Tuesday, February 19, 2013

AnGan² kE pEnAnGAn, PanLiAauUu LaAa wEhhh.. #&^%@#$^*** !!!


  Yang belah kanan tu kereta aku, model antik tahun 1999 jenis kereta tempatan model Wira Aeroback, kapasiti enjin 1.3cc dengan sistem pancutan minyak tanpa kaburetor. Dalam erti kata lain iaitu english educationnya ialah Fuel Injection System. Yang belah kiri tu pulak, kebetulan kereta idaman aku iaitu model Toyota Camry (xv-50) 2006-2011, enjin kapasiti 2.0g, jenama dari negara Jepun tapi dipasang kat negara Thailand untuk pasaran Asia Tenggara dengan enjin DVVT system.

    Aku memang minat model gambor kat atas tu dari mula² dia keluar dulu masa tengah tahun 2006 bagi menggantikan model Camry lama yang bontot lebar dan labuh semacam, menyirap lak aku tengok rasa nak letuop je dahi designer yang buat plan kereta ni. Model dalam gambar kat sebelah ni dipasang masa tahun 2002-2006. Dulu aku penah keja Kilang Toyota ni, ha masa tu duk pasang model ni la. Satu kilang panggil Camry bontot lebor. Model ni bukan tak cantik, tapi kurang mesra dengan umur pengguna, kira kereta tahap pakcik² la kan. Tapi kalo make-up sikit, acuntaaaaaaaiiiii gak laa..


  Berbalik pada topik asal, aku telah pun menanam cita² dan impian untuk memiliki kereta macam kat sebelah nie dalam masa 6-8tahun lagi, sebab apa, sebab masa tu harga dah turun kaw². Kadar susut nilai harga sebuah kereta agak laju merudum setiap tahun. Aku folow harga kereta ni, semasa dia baru keluar masa tahun 2006, harga jualan asas on the road ialah Rm140k sebuah. Macam lahanat ye tak !!!. Dan hari ini, harga kereta ini jika dilihat di Mudah.my, dah turun pada kadar Rm 90k, harga dah jatuh Rm50k dari asal. Jadi dari anggaran aku, setiap kereta kat Malaysia yang telah mencecah umur hampir atau lebih 10 tahun, harganya akan turun macam orang jatuh tangga gedebuk macam nangka busuk. Jadi 6-7 tahun yang mendatang ni, aku anggarkan harganya mengikut nisbah 1:10, ianya mungkin akan berada pada harga Rm22k - 30k mengikut tahun manufactured kereta tersebut.

   Haaaaaaaaaaaaa, masa ni la baru mampu beli weehhhh, nak beli sekarang memang tak dapat la, melainkan kalo berak keluar emas permata. Aku tak kisah la 7-8 tahun lagi orang kata ketinggalan zaman pakai kereta ni sebab ada model² yang lebih baru, mantuop, bergetah macam punggung Rozita Cik Wan ke, inilah impian aku nak rasa pakai kereta ni. Harga dah murah baru beli hehuuuu. Kesian jugak kan.

  Yang sebelah ni model yang lagi lama, sebelum model Camry bontot lebor tu, orang panggil Camry Jerung sebab muka dia tajam macam ikan jerung kot. Model ni pasang tahun 1996-2001, sempat aku tengok kereta ni dipasang masa baru masuk koje Kilang Toyota. Pastu model ni kena ba-bye sebab model bontot lebor tu nak masuk. Harga dia boleh tahan bedebah gak masa tu. Rm100k ke atas. Kawan aku sorang ada pakai kereta ni, dibeli selepas lebih 10tahun. Model tahun 1999 dengan harga Rm22k. Harga jatuh Rm100k dari asal. Kalo korang tengok kat mudah.my memang pada sekitar Rm22k - 28k.

  Untuk orang gaji tersedak-sedak macam aku, kena la tunggu lama sehingga harga kereta jatuh baru leh beli. Hari ni impian dulu, lagi 8 tahun baru realisasi. Aku percaya dengan kualiti Kereta Toyota, walopon statusnye dah antik, jenama Toyota yang lama² zaman Tun Sri Lanang masih lagi padu di jalan raya. Dengan kadar maintenant yang rendah, Spare part pun senang carik, tapi mungkin harga bedebah, apapun kena ada duit spare sebab kereta ni statusnya kereta terpakai, mana la tau ada sakit² sikit kan, jangan ingat seronok nak pakai jek. Jadi mulai dari hari ini, aku akan mula simpan rm10 sehari. Atuk aku cakap 10sen kalo kita simpan hari² boleh jadi bukit.

P/s : Kereta ni cantik, aku jatuh cinta pandang pertama laaahhh. hehuhuh. Ada rezki beli nanti aku nak make-up dia jadi macam ni haaaaaaa  :D


cantik kan, sporty.. nyum nyummmm nyumm














2 comments: