P/s = Minta maaf kerana lama menanti, agak bizi juga teman sejak 2menjak ni ngan tugas dan artikel dari beberapa majalah nak disiapkan ..ok ni teman sambung lek citer yang tergantung hari tu
........... jadi dengan kesempatan ini Jajam pun mula mengatur bait - bait kata yang cukup berbunga bagaikan kembangnya bunga seri pagi hendaknya, Jajam mengajak jenab untuk keluar bersamanya pada hari ahad ini kerana itulah kesempatan yang beliau ada selaku peniaga berjaya, dan terukir satu senyuman yang menawan apabila jenab bersetuju penerima pelawaan tersebut, ketika ini kegembiraan jajam sudah tidak dapat digambarkan lagi, padahal baru mengajak keluar, belum lagi jenab menerima lamarannya,tetapi jajam pandai menyembunyikan perasaan tersebut. Jenab juga tersenyum simpul sambil menghulurkan wang kerana hari itu dia terus belari kerana malu dan tidak sempat membayar kacang tersebut, tidak semena - mena Jajam berkata "eeeyh xpe, saya belanja hari tu", sekali apek yang juga regular customer beliau menyampuk "eceeceeeeehh jajam, itu hali aarr lu juga yang bising dia lali tatak bayar loo aduiiyuuiii emmmppphh emmppkhhh", tak sempat apek habiskan ayat tersebut kerana telah ditekup mulutnya oleh Jajam.
Hari minggu yang ditunggu - tunggu telah pun tiba, Jajam menjemput Jenab dengan kereta Antik beliau, nampak sahaja antik tetapi kondisinya amat baik sekali lengkap dengan kemudahan GPS, dengan berbekal kan kacang rebus untuk dibuat kunyah - kunyah mereka menuju ke Taman tasik berdekatan, buat apa ye ?? apalagi, daaaaaaating la weeeeehhhh !!! ( jerit beliau pada editor, hampeh betoi ) . Sesampai sahaja mereka di situ Jajam mengajak Jenab duduk di sebuah kerusi yang berdepankan pemandangan yang cantik, dapat kelihatan pasangan - pasangan mahupun keluarga berdayung sampan, beriadah dan bergurau senda. Jajam mula berfikiran jauh kehadapan dengan berangan yang satu hari nanti kehidupan beliau akan jadi seperti itu, cukup berbunga - bunga hati beliau ketika itu sehingga terlupa apa tujuan beliau membawa Jenab ke sini.
Lalu dengan nada suara gak terketar - ketar Jajam cuba untuk meluahkan isi hatinya pada Jenab, dengan sekali lafas sahaja beliau mengkotakan kata - kata tersebut lalu jenab tertunduk malu dan turut juga bersetuju. Masa ni Jajam dah menjerit kegembiraan sehinggakan dapat didengari seisi pengunjung yang berada di situ. Secara tiba - tiba ntah dari mana datangnya penari - penari yang hadir dengan pelbagai warna baju, cukup ceria sekali dan mereka turut menari bersama, bagaikan mirip cerita hindustan, mereka berguling2 keriangan di atas rumput sambil mulut mengigit bunga mawar merah serta riuh dengan sorakan penari - penari dibelakang. Bepeluh juga la mereka pada petang itu, kalo Shah Rukh Khan ada melihat sudah tentu mereka akan diambil berlakon dalam Filem Hindi terbaru terbitan Pengarah Baba Sundram.
Tidak lama selepas peristiwa itu Jajam pun terus menyatakan hasratnya pada keluarga untuk memperisterikan Jenab dan berlangsunglah majlis merisik mengikut adab ketimuran, keluarga bertemu keluarga sambil-sambil berbalas pantun sepam dua adanya. 6 bulan selepas itu mereka pun mendirikan perkahwinan dan semenjak dari itu kehidupan mereka bahagia ke anak cucu, pada masa itu Jajam juga telah berjaya meng'komersil'kan peniagaan kacang rebusnya ke peringkat antarabangsa. Sedang dia mengelamun di laman rumah melihat cucu-cucunya bermain tiba-tiba datang 1 suara memanggilnya ..
.... alooo jajam, allooooo uuiittt aduiii jajam lu ok ka, suara itu sayup-sayup bergema dan makin jelas di pendengaran beliau. "ooOOooooOooiiiii jajaaaaaaaammmmmm, lu ok kaaaaaaaaaaaaaa !!!! ini amoi dali tadi sudah hulur wang mau bayar lu punya kacang, apa pasat lu termenung punya lamaaaa yaa aduuuiiiieee, mau meniaga ka mau temenung haiyooooOOoo !!" .." Haaaahhhhhhhhh, eyh jenab eyyyyyhh apek eyhhh anak cucu kita mana jenab !!" getus Jajam, sekali baru lah dia sedar rupa-rupanya yang dia berangan selama ini, di hadapan nya terpampang wajah Jenab yang berkerut dahinya menghulur wang untuk membayar kacang rebus "oooiit jajam, dah nek lenguh tangan aku ni taw, kau berangan kemana hah !! .. adoi, sungguh malu Jajam ketika itu, mimpi yang disangka benar rupanya angan-angan yang musnah, lantas Jenab meletakkan sahaja duit diatas meja dan terus berlalu..
Jajam tertunduk kecewa tapi tiba-tiba semangatnya datang lalu dia pun menjerit sekuat hati " Jenaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaabbbbbbb, aku cinta dan kasih kaaaaaaannnn kaaaaaaaaaaauuuuuuuuuuuuuuuuuu !!! ", seraya dengan itu seluruh pengunjung dan peniaga di pasar malam memandang tepat ke arah mereka, jenab juga menjerit " Yaaaaaaaaaaaaaaaa kaaaa Jajam, aku jugaaaaaaaaaa sama seperti muuuu !!!" . Selepas itu 1 pasar malam bertepuk tangan, macam biasa ntah
mana datang penari-penari memenuhi pasar malam, 1 pasar malam menari, ada yang berguling di atas ayam, atas kuali kueyteow goreng, sayur petola dan bermacam lagi. Sungguh bahagia sekali dan mereka bahagia selama dan selamanya dan perniagaan Kacang rebus Jajam kini dikenali seantero negara dengan gelaran "Cinta Kacang Rebus".
No comments:
Post a Comment