Wednesday, April 13, 2011

BeriTa AngkAsa LePas

Pasukan koir berjaya menaikkan semangat berjuang


Sirius B, Galaksi 5 :  Baru baru ini Pasukan Koir yang diberi nama Orkes Rindu-riduan jadi kenang-kenangan di bawah pimpinan Ketua angkatan perang iaitu Darth Vader telah pun mengadakan persembahan yang amat bertenaga di Dewan Jubli Perak yang bertempat di ibunegara mereka dengan jayanya, pihak kami telah pun diberi tempat duduk VVIP untuk menyaksikannya, ternyata impak yang diberikan amat berkesan dihati para penonton yang hadir tatkala itu, mereka telah menyampaikan 29lagu secara keseluruhan dan 1 persembahan amal bersama anak anak yatim yang kehilangan ibubapa gara gara peperangan, padahal peperangan itu mereka sendiri yang cetuskan, mungkin ada udang disebalik mee mesej yang disampaikan ini, berbalik pada persembahan mereka, mutu yang disampaikan amat berkualiti dengan lantunan suara yang kadang kedengaran meloyakan, akan tetapi masih mendapat tepukan gemuruh dari penonton, mungkin ini kesenian dan cara penyampaian terbaik di planet ini, kalo di bumi nescaya mereka ini akan dihadiahkan dengan kerusi kerusi yang beterbangan ke atas pentas, ketika ditemuramah di belakang pentas mereka menerangkan tujuan Koir ini ditubuhkan adalah demi semangat berperang yang tidak penah luntur dalam jiwa mereka sekaligus melahirkan semangat yang jitu demi negara dan bangsa, kami enggan bertanya lebih lanjut lagi kerana mereka semua sudah mula mengeluarkan senjata, sorang lagi sudah mula mengkarate batu dan dinding, ada yang menguyah garfu, makan gelas untuk menunjukkan semangat tidak berbelah bahagi yang tinggi, kami pulang dalam ketakutan -  Man toba takut tapi sayang


Dunia perfileman angkasa makin cerah


Azkabanth, Continalis : Seperti yang kita semua ketahui secara umum, makhluk makhluk ini banyak terlibat dalam filem filem yang mengerikan, ganas, menganggu minda penonton tetapi kali ini mereka telah pun melangkah setapak lagi dalam dunia layar perak dengan melakonkan watak watak yang tidak sengeri wajah mereka,  kali ini mereka tampil dalam Filem Adaptasi dari filem yang terkenal di planet bumi iaitu "Saving Private Ryan" dan filem ini diberi tajuk "Saving Private Predator", cukup hampeh sekali kerana cerita memang tiru, tajuk pun tiru sampai ke poster pun tiru juga, filem ini arahan dari Razaq Moremaiden yang sebelum ini dikenali dengan filem Mami jerung dan Cendawan Fakir, kami tidak dapat bayangkan bagaimana beliau boleh berkolobrasi dengan makhluk makhluk ngeri ini ketika filem ini dibuat, semasa kami menghadiri tayangan perdana filem ini keadaan agak kacau bilau di luar panggung kerana mahkluk predator yang hadir cukup garang dan bengis sekali, nafas berdengus dengus, kami silau dengan pancaran lazer berupa senjata yang ada di atas bahu kanan mereka, nak menembak ke apa mereka ni, keadaan amat tidak selesa semasa ingin membeli popcorn, mereka mula membuka topeng untuk makan, jurugambar kami hampir pengsan melihatnya, kami cuba untuk menemuramah pelakon utama filem ini, tapi amat menghampakan kerana bahasa yang merka guna langsung tidak difahami kami, apa yang kami dengar ialah "keretuk keretak keretuk keretak grrrrrrr ggrrrr *&@^% kluk rooooaaarrrrr" sahaja, selepas mendapatkan penterjemah bahasa barulah kami tahu yang dia kata ialah "Saya cukup tersentuh hati tatkala melakon watak ini sehingga mengalir air mata", ambooooiiiii manis betul maknanya rupanya, tapi dalam bahasa mereka ia kedengaran cukup garang sekali. Semasa menonton tidak ada apa sangat yang menarik kerana filem ini memang sudah kami tonton dalam versi bumi, jalan cerita sumanya sama, yang menjadi bezanya adalah pelakon pelakon nya sahaja, apapun komen kami, filem ini dipersembahkan dengan baik oleh makhluk ganas yang siapa sangka sebelum ini hanya tahu bergaduh sahaja ( kami terpaksa bagi komen baik macam ni sebab mereka semua pandang kami macam nak makan jek dan lazer senjata mereka penuh di badan kami ) kami pulang dalam keadaan berpeluh dingin dan gigil -  Deen Malinko 


Alien dan Predator kembali berdamai setelah tidak sefahaman selama 1 dekad


Martius, S.bruno : Nampaknya musuh ketat seteru alam ini kembali berdamai setelah hampir 1 dekad bertelagah sesama sendiri kerana ego masing masing dalam menakluki galaksi galaksi, planet dan kilang pemprosesan belacan. Pihak kami diberi peluang dalam rancangan bual bicara bersama mereka semasa kebetulan berada di Planet S.bruno ini, ternyata keakraban antara mereka bukan la suatu lakonan atau gosip pihak media selama ini, kami terpaksa membawa pakar penterjemahan kerana kedua2 pihak menggunakan dialog yang berlainan, yang sorang cakap gaya mara2 dan cengih, yang sekor lagi asik meleleh2 air liur, dah la air liur dia ni asid, kalo tepercik kat muka berlobang tau. Hasil dari bual bicara ini mereka telah pun membuat kata putus dengan berdamai kerana sudah penat berkelahi, mengebom, berlawan, bertarung dan pelbagai lagi perkara tidak senonoh yang dilakukan, mereka kesal kerana sering menghancurkan planet2 makhluk lain. Ini mengakibatkan mereka dibenci dan dipandang hina seperti penngemis, walhal mereka bukan miskin kerana teknologi mereka mampu membina kapal angkasa untuk pergi ke serata galaksi, sempat beliau berkata "korang muka hensem2 cantik2 ada kapal angkasa ke yang macam kami punya", eeeeyhhh cari gaduh la ni.
Mereka juga sempat mempelawa kami melihat kehandalan mereka bermain acara badminton, ternyata mereka ini lama berada di bumi dahulu kerana mereka sendiri berkata Planet bumi banyak mengajar kami erti bersukan, orang2 bumi memang suka bersukan, ntah berapa banyak sukan ada dan ianya amat seronok dimainkan, tidaklah seperti planet kami di mana dari kecil lagi asek memburu memburu dan terus memburu, tidak ada apa yang dapat dilakukan selain memburu sehinggakan di sekolah pun matapelajaran semuanya memburu, Alien juga turut menganggukkan kepala tanda setuju. kami cemuih cemuih cemuiiiihhhhhhhh. Amboooi,bila pula mereka belajar loghat utara nie.
sekarang ini kehidupan kami makin harmoni, ada yang terlibat dalam dunia perfileman, ada yang meniaga, ada yang menjadi ahli sukan dan macam2 lagi, mereka turut mengundang kami bermain snoker, pada set pertama wartawan kami berjaya mengalahkan predator tetapi selepas beliau mengeluarkan bunyi2 pelik yang garang, wartawan kami buat2 kalah di pusingan yang berikutnya. gila ke nak menang, sekali di kokak nya leher teman ni idok ke naye, celah wartawan kami yang sudah pucat2 mukanya. eloklah mereka sudah berbaik, nampaknya galaksi kita akan aman sentosa hendaknya  -  John




Pusingan ke-2 acara kereta rally cederakan penonton


Sungai gandis, kat mana aar? : Baru baru ini acara rally yang dinanti nantikan mendapat sambutan hangat dengan kehadiran begitu ramai jurukamera dari sekitar tanah air, mereka ini sanggup bersabung nyawa untuk menangkap gambar pasukan2 yang mereka minati,
wwwwooooooooiii Woooiiii wOOooOoiii !!! ko ni apahal, dah silap kolum ni, ni berita tentang angkasa, yang ko masuk kan segmen sukan ni apahaaaalllll !!
- oooopppps, berita terpaksa dihentikan kerana editor dah marah2 sambil kunyah kertas A4 berkaler, dah macam mesin penghancur kertas pulak dah nengoknye, aaauuuuw seraaaamm - Leng Chai


Boba Fett berang gara gara dompet dicuri individu tidak bertanggungjawab


Kalambu, Malamni : "Siapo yang curi dompet ambo nim, ambo marah betol nim, ambo tengah sedak sedak dok layang kopok geteng sekali bila mari ambo nak bayor tetengok dompet ambo dah ilang, getih la cam nim getih !!!!! ", begitulah celoteh beliau sambil mengacukan senapang pada kami, agak risau juga takut kalau2 beliau terpetik picu senapang tu, tak pasal kami semua ke hospital, beliau ini memang bersikap panas baran dari dahulu lagi, almaklumlah beliau ini berjawatan pembunuh upahan, cuma semenjak dua menjak ini tender bisnes beliau agak merosot dan terpakasa mengambil upah membunuh serangga sahaja, sedang kami menyabarkan beliau yang masih marah, makcik yang menjual kopok geteng tadi memberi dompet pada beliau, rupa rupanya dompet beliau tercicir kat bawah meja, makcik tadi pula merampas senapang beliau dan mengacu pada leher beliau seraya memeras ugut, makcik tu suruh dia ganti balik atap yang ditembak ketika beliau mengamuk menuduh ada orang yang mencuri dompet beliau, pihak kami juga sempat menghadiahkan sekehan2 puaka dikepala beliau. Hampeh toi mamat ni, dia yang lalai pastu nak mengamuk je koje nye. "ampung ampung, ambo dok wat lagi doh, ambo taubak ambo taubak, nyese dah nim ". itu lah rayuan terakhir beliau sebelum kami bergegas ke lokasi berikutnya, orang terengganu rupanya, chooooiiiii - Rosyam Noir


Percutian di bulan kini lebih menarik




Bulan, Bumi punya bulan la : Sekarang percutian ke bulan lebih bermakna dan menarik kerana warong Pak Selamet telah pun dibuka di sana, dengan hidangan mee celup dan kopi jantan manjakani beliau yang cukup terkenal ternyata telah membuatkan semua angkasawan menarik nafas lega girang disamping kegembiraan, semasa ditemui Pak Selamet mengulas kenapa beliau menjaja di bulan adalah dari bertitik tolak kerana permintaan pelanggan, permintaan pelanggan adalah amat berat hendak ditolak jesteru itu Pak Selamat mengambil inisiatif dengan mengayuh basikal ke bulan setiap hari untuk meniaga demi permintaan pelancong di sana kata beliau dengan tersenyum2 mengah, gila kot jauh tu kayuh beskal. Kami sempat disajikan dengan mee celup hidangan beliau, tanpa malu2 seperti kucing disorongkan ikan kami pun membaham mee tersebut dengan rakus, memang sedap cukup serba serbi rasanya tiada apa yang kurang, rasanya penuh di dalam mulut, seperti sayang untuk ditelan, karang tak telan tak kenyang pulak ye tak hahah,
bukan setakat makan malah kita semua akan dihiburkan dengan lagu2 mainan gitar oleh anak saudara beliau yang bernama Senin bin Selase, pelanggan hanya perlu namakan sahaja apa tajuk lagu yang hendak didengar nescaya permintaan itu tidak akan dihampakan, hampir kesemua lagu yang kami minta disampaikan dengan baik oleh beliau, menitis air mata kami mendengarnya, disediakan juga sebuah telivisen kecil bagi penggemar sukan gusti, keropok jajan seperti mamee dan cokelat tam2 juga disediakan, Pak Selamet memang bijak dalam merancang strategi untuk bisnesnya dengan mengekalkan gaya old-fashion terhadap warongnya menaikkan lagi seri bulan pada setiap bulan. Beliau yang selamber hanya dengan kain pelikat ikat dipeha seperti lagak hero filem tamil sempat membungkuskan mee celup sebagai bekal dalam perjalanan pulang kami, terima kasih kami ucapkan, semoga maju dan jaya, dimana pun kalau ada usaha pasti berjaya oooohyeaaahhhhh  -  Jopan dan jopin



No comments:

Post a Comment