ahaaaaa, mesti korang² semua penah dengar lagu² macam ni kan, tak payah nak kelentong la kalo tak penah dengor kan, teman berani kokak jari la kalo ada mekeme yang tak dengor lagu² rupa macam nie, kat opis ke, sambil bawak kereta ke, masa tengah syahdu ke kan kan kan hahaaaaaaiiii buang lah sifat hipokrit tu jauh² yea, mengaku je la. Lagu² cenggini sedikit sebanyak penah menaikkan industri muzik negara, ada yang menggelarkan genre ni sebagai Slow Rock, ada juga yang panggil lagu Leleh, Jiwang Karat dan paling teman tak tahan tu ialah Tangkap Nangis hahaaaaaaaa, phhuuuuuiiiik ..
Teman mengaku je la teman selalu gak la dengor lagu² cenggini memandangkan lagu² ni kerap kali dimainkan di siaran² Radio tempatan. Takleh nak elak dah, bukak je Radio terpaksa la dengor, banyak juga la lagu² yang berjaya terpahat kat ingatan teman, pedulik lantak apa orang nak kata, jiwang ke, mat syahdu ke, yang dengor nye telinga teman, teman rasa sedap teman layan le, kalo pegi karaoke Box pun ramai juga la yang tak mengaku minat lagu cenggini tapi siap terlentok² bagai menyanyi sambil pegang mikopon, phhuuuuuuiiikk. Lagu² macam ni pada pengamatan teman ianya bersifat santai laa, omputih cakap tu "easy Listening" walaupun kadang² tu ada juga Lirik² yang agak memualkan yang hampir² membuatkan teman berbuih² mulut mendengornya. Hahahaaa, udah meronta-ronta benor liriknya kadang tu meluat juga ye tak.
Inilah dia band pelopor la bagi teman dalam Genre cenggini, Kumpulan DATA namanya, diorang ni kira dah tahap Juara Rakyat la huhuh. Lagu² semua jiwang tahap tergolek punye woooooiiii, teman cakap la kan kalo yang hati jenis keras tu memang pengsan la kalo dengor lagu diorang nie, mendayu tahap dewa, merintih, merayu semua ada, apa yang korang nak tentang kisah duka dalam percintaan, haaaaaa inilah dia pilihan terbaik. Lirik² dia dengan cepat akan meresap ke sanubari, terpulang pada deme le nak menerimanya macam mana. Antara lagu dia yang paling Top Meletuop ialah " Permaisuri", peeeehhh ini lagu memang lentok la, teman penah nyanyi masa kenduri kahwin dulu, bukan nak cakap apa la kan, punye le ramai anak dara yang pengsan masa tue, sedap tu dah sedap dah tapi diorang tak dapat terima hakikat sebab penyanyinya gemuok, phuuuiiik.
Peerrrghhh, kalo tadi tu Juara Rakyat, yang ini pulak membesar bagaikan Johan, kumpulan Scoin. Korang tengok tajuk lagu jek cukup, tak payah tengok lirik dulu, memang jiwang maut tahap menangis airmata 8 tempayan,susah teman nak gamborkan, tu la ayat paling terbaik sebagai gambaran. antara tajuk lagu tak boleh blah dia seperti "yang di sayang sayang", "rindu rinduan jadi kenang kenangan", "Ku menangis kehilangan mu", haaddoiiii amek kome, amacam berani dengor tak yeeooppp !!!! tapi ok jugak la lagu diorang nie, kalo nek kereta ramai² tu pastu ramai² sing along sekali bes wooo. Nak buat hilang stress memandu.
haaaaa yang ni bes, kumpulan A.X.L . tak tau lak apa makna nama kumpulan ni, nak kata ahli nye badan bersaiz XL sorang je pun. Mereka ni meletuop dengan lagu bertajuk " Akulah kekasihmu ", kadang tu kat radio 1 hari ntah berapa kali putar sampai terhafal lah lirik hahaaa. Cuma pembawakkan dia takde lah mendayu sangat, ada la sikit² style Rock tu.
haaa ni antara yang paling jiwang la, banyak lagi kumpulan² genre macam ni, macam Budak Kaca Mata, Screen, Stings, Spoon, sudu, garfu suma ada cukup. Sapa di belakang tabir dalam penghasilan Lagu² cenggini, tentu ramai yang kenal komposer ni, nama dia Eddie Hamid. fiuuuuuuh, antara koleksi kompilasi ciptaan lagu² beliau yang buat teman mimpi ngeri setiap malam ..
haaa, ni laaa album himpunan karya² beliau, nangis habis !!! ni baru 1 ni, tak silap ada lagi beberapa album kompilasi cenggini. Walau macam mana pun muzik tu ada pro dan kontra dia, ada yang suka ada yang tak suka, pada teman senang jek, tak suka tak payah dengor kan hahaaa.
Pada yang kecundang, tersadung atau tak berjaya dalam percintaan tu jangan la makin parah bila dengor lagu² cenggini yek, lagu ni cuma mengisahkan dan hiburan jek supaya dapat kita jadikan teladan kan hahaaaa adooooooiii, sedih tu memang perlu ada tapi jangan berlebihan. Ramai lagi kumbang dan bunga ada, sentiasalah mengambil langkah positif dan jadi orang yang baik, ecewaaaahhhh dah rupa doktor kaunseling plak kan chhooooooooOOooii. ok lah, apa² pun senyum selalu ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ...
kesimpulan dia kat sini macam mane punye ganas pun orang tu jiwang kompom ada punye laaa, tengok la filem2 ganas kat TV tu, ganaih² pun sekali kena bab cinta, peeehhh kalah mat bunga beb. lentok tepeletok suma ada heheeeee .. ok lah papaaaiii ..
p/s = "Senyumlah selalu walaupun orang cakap senyum macam kerang busuk, busuk² kerang tu pun reti gak senyum, korang ada ?? phhuuiiiikkk !!". -Sumber perosakperibahasa diambil dari buku penulisan Ibrahim Topi
No comments:
Post a Comment