Tuesday, April 19, 2011

BERITA TEPAT PADA MASA

PeSta BuKu AntaRabaNgsa daTaNg Lagi


Ni teman nak kabo pada deme2 sume, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Datang lagi, seperti biasa ianya berlangsung di PWTC Kuala Lumpur, ha pada sapa yang xtau kat mana PWTC ni, dia dekat ngan soping kompleks The Mall dan bersebelahan dengan Stesyen Bas Putra, nak lagi senang tu kat jalan Chow kit tue, xtaw gak xtau la teman hahaaaaiiii, pada deme2 yang suka membaca tu jangan lepaskan peluang ni, banyak pilihan yang leh didapati, bukan apa bila ada pesta macam ni biasanya harga buku akan ada diskaun, tu yang bes tu, tahun lepas teman pegi ngan kawan baik teman, fuuuhhhh banyak juga dia borong tau, tercengang teman melihatnya heheeee, ok lah apa pun amalan membaca ni memang bagus, teruskaaaaaaaaan membaca yeeeeaaaaahhhhhh .. jumpa di sana, haaa ingat, masuk percuma tau, bez kan heeee

BULETIN JAM 10 SUKU - SehaRi BeRsaMa SupErHerO 2



BATMAN KEMBALI

 Gotham City, Thamborine :  Kali ini pihak kami berpeluang mendekati seorang lagi superhero pujaan ramai iaitu Batman, beliau agak malu2 kelawar ketika ditemui tempoh hari, tapi setelah kami menerangkan yang kedatangan kami ini bukanlah untuk membongkar siapakah beliau dan peribadi beliau di sebalik topeng itu, beliau kembali selesa dan bersetuju dengan lintas langsung yang akan kami berikan, namun sukacita ingin diberitahu di sini, pihak kami hanya ada 2jam sahaja untuk menyelami kisah harian beliau. yeaaaaaahhhhh kita terjunnnnnnnnnnnnnnnnn !!!!






 Semasa mengikut beliau ke atas bumbung iaitu tempat beliau biasa memerhati kebawah melihat orang2 yang dalam kesusahan atau ingin kan pertolongan, beliau nampak begitu marah pada lambang yang menjadi simbol pada diri beliau, biasanya lampu itu akan dinyalakan ke atas untuk memberitahu batman jika ada pihak yang memerlukan bantuan beliau, ternyata lambang itu telah diganti oleh seteru beliau iaitu encik Superman yang agak nakal


Batman : "kurang asam ko Superman, ko nak cari gaduh ngan aku ke aaaarrrrrr, bila masa lak si sentul ni tukar lampu aku ni @&^%%$#* !!!!




Batman : "adddddoiiiiiiiii, pening laa aku, mana aku parking kereta aku tadi aaarrr, korang ada nampak tak, apakata korang tolong tengok sekali meh ..














Batman  : "woooooooii joker, baik ko bagitau aku cepat mana aku parking kereta aku aaar !!! cepat laa sebelum aku patah2 kan tengkuk ko !!!! ggrrrrr gggrrrr ggrrrrrrrrrrrrrr


Joker : " ko ni apaheeeeeey nyeeeee oooii, mana aku tau, ko yang nyanyuk skang ko nak salah kan orang lain pulak, giler apa ko nie, bawak mengucap bawak mengucap


Batman : "eeeeeeeiii kecik beso kecik beso jek aku nengok ko ni taawwww .. !!!






Batman : " ko tau tak apa masalah ko hah !!?


Joker    : "hah, apa dia !!!!


Batman : " ko tak reti sikat rambut ke, macam hareemmmm dah aku nengok ko ni, panassssss je aku tengok keterampilan ko ni !!


Joker    : " sengal ko !! ada aku kisah !!!!


Batman : " kereta aku manaaaaaa !!


Joker    : "ko penah kena lempang ngan pasu jiran tak, ko tak paham2 ke, mana aku tau ko parking mana @*&^%%$## !!!!!


Batman : "ko tak bagitau aku bilang sama emak ko !!


Joker    : "huh, maleh aku nak layan ko ni, leh giler aku gileeeeeeerrr ko tau !!!!


Batman : "wuhuuuuu, weeeeeeh joker, ada nampak kereta aku tak !!??


Joker    : "woooiii, apa ke bangang ko ni, aku dalam tandas pun ko nak ganggu gak ke, kaco la aku nak memerut, ko pegi tanya pak guard laaaaa, sengalllllll !!!!!!






Batman : "weeeh robin, ko tengok awek tu, tu sana tue haaa .. fullamaaaaaaaaaakkkk, kecoq air liur aku nengok nyeww ..


Robin     : "betul laaaa bang, wallaaawwweehhh solid toi potongan nya, mantuooppppp !!!

Batman   : "peewiiiieeeeet setephewiiieeetttt, aaaiii adik manis, ada nampak kereta sayaaaaaaaaa ???




Batman : "laaaaa, kat sini rupanya saya parking, saya mintak maap encik polis, mintak maap ..

Polis    : " aaaahhhh takde takde, saman tetap saman, ada aku pedulik ko sapa, batman ke, bedroom ke, batu cave ke, saman tetap saman ..

Batman : "haaii laaaaa, abes gaji aku bulan ni .. isk


  Akhirnya beliau jumpa juga kereta beliau, apala punya sengal mamat ni, kereta pun lupa parking mana, depan balai pulak tu, mau polis tak hangen .. chhoooOOOooooiiii ..

  pihak kami sempat bertandang ke tempat persembunyian beliau, fuh dahsat !!! itu lah perkataan yang terpapar dari mulut kami bila pertama kali melangkah masuk, ruang bilik cukup kemas, tidak seperti kelawar2 lain yang ada, perabot yang bermutu tinggi, ruang reka letak yang efisyen bertepatan dengan identiti beliau, bilik ini cukup gah dan amat selesa ketika berada di dalamnya, syabas pada beliau kerana berbakat menghias bilik ..


  ini pula 1 post maut yang ada di dinding rumah beliau, sebuah potret hasil lukisan pembantu peribadi beliau yang menjaga beliau sejak kecil, jurgambar serta penulis kami termuntah muntah kecil ketika melihat potret ini ditambah pula dengan keterangan berbau perasan oleh beliau

Batman : " adakala hensem dan kacak juga aku ni bila ditatap berkali kali kan  , winnk wiinnkkkkk ( sambil kejip2 mata )

Kami     : " uweeeeeeeeekkkkkk weeekkkk wwwwuueeekkkk !!!





   ini lagi 1 hobi terbaru beliau dan antara kenderaan kesayangan beliau, apabila pihak kami memejukan soalan kenapa dan mengapa beliau tertarik dengan kenderaan ini, beliau menjawab dengan selamber

Batman : "aku dapat idea dan ilham ni selepas melihat citer Hantu kak limah balik rumah, bes bes bes, aku amat mengagumi watak Usop Wilcha dalam tu



  inilah idola beliau, hahaa kami sangka kami sahaja yang meminati filem ini, rupanya beliau juga meminatinya, beliau berkata masuk kali ini sudah menonton sebanyak 788kali sejak filem itu mula ditayangkan, kami mula meninggalkan beliau ketika beliau sudah mula gelak dan ketawa berseorangan, sekejap2 kang bersedih kemudian tu ketawa balik .. sebelum apa2 terjadi baik kami angkat kaki dahulu, seram juga hati kami tatkala itu  -  Fatimah Monorel

Thursday, April 14, 2011

Aar cer cerpen 7 - TerSiLap Ke Tak iNgaT


   Ahmad Nazri atau dikenali sebagai naz dah lama bertunang dengan Nadiya Abraham, masuk ni dah setahun dah, 16/04 adalah hari bahagia bagi mereka, almaklum la tarikh perkahwinan kan, inilah sejarah baru yang akan diukir oleh mereka, mencorakkan rumah tangga semuanya bermula dari tarikh keramat ini, masing masing akan bergelar
suami dan isteri, sehidup semati, jangan sampai hari hari makan roti hahaaaaiiiii ..

   Awal awal lagi naz dah ambil cuti balik kampung untuk mempersiapkan majlis kahwin dia ni, sebelah pihak lelaki akan berkenduri seminggu selepas bertandang ke rumah pengantin wanita, apa yang dipersiapkan nanti ni adalah semua barang barang untuk dibawa ke rumah wanita, naz perlu membawa 1 seisi kampung yang akan menjadi rombongan bukti pada percintaan mereka berdua, 6 bas telah pun di tempah untuk mengangkut rombongan yang akan hadir, dah macam rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel pula rasanya kan ..

   "Pukul berapa majlis bersanding siang tu nanti naz?" tanya remie yang akan menjadi pengapit naz tu nanti, "Pukul 12.30 remie, jangan ko pakai hensem dari aku dah kang orang ingat ko lak pengatin hari tu, ko tu skang leh tahan hensemnya" jawab naz bersahaja dengan nada gurau, "Cis, mentang mentang la hidung aku kembang ko perli aku yek, hmmmmm kalo gitu kul 12tgh hari tu boleh le kita bertolak, lagipun bukan jauh sangat seksyen17 dengan seksyen18 ni ye tak kan, kalo kita langgar semua trafic ligth lagi cepat kan" senda remie pula bergurau, dia tersengih sendiri mengenangkan baju pengapit yang bakal dipakai kejap lagi ..

  Tungu punya tunggu punye tunggu jam dah pun nak dekat pukul 11.30pagi, kelihatan pengapit yang beria ria siap dahulu dah macam dia pulak yang nak bersanding, makcik peah ibu kepada naz hanya tersenyum melihatnya bukan kerana gembira anaknya nak kahwin tetapi pasal remie yang bergaya mengalahkan pengantin "eeeeeeeyyhh, ni baju pengantin ke,haaaii laaaa aku ingat baju aku tadi" jerit remie manakala si naz sedang mengepal penumbuk menengok sahabatnya yang terbuat lawak gila dalam bilik, "Ko ni apahal, datang la gilanya tu, ko tanggal skang juga baju tu" dish dish diiringi 2biji penumbuk gurau kat bahu ..

  Sepanjang perjalanan ke rumah pengantin wanita yang tak berapa jauh la sangat, dalam kepala naz dah terbayang bayang tetamu tetamu yang hadir semua akan perhatikan ketapanannya, manakala bunyi kompang pula terngiang-ngiang di telinga, hari bahagia yang sekian lama di tunggu-tunggu telah pun tiba hanya tak berapa minit je lagi, dia akan duduk bersanding sebalah Nadiya abraham yang dikasihinya. Fuh, alangkah bahagianya, pendek kata kalo la dia ada sepasang kepak memang dah boleh terbang dah rasanya. 

  Rombongan mereka sampai di tepian simpang rumah pengantin perempuan tepat jam 12.15tgh hari, memang baik punye timing la, remie pula kelihatan asek pegang perut, bukan nya nak di kipasnya pengantin tapi duk sibuk terbayang apalah rupa makanan yang akan dibaham di meja pengantin nanti, pengantin dah tentu tak lalu makan punya jadi inilah peluang dia untuk santap habis-habisan. Mereka semua berenjut berjalan kaki beramai-ramai, sepenjang mereka berjalan malalui rumah-rumah jiran ramai yang terjenguk-jenguk dan ada  yang menjerit, "wohoooiiiiii, pengantin dah sampai pengantin daaaah saammpaaaiiii !!", Naz punyalah bangga sampai terkembang kempis hidungnya dah sama besar dengan spek mata yang dipakai, remie pula bigung tak tau nak bezakan mana 1 hidung mana 1 spek mata, dia punya bangga sampai cara berjalan pun diubah seperti ala-ala gaya pendekar kundur lagaknya.

   Bila sampai sahaja di depan rumah Pakcik Mad selaku ayah pengantin mula bekerut kehairanan, "eeeeeeyhh Naz, apokohalnyo sunyi sepi je ni haaa, orang takde khemah pun takde nie ??", "haa aar, apasal ni naz, kita silap alamat ke nie ke silap lorong?", celah si remie pula. Naz pun naik hairan dan terdiam membisu tak terkata apa, Wak pula mencelah "apa ni, kompang sambut pengantin pun takde ni, apa diorang tak aturkan majlis ke, ke ni majlis kenduri serba budget sejak harga2 barang melantun naik ni gaji duk tak naik2 juga", amboi siap bangkitkan isu semala pulak si Wak ni. Lepas tu mereka semua terdiam, yang paling panik sekarang ni adalah Naz, nampak peluh nya mengalir bagaikan air terjun, remie lak makin laju mengipas Naz yang bermandi peluh.

  Lama juga mereka semua terjegat di situ, ada yang terpinga-pinga ada yang mengaru-garu kepala yang tak gatal, Tal berapa lama selepas itu kebetulan Pakcik Abraham muncul selaku ayah pada pengantin perempuan dengan hanya bersarung kain pelikat, pak Abraham pun terkujut bukan main elihat rombongan pengantin laki berkumpul depan rumahnya, bukan calang-calang 6 buah bas ramainya tau, dengan segera beliau menemui rombongan pengatntin lelaki yang duk tersengih-sengih dari tadi. 

  Selepas bersalam-salaman dan bertanya kabar, Pak Mad ayah kepada Naz menceritakan hajat mereka datang dan kenapa langsung tiada sambutan, adakah tidak cukup wang hantaran yang kami bekalkan. Mendengar soalan itu tiba pula giliran Pak Abraham bekerut dahi lalu dia bertanya, "eeeeeehhhhhhh, majlis langsung ni kan minggu depan wahai besan ku , hari ni baru 09/04 tau, yang kita janji dulu tu minggu depan 16/04"

   "Haaaaaaaaaaahhhhhh apaaaaaaaaaaaaaaaa !!! minggu depaaaaaaaaaaannnn ??!!!!", mereka semua menjerit serentak termasuk la Naz si pengantin lelaki. "heeeeeeeeek eneeeeeeeetttt, siuuul lu naz, tarikh kawin sendiri pun tak ingat ke, kot ye pun dah tak sabar agak-agak laaaa waaaaaaaaaaaaaarrkhhhh waaarff2x" kelihatan remie dah mula menanggalkan songkok dan melibas2 bahu sahabatnya dengan laju, kipas pula sudah masuk ke dalam mulut Naz dan dipaksa kunyah oleh Wak dan Faiz, Naz pula mula belari, dia dikejar beramai-ramai oleh semua ahli rombongan, ahli keluarga, kawan2 dan juga pemandu bas, Faiz pula menjerit "ko ni wat malu laaaaa, satu seksyen18 tau nampak kita datang waaarrkhhh !!!!", hari tu semua naik hantu, akan nampaklah setiap penduduk yang bermaustautin diseksyen 18 akan kejadian pengantin dikejar beramai-ramai dan di ikuti rapat oleh 6buah bas yang berada dibelakang. sekian

Wednesday, April 13, 2011

BeriTa AngkAsa LePas

Pasukan koir berjaya menaikkan semangat berjuang


Sirius B, Galaksi 5 :  Baru baru ini Pasukan Koir yang diberi nama Orkes Rindu-riduan jadi kenang-kenangan di bawah pimpinan Ketua angkatan perang iaitu Darth Vader telah pun mengadakan persembahan yang amat bertenaga di Dewan Jubli Perak yang bertempat di ibunegara mereka dengan jayanya, pihak kami telah pun diberi tempat duduk VVIP untuk menyaksikannya, ternyata impak yang diberikan amat berkesan dihati para penonton yang hadir tatkala itu, mereka telah menyampaikan 29lagu secara keseluruhan dan 1 persembahan amal bersama anak anak yatim yang kehilangan ibubapa gara gara peperangan, padahal peperangan itu mereka sendiri yang cetuskan, mungkin ada udang disebalik mee mesej yang disampaikan ini, berbalik pada persembahan mereka, mutu yang disampaikan amat berkualiti dengan lantunan suara yang kadang kedengaran meloyakan, akan tetapi masih mendapat tepukan gemuruh dari penonton, mungkin ini kesenian dan cara penyampaian terbaik di planet ini, kalo di bumi nescaya mereka ini akan dihadiahkan dengan kerusi kerusi yang beterbangan ke atas pentas, ketika ditemuramah di belakang pentas mereka menerangkan tujuan Koir ini ditubuhkan adalah demi semangat berperang yang tidak penah luntur dalam jiwa mereka sekaligus melahirkan semangat yang jitu demi negara dan bangsa, kami enggan bertanya lebih lanjut lagi kerana mereka semua sudah mula mengeluarkan senjata, sorang lagi sudah mula mengkarate batu dan dinding, ada yang menguyah garfu, makan gelas untuk menunjukkan semangat tidak berbelah bahagi yang tinggi, kami pulang dalam ketakutan -  Man toba takut tapi sayang


Dunia perfileman angkasa makin cerah


Azkabanth, Continalis : Seperti yang kita semua ketahui secara umum, makhluk makhluk ini banyak terlibat dalam filem filem yang mengerikan, ganas, menganggu minda penonton tetapi kali ini mereka telah pun melangkah setapak lagi dalam dunia layar perak dengan melakonkan watak watak yang tidak sengeri wajah mereka,  kali ini mereka tampil dalam Filem Adaptasi dari filem yang terkenal di planet bumi iaitu "Saving Private Ryan" dan filem ini diberi tajuk "Saving Private Predator", cukup hampeh sekali kerana cerita memang tiru, tajuk pun tiru sampai ke poster pun tiru juga, filem ini arahan dari Razaq Moremaiden yang sebelum ini dikenali dengan filem Mami jerung dan Cendawan Fakir, kami tidak dapat bayangkan bagaimana beliau boleh berkolobrasi dengan makhluk makhluk ngeri ini ketika filem ini dibuat, semasa kami menghadiri tayangan perdana filem ini keadaan agak kacau bilau di luar panggung kerana mahkluk predator yang hadir cukup garang dan bengis sekali, nafas berdengus dengus, kami silau dengan pancaran lazer berupa senjata yang ada di atas bahu kanan mereka, nak menembak ke apa mereka ni, keadaan amat tidak selesa semasa ingin membeli popcorn, mereka mula membuka topeng untuk makan, jurugambar kami hampir pengsan melihatnya, kami cuba untuk menemuramah pelakon utama filem ini, tapi amat menghampakan kerana bahasa yang merka guna langsung tidak difahami kami, apa yang kami dengar ialah "keretuk keretak keretuk keretak grrrrrrr ggrrrr *&@^% kluk rooooaaarrrrr" sahaja, selepas mendapatkan penterjemah bahasa barulah kami tahu yang dia kata ialah "Saya cukup tersentuh hati tatkala melakon watak ini sehingga mengalir air mata", ambooooiiiii manis betul maknanya rupanya, tapi dalam bahasa mereka ia kedengaran cukup garang sekali. Semasa menonton tidak ada apa sangat yang menarik kerana filem ini memang sudah kami tonton dalam versi bumi, jalan cerita sumanya sama, yang menjadi bezanya adalah pelakon pelakon nya sahaja, apapun komen kami, filem ini dipersembahkan dengan baik oleh makhluk ganas yang siapa sangka sebelum ini hanya tahu bergaduh sahaja ( kami terpaksa bagi komen baik macam ni sebab mereka semua pandang kami macam nak makan jek dan lazer senjata mereka penuh di badan kami ) kami pulang dalam keadaan berpeluh dingin dan gigil -  Deen Malinko 


Alien dan Predator kembali berdamai setelah tidak sefahaman selama 1 dekad


Martius, S.bruno : Nampaknya musuh ketat seteru alam ini kembali berdamai setelah hampir 1 dekad bertelagah sesama sendiri kerana ego masing masing dalam menakluki galaksi galaksi, planet dan kilang pemprosesan belacan. Pihak kami diberi peluang dalam rancangan bual bicara bersama mereka semasa kebetulan berada di Planet S.bruno ini, ternyata keakraban antara mereka bukan la suatu lakonan atau gosip pihak media selama ini, kami terpaksa membawa pakar penterjemahan kerana kedua2 pihak menggunakan dialog yang berlainan, yang sorang cakap gaya mara2 dan cengih, yang sekor lagi asik meleleh2 air liur, dah la air liur dia ni asid, kalo tepercik kat muka berlobang tau. Hasil dari bual bicara ini mereka telah pun membuat kata putus dengan berdamai kerana sudah penat berkelahi, mengebom, berlawan, bertarung dan pelbagai lagi perkara tidak senonoh yang dilakukan, mereka kesal kerana sering menghancurkan planet2 makhluk lain. Ini mengakibatkan mereka dibenci dan dipandang hina seperti penngemis, walhal mereka bukan miskin kerana teknologi mereka mampu membina kapal angkasa untuk pergi ke serata galaksi, sempat beliau berkata "korang muka hensem2 cantik2 ada kapal angkasa ke yang macam kami punya", eeeeyhhh cari gaduh la ni.
Mereka juga sempat mempelawa kami melihat kehandalan mereka bermain acara badminton, ternyata mereka ini lama berada di bumi dahulu kerana mereka sendiri berkata Planet bumi banyak mengajar kami erti bersukan, orang2 bumi memang suka bersukan, ntah berapa banyak sukan ada dan ianya amat seronok dimainkan, tidaklah seperti planet kami di mana dari kecil lagi asek memburu memburu dan terus memburu, tidak ada apa yang dapat dilakukan selain memburu sehinggakan di sekolah pun matapelajaran semuanya memburu, Alien juga turut menganggukkan kepala tanda setuju. kami cemuih cemuih cemuiiiihhhhhhhh. Amboooi,bila pula mereka belajar loghat utara nie.
sekarang ini kehidupan kami makin harmoni, ada yang terlibat dalam dunia perfileman, ada yang meniaga, ada yang menjadi ahli sukan dan macam2 lagi, mereka turut mengundang kami bermain snoker, pada set pertama wartawan kami berjaya mengalahkan predator tetapi selepas beliau mengeluarkan bunyi2 pelik yang garang, wartawan kami buat2 kalah di pusingan yang berikutnya. gila ke nak menang, sekali di kokak nya leher teman ni idok ke naye, celah wartawan kami yang sudah pucat2 mukanya. eloklah mereka sudah berbaik, nampaknya galaksi kita akan aman sentosa hendaknya  -  John




Pusingan ke-2 acara kereta rally cederakan penonton


Sungai gandis, kat mana aar? : Baru baru ini acara rally yang dinanti nantikan mendapat sambutan hangat dengan kehadiran begitu ramai jurukamera dari sekitar tanah air, mereka ini sanggup bersabung nyawa untuk menangkap gambar pasukan2 yang mereka minati,
wwwwooooooooiii Woooiiii wOOooOoiii !!! ko ni apahal, dah silap kolum ni, ni berita tentang angkasa, yang ko masuk kan segmen sukan ni apahaaaalllll !!
- oooopppps, berita terpaksa dihentikan kerana editor dah marah2 sambil kunyah kertas A4 berkaler, dah macam mesin penghancur kertas pulak dah nengoknye, aaauuuuw seraaaamm - Leng Chai


Boba Fett berang gara gara dompet dicuri individu tidak bertanggungjawab


Kalambu, Malamni : "Siapo yang curi dompet ambo nim, ambo marah betol nim, ambo tengah sedak sedak dok layang kopok geteng sekali bila mari ambo nak bayor tetengok dompet ambo dah ilang, getih la cam nim getih !!!!! ", begitulah celoteh beliau sambil mengacukan senapang pada kami, agak risau juga takut kalau2 beliau terpetik picu senapang tu, tak pasal kami semua ke hospital, beliau ini memang bersikap panas baran dari dahulu lagi, almaklumlah beliau ini berjawatan pembunuh upahan, cuma semenjak dua menjak ini tender bisnes beliau agak merosot dan terpakasa mengambil upah membunuh serangga sahaja, sedang kami menyabarkan beliau yang masih marah, makcik yang menjual kopok geteng tadi memberi dompet pada beliau, rupa rupanya dompet beliau tercicir kat bawah meja, makcik tadi pula merampas senapang beliau dan mengacu pada leher beliau seraya memeras ugut, makcik tu suruh dia ganti balik atap yang ditembak ketika beliau mengamuk menuduh ada orang yang mencuri dompet beliau, pihak kami juga sempat menghadiahkan sekehan2 puaka dikepala beliau. Hampeh toi mamat ni, dia yang lalai pastu nak mengamuk je koje nye. "ampung ampung, ambo dok wat lagi doh, ambo taubak ambo taubak, nyese dah nim ". itu lah rayuan terakhir beliau sebelum kami bergegas ke lokasi berikutnya, orang terengganu rupanya, chooooiiiii - Rosyam Noir


Percutian di bulan kini lebih menarik




Bulan, Bumi punya bulan la : Sekarang percutian ke bulan lebih bermakna dan menarik kerana warong Pak Selamet telah pun dibuka di sana, dengan hidangan mee celup dan kopi jantan manjakani beliau yang cukup terkenal ternyata telah membuatkan semua angkasawan menarik nafas lega girang disamping kegembiraan, semasa ditemui Pak Selamet mengulas kenapa beliau menjaja di bulan adalah dari bertitik tolak kerana permintaan pelanggan, permintaan pelanggan adalah amat berat hendak ditolak jesteru itu Pak Selamat mengambil inisiatif dengan mengayuh basikal ke bulan setiap hari untuk meniaga demi permintaan pelancong di sana kata beliau dengan tersenyum2 mengah, gila kot jauh tu kayuh beskal. Kami sempat disajikan dengan mee celup hidangan beliau, tanpa malu2 seperti kucing disorongkan ikan kami pun membaham mee tersebut dengan rakus, memang sedap cukup serba serbi rasanya tiada apa yang kurang, rasanya penuh di dalam mulut, seperti sayang untuk ditelan, karang tak telan tak kenyang pulak ye tak hahah,
bukan setakat makan malah kita semua akan dihiburkan dengan lagu2 mainan gitar oleh anak saudara beliau yang bernama Senin bin Selase, pelanggan hanya perlu namakan sahaja apa tajuk lagu yang hendak didengar nescaya permintaan itu tidak akan dihampakan, hampir kesemua lagu yang kami minta disampaikan dengan baik oleh beliau, menitis air mata kami mendengarnya, disediakan juga sebuah telivisen kecil bagi penggemar sukan gusti, keropok jajan seperti mamee dan cokelat tam2 juga disediakan, Pak Selamet memang bijak dalam merancang strategi untuk bisnesnya dengan mengekalkan gaya old-fashion terhadap warongnya menaikkan lagi seri bulan pada setiap bulan. Beliau yang selamber hanya dengan kain pelikat ikat dipeha seperti lagak hero filem tamil sempat membungkuskan mee celup sebagai bekal dalam perjalanan pulang kami, terima kasih kami ucapkan, semoga maju dan jaya, dimana pun kalau ada usaha pasti berjaya oooohyeaaahhhhh  -  Jopan dan jopin



Monday, April 11, 2011

JaLan - JaLaN cAri Koje 2 - PotoNg RuMpuT

  Ahaaaaaaaa, teman penah wat koje ni dulu masa umur 18tahun tapi tak lama pun dalam 3bulan lebih macam tu, masa tu teman memang xtentu arah sikit kerja, biasa le muda lagi kan, tapi yang penting janji koje cari rezeki yang halal .. masa ni teman ikut sorang pakcik yang duk berhampiran umah teman tu, dia yang tawarkan ikut dia dan rakan2 dia yang lain, teman pun koje asek melepak je tepi tembok umah men gitar kan jadi teman pun setuju le dari xbuat apa, mula tu dia cakap koje potong rumput, teman dengar pun macam bes jek lepas dia cakap potong guna mesin, teman pun tanya laa "mesin yang galas kat belakang macam pakai beg tu ke yang mcm biasa tengok org potong rumput tetepi jalan tu ke pakcik ke ke ke", pakcik pun angguk, pas dia angguk teman pun mengangguk gak tanda setuju, siap bersiap dah nak g koje tapi pakcik tu cakap esok le mie oooiiiii, ni malam2 nak potong apa, tepotong kaki buleh le, hahaaa semangat lebih lak ..

  esoknye tu pepagi teman dah terpacak depan umah dia, lepas tu angkat mesin masuk dalam van, pastu pegi amik kengkawan dia yang lain, hari pertama tu teman agak kekok gak le sebab suma yang len umor jauh lebih tua dari teman, masa sarapan pun teman banyak dengor diorang je becerita, pas abes sarapan terus pegi ke tempat kami suma nak menebas, ahaaa sampai je suma bersiap2 kuar kan mesin suma la, last sekali pakcik tu panggil aku, ahaaa tu dia mesin untuk aku, aku pun bawak keluar ngan perasaan yang rasa macam bes hahah, lepas bawak kuar tu pakcik bagi sedikit penerangan kat aku pasal mesin dan keselamatan, masa ni kami menebas kat kawasan Shah Alam juga,

ni la contoh rupe mesin tu, cuma yang dalam gambo ni dia nye pemotong tu pakai besi blade, pakcik cakap kalo pakai ni memang laju potong rumput tapi agak bahaya sbb kalo terkena batu, batu tu leh tercampak takut terkena kenderaan, orang dan sebagainya, lagipun dari faktor keselamatan diri pun kurang juga, lalai sikit abes, kompom hospital, bayang la terhayun batu pastu batu tu melantun kena kepala, berapa ramai dah hilang ingatan melakukan tugas murni ni ko taw, gitu la pesan nye, tertelan air liur juga teman mendengornye, maklum la pengalaman pertama kan, jadi untuk keselamatan besi blade tu digantikan dengan tali plastik yang orang panggil "kabel ties" tu, mula2 tu masuk kan minyak petrol kat tangki dia, pastu nak hidupkan enjin dia kita kena tarik, dia ada sediakan tali, haa tarik je sampai hidup, jenuh gak le heeeee ..

ni kabel ties bagi menggantikan besi blade seperti gambo di atas, senang jek nak pasang, kat situ memang dah ada lubang nye cuma tunggu nak masuk kan kabel ties dan tarik bagi ketat .. guna ni kelemahan dia kita selalu kena tukar, sebab kalau lama sangat dia haus pastu nanti kena rumput2 yang tebal macam hutan amazon tu dia dah tak lut dah, bila dah tak lut tu kena la benti dan ganti kabel ties yg baru .. lepas dengor penerangan tu kalo dalam bahasa omputihnye orang panggil briefing hahah, teman dah tak sabo dah nak memotong rumput2 ni, dah meluap2 keseronokan menaji rumput2 yang ada neh, akan teman gondol kan setiap rumput yang panjang2 yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhh, masa tu teman dah menjerit dengan semangat dan teruih nak potong, sekali pakcik tu jerit, wooooooooooooooooooooiii mie, ko ni boleh sabo sikit x, kasut tu ganti dulu, xde orang potong rumput pakai kasut main takraw tu, ni sarung tangan pakai, ni topeng muka pun pakai, plastik sampah ni ikat kan kat pinggang macam pakai kain pelikat, kalo tak nanti seluar ko melekat rumput ngan tanah .. woooo baru teman taw, patut la abang2 tadi dh macam perompak teman nengok hahaaa, pas je teman siap, teman tak sabo dah nak melakukan tugasan pertama ni, tema pun press mesin tu preeeennnggg preengg bunyi nye, menda tu pun berpusing teman acukan kat rumput, waaaaaaaaaaaahhhhh rumput putus, pastu apalagi teman pun hayun cukup2, 1st time wat kerja sambil jerit2 keseronokan hahaaaa, puassssss puaaaaaaaaaaaaaasssssss ..

 hahahaa, macam ni le rupa teman masa tu nak kabo, ni pun gambo ehsan jek, masa koje tu x sempat pun nak begambo, dia punye paneh laaa toksah cakap, spek mata memang kena pakai, baru la tambah seri sket, waktu untuk koje ni x lama sangat pun, dari pagi sampai tengah hari jek, lepas tgh hari tu dh leh balik dah, xtaw nape, ada juga teman tanya pakcik nape xwat sampai petang, pakcik tu cakap ni memang undang2 pemotong rumput sedunia, mesin yang kita galas tu x leh lebih dari 5jam, bahaya tuk kesihatan tulang, pastu dia senyum, teman rasa mcm teman kena kincing jek ngan dia, tapi xpelaaaa kan, bagus juga sbb pas tgh hari leh teman wat menda lain, yang bes tu gaji bayar secara harian taw, dapat la rm30 sehari , banyak juga tu hari2 leh soping, yang letih nya tu, tempat kita potong ni di bahagi2 kan kawasan nya tuk setiap orang, mula potong kat sini bila abes kang tu diaaaaaa 3-4 kilometer kat depan, nak patah balik kat Van tu bercinta betul rasanya .. mencungap gak laa hahaaa .. hari2 seterusnya kerja teman bawak walkman, memang bes la potong rumput sambil dengar lagu sampai punya la ralit duk potong tu kat kawasan x patut potong pun teman potong, suka makcik2 depan umah tu sbb teman dah tebas sekali lalangnye, xpela keja amal kan .. hayun kanan hayun kiri, sampai tido malam pun mimpi duk menghayun mesin, tapi lepas 3bulan lebih tu teman mintak berenti sebab teman dapat kerja kat kilang kereta, pakcik pun tak halang, dia pun suh teman pegi cari pengalaman lain, mesti dalam fikiran dia fuh legaaaaaaa, budak ni kalo makan astagfirullahalazim .. heheeeeeee, gurau jeeeeeeeeeekkkkk ..

   sedih juga laa kan sbb dh kenal rapat suma kan, tapi terpaksa juga demi pengalaman baru, ada sowang abg ni bagi nasihat pada teman "xpe, perjalanan ko masih jauh mie, teruskan mungkin rezki ko kat situ", fuhhhhhh walopon ringkas tapi sebak juga rasa hati nie, kerja ni jadi 1 kenangan antara kerja2 yang bez penah teman buat, yeaaaaaaaaaaaaaahhh teman penah jadi seorang pemotong rumpuuuutttttttttttttttttttttttttttttt .. nak ucap terima kasih pada Pakcik Man sebab bagi peluang dan bagi gaji pada teman masa tue .. bes bes bes

Saturday, April 9, 2011

Aku , aYaH & vEsPa


 Dedulu ni le motor yang ayah teman pakai , vespa 150 ni haaa , masa tu teman kecik lagi le dalam umur 5 tahun nak masuk tadika dah pastu , ni bukan la vespa ayah teman , gambo ni teman amik dari pakcik google hahah , tapi ni le lebih kurang bentuk nye cuma ayah teman punye dulu tu warna merah tempat duduk nye putih , dah macam bendera singapore tu kalo menengoknye dari jauh ..

 masa kekecik dulu ayah teman rajin bawak teman ngan akak jenjalan , akak teman duk belakang pastu teman lak duk berdiri kat depan tu , siap pakai spek mata renang tu bediri kat depan , xnak mata masuk habuk hehee , tapi moto ni 1 je le penyakit dia , setiap kali ayah teman nak hidupkan enjinnye , separuh mati teman nengok ayah teman duk tendang2 kick stater tu .. haaaaiiiiish kesian , tapi bila dh dpt hidup tu xde masalah dah , memule je , biasa la barang antik kan .. bila dah hidup tu teman memang suka dengor bunyi dia nih , treeenggg treenng tenng trennnggg , ha lebih kurang tu le bunyi nye nak kabo kat deme sume ..

  motor vespa ni ayah teman selalu citer , dia kate vespa ni berat sebelah , kalo nak bawak kena betui2 , badan kena berat kan belah kiri sebab enjin dia ada kat belah kanan tu .. patut la kalo teman naik ikut belah kanan menjajau2 ayah teman nak menahan motor tu , macam nak tumbang dibuatnye .. macam biasa kepala kena tekeh la pastu sebab tak ikut arahan hahaa .. teman nengok bila nak bawak pun seksa juge le , sebab gear dia kat tangan tu haaa , tarik clucth pastu nak masuk gear kene peletok tangan ke bawoh , pastu nak masuk gear 2 lak kena peletok tangan ke atas sehingga la ke gear yang seterusnye , bila nak benti udoh jenuh nak peletok tangan nak turun kan gear keletuk keletak bunyinye ber iringan sekali dengan bunyi pegelangan tangan , chhhoooiiiiiiiiiiiiii punye le payah , tapi ayah teman cakap itu la gayanyee , ni le yang membeza kan motor Vespa ni dengan motor2 lain ..

  kalo pegi mana2 teman memang suka le bediri kat depan tu , fuh ni nak kabo perasaan bila ada kat depan tu , memang bes tak teperi le , rasa macam kita yang bawok motor tu , tak tipo punye , sapa yang penah rasa mesti tau perasaannya , penah sekali tu nak balik umah atuk kat kelang , yang teman heran tu sesampai je kat umah atuk teman tak berselipar , ayah teman tanya le , " haaaih , mana selipar kamu nie , tercicior ( cicir ) ke " , rupa2nye memang dari tadi teman tak berselipar , punye le seronok teman teruih lari jek naik motor hahahaa .. emak teman geleng kepala nengok perangai teman , macam ne dia tak perasaan yang teman berkaki ayam .. lagi 1 vespa ni ada tempat simpan barang taw kat belah kiri dia tue , luas juge le ruangnye , setakat nak isi baju ujan ke , botol ayor ke kan .. kalo mak ayah teman g pasor tu , kat tempat teman selalu bediri tu memang penuh la wat letak sayor ngan barang lain , tu pasal bila diorang nak pegi pasor tak penoh nye nak ngajak teman ..

 bila dah besor ni dapat le sekali teman cuba bawak vespa ni , tu pun kawan teman punye , tu yang teringat ayah teman gtau tu yang motor ni berat sebelah , teman pun x sabo le nak cube kan , nak taw betul ke idok .. sekali dah bawak tu , fuuhhhhh baru le teman taw , memang betoi pun , bengkok badan dibuat nye , masa turun tu bede'eh le juga pinggang nie .. baru le teman dapat rasa apa yang ayah teman rasa masa bawak motor ni dulu .. mengagau juga masa mule2 teman cuba bawak , rasa macam nak tumbang laaa .. haa masa teman kecik dulu , kucing teman si tompok tu pun suka tido kat tempat letak kaki motor ni kalo ayah teman tak kemane2 .. teman pun suka juga memanjat motor ni , duduk atas kerusi tu pegang hendle dia pastu berangan macam teman yang bawok sambil mulut duk preeeaattttt preettttt mengajuk bunyi motor ni .. bila masuk tadika tu ada kesempatan ayah teman akan nganto teman , masa tu teman tadika kat tadika kemas bomba kat seksyen15 tu .. kira teman paling macho la sebab datang ngan vespa , sesampai je terus lompat turun ngan penuh gaya , pastu mcm biasa ayah teman hadiah kan 1 sekehan kat kepala sbb terlupa nak salam tangan ayah teman , hahah excited nak g belajor ..

  tak lama pastu ayah teman juai motor ni kat kawan dia , ayah teman angkat motor lain lak , masih lagi model antik , ntah apa nama ntah lupa dah , Triumph 80cc tak silap teman , peeehhh motor ni lagi puaka laaa , macam2 hal , yang tu nanti teman ceritakan dalam episod seterusnya yek .. haaaaaaaaa , lapo lak , nak masak jap .. chooooooooooooooooooooooooooooooooooooiiiii

Tuesday, April 5, 2011

KeNanGaN bErSamA VidEo gAmeS ZamAn DeduLu

   fuh , ini le dia menda yang paling teman suka masa kekecik dulu , haaaa apa lagi kalo bukan main video games , macam zaman skarang ni games dah banyak berubah , skarang ni zaman sony playstation , Xbox ngan games2 Pc tu , skarang punye games ni suma dasat2 le , ni nak kabo kalo pemandangan nye le dah rupa macam bebenor tue haa , idok le macam games dedulu tu kan , nampak petak2 kotak2 je , pokok pun ada rope je le hahahaa .. skang ni lain la , tahap grafik dah cukup bagus sejajar e dengan teknologi yang ada skang ni ye x .. teman pasti ramai yang ada video games kat umah dedulu kan , jadi mesti le ingat kenangan ni , jadi mari kita ingatkan kembali  memori supaya ianya sentiasa mekar berada dalam ingatan kita .. ecewaaah sejak 2menjak ni ayat bukan main lagi , hahaaaa poyo je ye kan ..


ahaaaaaaa , ni le dia rope bentuk video games nie , teman ada lagi simpan kat umoh model ni tapi idok taw le sama ada elok lagi atau x , rasa macam dah layak simpan muzium jek , teman ingat lagi ayah teman belikan menda ni untuk hiburan keluarga , masa tu teman baru je naik darjah 2 .. masa teman memula tengok menda ni agak heran juga , apemenda ni pelik bebenor nengok nye , sekali ayah teman pasang kat Tv , tu dia , teman laa orang pertama yang menjerit kegembiraan sbb baru taw menatang tu lah video games yang sering diperkatakan sebelum ini .. tapi kalo ada menda ni je x guna juga sebab mendalah ni perlu kan katrij baru la games2 tu leh main heeee ..


ni laaaaaaaaaaaaaaaaa rupa katrij games tu , kena cucuk menda ni kat
badan bahagian tengah2 konsol games tu , kadang tu kalo baru2 beli sekali cucuk je dah ok dah kuar suma gambo2 nye tapi kalo dah lelama tu kan kadang tu x kuor2 gambo nye , haa kalo jadi macam ni selalu nye kena la tiup atau hembus angin kat katrij tu , seksa weeeeeeeeeeehhhhh .. kalo x buat rope tu alamatnye berkotak2 le gambo yang kuar .. masa ni memang menguji kesabaran la .. silap2 mau katrij tu melekat kat dinding rumah .. marah punya hei ..

Super Mario Bross
Games pertama sekali teman penah main dengan begitu seronok dalam hidup , teman rasa ni le game paling terkenal masa awal 90an dulu tu , dia ni ada 2 adik beradik , dia nama Mario pastu adik dia nama Luigi .. games ni yang paling mencabar la masa tu , ada 8 stage semuanya dimana setiap stage ada 4bahagian .. kita leh lompat , lari pecut , pecahkan batu , makan cendawan tuk kuat & macam2 lagi la .. games ni juga teman berjaya abeskan sampai peringkat akhir masa darjah 2 , yeaaaaaaahhh hasil nya amat memberangsangkan iaitu ujian penggal pertengahan tahun teman dapat no.3 dari belakang .. cantieeeeeeettt duk ada .. tapi lepas tu teman janji kat ayah yang teman akan main bila dah abes wat ulangkaji , yo yo o je tue , mula2 jek pastu ntah mane2 pegi ulangkaji tu duk asek ulang main games je ..
super mario ni bila kita dah bawa sampai ke stage yang last tu , memang mencabar le , teman pun berapa kali kandas taw , sebab istana yang penghabisan ni dia macam kota sesat .. berdenyut gak kepala duk trial and error je , haaa sapa yang tak penah main ni teman nak kabo , masa ni kena la bawak besabo kalo nak menang .. ok bila berjaya lepas kita kena bertarung ngan Naga raksasa yang last tu , mak aaai punye le besar , korang kena ngelak api yang kuar dari mulut dia , pastu lari sekuat hati , roboh kan jambatan dan akhirnya dapat la peluk Tuan Puteri anak Raja yang kita nak selamatkan tu ..dulu masa kecik teman terpikio juga , nape la naga ni g culik Puteri raja tu , sebab dedulu xde gtaw kisah pun , tau2 bila mula main kena selamatkan puteri .. pasal games ni juga teman suka melompat2 dan berlari pegi kesekolah , hahah sihat kan perangai .. apapun games ni memang bes , skang ni ada versi2 baru seswai ngan teknologi sekarang , penah gak teman main tapi x sebes yang lama ni , lebih klasik dan artistik ..

                                                                    Contra
yeaaaaaaahhhh , sapa yang minat lasak , tergolek sana sini , tembak membuta tuli , lari dikejar bom , lompat sambil menembak , jalan meniarap , jatuh sungai dan bermacam lagi aksi liar , ini dia wadah yang di tunggu2 , game ni boleh dimainkan secara berdua sekali jalan , orang putih kata tagteam , ini membuatkan kita dapat bekerjasama dengan pasangan kita sebaik mungkin , lebih mudah mengatur strategi , boleh membina semangat kengkawan yang tinggi tapi kalo kalah mau bertumbuk gak le , ayat yang selalu kuar " kau laaa ni " "apalak kau laaaa watchaaaa " , selau adegan ni akan berlangsung secara langsung kat ruang tamu umah hahaa .. teman selalu main games ni dulu ngan abang sedara , tapi kami main yang edisi istimewa , dia lain sikit sebab dibekalkan ngan 30nyawa , kalo yang biasa 4nyawa je , macam mana nak tahan sampai stage32 tu .. susah taw ..
games ni kalo 1 pihak dah kehabisan nyawa dia leh pinjam nyawa kawan tu tuk hidup kan diri dia balik , tapi kalo asek pinjam jek alamat nya memang kena ketuk la kapla , yang bes nye ada pelbagai jenis senjata di sediakan , macam laser , mesingun , peluru pusing2 ( teman x suka betul yang ni ) , megaload ( haa yang ni bes sbb peluru dia beselerak , senang jek kalahkan musuh ) .. games ni kita kena peka dari segi masa , sebab sumanya melibat kan masa , jarak lompat , menentang musuh .. baru deme taw yang masa tu emas bukan ikan emas yek .. games ni ketua dia semua alien taw , memang seram , stage akhir nnt tu kita akan dibawa ke pulau dengan helikopter , pastu apa lagi , kasi tembaaaaaaaaaakkk laaaaa !!!!!! terr tteerrr ndeerrr teee treettt trettttttt teerrrr ( bunyi menembak , sama x hahah )

Pacman
ni games memang xde nak cakap banyak , senang je modus operandi dia , makan dan lariiiiiiii ( eat & run ) , kome sume kena abeh kan bintik2 yang menyala tu sambil dikejar oleh hantu2 tu , tapi bila dapat telan bintik yang besor tu , haa deme leh kejar leh hantu2 tu ngan makan diorang sekali .. memang bes kejar atas kejar .. tapi teman sampai skang main games ni lepaih sampai stage 5 jek , apa ke susah bebenor nak abes kan haaaaiiissshhhh .. kadang tu sampai menyirap2 le darah di buat nye .. mak teman paling pantang kalo teman men games ni , sbb bunyik dia tu cenggini " kuap kuap kuap kuap kuap" sampai le abes hahahaa ..

Dongkey Kong Junior
games paling murni dan indah bila main , seekor anak beruk yang perlu menyelamatkan ibunya yang dijadikan tebusan gara2 memakan pisang abes segantang .. game ni senang juga , hanya perlu panjat dan mengelak halangan2 yang .. teman kesian tengok anak beruk tu , meku seposen jeeeekkkkkk , bejalan pun bede'eh2 , game ni langsung xleh pecut , deme tekan le sampai tenggelam butang2 kontrol tu macam tu jek lajunye .. gemes ni memang ringkas sebab ada 4 stage jek , seswai le tuk kanak2 , xde le tekanan sangat nak main ye tak ..


Bomber Man
Seswai sangat tuk orang yang sukakan letupan , kaki bom dan juga pengebom , hampir2 games ni di senarai hitam kan sebab banyak melahirkan pengebom2 yang berdedikasi tuk letupkan tandas2 sekolah ketika kawan tengan sedap melepaskan hajat , hampeh toi perangai ..
ni games paling bnayak stage , teman pun x abes2 main masa kekecik dulu , dah sampai stage 40 pun x abes2 lagi , gila betoi pereka games ni , dia nak kita bersawang ke apa kat depan telivisen tu choooiiii .. games ni jenis terkepung , kita perlu meletuop kan dinding2 dan memerangkap musuh yang asek kejar kita ,

xdelah susah mana pun , hanya letak kan bom dan tinggalkan jauh2 ataw menyorok , awas jangan sampai ter bom diri sendiri , amatlah padah sekali hasilnya .. sambil2 letuop kan dinding tu , ada dinding2 yang menyimpan kuasa2 tuk kita perolehi , seperti leh jalan tembus dinding , leh tambah bilangan bom dan juga kuat kan ledakkan bom .. kalo x tu bom yang meletuop tu ciput jek , bila dah abes menghapuskan raksasa yang mcm bentuk gasing tu nanti akan terpacul la pintu untuk kita keluar ke stage berikutnya .. yang tension nye tu ntah bila2 nak abes dah , itu jek


Tetris
hahahaa , games ni penah jadi kegilaan ramai x kira tempat teman rasa dulu , dari konsol sampai le ke brick games yang boleh disimpan kat dalam poket tu , masa tu bebudak depan umah siap pegang brickgames sowang 1 , yang xde kena tunggu giliran lee jawabnye .. games ni terbukti menguji tahap IQ kita , cemmane nak susun batu2 yang jatuh tu dengan tersesun mengikut bentuk2 yang diberikan .. mata akan diberi mengikut tingkat batu yang kita dapat cantumkan ..tapi makin naik stage udoh makin laju pulak batu yang turun , haaaaaiiiish x menang tangan teman mana nak susun mana nak tengok batu jatuh lagi , pas abes main tu kengkadang sampai bepinau2 mata .. saboooo je laaa ..

main video games ni kira isi masa lapang la , kebanyakan bebudak laki akan main games ni sampai la mereka besar , teman sendiri pun masih lagi main jika ada kelapangan , skang ni memang giler main games lumba kereta , ye le nak bawak laju2 atas jalanraya betul teman x berani , haa dalam games ni leh kita lenjan betoi2 .. selamat pun selamat ye x hahaa .. untuk hiburan memang bes tapi jangan sampai tahap obses laa duk ngadap jek , apa koje pun x jadi kang .. haa mula la nak ceramah ni , chow laaaaaa ..


Monday, April 4, 2011

BULETIN JAM 10 SUKU - SehaRi BeRsaMa SupErHerO 1

DARTH VADER


 Baru baru ini pihak kami telah pun mendapat liputan berbayar dari penaja untuk membongkar rahsia kehidupan Super2 hero yang ada di dunia ini , Pihak kami menyambut tugas ini dengan baik seperti kecil tapak tangan air kotak kami tadah kan .. jadi dalam berita kami yang pertama buat julung julung kali nya , kami telah pun mendapat kan Darth Vader yang rata rata masyarakat mengenali watak ini , mari kita ikuti kehidupan eksklusif seharian beliau yang sentiasa jiwa kacau , apa yang kita ketahui mamat ni memang mengalami kehidupan yang sukar hampir setiap hari , beliau tidak dapat makan dengan sempurna , tidak dapat menggosok gigi , dan terpaksa menahan bau nafas sendiri hatta nak minum air pun susah juga .. mari kita terjaaaaaaaangggg !!!!!  hennnshh hennssshhhh ( bunyi napas trademark tuan punya badan )

  setelah lama pihak kami mengesan dan mengekori mamat ni , akhirnya kami berjaya membuat rundingan dan berbincang sekaligus menyatakan hasrat ingin membuat sedikit dokumentari tentang kehidupan beliau , ketika di temui beliau berada di supermarket MyMydin membeli 2 botol air Coke , beliau berkata yang beliau telah lama tidak menikmati kesedapan air coke ni , kesian juga kami melihat beliau teketar2 mengeluarkan duit syiling untuk membuat bayaran , lebih hampeh bila pihak kami terpaksa menambah jumlah tersebut kerana beliau wang beliau tidak mencukupi ..

 dalam perjalanan pulang , beliau ada menceritakan tentang permasalahan beliau setiap hari dengan nada yang sayu dan tersangkut2 , kami faham keadaan beliau kerana bercakap menggunakan litar elektrik sebagai ganti bunyi suara , beliau memberitahu pada setiap pagi beliau seringkali berasa berkecil hati tatkala setiap kali ingin memberus gigi .. ni belum lagi makan nasik taw kata beliau .. jurugambar kami menahan ketawa takut2 kalo ditetas leher menggunakan pedang pusakan beliau , hee eeh tau takut ye ..
berikut adalah sesi diolog beliau :

- " hhhmmmmppppk , lagu mana le teman nak beruih gigi ni haaa , kecik ati teman tawww , menci toi "

ini pula gambar beliau ketika mengamuk meminta nasi tambah di Warung Makcik Munah ..

- " woooiiiii munaaaaaaaaahhhhhh !!! nasi tambaaahhhh akuuu manaaaaaaaaa aaaarrrrr !!!! cepat laaa aku lapaaar nieeeeee .. kau ni bagi aku hangen 1 badan laaaaaaaaaaaaaa !! ..

kami lihat beliau masih lagi tenang walopon api kemarahan sudah dapat dilihat , padan la dengan diri beliau yang digelarkan Raja dari kehidupan yang gelap .. 




D.V : " diorang ni kita tak boleh biar kan , kita minta nasi tambah dia tak hantar2 , ni yang aku panas 1 badan neh , nanti le aku sampai jap g taw le aku nak wat apa heeeennsshhhhhh heennsssshhhhhhh , korang suma ikut aku rapat2 , apa yang aku katakan jap lagi korang angguk aje taw !!!! heennnshhhhh " ..

Askar : " bayeeeeeeeeeeeeeeeekkkk bosssssss , kita ni nak g gerai makcik maimunah ke "

D.V : " haaaaaaaaaa laaaaaaaaaaaaaaa , mane lagi cepat kiri kanan kiri kanan kiri kanann "



D.V : " cepaaaatttt , aku bagi 3 saat , serah kan nasi tambah akuuuuuuuuuuuuuuuuuu !!! kang aku tembak kang taw laaa "

Orang tengah terbaring kat belakang : " apa gila ke mamat ni mintak nasi tambah kat bank , giler giler giler "





D.V : " haaaaaaaaahhh , ko laaa makcik maimun kan kan kan .. nasiiii tambaaaaaaaaaaaahhh aku manaaaaaaaaa  , ko punya pasal sampai aku tersilap masuk kedai tadi  !!!!! 

askar : " yeaaaaahhh steady bos steady, gerekkkk sehhh gereekk , hantam lagi "

D.V : " amboi ko batu api yeeeeew "

M.Munah : " ko ni dah gile apa , nama aku munah laaa bukan maimun "

D.V : " aaaaahhhh , x kira la maimun ke , timun ke , munah ke ... nasii tambah aku manaaaaaa !!!! "

D.V : " ko x takut ke , askar aku rami taw , suma lapar nasik , yang ko kedekut sangat nasi tambah kenapa , meniaga nak untung jek .. askar2 suma , dah jom kita blah , kita pegi supermarket lagi bagus , kita beli roti heeeemmppk heensshhhh "

Askar : " baik bosssssssssssssss "

D.V : " aikkkk , korang ni xde ayat lain ke , sama jeee ayat nye macam perenggan di atas tadi , dah dah bederaih semua , makcik maimun ,  ko pasti menyesal sebab mempermainkan raja kegelapan huuusshhhh hussh "

M.Munah : " wooooooooi sentulllll , nama aku munah laa bukan maimunnnnnnnnnn !!! giler "

D.V : " ada aku kisahhh , mentimun "


hah , ni la dia lagi 1 perangai beliau , dalam perjalanan tu di ternampak 1 taman permainan , lalu kami pun berenti sebentar sebab dia nak cuba main buaian , tak pasal kesemua askar begilir2 menolak beliau bermain buaian ..

D.V : " ahaaaa , tolak laa laju sikit , awatnya hangpa ni x makan kaaaa "

Askar : " baikkkk bossssssssss "

Pihak kami rasa askar2 ni memang tahu perkataan ini je sepanjang kehidupan mereka , patut la mereka ni askar yang betul2 taat perintah dan setia menjalankan tugas , hampir 2jam juga kami menunggu , mengalahkan budak kecik ..

D.V : " ahaa cik , tolong kira berapa suma harga roti ni yeaa "

Cik : " sekali bayar ke asing2 "

D.V : " sekali semua "

Cik : " semuanya Rm 78.35sen yeee "

D.V : " aaaaaaaaaaaaaaikkkk , apasal tadi kira harga lain skang ni harga lain lak ni aarr , alamak tak cukup duit , wooooiii koraaanggg , ada duit x , cepat tambahhhh !!!  "

Askar    : " baaaaaiikkkk boosssssssss " ( sambil mengorek2 duit beserta habuk dalam dompet )
Askar 2 : " Ada ke duit nye man , Aku rasa dh 5bulan dia x bayor gaji kita , haiiisshhh haru haruuuu" ( cakap dengan nada berbisik )


itu lah dia serba sedikit kisah yang terjadi , selepas kejadian tu beliau nampak sedih , sambil menghisap rokok beliau becerita pada pihak kami , " aku bukan x amik berat pasal askar2 aku , tapi korang pun taw kan aku ni pun kekadang sesak juga sejak bumi aman ni , kami dah lama tak berperang , kami suma dilahirkan tuk beperang , tu lah kerja kami , tapi bila keadaan dah aman damai cenggini kami jadi runsing , kusut , hopeless , jobless , hilang punca mata pencarian , kalo beperang tu mana musuh yang kami tewaskan tu dapat juga le mengepow sikit2 duit dompet mereka " , sedih kami mendengar nya , bertambah sedih lagi rokok yang di hisap oleh beliau tidak dapat di sedut dengan sempurna ..


walopon beliau seorang ketua dalam angkatan tentera yang jahat , tapi beliau juga ada hobi yang murni iaitu membaca bila ada masa yang kelapangan , ini terbukti apabila pihak kami di bawa ke bilik beliau , memang kelihatan banyak buku2 serta novel2 koleksi beliau yang masih baru kulit buku nya , macam tak penah pegang dan bacaa jeeeeeeekkk , itu cuma anggapan kami , tapi mungkin beliau seorang yang sangat berhati2 ketika membaca buku ..

D.V : " adoooi aku wayang je ni pegang buku ni , nak amik gambo le katakan ehehee , ntah apa la buku ni mengarut cerita , tongkat ajaib la , penyapu terbang la ptuuuiiihhhh " ( kata beliau dalam hati ) ..



akhirnya setelah beberapa bulan kami merakamkan kisah beliau , beliau telah membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman nya , sebelum itu beliau dengan jayanya telah memberi taklimat motivasi pada kesemua askar2 nya , dengan saranan pergilah bekerja , kerja lah di kilang2 , kedai bunga ke , pasaraya ke , tidak usah lagi kita suma menunggu perang kerna bumi kita telah aman damai , selepas selesai je taklimat yang memakan masa 3hari 2 malam itu beliau pun bersalaman2 dengan askar2 nya , begitu la kasih sayang yang begitu akrab dari seorang ketua terhadap anak2 buah nya , pihak kami juga turut merembeskan air mata melihat situasi ini .. lantas beliau terus memikul 2bagasi besar lalu kami mengikut beliau untuk pulang bersama Feri .. Kerana menghormati kreadibiliti kami sebagai wartawan , beliau membenarkan kami meneruskan liputan tentang diri beliau .. kami mengucap kan terima kasih , tapi rupanya kami tejerat , patut la dia benarkan kami ikut , ni suma sebab beliau takde duit nak bayar tambang feri .. hampaaaih betoi mamat nie ..


Keesokkan harinya , kami begitu terkejut dengan penampilan baru beliau , beberapa kali kami mengesat mata , terkebil2 melihatnya .. beliau kelihatan begitu segak dan bergaya .. beliau terus berkata pada kami 

D.V ; " mulai dari hari ini , aku nak jadi usahawan berjaya macam dR . Rozmey , aku akan hasil kan produk yang baguih tuk syarikat aku yang di beri nama Kaki Kapor & Lesap Sdn Bhd ..

teruja dengan kata2 beliau , lantas kami memberi kan tepukan gemuruh dan selepas itu beliau meminta rm200 dari kami untuk memulakan perniagaan , hadoooiiiii terkena lagi kami .. kalo dah ketua askar jahat tu memang xleh ubah dah kot perangai nye ..






selepas lama juga menanti , ini lah dia produk syarikat beliau , sebuah patung mainan yang berkonsepkan diri beliau sendiri , cukup comel dan jualan nya seperti goreng pisang panas berhampiran stesen Komuter seksyen19 shah alam .. produk ini bukan sahaja comel , tetapi memiliki ciri2 seperti jam loceng , peranti serangga di mana ianya mengeluarkan 1 jenis frekuensi menghalau serangga dan pepijat , pedang yang tekeluar tu pula boleh di gunakan sebagai penyedut air minuman .. setelah melihat kejayaan demi kejayaan yang di kecapi beliau , kami pun meminta untuk mengundur diri , kami pun bersiap2 dan ingin berangkat pulang ..







puas kami mencari beliau , ntah kemana2 pula pergi nya , kami takut pula terlepas feri yang akan di naiki sebentar lagi .. rupanya beliau sedang asyik mandi ketika itu , sempat juga wartawan kami mengambil gambar kandit 

D.V : " Wwoooooiiitt , kot ye pun nak salam tunggu la aku abes mandi dulu , macam bedebah je kan perangai korang , chhoooOooiiiiii " 

selepas itu kami pun berangkat pulang dengan senyuman penuh terukir di wajah , tidak kami sangka seorang ketua pasukan askar yang dahulu nya jahat , penuh dengan hasat hati yang hitam , sekarang ini mampu menjadi usahawan yang berjaya .. kami pulang dengan penuh makna , akan kami buku kan kisah ini supaya ianya menjadi teladan generasi akan datang .. itu la angan2 kami semasa mengelamun di dalam feri di tiup angin bayu laut yang enak .. selepas itu kami tidak mendengar kabar berita berbulan2 dari beliau , dengar cerita makin sukses ..

  akan tetapi , baru2 ini kami telah menerima gambar tebaru dari pembaca setia merangkap penyiasat kami , 1 footage yang mengemparkan , gambar ini telah di kirim kan oleh Wan Majorno bin Wan Majerin kepada kami , ye memang kami kenal sekali , beliau ialah darth vader , agak x senonoh ketika gambar ini di ambil , al maklum la jurugambar amatur la katakan , gambar ini diambil ketika beliau baru sahaja kuar dari melepaskan hajat , kami tekejut juga kerana beliau mengenakan semula pakaian lama beliau semasa menjadi kepala tentera dahulu .. disebabkan gambar ini , unit kami bergegas semula untuk mengekori beliau , adakah ini strategi baru perniagaan beliau yang makin maju ..


Setelah sampai di tempat kejadian , kami suma terduduk melihatnya

D.V : " makcik Munaaaaaaaaaahhhh , Nasi tambah aku manaaaaa RroooooooooooooooAAaaAAaarrrrr !! manaa nasi tambah kamiiii grrrr Gggrrrrrrrrrrr grr !!!

Askar : " yeaah steady boss steady , itu yang kami mahu wuhuuuuuuu ..

laaaaa , x abes2 lagi ke .. kami ingat dah jadi baik , rupanya beliau masih lagi mempunyai hati yang hitam , kami pun malas nak amik taw lagi , lantak pey lah dia , buang karan sungguh rasanya mendokumentarikan kisah seorang raja kegelapan nie .. sekian lah dulu kisah ini , dengar cerita sekarang beliau kembali beperang dengan askar2 nya untuk menawan sebuah kilang pemprosesan serbuk belacan di Melaka .. layan kan aje ye  -  Hasan Miskun