Monday, April 4, 2011

BULETIN JAM 10 SUKU - SehaRi BeRsaMa SupErHerO 1

DARTH VADER


 Baru baru ini pihak kami telah pun mendapat liputan berbayar dari penaja untuk membongkar rahsia kehidupan Super2 hero yang ada di dunia ini , Pihak kami menyambut tugas ini dengan baik seperti kecil tapak tangan air kotak kami tadah kan .. jadi dalam berita kami yang pertama buat julung julung kali nya , kami telah pun mendapat kan Darth Vader yang rata rata masyarakat mengenali watak ini , mari kita ikuti kehidupan eksklusif seharian beliau yang sentiasa jiwa kacau , apa yang kita ketahui mamat ni memang mengalami kehidupan yang sukar hampir setiap hari , beliau tidak dapat makan dengan sempurna , tidak dapat menggosok gigi , dan terpaksa menahan bau nafas sendiri hatta nak minum air pun susah juga .. mari kita terjaaaaaaaangggg !!!!!  hennnshh hennssshhhh ( bunyi napas trademark tuan punya badan )

  setelah lama pihak kami mengesan dan mengekori mamat ni , akhirnya kami berjaya membuat rundingan dan berbincang sekaligus menyatakan hasrat ingin membuat sedikit dokumentari tentang kehidupan beliau , ketika di temui beliau berada di supermarket MyMydin membeli 2 botol air Coke , beliau berkata yang beliau telah lama tidak menikmati kesedapan air coke ni , kesian juga kami melihat beliau teketar2 mengeluarkan duit syiling untuk membuat bayaran , lebih hampeh bila pihak kami terpaksa menambah jumlah tersebut kerana beliau wang beliau tidak mencukupi ..

 dalam perjalanan pulang , beliau ada menceritakan tentang permasalahan beliau setiap hari dengan nada yang sayu dan tersangkut2 , kami faham keadaan beliau kerana bercakap menggunakan litar elektrik sebagai ganti bunyi suara , beliau memberitahu pada setiap pagi beliau seringkali berasa berkecil hati tatkala setiap kali ingin memberus gigi .. ni belum lagi makan nasik taw kata beliau .. jurugambar kami menahan ketawa takut2 kalo ditetas leher menggunakan pedang pusakan beliau , hee eeh tau takut ye ..
berikut adalah sesi diolog beliau :

- " hhhmmmmppppk , lagu mana le teman nak beruih gigi ni haaa , kecik ati teman tawww , menci toi "

ini pula gambar beliau ketika mengamuk meminta nasi tambah di Warung Makcik Munah ..

- " woooiiiii munaaaaaaaaahhhhhh !!! nasi tambaaahhhh akuuu manaaaaaaaaa aaaarrrrr !!!! cepat laaa aku lapaaar nieeeeee .. kau ni bagi aku hangen 1 badan laaaaaaaaaaaaaa !! ..

kami lihat beliau masih lagi tenang walopon api kemarahan sudah dapat dilihat , padan la dengan diri beliau yang digelarkan Raja dari kehidupan yang gelap .. 




D.V : " diorang ni kita tak boleh biar kan , kita minta nasi tambah dia tak hantar2 , ni yang aku panas 1 badan neh , nanti le aku sampai jap g taw le aku nak wat apa heeeennsshhhhhh heennsssshhhhhhh , korang suma ikut aku rapat2 , apa yang aku katakan jap lagi korang angguk aje taw !!!! heennnshhhhh " ..

Askar : " bayeeeeeeeeeeeeeeeekkkk bosssssss , kita ni nak g gerai makcik maimunah ke "

D.V : " haaaaaaaaaa laaaaaaaaaaaaaaa , mane lagi cepat kiri kanan kiri kanan kiri kanann "



D.V : " cepaaaatttt , aku bagi 3 saat , serah kan nasi tambah akuuuuuuuuuuuuuuuuuu !!! kang aku tembak kang taw laaa "

Orang tengah terbaring kat belakang : " apa gila ke mamat ni mintak nasi tambah kat bank , giler giler giler "





D.V : " haaaaaaaaahhh , ko laaa makcik maimun kan kan kan .. nasiiii tambaaaaaaaaaaaahhh aku manaaaaaaaaa  , ko punya pasal sampai aku tersilap masuk kedai tadi  !!!!! 

askar : " yeaaaaahhh steady bos steady, gerekkkk sehhh gereekk , hantam lagi "

D.V : " amboi ko batu api yeeeeew "

M.Munah : " ko ni dah gile apa , nama aku munah laaa bukan maimun "

D.V : " aaaaahhhh , x kira la maimun ke , timun ke , munah ke ... nasii tambah aku manaaaaaa !!!! "

D.V : " ko x takut ke , askar aku rami taw , suma lapar nasik , yang ko kedekut sangat nasi tambah kenapa , meniaga nak untung jek .. askar2 suma , dah jom kita blah , kita pegi supermarket lagi bagus , kita beli roti heeeemmppk heensshhhh "

Askar : " baik bosssssssssssssss "

D.V : " aikkkk , korang ni xde ayat lain ke , sama jeee ayat nye macam perenggan di atas tadi , dah dah bederaih semua , makcik maimun ,  ko pasti menyesal sebab mempermainkan raja kegelapan huuusshhhh hussh "

M.Munah : " wooooooooi sentulllll , nama aku munah laa bukan maimunnnnnnnnnn !!! giler "

D.V : " ada aku kisahhh , mentimun "


hah , ni la dia lagi 1 perangai beliau , dalam perjalanan tu di ternampak 1 taman permainan , lalu kami pun berenti sebentar sebab dia nak cuba main buaian , tak pasal kesemua askar begilir2 menolak beliau bermain buaian ..

D.V : " ahaaaa , tolak laa laju sikit , awatnya hangpa ni x makan kaaaa "

Askar : " baikkkk bossssssssss "

Pihak kami rasa askar2 ni memang tahu perkataan ini je sepanjang kehidupan mereka , patut la mereka ni askar yang betul2 taat perintah dan setia menjalankan tugas , hampir 2jam juga kami menunggu , mengalahkan budak kecik ..

D.V : " ahaa cik , tolong kira berapa suma harga roti ni yeaa "

Cik : " sekali bayar ke asing2 "

D.V : " sekali semua "

Cik : " semuanya Rm 78.35sen yeee "

D.V : " aaaaaaaaaaaaaaikkkk , apasal tadi kira harga lain skang ni harga lain lak ni aarr , alamak tak cukup duit , wooooiii koraaanggg , ada duit x , cepat tambahhhh !!!  "

Askar    : " baaaaaiikkkk boosssssssss " ( sambil mengorek2 duit beserta habuk dalam dompet )
Askar 2 : " Ada ke duit nye man , Aku rasa dh 5bulan dia x bayor gaji kita , haiiisshhh haru haruuuu" ( cakap dengan nada berbisik )


itu lah dia serba sedikit kisah yang terjadi , selepas kejadian tu beliau nampak sedih , sambil menghisap rokok beliau becerita pada pihak kami , " aku bukan x amik berat pasal askar2 aku , tapi korang pun taw kan aku ni pun kekadang sesak juga sejak bumi aman ni , kami dah lama tak berperang , kami suma dilahirkan tuk beperang , tu lah kerja kami , tapi bila keadaan dah aman damai cenggini kami jadi runsing , kusut , hopeless , jobless , hilang punca mata pencarian , kalo beperang tu mana musuh yang kami tewaskan tu dapat juga le mengepow sikit2 duit dompet mereka " , sedih kami mendengar nya , bertambah sedih lagi rokok yang di hisap oleh beliau tidak dapat di sedut dengan sempurna ..


walopon beliau seorang ketua dalam angkatan tentera yang jahat , tapi beliau juga ada hobi yang murni iaitu membaca bila ada masa yang kelapangan , ini terbukti apabila pihak kami di bawa ke bilik beliau , memang kelihatan banyak buku2 serta novel2 koleksi beliau yang masih baru kulit buku nya , macam tak penah pegang dan bacaa jeeeeeeekkk , itu cuma anggapan kami , tapi mungkin beliau seorang yang sangat berhati2 ketika membaca buku ..

D.V : " adoooi aku wayang je ni pegang buku ni , nak amik gambo le katakan ehehee , ntah apa la buku ni mengarut cerita , tongkat ajaib la , penyapu terbang la ptuuuiiihhhh " ( kata beliau dalam hati ) ..



akhirnya setelah beberapa bulan kami merakamkan kisah beliau , beliau telah membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman nya , sebelum itu beliau dengan jayanya telah memberi taklimat motivasi pada kesemua askar2 nya , dengan saranan pergilah bekerja , kerja lah di kilang2 , kedai bunga ke , pasaraya ke , tidak usah lagi kita suma menunggu perang kerna bumi kita telah aman damai , selepas selesai je taklimat yang memakan masa 3hari 2 malam itu beliau pun bersalaman2 dengan askar2 nya , begitu la kasih sayang yang begitu akrab dari seorang ketua terhadap anak2 buah nya , pihak kami juga turut merembeskan air mata melihat situasi ini .. lantas beliau terus memikul 2bagasi besar lalu kami mengikut beliau untuk pulang bersama Feri .. Kerana menghormati kreadibiliti kami sebagai wartawan , beliau membenarkan kami meneruskan liputan tentang diri beliau .. kami mengucap kan terima kasih , tapi rupanya kami tejerat , patut la dia benarkan kami ikut , ni suma sebab beliau takde duit nak bayar tambang feri .. hampaaaih betoi mamat nie ..


Keesokkan harinya , kami begitu terkejut dengan penampilan baru beliau , beberapa kali kami mengesat mata , terkebil2 melihatnya .. beliau kelihatan begitu segak dan bergaya .. beliau terus berkata pada kami 

D.V ; " mulai dari hari ini , aku nak jadi usahawan berjaya macam dR . Rozmey , aku akan hasil kan produk yang baguih tuk syarikat aku yang di beri nama Kaki Kapor & Lesap Sdn Bhd ..

teruja dengan kata2 beliau , lantas kami memberi kan tepukan gemuruh dan selepas itu beliau meminta rm200 dari kami untuk memulakan perniagaan , hadoooiiiii terkena lagi kami .. kalo dah ketua askar jahat tu memang xleh ubah dah kot perangai nye ..






selepas lama juga menanti , ini lah dia produk syarikat beliau , sebuah patung mainan yang berkonsepkan diri beliau sendiri , cukup comel dan jualan nya seperti goreng pisang panas berhampiran stesen Komuter seksyen19 shah alam .. produk ini bukan sahaja comel , tetapi memiliki ciri2 seperti jam loceng , peranti serangga di mana ianya mengeluarkan 1 jenis frekuensi menghalau serangga dan pepijat , pedang yang tekeluar tu pula boleh di gunakan sebagai penyedut air minuman .. setelah melihat kejayaan demi kejayaan yang di kecapi beliau , kami pun meminta untuk mengundur diri , kami pun bersiap2 dan ingin berangkat pulang ..







puas kami mencari beliau , ntah kemana2 pula pergi nya , kami takut pula terlepas feri yang akan di naiki sebentar lagi .. rupanya beliau sedang asyik mandi ketika itu , sempat juga wartawan kami mengambil gambar kandit 

D.V : " Wwoooooiiitt , kot ye pun nak salam tunggu la aku abes mandi dulu , macam bedebah je kan perangai korang , chhoooOooiiiiii " 

selepas itu kami pun berangkat pulang dengan senyuman penuh terukir di wajah , tidak kami sangka seorang ketua pasukan askar yang dahulu nya jahat , penuh dengan hasat hati yang hitam , sekarang ini mampu menjadi usahawan yang berjaya .. kami pulang dengan penuh makna , akan kami buku kan kisah ini supaya ianya menjadi teladan generasi akan datang .. itu la angan2 kami semasa mengelamun di dalam feri di tiup angin bayu laut yang enak .. selepas itu kami tidak mendengar kabar berita berbulan2 dari beliau , dengar cerita makin sukses ..

  akan tetapi , baru2 ini kami telah menerima gambar tebaru dari pembaca setia merangkap penyiasat kami , 1 footage yang mengemparkan , gambar ini telah di kirim kan oleh Wan Majorno bin Wan Majerin kepada kami , ye memang kami kenal sekali , beliau ialah darth vader , agak x senonoh ketika gambar ini di ambil , al maklum la jurugambar amatur la katakan , gambar ini diambil ketika beliau baru sahaja kuar dari melepaskan hajat , kami tekejut juga kerana beliau mengenakan semula pakaian lama beliau semasa menjadi kepala tentera dahulu .. disebabkan gambar ini , unit kami bergegas semula untuk mengekori beliau , adakah ini strategi baru perniagaan beliau yang makin maju ..


Setelah sampai di tempat kejadian , kami suma terduduk melihatnya

D.V : " makcik Munaaaaaaaaaahhhh , Nasi tambah aku manaaaaa RroooooooooooooooAAaaAAaarrrrr !! manaa nasi tambah kamiiii grrrr Gggrrrrrrrrrrr grr !!!

Askar : " yeaah steady boss steady , itu yang kami mahu wuhuuuuuuu ..

laaaaa , x abes2 lagi ke .. kami ingat dah jadi baik , rupanya beliau masih lagi mempunyai hati yang hitam , kami pun malas nak amik taw lagi , lantak pey lah dia , buang karan sungguh rasanya mendokumentarikan kisah seorang raja kegelapan nie .. sekian lah dulu kisah ini , dengar cerita sekarang beliau kembali beperang dengan askar2 nya untuk menawan sebuah kilang pemprosesan serbuk belacan di Melaka .. layan kan aje ye  -  Hasan Miskun











No comments:

Post a Comment