Perrrrrgghh, nak dekat setahun gak aku tinggal, sangat ohsemmm perangai. Tak mau cakap banyak, kali ni aku akan sambung menulis cerita yang ntah apa², akhirkata maaf pada semua sebab lama hilang (phuuuuiiii, macam rami je folower,chaaaiiitt). ikutilah kisah terbaru seperti tajuk di atas.
Ropie seorang budak yang sangat tabah, kehidupan beliau dari kecil semestinye banyak pancaroba yang pernah dilalui, dia terkenal dengan ketabahan kerana satu kampung memanggilnya Ropie tabah, rupa-rupanya beliau tidaklah setabah mana, baru disergah oleh rakan-rakan kampung dengan bantal peluk bewarna putih beliau sudah pun pengsan dengan buih berciciran di hujung bibir, hakikatnya cuma nama bapaknya ialah En.Tabah iaitu Ropie bin Tabah. Apa punye turr laa, orang kita memang suka mempebesarkan cerita lebih sudu dari garfu.
Namun Ropie tidak pernah mengambil hati, beliau selesa dengan panggilan tersebut, sekurang-kurangnya ianya menjadi doa orang-orang kampung supaya beliau menjadi tabah suatu hari nanti. Seorang yang ceria, sentimental dan suka termenung, beliau mempunyai seorang kawan rapat dan keakraban mereka amat cemerlang dari sudut pemakanan, jalan-jalan dan menonton filem, dan rakan Ropie ini datangnya dari jantina yang berlainan, tidaklah banyak jantina yang ada dalam dunia melainkan lelaki dan wanita, jadi dah tentunya la wanita dan namanya ialah Rota.
Apa ke pelik nama bukanlah satu ukuran tetapi nilai persahabatan itu yang sangat tiada tandingannya. Ropie dan Rota jika digabungkan namanya sudah seperti jenama makanan ringan, tapi persahabatan mereka bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan, ianya sudah seperti abang dan adik. Kenalah juga sebab Ropie tidak mempunyai adik, beliau teringin mempunyai adik perempuan tapi ditakdirkan beliau menjadi yg bongsu, mungkin kerana doa, tuhan telah menghadiahkan Rota yang jauh lebih muda serta comel sebagai kawan dan juga adik pada Ropie. Ropie tidak lupa untuk bersyukur.
Mereka sangat gembira, keluar selalu seperti adik beradik, makan bersama, ketawa, begurau senda, pergi tengok wayang, seludup masuk makanan dalam panggung, ianya memang jenayah terancang yang dilakukan, tetapi apa nak kisahkan, lagi banyak jenayah-jenayah besar di luar sana yang masih belum selesaikan. Apa sangat lah setakat menyuludup sushi, choki-choki, nasi briyani gum ngan Kepci dinner plate sebagai hidangan. Kalau kantoi pun mungkin makanan akan di pow sedikit oleh pekerja bertugas. Paling tak pun muka wanted dan akan di iklankan wajah seperti poster filem dengan tajuk "AWAS, PENYULUDUP MAKANAN".
Namun kini Ropie sedikit sibuk, beliau tidak sempat memberitahu Rota akan keadaan sibuknya, walaupun sering keluar bersama tetapi seperti Ropie ingin merahsiakan sesuatu dari Rota, Apa yang ada di hati Ropie adalah beliau hanya ingin membuat satu kejutan tetapi kejutan itu tidak terjadi, ianya seperti bermain game smackdown dekat konsol X-box yang mempunyai taktik revearsal. Kejutan dibalas kejutan, sepertinya meletak elektrik di dalam air kemudian diri sendiri yang terpijak. Enak kan. Ternyata Rota bersedih dengan Ropie.
Timbul rasa bersalah pada Ropie atas tindakannya, sejak beliau memiliki ladang jambu merah yang ingin dibuat kejutan telah membuatkan Rota sedih. Haaaaaaaaaiiiihh, bagaimana Ropie ingin berdepan dengan permasalahan ini. Tidak pernah dalam hidupnya mengahadapi masalah seperti tersebut. Ianya membuatkan Ropie mandi tak kenyang, makan tak pula lena, tidur tidak pernah pula terasa basah. Eh, ada juga sekali sekala basah rasanya.
Ianya seperti diluah mati jiran sebelah, di telan mati pula jiran depan rumah. Kalo dah semuanya mati dengan siapa pula Ropie nak berjiran nanti.
Ropie sayangkan kedua-duanya, sayangkan ladang jambu merah untuk kehidupan masa depan, sayang juga pada Rota sebagai adik yang selalu menemaninya. Ropie perlu mengambil langkah untuk memperbetulkan permasalahan yang dia sendiri telah menciptanya. Ternyata ianya menguji ketabahan diri, hah !!! baru kena dengan nama ko Ropie bin Tabah. Seingat Ropie, semasa beliau sekolah dahulu, untuk menyelesaikan masalah Matematik Tambahan juga tidak sesukar ini, ini kerna beliau tidak pernah belajar subjek tersebut, terlupa pula beliau datang dari kelas Sains Pertanian..
to be continue....
P/s : Adakah Ropie berjaya mengembalikan air sirap menjadi air kosong semula, adakah pemaafannya akan berjaya. Ikuti sambungan kisah ini di masa hadapan.... (bunyi desiran ombak pantai). bajet murah, nak wat bunyi latar dalam blog xde teknologi lagi hahah.. :D
No comments:
Post a Comment