Thursday, September 15, 2011

ULasAn FiLem CiNta TerheBat TahUn iNi


    Sebuah lagi Filem Komedi Cinta akan ditayangkan pada musim luruh nanti, hasil arahan pengarah terkenal yang pernah terlibat dalam Filem HITCH yang semestinya mencuit hati penonton lakonan oleh aktor Holywood terkenal Will Smith dan Eva Mendes, tapi kali ini beliau mengambil langkah berani dengan mengabungkan aktor terkenal Jenifer Aniston bersama Hero jiwang terkemuka dari Asia iaitu Remie Deen yang sebelum ini memang tidak dikenali sangat kerana selalu berlakon dalam drama-drama swasta berbajet rendah dan ciput. Sudahlah bajet ciput, sessi bergambar tepi kolam dengan majalah Mangga yang selalu mempamerkan pelbagai bentuk mangga-mangga artis wanita tanah air pun tidak pernah sekali diundang.
   
     Filem yang diberi tajuk "Abang, marilah berbuka puasa bersama" ini telah dibuat pengambarannya dalam bulan puasa untuk mendapat feel dan kesan yang mendalam pada aktor-aktor yang terlibat. Ternyata mereka tampak profesional menjalani pengambaran walaupun keadaan panas terik mengcengkam jiwa. Filem ini mengisahkan sepasang kekasih yang sering bertelagah ketika berada di bazar ramadhan kerana tidak sependapat dalam memilih menu untuk berbuka, filem ini memang membesar-besarkan hal yang kecil sesuai dengan budaya bangsa kita umumnya. Jalan cerita ini amat ringkas kerana dari awal kita hanya akan menyaksikan babak watak utama dipujuk oleh kekasihnya yang asyik merajuk kerana masih tidak ketemu penjual karipap sardin yang boleh menambat citarasa beliau. Beliau sanggup berjalan jauh dan dek kerana perasaan yang amat risau Markonah ( nama watak yang dilakonkan oleh Jenifer Aniston ) sanggup menggari pegelangan tangannya untuk mengikut kemana sahaja kekasihnya pergi. Filem ini banyak menerapkan nilai-nilai positif seperti menunjukkan rasa tolak ansur, kerjasama, kepercayaan, toleransi yang sepatutnya ada pada setiap pasangan bercinta di muka bumi ini.

     - akhirkata filem ini berjaya membuatkan penonton-penonton yang keluar dari panggung dalam keadaan sebak, pilu malah menyesali kekasaran-kekasaran yang pernah dibuat pada kekasih, teman baik, sahabat mahupun keluarga. Ada juga yang saling bermaaf-maafan kenalah dengan keadaan yang masih dalam bulan syawal ini. 

Rating : 3 / 10 ( jalan cerita bagus dan berkesan tetapi Hero tidak tampan, ya adooor jeerrr )


Tuesday, September 13, 2011

UlaSan FiLem-FileM BarU di PawAgaM


     Ahaaaa, ni teman nak ulas Filem terbaru yang akan ditayangkan pada tahun lepas. Satu lagi produk atau franchais dari filem jenama Xmen mengisahkan ketua penjahat bernama Pak Nikto@Besi Berani yang bermusuhan dengan Profesor X, Filem ini sedikit sebanyak banyak menyentuh peribadi watak utama dalam kehidupan seharian beliau Sebagai seorang pengusaha jualan Nasi beriani gham di Batu Pahat. Kisah ini bertitik tolak bermula selepas kejadian Profesor X mensabotaj sekawah periuk nasi Pak Nikto dengan menabur serbuk besi berani ke dalam nasi beriani, berikutan perkara ini seisi pelanggan yang membeli nasi pada hari itu telah pun bermutasi, balik rumah jek pegang sudu, sudu melekat, pegang cerek, cerek melekat, pegang seterika, seterika pun melekat, yang lebih jenuh lagi ada yang melekat di pintu tandas, tak ke aib namanya tu kalo perkara tersebut terjadi di tempat kunjungan awam, pendek kata apa yang ada kaitan dengan besi sumanya pakat melekat.
   
    Mereka yang menerima kesan mutasi ini pada mulanya agak susah untuk meneruskan hidup tapi lama kelamaan mereka menjadi glamor pula kerna sering dicari-cari oleh akbar tabloid mahupun rancangan telivisen tak ketinggalan juga rancagan popular rakyat iaitu Majalah3 untuk merakamkan keunikan dan kelebihan mereka, ada juga yang menggunakan kelebihan ini dengan memasuki program realiti TV, ada juga yang bekerja dengan pasukan sarkis serta membuat persembahan perseorangan di bahu-bahu jalan. Dengan perkembangan positif yang pesat inilah dendam mula tersemat dihati Profesor X. Lalu beliau merancang pula untuk menabur serbuk besi tak berani, tapi alangkah bodohnya beliau kerana besi tak berani tidak pernah wujud di dunia ini.
   
    Pak Nikto pula telah mencipta 1 Helmet supaya Profesor X tidak lagi dapat membaca fikiran beliau, ini kerana Profesor X sering mencuri idea perniagaan beliau, tidak lama selepas itu Pak Nikto mewujudkan 1 kumpulan manusia-manusia mutasi dan dengan rasminya menggelarkan diri beliau sebagai Besi Berani . Mereka-mereka inilah yang banyak menaikkan nama kumpulan ini ke persada dunia, mempromosikan Nasi Beriani ke seluruh dunia, perniagaan berkembang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Sekarang ini mereka semua telah pun menjadi jutawan manakala Profesor X pula semakin merosot daya pencapaian sehingga mahu menyelesaikan masalah Matematik yang mudah pun sukar bagi beliau.
   
    -jadi teman rasa moral dan tauladan cerita ini jangan dengki mendengki dan berprasangka buruk, wajah yang jahat belum tentu jahat, usaha tangga kejayaan. Walopon jalan cerita ni agak sengal terlompat sana terlompat sini plot ceitanya tapi teman rasa ianya berbaloi dengan gantian wang ringgit anda ( phhuuiiiii, padahal editor melalak depan konter tiket mintak wang dikembalikan sebab sangka filem aksi tapi rupanya filem Beriani Gham hahaaaiiih )  - 0/0 takde bintang, nak bintang ketuk kepala sendiri ye sampai nampak bintang

Monday, September 12, 2011

SkeTsa SenGaL FiLeM 300 .. ( di balik tabir selimut )

-dialog berdasarkan nombor yang disediakan.
  1. " eyyyhhh man, ko dah bayar ke installment kereta ko bulan lepas, si cepoy cakap ko dah 3bulan sangkut tak bayor".
  2. " haaaiissshhh kamu neh, mana kamu dapat cerita neh, setau aku 4bulan, haaa tu pasal le aku turun pegi perang neeehh xde le bank mencari aku kat ghumah ye dak ehe ehe".  
  3. " guano demo nim, ore sumo nak g pera demo lari hute pulok, len kali kawe nak ghoyak nim, sebelum g pera utang kasi jelah dulu, baru molek peribadi tu yew".
  4. " oooiiiiit awe, kecoh laaa ko, orang tengah kecut telur ni ko leh la bagi ceramah, aku lesup kang dahi tu tau laaaa, phhuuuiiiiii".
  5. "tuan.. !!!! gua dah goyang ni, tengok kat depan tu punyeeer le ramaaaaiii yang nak kokak kita neh, kompom ke kita leh menang nieeeeeeee.. !!!!
  6. "ko ni apa punye tuuurrrrr laaaa, sesia je jadi orang kanan aku. ko buat-buat bengis je laaa, nanti diorang gerenti takut, ko tengok dolmat kat sebelah ni, selamber papa je wat muka tahan berak, kagum pulak aku melihatnya".
  7. "celah mana muka tahan berak nye tuaaannnn ..!!! aku memang nak terberak sangat dah ni. len kali aku cadangkan kat medan perang kena sediakan tandas awam, ni tak asek bersepai celah batu jek, susah laaa cenggini kebajikan askar tak jaga rrrooooooooaaarrrr !!!!".
  8. "apolak den terbau bau-bauan yang kurang menyonangkan neh gulpss gulppss".
  9. "cover ensem cover ensem, asal perang je suma laki jek, xde ke awek-awek turun sekali, baru la rancak nak cari jodoh, kata ku di dalam hati yang mulus ini uhuh uhuh".

  1. " woooooooiiiii man, apa lak bini ko wat kat depan tue, buleh lak dia meniaga biskut tam-tam kat sini, fuuuhhhhhhhhh mengiuuuuuuurrrrkan laaaaaa ssllrruuuuuuuuuuppss..".
  2. "hek alaaaaaaaaaaaaaaa, macam-macam pulak orang tua neeeehhh. aku sayung jugak dia ni kang..!!"
  3. " hahahah, alaaa relek laaa man. memang cantiek apa bini ko tue .. ko tengok kat belakang ni suma dah minitis ayaq liuq dah .... termasuk la aku huhuh seeerrriuuuppppppsssss ".



macam hareeeeeemmmmmmm kaannnn ....

Sunday, September 4, 2011

Heheee.. Apa jAdi LePas RayA ohoohoooOoo ..


  Heeeee, Assalamualaikum kawan-kawan. Harap semua sihat le lepas raya ni, hari ni saja teman nak kongsi ceghiter le, tajuk ni subjektif la kan, apa jadi lepas raya hahah, teman rasa teman macam belon yang di pam-pam oleh pam angin tayar hehe, senior teman kabor kat teman dia cakap pipi teman dah macam Tupai yang simpan makanan dalam pipi tu, tembun semacam jek. ChoooOOoiii, tapi lepaih tengok kat cermin rasanya betoi juga hahah. Apa nak buat kan, nama pun raya, pegi sini makan pegi sana makan, kang tak makan tuan umoh kecik hati pulak, walopon teman makan sikit-sikit je tapi oleh kerana bilangan rumah yang teman pegi bertandang tu banyak bebenor barulah teman mengakui yang kata ungkapan "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" tu memang berkesan, hasilnya makan sikit-sikit lama-lama perut jadi bukit eheeeee


haaaaa, cuba deme kabor kalo dah rupe ini hidangan yang ada depan mata, fuh tak kan le nak tolak, dengan air liur yang dah menjejeh di tepian mulut tak kan nak tahan je tengok sepupu-sepapat yang lain menghentam juadah yang ada kan kan kan. Petang raya tu teman tengok macam-macam gaya ada oleh sebab kekenyangan melampau, ada yang duk tersandor je kat dinding, ada yang terlangkup bawah kusyen, ada yang tersidai kat lantai umoh atuk teman dan tak lupa juga yang bertongkat dagu dalam jamban sebab perut dah mula memulas-pulas. Macam-macam hey laaa. Apapun raya ni memang sesuatu yang mengembirakan kena pulak selepas sebulan berpuasa. Yang paling seronok kanak-kanak dan orang dewasa pula air mata menitis di tepian pipi hahah.

Ok, selamat menyambut Raya untuk semua kawan-kawan, ingat jaga makan, kalo tak nanti penat para-para Doctor kita nak tulis Sijil cuti sakit ( MC ) tuk kita nanti heeeee .. Selamat Hari Raya AidilFitri, maaf zahir dan batin ..

ssssssssseeeeedaaaaappp kaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnn !!!!!! guuulpppsss



Friday, August 26, 2011

Aar cer cerpen 10 - CahaYa Di AidilFitri

 Semangat dan tekad terpahat kemas di sanubari. Keazaman untuk mencapai keazaman dan kemenangan. Ketabahan dan kesabaran menjadi kunci utama untuk kejayaan yang mutlak
   Itulah dia, tidak ramai yang tahu apa yang sedang begelora di hati Aboy. Sejak hari pertama  berpuasa beliau sudah bersemangat, buat pertama kali dalam sejarah usianya mencapai 25tahun, ramadhan kali ini dilalui tanpa tercemar atau terkantoi sedikit pun.
   Oleh kerana ini, Bob selaku kawan baik telah merasakan angin perubahan yang melanda Aboy. Sejak mereka berkawan, tidak pernah dia melihat Aboy beria-ria berpuasa penuh, Tahun ini lain benar. Tidak pernah rasanya Aboy menolak cabaran rakan-rakan untuk ponteng puasa. Angin perubahan yang melanda Aboy mewujudkan kehairanan sehingga akhirnya Bob tidak lagi mampu menahan perasaan untuk bertanya.
   
   "Aku tengok ko lain macam je tahun ni bro". kata Bob sebagai pembuka bicara, sengaja dia mulakan dengan penuh sopan sempena bulan ramadhan ini. "lain macam mana pulak oiiitt" balas Aboy. Bergetar jantung Aboy mengenangkan bahawa tidak mungkin Bob sudah tahu apa yang terniat dihatinya.
   "entah laaa, ko dah berubah la bro, selalu time cenggini ko dah ajak aku cari nasik, tapi takpelah sebab perubahan ni ke arah positif sekaligus kearah melahirkan generasi cemerlang dan gemilang aku terima" getus Bob dengan ayat gurau berbentuk patriotik.
   Gurauan itu membuatkan Aboy kembang kempis hidungnya walaupun telah cuba sedaya upaya agar perasaannya tidak melambung mendengar pujian sedemikian, akan tetapi beliau cuma manusia biasa, apakan daya beliau dapat menghalang keluasan hidung yang semakin berkembang pesat itu.

   "tahun ni ko macam dah alim sikit berbanding tahun lepas,tahniah aku ucapkan, tapi sebagai sahabat karib aku nak tau gak nape tetiba ko berubah" kata Bob penuh dengan maksud yang tersirat. Dilambung dengan pujian sedimikian rupa mulut Aboy semakin ringan ingin meluahkan apa yang selama ini terbuku di dada. Ternyata sahabatnya itu kagum dengan perubahan ke arah kecemerlangan yang sedang beliau praktikkan.
   "kupu-kupu pun lama-lama akan bertukar menjadi rama-rama wahai sahabatku, inilah masanya yang kita cari untuk berhijrah ke arah yang lebih murni,sudah 24tahun kita berpuasa dengan sia-sia, hari-hari asek puasa halfday,kita sudah dewasa, ini lah masanya wahai sahabat" ujar Aboy, terpegun Bob dengan tutur kata yang seakan ustaz seperti yang selalu dilihat di tv9 rancangan Tanyalah Ustaz. Jelas dengan kata-kata ini menunjuk akan kedewasaan Aboy.
   "aku kagum tengok ko sekarang, apa rahsia nye yang ko simpan dari pengetahuan aku, cuba kongsi sedikit agar kita dapat manfaat nye bersama" kata Bob merayu. Bob ingin juga berubah seperti Aboy, beliau nampak tenang pada puasa kali ini, jarang terjadi, kalau tidak pada tahun-tahun yang lepas beliau lah orang yang seperti beruk kena belacan bila menjelang tengah hari, air liur mula menitik-nitik menginginkan sesuatu untuk disantap, beliau akan mencari jalan untuk ponteng puasa, ingat lagi Bob masa tu Aboy menyamar sebagai kucing ketika menjamah ikan goreng di dalam stor. Betul-betul haru-hara punye perangai. "baiklah, kalo ko beriya-iya nak tahu ko datang jumpa aku di pagi raya nanti" ujar aboy dalam keadaan hidung masih mengembang.

   Dipendekkan cerita akhirnya syawal menjelang jua, Selepas subuh Bob terus sampai ke rumah Aboy, Terperanjaaaattttt Aboy melihatnya. "amboi ko, awalnye ko datang, tok imam pun belum bersiap lagi ko tau tak" telah Aboy pada sahabatnya. "weeehh cepat lah, aku pegang kata-kata ko nie, ko cakap dulu nak bagitau rahsia masa raya pertama nie, aku tuntut janji tu tau" terang Bob. ahaaaaaa, ko tunggu sini kejap aku nak masuk dalam bilik kejap, Aboy pun masuk ke bilik dan 5minit kemudian beliau keluar ibarat seperti seorang model, meliuk lintuk gaya berjalan dengan busana yang dikenakan. "hah, ni la rahsianya kalo ko nak tau, ko ingat tak seluar ngan baju ni, kan kita tengok sama-sama masa sebelum puasa itu hari, kita sama-sama berkenan dan mencuba tapi sebab badan kita macam jentolak korek tanah, jadi suma tak muat, memang aku kecewa masa tu, tapi tanpa pengetahuan ko esoknye aku pegi beli juga, akhirnya dengan semangat aku berpuasa penuh aku berjaya memakai pakaian ini, amacam ko kagum tak ??? " beritahu Aboy dengan bangga.

   Pagi itu, seisi kawasan perumahan mendengar laungan tangisan yang amat sumbang menghias pagi raya, dapatlah jiran-jiran menyaksikan Aboy pergi ke masjid dengan Rim basikal racing melekat kat badan. Bob pulang cukup berang, " chooooooooooooooooooiiiii, setakat puasa dengan niat nak kurus kan badan pastu leh pakai pakaian tu baik tak payah waaarrfff3x !!!!!". Begitulah kisah 2orang sahabat, yang baik kita jadikan teladan yang tak baik kita jadikan sempadan .. heeeeeeeeeeeeee

P/S= dengan kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Pada semua kengkawan, minta maaf kalo ada salah dan silap dalam penulisan yang menyingung perasaan mana2 pihak .. ok jumpa lagi heheeeeee ..

Thursday, August 25, 2011

MeNu RamaDhaN


 IKAN PEKASAM

 Fuhhhhhhhhhhhhh, ni la teman nak ceghiter neh .. ni dia, ikan Pekasam tu pas goreng deme tomes kan ngan bawang kecik tu kan kan kan pastu masuk kan juga sekali cili potong tu, pas siap panas² tu kan kan kan deme potong le limau nipih tu dalam 3-4bijik kan hias jek le kat tepi tuh.. haaa terpulang la kan nak perah lebih ke asam limau nye, hasil dia teman maleh le nak kabo , memang le menyayat hati tu. Sementara nak tungguo waktu berbuka tu suma ahli keluarga dah merembes² air liur menjejeh melihatnye. Tapi masa nak goreng ikan Pekasam ni memang puaka la sikit keadaan nye tu, dapur kita ni akan semerbak le bau nye, macam nak pengsan pun ada, kalo mekeme tak tahan tu buleh laaa pakai Topeng Gas tu ye, dia punye sengat bau tu kadang2 tu jiran tetangga pun lentok dagu di tepian meja. Tapi teman steady, setakat bau dia tu takde hey le bagi teman, selamber pompa jek teman sedut senapas. Bila dah lama² tu dia jadi harum sebenarnye. Deme tak caya deme cube le ye.

  Okeh, hasil dia selepas berbuka tu ikan² ini berjaya ditogelkan isi dari tulang-temulangnye hanya dalam 7.38minit sahaja ( 1 lagi rekod dunia terbaru dalam kejohanan PEKASAM SeMalaysia ). teman berani kabor le, kalo mana² artis ke model ke lalu sebelah kompom x perasan laaaaa. Takde apa dah yang menarik kat dediorang tuh selain Pekasam neh. Menu kita orang melayu ni memang banyak le keindahan nye, teman ni kalo nak ceghiter pasal makan ni mau nye tak abes², udoh² le tu ye kang wat orang len merecik air liur je jap lagi, teman harap mekeme² sume leh le cube rasa sendiri ke buat sendiri ke kan. Pada yang tak penah makan ikan ni mungkin agak tekejut le ngan rasa dia, maca masam² masin payau bedengung sume ada, tapi pada penggemar ikan ni hanya air liur yang menitis menjadi ukurannya, sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeehhhhhhhhhhh..  Hidup PEKASAAAAAAAAAAMMMMM !!!!!!!!! *@%#^^$@@##??@#**

Monday, August 8, 2011

Salam Ramadhan untUk SuMa KawAn - KawaN

   Assalamualaikum, adoiiii lambat teman rasa nak ucap kan Salam ramadhan ni, seb bek x raya lagi hahah .. ok laaa pertama2 sekali teman nak minta maaf la sempena ramadhan ni bulan baik hari pun baik , kalo ada salah silap teman, terlajak kata, tergurau lebih tu harap di maafkan, kadang tu xde niat pun cuma nak wat orang terhibur dan gembira .. teman pun xtaw lah sejak 2menjak ni keadaan agak buzy bebenor, teman pun tgh ada aktiviti stock take and check buku2 kat pustakaan ni.. start pepagi lek petang tu kompom tegolek mcm ayam golek, tapi teman cuba juga la buat sesuatu dengan perkara ini heheee ..
 
  Nanti teman akan paparkan kisah2 di bulan puasa ni, dulu masa teman kekecik memang macam2 hey laaa bila sampai bulan puasa ni, puasa yang-yok tu selalu gak laaa.. pagi sahur, kat sekolah dah berbuka tapi bila lek belakon wat2 penat depan emak kira macam teman puasa laaa hahaaa.. paling jahat tu tido dalam selimut tapi dalam selimut ada Air kotak soya .. haaaiiihh , gila teruk perangai masa tu .. biasa laa bebudak lagi kan, sekolah rendah .. bila kantoi baru la tersedar .. skang ni idok le teman wat gitu dah, umur pun tua ye tak ..

   Ok laaaa, selamat berpuasa untuk suma kawan2 yang teman sayangi, "balik ke rumah masuk ke dapur, jangan kita lupa bersahur" hahah  puasa taw jangan x puasa .. eheeeeeeeeeeee ..