cave ke, saman tetap saman ..

Batman : "haaii laaaaa, abes gaji aku bulan ni .. isk


  Akhirnya beliau jumpa juga kereta beliau, apala punya sengal mamat ni, kereta pun lupa parking mana, depan balai pulak tu, mau polis tak hangen .. chhoooOOOooooiiii ..

  pihak kami sempat bertandang ke tempat persembunyian beliau, fuh dahsat !!! itu lah perkataan yang terpapar dari mulut kami bila pertama kali melangkah masuk, ruang bilik cukup kemas, tidak seperti kelawar2 lain yang ada, perabot yang bermutu tinggi, ruang reka letak yang efisyen bertepatan dengan identiti beliau, bilik ini cukup gah dan amat selesa ketika berada di dalamnya, syabas pada beliau kerana berbakat menghias bilik ..


  ini pula 1 post maut yang ada di dinding rumah beliau, sebuah potret hasil lukisan pembantu peribadi beliau yang menjaga beliau sejak kecil, jurgambar serta penulis kami termuntah muntah kecil ketika melihat potret ini ditambah pula dengan keterangan berbau perasan oleh beliau

Batman : " adakala hensem dan kacak juga aku ni bila ditatap berkali kali kan  , winnk wiinnkkkkk ( sambil kejip2 mata )

Kami     : " uweeeeeeeeekkkkkk weeekkkk wwwwuueeekkkk !!!





   ini lagi 1 hobi terbaru beliau dan antara kenderaan kesayangan beliau, apabila pihak kami memejukan soalan kenapa dan mengapa beliau tertarik dengan kenderaan ini, beliau menjawab dengan selamber

Batman : "aku dapat idea dan ilham ni selepas melihat citer Hantu kak limah balik rumah, bes bes bes, aku amat mengagumi watak Usop Wilcha dalam tu



  inilah idola beliau, hahaa kami sangka kami sahaja yang meminati filem ini, rupanya beliau juga meminatinya, beliau berkata masuk kali ini sudah menonton sebanyak 788kali sejak filem itu mula ditayangkan, kami mula meninggalkan beliau ketika beliau sudah mula gelak dan ketawa berseorangan, sekejap2 kang bersedih kemudian tu ketawa balik .. sebelum apa2 terjadi baik kami angkat kaki dahulu, seram juga hati kami tatkala itu  -  Fatimah Monorel

No comments:

Post a Comment