Peeeeeeeeeeerrrghhh, merecik air liur weeehhhhhhh !!!! inilah yang terjadi kat aku tepat jam 8.00malam semalam. Nak cakap banyak pun tak guna dah, aku dah lama tak makan nasik gara-gara melakukan aktiviti diet yang masih belom mencapai target yang memuaskan, almaklum la nak berdiet ni bukan senang woi !!!, banyak cabaran, halangan dan dugaannya. Pendek kata disiplin dan mental kena kuat, masa aku mula-mula diet dulu, haaaa ni aku nak habaq mai, 2minggu pertama aku tak makan nasik aku dah mula tengok rakan sekerja aku kejap-kejap macam beras pastu jadi orang balik, masuk minggu ketiga orang yang lalu lalang depan aku pulak aku nampak macam beras, punyalah ramai beras berjalan depan mata aku. Aku rasa masa tu kondisi aku dah parah. Cepat-cepat aku penampor pipi aku untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Mula-mula lepas maghrib tu aku duk mengemas bilik aku yang dah macam Kapal pecah kena lambung ombak, dan aku tau emak aku tengah memasak kat dapur, tengah ralit duk susun-susun komik tetiba .... .. jeng jeee jeeengg !!! aku terbau sesuatu yang harum, wangi, semerbak, berkepol-kepol, masyuk, mantuop dan bauan ini telah membawa aku terbang ke dapur. Tu dia, sekali aku menjenguk ke dalam kuali yang masih merecik-recik kepanasan, terbaringnya ikan bilis, bawang dan petai yang telah berjaya ditumis dengan cili. Linangan minyak yang terapung menandakan bahan-bahan tersebut meresap dengan baik. Pergi lantaklah dengan kolestrol ke, lemak tepu ke, aku tak kira dah. Aku dah pegang pinggan tunggu nasik masak, apa nak jadi jadilah malam ni, aku kena makan nasik gak. Emak aku dah ketawa tengok aku, abah aku pun dah bersedia duduk kat meja makan, dua-dua orang tunggu nasik masak denagn penuh kesabaran, mata aku dah mula tebuntang-buntang, kalo ada power magic aku dah percepatkan supaya nasik tu cepat masak. Akhirnya penantian membuahkan hasil, aku bukak periuk nasi, wap mula panas menerpa ke muka, apalagi kan. seraaaaaaaaaaaaannnnnnngg !!
15minit lepas tu, aku ngan ayah aku tesandor kat sofa. Cantiiiieeeeeeeeeeeeeekkk punye perangai kan. Kesimpulannya masakan emak aku memang sedap. Timakasih banyak-banyak pada emak aku yang tak jemu-jemu memasak untuk keluarga, sampai berjaya mengemuookkan aku, aku tak salahkan mak aku pasal aku gemuok, semuanya sebab aku sendiri, aku yang suka makan hahaaaaaaaaa. Apapun sambal petai ikan bilis malam tadi telah pun menjadi 1 kenangan indah. iduuuuuupppppp sambal petai ikan bilisssss !!!! dah la aku nak belah, makin cerita makin lapor lak perut. ChhoooOOoooooiiii
No comments:
Post a Comment