Thursday, April 14, 2011

Aar cer cerpen 7 - TerSiLap Ke Tak iNgaT


   Ahmad Nazri atau dikenali sebagai naz dah lama bertunang dengan Nadiya Abraham, masuk ni dah setahun dah, 16/04 adalah hari bahagia bagi mereka, almaklum la tarikh perkahwinan kan, inilah sejarah baru yang akan diukir oleh mereka, mencorakkan rumah tangga semuanya bermula dari tarikh keramat ini, masing masing akan bergelar
suami dan isteri, sehidup semati, jangan sampai hari hari makan roti hahaaaaiiiii ..

   Awal awal lagi naz dah ambil cuti balik kampung untuk mempersiapkan majlis kahwin dia ni, sebelah pihak lelaki akan berkenduri seminggu selepas bertandang ke rumah pengantin wanita, apa yang dipersiapkan nanti ni adalah semua barang barang untuk dibawa ke rumah wanita, naz perlu membawa 1 seisi kampung yang akan menjadi rombongan bukti pada percintaan mereka berdua, 6 bas telah pun di tempah untuk mengangkut rombongan yang akan hadir, dah macam rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel pula rasanya kan ..

   "Pukul berapa majlis bersanding siang tu nanti naz?" tanya remie yang akan menjadi pengapit naz tu nanti, "Pukul 12.30 remie, jangan ko pakai hensem dari aku dah kang orang ingat ko lak pengatin hari tu, ko tu skang leh tahan hensemnya" jawab naz bersahaja dengan nada gurau, "Cis, mentang mentang la hidung aku kembang ko perli aku yek, hmmmmm kalo gitu kul 12tgh hari tu boleh le kita bertolak, lagipun bukan jauh sangat seksyen17 dengan seksyen18 ni ye tak kan, kalo kita langgar semua trafic ligth lagi cepat kan" senda remie pula bergurau, dia tersengih sendiri mengenangkan baju pengapit yang bakal dipakai kejap lagi ..

  Tungu punya tunggu punye tunggu jam dah pun nak dekat pukul 11.30pagi, kelihatan pengapit yang beria ria siap dahulu dah macam dia pulak yang nak bersanding, makcik peah ibu kepada naz hanya tersenyum melihatnya bukan kerana gembira anaknya nak kahwin tetapi pasal remie yang bergaya mengalahkan pengantin "eeeeeeeyyhh, ni baju pengantin ke,haaaii laaaa aku ingat baju aku tadi" jerit remie manakala si naz sedang mengepal penumbuk menengok sahabatnya yang terbuat lawak gila dalam bilik, "Ko ni apahal, datang la gilanya tu, ko tanggal skang juga baju tu" dish dish diiringi 2biji penumbuk gurau kat bahu ..

  Sepanjang perjalanan ke rumah pengantin wanita yang tak berapa jauh la sangat, dalam kepala naz dah terbayang bayang tetamu tetamu yang hadir semua akan perhatikan ketapanannya, manakala bunyi kompang pula terngiang-ngiang di telinga, hari bahagia yang sekian lama di tunggu-tunggu telah pun tiba hanya tak berapa minit je lagi, dia akan duduk bersanding sebalah Nadiya abraham yang dikasihinya. Fuh, alangkah bahagianya, pendek kata kalo la dia ada sepasang kepak memang dah boleh terbang dah rasanya. 

  Rombongan mereka sampai di tepian simpang rumah pengantin perempuan tepat jam 12.15tgh hari, memang baik punye timing la, remie pula kelihatan asek pegang perut, bukan nya nak di kipasnya pengantin tapi duk sibuk terbayang apalah rupa makanan yang akan dibaham di meja pengantin nanti, pengantin dah tentu tak lalu makan punya jadi inilah peluang dia untuk santap habis-habisan. Mereka semua berenjut berjalan kaki beramai-ramai, sepenjang mereka berjalan malalui rumah-rumah jiran ramai yang terjenguk-jenguk dan ada  yang menjerit, "wohoooiiiiii, pengantin dah sampai pengantin daaaah saammpaaaiiii !!", Naz punyalah bangga sampai terkembang kempis hidungnya dah sama besar dengan spek mata yang dipakai, remie pula bigung tak tau nak bezakan mana 1 hidung mana 1 spek mata, dia punya bangga sampai cara berjalan pun diubah seperti ala-ala gaya pendekar kundur lagaknya.

   Bila sampai sahaja di depan rumah Pakcik Mad selaku ayah pengantin mula bekerut kehairanan, "eeeeeeyhh Naz, apokohalnyo sunyi sepi je ni haaa, orang takde khemah pun takde nie ??", "haa aar, apasal ni naz, kita silap alamat ke nie ke silap lorong?", celah si remie pula. Naz pun naik hairan dan terdiam membisu tak terkata apa, Wak pula mencelah "apa ni, kompang sambut pengantin pun takde ni, apa diorang tak aturkan majlis ke, ke ni majlis kenduri serba budget sejak harga2 barang melantun naik ni gaji duk tak naik2 juga", amboi siap bangkitkan isu semala pulak si Wak ni. Lepas tu mereka semua terdiam, yang paling panik sekarang ni adalah Naz, nampak peluh nya mengalir bagaikan air terjun, remie lak makin laju mengipas Naz yang bermandi peluh.

  Lama juga mereka semua terjegat di situ, ada yang terpinga-pinga ada yang mengaru-garu kepala yang tak gatal, Tal berapa lama selepas itu kebetulan Pakcik Abraham muncul selaku ayah pada pengantin perempuan dengan hanya bersarung kain pelikat, pak Abraham pun terkujut bukan main elihat rombongan pengantin laki berkumpul depan rumahnya, bukan calang-calang 6 buah bas ramainya tau, dengan segera beliau menemui rombongan pengatntin lelaki yang duk tersengih-sengih dari tadi. 

  Selepas bersalam-salaman dan bertanya kabar, Pak Mad ayah kepada Naz menceritakan hajat mereka datang dan kenapa langsung tiada sambutan, adakah tidak cukup wang hantaran yang kami bekalkan. Mendengar soalan itu tiba pula giliran Pak Abraham bekerut dahi lalu dia bertanya, "eeeeeehhhhhhh, majlis langsung ni kan minggu depan wahai besan ku , hari ni baru 09/04 tau, yang kita janji dulu tu minggu depan 16/04"

   "Haaaaaaaaaaahhhhhh apaaaaaaaaaaaaaaaa !!! minggu depaaaaaaaaaaannnn ??!!!!", mereka semua menjerit serentak termasuk la Naz si pengantin lelaki. "heeeeeeeeek eneeeeeeeetttt, siuuul lu naz, tarikh kawin sendiri pun tak ingat ke, kot ye pun dah tak sabar agak-agak laaaa waaaaaaaaaaaaaarrkhhhh waaarff2x" kelihatan remie dah mula menanggalkan songkok dan melibas2 bahu sahabatnya dengan laju, kipas pula sudah masuk ke dalam mulut Naz dan dipaksa kunyah oleh Wak dan Faiz, Naz pula mula belari, dia dikejar beramai-ramai oleh semua ahli rombongan, ahli keluarga, kawan2 dan juga pemandu bas, Faiz pula menjerit "ko ni wat malu laaaaa, satu seksyen18 tau nampak kita datang waaarrkhhh !!!!", hari tu semua naik hantu, akan nampaklah setiap penduduk yang bermaustautin diseksyen 18 akan kejadian pengantin dikejar beramai-ramai dan di ikuti rapat oleh 6buah bas yang berada dibelakang. sekian

2 comments:

  1. hahahahaha....cite benarkah ini....

    ReplyDelete
  2. ini semua adalah cerita bidaah...hahahaha...

    yg benar...
    nadiya abraham

    ReplyDelete