Tuesday, July 12, 2011

BeRitA sAna SiNi

Kereta Api Terpantas Untuk Si Pengejar Masa

Rawang, Selangor : Lihat sahajalah pada rekaan terbaru keretapi ini, dari rupa ianya sudah menerbitkan keyakinan yang tinggi di sanubari akan tentang kelajuannya. Seperti yang kita tahu sebelum ini perkhidmatan keretapi negara menggunakan medium elektrik sebagai tenaga penggerak tapi kini maju setapak lagi dengan penggunaan enjin Jet seperti yang dipakai oleh syarikat2 penerbangan. Dari sumber yang kami dapat hasil temubual bersama jurutera pengangkutan ini, keratapi ini boleh memecut pada kelajuan 240km/j dalam hanya 2 kerdipan mata dan mencapai kelajuan maksimum pada kadar 570km/j sekali henjut, amboooiiiiih begitu hebat sekali prestasinya, tidak seperti perkhidamatan mereka yang sebelum ini banyak dikritik oleh pengguna kerana masalah masa serta lambat. Nampaknya mungkin mereka telah mengambil iktibar dari kes-kes yang lepas, beliau juga berkata keretapi ini hanya memerlukan 32minit bagi jarak perjalanan KL - IPOH, ini memang berita yang mengembirakan pengguna.  Majlis ini dirasmikan oleh Ketua kampung bukit beruntung yang kebetulan lalu di situ untuk pergi ke pasar pagi pekan Rawang. Selepas sessi ucapan dan macam biasalah hobi bangsa kita suka mengambil gambar walopon sorang diri, apa susah pegang kemera angkat sikit dan ambil gambar sendiri sambil buat wajah kiut, choooiiiii ini adalah jenayah tau, tapi lantak lah kemera mereka ye tak. Para pengunjung serta wartawan diberi peluang untuk menaiki kenderaan ini, hati terasa berdebar ketika keretapi ini mula berjalan dan betul kata jurutera itu dalam 2 kerdipan mata kesemua penumpang telah melekat dikerusi masing. Kelajuannya membuatkan ramai yang teruja, kerana kalajuannya juga bekal makanan yang kami bawa habis terpelanting ke penumpang belakang, kami semua berjaya tiba di IPOH lebih awal dari jadual dan masing-masing turun dengan lutut yang lemah gemalai,wajah pucat lesi dan bercakap dengan nada menjerit, ini kerana enjinnya teramatlah bising mengalahkan kapal korek, kesemua penumpang balik ke KL dengan bas ekspress termasuklah pemandu keretapi itu sendiri kerana suma tak sanggup dengan kebisingan enjin Jet tersebut. Apa pun tak boleh - Mail Lombong


Konsert Dato' Siti Dihadiri Tetamu Istimewa

Bukit Rimau, Klang : Tidak sangka mereka sanggup datang dari jauh untuk menengok konsert ini, bergegar stadium di buek nyoo !!! , begitu lah kata salah seorang dari pengunjung dengan nada yang cukup cemas, maklum la susuk tubuh mereka besar-besar belaka, itupun pihak penganjur telah meminta jasa baik mereka untuk mengecilkan badan  pada zaiz normal, kalo tidak tentu ramai yang terpijak. Keluarga Ultraman ini sanggup terbang dari jauh bagi melihat konsert ini secara langsung di depan mata, ini kerana mereka berkecil hati kerna Dato' Siti tidak membuat persembahan di Jepun tetapi telah memilih Albert Hall of London sebagai konsert antarabangsa beliau, mereka tidak boleh terbang ke sana lantaran tidak mendapat permit untuk terbang di ruang udara England. Semasa pihak kami mengambil gambar Candid dapat dilihat Ultraman Ace yang paling bersemangat sekali. Penonton-penonton yang hadir juga tidak melepaskan peluang bertemu dan bergambar dengan hero-hero dari negara matahari terbit ini, di kemuncak acara dek terlalu gembira mereka telah pun melepaskan cahaya-cahaya laser sebagai tanda cukup puas hati disamping mendatangkan kemusanahan kecil pada struktur pentas dan stadium, akhir bicara mereka semua telah pun dihalau balik oleh pihak Imigresen - Zombi Rockers


Iron Man Pun Guna Pengangkutan Awam


Batu Kikir, Bahau : Apa pandang-pandang, nak kena tumbuk ke ??!!!!!, begitulah nada yang dikeluarkan ketika kami teserempak mereka berada di dalam bas Syarikat StarRise di Bahau, Negeri Sembilan kelmarin. Dalam berani-berani takut kami cuba juga bertanya apa ke halnya sampai beliau perlu menaiki bas dan kenapa tidak terbang sahaja seperti kebiasan, setelah panjang lebar barulah kami tahu rupanya tenaga elektrik di rumah beliau menghadapi sedikit gangguan, jadi pakaian kelengkapan Iron Man itu tidak dapat di Charge baterinya dengan cukup, beliau mendarat kecemasan dan jatuh di batu kikir, bahau dalam pejalanan beliau ke Sydney, Australia. Dengan nada suara yang garang beliau berkata " skang    ni aku tepaksa naik transpot awam ke sana, dompet tak bawak ni, kompom kena g airport nek katebang grrrrr ggggrrrrrrr, sesapa ada duit hah ??!!!!! sejurus mendengar perkataan itu dengan sekelip mata bas telah pun kosong tanpa seorang penumpang mahupun driver bas. Sapa tak sayang duit woooiiiiiii phuuuuuuuuuuuiii - Pakcik Maun

 Di Mana Ada Basikal Di Situ Ada Lumba


TrimFitnes, Subang Jaya : hahah buweeeeeeeekkkkkkk, berani kejar la weeyy hensh hensh. 7 orang pemuda ini telah pun di reman di Balai Polis Subang Jaya kerana telah membuat onar di sebuah Pusat Kesihatan dan senaman yang terkenal di Subang jaya, menurut kata saksi di tempat kejadian pada mulanya mereka hanya bergaduh mulut sambil mengayuh basikal setempat tetapi beberapa detik selepas itu perdebatan semakin sengit dan mengakibatkan perbuatan dan kelakuan mereka semakin liar, mereka telah pun membuat Pusat kesihatan itu sebagai litar lumba Belledrom basikal. Keaadan agak kucar kacir dengan pengunjung yang ketakutan berlari ke sana-sini. Akhirnya pihak berkuada datang dan mengangkat mereka masuk ke dalam Lori untuk di bawa ke balai. Namun begitu mereka masih lagi tidak berhenti mengayuh, masuk ni dah hari ke-8 mereka mengayuh di dalam jel sambil mencabar antara 1 sama lain dengan bahasa kesat. Tidak ada tanda seakan mereka mahu berhenti, rungut ketua balai tersebut - Adira Adura

1 comment: