Tuesday, July 26, 2011

Aar cer cerpen 9 - BunGa Ku tErbaNg Di baWa anGiN MonSuN

  Sejak 2menjak ni aku suka tengok bunga, dari kecik sebenarnya dah tededah ngan bunga ni, Emak aku pun memang suka bunga, dulu masa kecik2 aku tgk dia tanam bunga laa gubah bunga, tapi skang ni dah tukar bunga pastik jek, aku pun xtaw la bila aku tengok bunga ni hati terdetik sayu, mungkin dalam hati aku ada taman bunga cuma ianya belum ada pengunjung, dulu dah nak ada dah tapi pengunjung tu berlalu pergi, berbulan2 juga kesedihan bertandang di hati .. chooOOOoooiiii , jiwangus tul laaaaa hahaaaaa .. wokeh, terimalah cerpen ini yang bertajuk seperti di atas .. jeng je jeeeennnnggg ..


-  " Salam makcik, tumpang tanya berapa harga bunga ni ?", tanya Aboy (bukan nama sebenar) pada penjual bunga itu, " ooohh, yang itu rm18 saje sejambak, makcik leh bagi diskaun kalau mahu, anak nak bagi kat sapa ", balas makcik tersebut. " heeee, saya nak bagi kucing makan eeyhh bukan, saja beli nak buat hias meja makan" lalu Aboy membayar dan terus pergi dengan senyuman. Hatinya berbunga-bunga seperti kuntuman bunga yang sedan dipegang olehnya, hahaaa makcik tadi dah kena tipu, sebenarnya beliau ingin berikan bunga tersebut pada seseorang yang amat disayanginya, bukan apa segan nak bagitahu sebab beliau memakai pakaian yang agak Rock, amatlah tidak sesuai imej Rock dipadankan dengan kuntuman bunga getus beliau, padahal lagu-lagu Rock la yang banyak cerita pasal bunga-bunga cinta.

Ramai yang memerhatikan Aboy semasa beliau berjalan membawa bunga, ada yang tersenyum simpul, ada yang berbisik-bisik, ada juga yang ketawa kecil, ada yang muntah-muntah ditepian jendela namun semangat Aboy tetap kuat, beliau tidak langsung mempedulikan dugaan yang ada di depannya, baginya niat nya amat suci kerana ingin menyunting bunga di taman hati orang yang dikasihinya, dalam hati beliau terdetik, adakah insan rockers seperti beliau tidak berhak mendapatkan cinta, adakah cinta hanya milik orang-orang yang berpakaian cantik dan segak serta tampan sahaja, inilah dia virus yang ada dalam pemikiran rakyat hari ini yang selalu menilai buku dari kulit luaran sahaja dan tidak mengamati isinya terlebih dahulu, baik buruk juga ditafsir dari pemakaian seseorang, lalu tidak semena-mena Aboy mengalirkan air matanya kerana kesedihan yang tidak terperi memikirkan fenomena ini, kata orang putih "touching" la. Sungguh lembut hatinya bagaikan kain satin dibuat alas katil. Sempat juga aboy menghirup bauan bunga yang sedang dipegangnya, pertama kali beliau menghidu bauan bunga yang mekar kerana selama ini setiap pagi beliau hanya terbau bauan stokin ketika hendak pergi kerja.

   Sedang beliau berdiri di bahu jalan untuk melintas datang seorang pakcik bertanyakan jalan pada dirinya, dengan tuturkata yang lembut dan tersusun aboy menerangkan dengan cukup terang sekali akan arahnya mengalahkan sistem GPS yang menjadi kegilaan pengguna sekarang, bagi Aboy Sistem GPS bukannya tidak bagus tetapi teknologi ini akan memisahkan manusia dari budaya bertanya, malu bertanya sesat jalan guna GPS pun kadang-kadang ada yang sesat, jadi budaya bertanya lebih relevan pada dirinya kerana itu merapatkan ukhwah sesama bangsa. Di situ amalan tolong menolong dapat disemai dengan mekar seperti jambangan bunga yang sedang dibawanya. Lalu pakcik itu mengucapkan terima kasih, sebelum pakcik itu beredar sempat dia bertanya apakah tujuan Aboy membawa bunga, lalu Aboy dengan hati yang luas terus berkata mahu berikan pada insan tersayang. Terbit senyuman di bibir pakcik itu, lalu pakcik itu terus memberi tips " nak, ketika hendak memberi bunga itu nanti jangan lah kamu bekerdip mata, pandang la dirinya sedalam2 yang mungkin kerana itu akan menunjukkan kasih sayangmu pada dia dan betapa seriusnya kasihmu untuknya". Peeehhhhhh, hati aboy seperti dipanah kilat mendengar ayat itu, pertama kali beliau mendengar ayat yang baginya adalah ayat raja segala bahasa jiwang yang ada dimukabumi ini. Cukup pengisian dan mesejnya walaupun beliau sendiri ingin termuntah kecil di bahu jalan. Pakcik itu berlalu sambil mengucapkan selamat berjaya.

  Aboy berjalan laju menuju ke motornya, tidak sabar lagi hendak memberikan jambangan bunga ini, setelah membuka segala kucni-kunci yang ada motor dihidupkan dengan penuh gaya, motornya tidaklah secantik mana pun, hanya sekadar mampu membawa beliau dari lokasi A ke B, itu sudah memadai. Ada juga awek-awek yang mengusik beliau " aaaaii, beli bunga ke ?? tak rock langsung lah hahaa !!", lalu terus aboy menjelir lidah sambil jari menarik kulit mata ke bawah sebagai tanda mengejek. Awek-awek itu terus berlari sambil ketawa tidak henti-henti, Aboy juga tersenyum keseorangan, comel juga awek-awek tadi tu tapi itu suma tidak melunturkan kasih dan sayang pada orang yang dicintainya. Berkawan biar 8juta tapi kasih untuk hidup bersama,susah dan senang biarlah satu sahaja yang berada dihatinya. Sambil bersiul Aboy terus memandu motornya keluar dari tempat parking tersebut dan terus memecut laju menuju destinasi cinta.

  Bunga diikat kemas di tempat duduk belakang, ketika berhenti di lampu isyarat ada juga pemandu-pemandu lain yang memerhatikan Aboy, oleh kerana cermin penghadang angin yang ada di topi keledar beliau berwarna hitam pekat beliau buat selamber je, bukan orang nampak pun muka hahaaaaiii. Waktu sudah semakin suntuk, aboy terus memecut laju, walopon laju tapi masih mementingkan faktor keselamatan bak kata kempen yang diadakan baru-baru ini, "Tunggang dengan baik bukan Tunggang-langgang", entah sapa punya idea memberikan nama kempen sedemikian rupa, ayat macam kelakar tapi sedap didengar. Aboy antara salah seorang yang bersetuju dengan tujuan kempen tersebut. 

  Sampai sahaja di tempat tujuan, Aboy dengan pantas melompat dari motor dan terus menjerit, " emaaaaaaaaaaaaakkkkk, ni Aboy ada belikan bunga untuk emak, Selamat hari ibu heeeeeeeeeeeeeeeeeee " sengih aboy macam kerang rebus. dengan pantas Aboy menghulurkan jambangan bunga untuk dihadiahkan pada ibu kesayangannya. Tapi baru Aboy sedari bahawa bunga yang diberi telah tinggal tangkai sahaja, kelopaknya telah tiada, ni suma gara-gara beliau bawak motor macam Angin Monsun, 'isk bungaku terbang dibawa angin monsun', ngomelnya dalam hati sambil menitiskan airmata. Tapi si ibu tetap mengambil tangkai2 bunga yang dipegangnya dan berkata "timakasih, walaupon kelopaknya dah tak ada tapi kasih sayang emak pada kamu sentiasa mekar, dah tu jangan lah sedih" lalu bederaian lah airmata aboy pada petang itu, teresak-esak beliau menangis kerana nilai kasih dan sayang dari seorang ibu.

Pesanan penaja = Agak lambat juga sebab hari ibu pun dah berlalu, tapi bagi aku hari ibu tu ada setiap hari dan hari tuk ibu aku pada bulan ogos ni, bagi aku yang nak dekat 30tahun dah hidup kat dunia ni, kasih sayang emak kat aku x penah luntur walopon sesaat, dia sentiasa ada waktu susah senang aku, terima kasih pada tuhan kerana mengurniakan aku seorang ibu yang baik. pada kawan2 yang ibunya telah tiada mari sama2 kita sedekah kan Al-Fatihah semoga Rohnya tenteram di sana. Amin - Selamat menyambut ketibaan Ramadhan untuk kawan2 semua -     :-)

2 comments: