Wednesday, October 26, 2011

TidaK mEnYesAL aKu MenYintAi NaSi LemaK mu

  Aku memang sukakan nasi lemak, dari kecik lagi memang aku dah jatuh cinta pada Nasik, tak kira la macam mana punye jenis kepelbagaian orang buat pada nasik tu aku akan tetap kunyah dan telan. Dan nasi yang paling aku suka adalah dalam bentuk atau Format Nasi Lemak. Selalunye menu ni orang² kat malaysia tak kira apa bangsa pun akan mengambilnya sebagai sarapan pagi, sebut je pagi orang akan ingat nasi lemak sebagai menu utama, jarang la kalo pagi kita teringat kan chiken chop ke, nasi goreng USA ke, mee bandung Muar ke kan kan kan, haaa penampor jek makanan dia.

  oleh kerana perasaan cinta aku pada nasi ni bagaikan isi dengan kuku jadi bila aku nak diet dan perlu kurangkan sedikit pengambilan nasik atas nasihat pakar pemakanan, aku jadi macam rasa nak gigit² jek pakar pemakanan tue, macam mana dia leh jadi pakar pemakanan sedangkan dia pun gemuok sama macam aku gak. Nasib baik dia dalam Telivisen hahah.

   Betapa sukarnya perasaan ini untuk mengurangkan nasi dalam pemakanan, sebelum ini aku mampu makan 2-3kali tambah tapi skang kena amik 1cawan sahaja. Tapi kadang² seminggu sekali aku bedal gak laaaa kan, lantak laa apa nak jadi pun. Orang nak kata gemuok ke, tak suka orang gemuok ke, ketawa pasal gemuok ke, aku sikit pun tak penah menyesal sebab bila aku makan aku rasa gembira, perasaan masa mengunyah makanan ni cukup hebat, bersyukur aku pada Tuhan kerana mencipta nikmat yang maha tiada tandingan ini. 

   Sejak aku banyak membaca buku² pasal pemakanan dan kesihatan barulah aku mengerti apa itu terma "Pemakanan Seimbang". Rupanya makanan seimbang ini salah satunya adalah seimbang antara makan ngan aktiviti kita. haaaa contoh la jap lagi aku nak bersukan bagai jadi aku buleh makan banyak sikit untuk tenaga yang akan digunakan tuk bersukan, pastu lagi satu kejap lagi nak tido jadi amik je la biskut atau kekacang 1 genggam tuk wat alas perut. Haaaa nampak kan kesimbangan nye tu, jadi memang lah aku menyalahkan diri aku sebelum² ini yang sebelum tido pun aku leh baham 2pinggan nasi pastu tidor esok pagi susah nak bangun sebab perut tetiba je dah ada tayar spare berlipat² hahah. tak pun tiap kali bangun tido menjerit sebab apa ?? haa sebab tak nampak kaki kan, mana tak nya udoh perut membukit dengan jayanya.

   Berbalik semula pada Nasi Lemak ni, Cinta aku pada nasi lemak memang tak buleh wat apa punye dah, dah terlambat tuk aku patah balik, kadang tu kalo aku tengok jek nasi lemak kat tepi² jalan, ianya dah cukup tuk membuatkan air liur aku menitis-nitis, lagi besar nasik lemak tu punya bungkusan lagi aku tak buleh tahan tengok. Benda dan masa atau detik paling bes ialah bila nasik lemak dah ada depan mata pastu kita bukak pelan² kan pastu dah nampak sikit kan isi dalam dia kan pastu bila dah bukak habis, Tu diaaaaaaaaaaaa !!!! terhamparnya nasi bercampur sambal, telur kacang ngan bau wangi nasi yang dimasak bersama santan. Haa tu kalo yang biasa, belum lagi yang taruk lauk aksesori macam begedel ke, sotong ke, sambal petai ke, ayam goreng, kerang, paru masak cili kicap. Peeerrrrrrrrrrrrrrgghhh !! ( minta maaf, penulis sedang mengesat air liur yang tak dapat dikawal ditepian mulut ).

  Tapi yang paling penting pada nasi lemak adalah sambalnye, sebab sambal ni la yang mempengaruhi perasaan ataw mood si pemakan masa dia sedang makan. kalo nasi ok sambal tak sedap = xbes, kalo nasi tak ok sambal dia ok = buleh lah, dan kalo nasi ok sambal pun ok = mintak tambah 2bungkus lagi makcik !!!. haaa betapa penting nya untuk mengahasilkan nasi lemak   yang bebetul punye sedap, padat, penuh nutrien, dan yang paling perlu kepuasan pada si pemakan supaya berbaloi dengan wang ringgit yang dikeluarkan. Kadang tu bukan nak cakap apa la kan, ada sesetengah peniaga tu jual nasi lemak tapi nasi lemak nya hareeeeemmmm tak lemak pun. Apa dah takde santan sangat ke, geram toi aku laaa, aku picit² nasi lemak dia baru dia taw waaaarrrf3x. Bukan apa, dah nama nasi lemak tu biar la berlemak sikit kan kan kan, toi tak.

  Skang ni pun masyarakat Malaysia kita umumnya dah tak memandang nasi lemak ni sebagai sarapan pagi sahaja, skang ni aku rasa at anytime and anywhere korang leh mentekedarah nasi lemak, kalo kat kampung baru tu Gerai nasi lemak dia ada yang 24jam, kedai mamak pun dah terer wat nasi lemak, kawan aku cina pun pandai wat nasi lemak Dia penah bagi aku rasa dan memang superb. Kat tepi jalan malam² pun banyak dah, apanama tu haaa nasi lemak kukus ngan ayam berempah. Dah jadi trend skang, aku tengok kat Shah Alam ni buleh kata setiap Seksyen mesti ada. Tak perlu nak bertumbuk untuk mendapatkannya, ada duit suma leh jadi, beli je laaaaa kan kan kan. Aku dah habis try test cuba mana² yang ada jual, dan aku seronok melakukan nya bila aku dah gaji, heeeee aktiviti jalan² cari makan memang bes. Kadang tu g ngan kengkawan bek, kadang tu sorang pun jadik.

   Panjang pulak dah aku tulih ni, tapi apapun Nasi Lemak bagi aku adalah menu yang memang istimewa pada pecinta makanan macam aku, aku tak penah menyesal menyintai nasi lemak sepanjang hidupku, nasi lemak adalah ciptaan yang cukup cantik dan indah. Ramai orang suka Nasi Lemak kan kan. Bersama kita membina lemak, yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhh ..



No comments:

Post a Comment