Saturday, April 2, 2011

Aar cer cerpen 6 - Sms miSteRi


  Pagi tadi aku bersarapan di kedai mamak berhampiran rumah ku sebelum pergi mencari henset baru bagi menggantikan henset aku yang telah rosak malam kelmarin , angin takde ribut takde tetiba rosak , tengah sedap aku bersms tentang kisah - kisah seram dengan kawan baik pastu henset rosak , baru je aku nak tahu apa kesudahan kisah seram tersebut , nampaknya terpaksa la aku bersabar sehingga mendapat gantian henset baru sebentar lagi ..

  aku tiba di Plaza alam Sentral tepat jam 10.30pagi , ternyata hampeh sekali seperti aku yang beria - ria bersemangat sedangkan banyak lagi kedai yang masih belum buka , aku termanggu buat seketika lalu aku terus turun dan lepak di luar kaki lima shoping kompleks ini untuk menghisap rokok sambil - sambil usya awek lalu lintas , sempat juga aku tersenyum pada awek yang berpakaian Kenny's Rogers Roaster , ni mesti keja kat situ , kalo ngorat dah tentu aku dapat makan ayam tiap - tiap hari , tidak la macam sekarang ni asyik makan hati berulam jantung je .. tetiba aku teringat iklan Kenny's Rogers masa ditayangkan kat telivisen satu masa dahulu , tanpa aku sedar air liur aku menitis lalu ditegur oleh makcik cleaner " aaaaisssh , apa la yang budak ni kempunan masa kecik - kecik dulu tak dapat ni , kesiaaannnnn " , slllrruuppppsssss , terus aku menyedut semula dengan gaya selamba hensem ..

   setelah lama aku lepak dengan perasaan perasan hensem di hadapan plaza alam sentral , aku melihat jam di kedai DIGI yang berhampiran , jam telah pun menunjukan jam 11.30 pagi , amboi tanpa aku sedari hampir 1jam juga aku berdiri dengan gaya dR. Rozmey mempromosi filem kat depan Alam Sentral ni .. lalu tanpa berlengah masa lagi aku terus ketujuan yang sebetulnya aku kemari , aku terus manaiki elevator untuk ketingkat 3 , tapi lama juga aku berdiri di tangga elevator tersebut namun tidak juga sampai - sampai kat atas , malang sekali elevator rosak pula , terpaksa la aku berenjut naik ke tingkat 3 , sampai sahaja di tingkat 3 aku nampak banyak sekali bintang - bintang bekerdipan di mata ku , adoi ada darah tinggi ke apa aku ni , keluh aku seorang diri ..

  tanpa berlengah masa aku terus ke kedai henset yang memang aku dah semat dalam hati , terus menegur tokey kedai tersebut dan tokey kedai membalas " iyaa kawan , apa calik ?? " , "haaaiyaaaaa , mau cari henpon la tokey , apa lu jual sayur ka ?? " , haaa amik ko , kan dah kena , tokey tu tersenyum , " hahaaa wa gulau2 saja maaaa , ok ok apa model lu mau " , lama juga aku melihat , menengok , minta pegang , minta tunjuk ajar dan akhirnya aku beli henset yang paling mudah sahaja kegunaan nya , harga pun berpatutan lah dan sesuai dengan pendapatan aku yang kais pagi hujung bulan baru dapat makan akan tetapi aku sentiasa bersyukur dengan rezeki yang aku ada , ewah macam Ustaz pula aku bermuhasabah diri , tersenyum aku sendirian .. setelah mendapat apa yang aku mahu , aku terus blah kena lah dengan kata slogan membeli belah lepas beli terus belah ..

  aku pulang dengan perasaan yang gembira kerana sudah mendapat gantian talifon baru , tidak sabar aku ingin menanti waktu malam sebab nak tahu kisah seram yang tergantung malam kelmarin , bukan apa kalo sambung cerita siang - siang ni kurang suasana dia kan , sementara menunggu malam menjelma ni aku pun mengisi la masa lapang dengan aktiviti riadah , sejak dua menjak ni aku gemar beri makan ikan kat tasik shah alam waktu petang - petang , damai je rasa bila melihat ikan - ikan memakan cebisan roti yang aku baling , perasaan nya seperti ingin mengalirkan air mata , dalam masa yang sama pemain Mp3 yang aku bawa menkumandangkan lagu kumpulan Data bertajuk  Permaisuri yang pernah hangat satu masa dulu , teringat pula akan kisah - kisah sedih yang lepas .. adoi , sedih betul lagu ni ..

  akhirnya malam pun tiba , selepas isyak aku terus capai henset untuk Sms sahabat baik aku , nak tanya pasal sambungan cerita seram yang tidak sempat habis kelmarin , tak sempat aku nak menaip " trrrrrrrrriiiiitt triiittttttttttt" bunyi sms masuk , aku buka sms dan tertera perkataan "allooo kawan" , aku terus membalas dan bertanya pasal citer seram tu , tak lama dia balas balik , aku pun terus membaca dengan penuh semangat , fuh perasaan seram dah mula timbul bila membaca ayat pertama , pada fikiran ku sekarang amat hebat kawan ku ini , macam dia tau2 je aku nak sms dia , dia dah mula cerita dulu , kami becerita tentang kisah seram kat 1 ofis yang terletak di ibu negara , di mana kejadian sering berlaku apabila ada pekerja yang terpakasa pulang lewat melakukan kerja lebih masa , ada yang di ganggu dengan suara suara yang menyeramkan , ada yang diganggu ketika menggunakan lif dan bermacam macam lagi cara gangguan ..

   setelah beberapa lama asik dengan sms , aku tanya dia cerita pastu kang aku tanya lagi dia cerita lagi , lepas tu kedengaran nama ku di panggil oleh emak di tingkat bawah , emak bagitau yang kawan aku panggil dan tunggu di luar , aku pun bergegas turun , dah jadi kebiasaan kawan kawan aku akan panggil dan terus tunggu kat depan tembok umah aku , aku pun buka pintu , ahah terlihat kawan baik aku yang tadi duk sms cerita seram ngan aku dah ada depan rumah , " haaaa baguih laa deme mai ni , senang sikit nak sambung cerita , payah bebenor kalo pakai sms ni " kata ku .. kawan aku terus mempamirkan muka pelik dan hairan " aaaaikkk , bila pulak aku ber sms ngan ko ni , aku datang ni nak tanya henset ko dah ok ke " , " ahhhh pulak , abes ngan sapa lak aku sms tadi cerita cerita seram yang ko citer ngan aku malam kelmarin , alaaa ko gurau je ni kan " , " bak mai enst ko aku nak tengok , betul la aku takde sms ko pun tadi " .. fuhh masa ni aku dah berpeluh , terasa bulu roma dah berdiri , badan pula terasa macam nak demam dah , dengan sapa lak aku ber sms tadi ligat bermain difikiranku ..

  kawan aku pun melihat henset aku , terus berkata " wooooooooooooooooiii , ni bukan nombor tipon aku ni , sapa nya ni , nombor misteri ni , macam mana dia leh sambung apa yang aku nak citer kat ko " .. aha , skang ni kami berdua pula berpeluh .. akhirnya aku memberanikan diri untuk menelifon nombor tersebut , sempat juga aku berpesan pada kawan ku , jika apa apa terjadi cepat cepat panggilkan bomba eeeyhh bomoh .. kawan aku mengganguk dengan laju .. lalu aku pun dial nombor tersebut " tuuuuttttt tuuuuuuttttttttt " bunyi telipon bedering dan paling mendebarkan apabila panggilan di angkat .. sayup sayup aku dengar suara menjawab dengan suara yang lesu , aku bertambah seram , kawan ku dah mula memeluk lengan aku , skarang ni aku tambah seram sebab  kenapa kawan aku ni peluk lengan aku , ini boleh mendatangkan pandangan yang tak senonoh jika ternampak oleh jiran tetangga lalu aku menepis " hah , ko apahal , geli geleman lak aku woiiiii " tempelak ku ..

  akhirnya aku bersuara " alooo nombor sapa aar " , " saya jual henset punya olang maaaa " balasnya .. aikkk suara cina , hantu cina ke ni teka ku , " woiiit baik mengaku sapa ni aarrr , mau menyamar jadi hantu ka , apa ingat takut ka ?? " . " haaaaaaaaaaaaaaaiiya , ini wa laa tadi lu ada beli enset kat kedai wa , tapi lepas bayar lu terus belah maaa , wa tatak sempat mau bagi lu itu talipon punye charger loooooooooooo " , " abes apamacam lu leh tau itu cerita hantu haa " , " haha , wa ada baca la dalam itu sulat kabar misteli , sekali lu sms wa , wa kasi hantam cerita la , sudah lama tak menyamar jadi olang lain , lagi pun aar , dari mula lagi wa mau bagitau tapi lu asek tanya hantu hantu hantu saja , aiyaaa gila la lu " .. waaaaaaaaaaaaaaaarrrkhhhh ni apa nie , tak seram langsung la ending cerita ni .. jerit aku kat depan rumah di saksi kan oleh kawan aku yang dah ketawa beguling2 kat atas lantai seiringan itu di susuli pula dengan tarian Poco-Poco oleh jiran tetangga .. tuppp , pandangan mata ku gelap ..
 



   

No comments:

Post a Comment