Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee, masuk ni 39 kali dah, nampaknya rekod aku dah hampir sama dengan hero komik Slamdunk iaitu Hanamichi Sakuragi yang berambut merah tu, mungkin terlebih 1 kot, sebab dalam komik tu hanamichi menerangkan beliau telah mencapai kali yang ke-38, nampaknya aku dengan jayanya dah memecahkan rekod tersebut. Dan sebelum tido aku ada gak tepikio, mungkin angka ini akan meningkat ke bilangan yang lebih tinggi mungkin 45, 47 atau 50. Kalo itu terjadi aku agak aku leh pegang rekod dunia hahah, tapi aku harap angka yang ke-40 adalah yang terakhir, aku pun dah penat tapi aku tak akan putus asa walau sedetik pun, sejak zaman sekolah lagi aku tak penah putus asa, aku tak penah rasa kecil hati atau sakit hati dengan apapun jawapan yang aku terima, kena hantam macam mana pun aku terima ngan hati yang terbuka, hormat menghormati, hak mereka untuk menolak kita kena memahami ngan penuh cara sepositif mungkin, apaun aku akan teruskan usaha pencarian disamping membaiki diri yang tak penah lepas melakukan kesilapan sob sob. Yeaaaaaaaahhh cuba lagi go go gooooooOOoo .... ......
Ayah aku pun ketawa tengok nasib aku ni, dan dia cuma cakap cuba lagi, 1 jawapan yang dia bagi kat aku tengiang² lagi kat kapla otak aku yang bersawang ni " bukak sikit minda ko tu, ko ni pun kadang² abah tengok macam bebudak lagi tu pasal laaaa, kurangkan malu ngan gelabah ko tu,choooiiiitt apadaaa".. Cantiieeeeeeetttt kaaaannnn, kena setepek aku, ingat nak backup, sekali kena hantam lagi ada hahah. Baiklah Abah, your son will take your advice (maaf, english beterabur, daaaammmmnnn english) .. haaaa tapi kan Komik Slamdunk ni memang bes laaa, kalo korang nak beli leh cari kat kedai Comic World, bersepah ada wooo.
P/s = hahahaaaa, pada sapa yang penah baca komik Slamdunk mungkin akan paham apa yang dimaksudkan ngan angka 38", 39" dan sebagainya kih kih. Nak tau, teruskan membaca komik Slamdunk PhhhhhhhhoooooooooooooooooOOOOoooOooooiiiiiii .... promote plak, dapat royalti keeee hahah. isk isk sob sob sob ..
Wednesday, February 22, 2012
Wednesday, February 15, 2012
Aar cer cerpen 16 - Aku, diA daN JagUng bAkaR...
Aku suka jagung, tak kisah la jagung rebus ke, jagung dalam cawan ke, masak ada letak jagung ke, paling aku suka jagung bakar. Bila aku makan jagung, aku mesti teringat kat dia, bila teringat kat dia mesti aku ingat kat jagung. Begitulah kesan keakraban kami masa dahulu. Dulu aku selalu menghabiskan masa dengan dia bila aku memiliki masa lapang, bergurau tawa, melayan dia berbicara, walaupun kadang-kadang tu satu patah apa yang dia cakap pun aku tak faham, aku angguk-angguk sahajalah buat-buat faham. Takut pula sekiranya dia berkecil hati. akan tetapi kami memiliki kegemaran yang sama iaitu suka melutap jagung bakar.
Selalunya aku dan dia akan berkongsi sebatang jagung bersama, aku tidak pernah memberi sebatang jagung pada dia, ini kerna dia tidak pernah berjaya menghabiskan sebatang jagung dengan jayanya, membazir pula kalau diberi sebatang, ada baiknya aku sahaja yang melutap kedua-duanya sekali. Jadi kami lebih selesa berkongsi dan aku akan sediakan untuk dia makan bersamaku. Jagung ni bagus, banyak khasiat dan vitaminnya untuk kegunaan badan seharian, manakala tongkolnya pula boleh dibuat acara larian lari pecut berganti-ganti 4 x 100meter. Boleh juga dibuat untuk baling pada orang-orang yang kita tidak puas hati dan paling baik boleh juga dibuat batu lesung untuk menumbuk cili. Nah, alangkah banyak kegunaan dan manfaatnya bukan sahaja untuk tujuan yang mengenyangkan.
Seringkali apabila aku memakan jagung bakar, kenangan aku bersama si dia melantun-lantun kembali dikotak pemikiran yang usang ini, masih aku ingat bicara-bicara dia semasa kami sama-sama menikmati jagung yang kadang-kadang kedengaran kelakar diminda. Dalam hati aku selalu berkumandang kata-kata, "apalah yang dia membebel ni satu haram aku tak faham, sekali aku lepuk beterabur bulu mata karang hahah". Namun dia tetap dengan bicaranya tanpa henti tanpa bosan membuatkan aku sentiasa tersenyum dengan gelagat dia. Walaupun dia tidak mengerti tapi tanpa dia sedari, dia telah pun menghiburkan orang-orang yang berada disekelilingnya. Keluargaku juga telah lama mengenali dia dan dia adalah seperti keluarga kami juga.
Kini, bila aku memakan jagung bakar tiada lagi dia di sisi, rasanya manis tetapi tiada lagi manis di dalam hati, cuma manis di mulut dan anak tekak sahaja. Tiada lagi erti tawa gembira seperti dahulu, kini ia kosong segalanya. Hanya kenangan yang telah lama berlalu pergi, dia telah pun lama meninggalkan kami semua, meninggalkan keluarga pergi jauh dan tidak akan kembali lagi. Aku menangisi pemergian dia, tidak aku sangka bicara dia semalam yang aku layan ketika sedang menelaah kerja-kerja sekolah adalah suaranya yang terakhir dalam hidup aku, dia sempat bergurau dengan mengusik-ngusik pen kilometrico yang sedang aku guna untuk menulis. Patutlah selepas itu dia kelihatan letih, tidak bermaya dan bualannya juga kurang padu seperti sebelum ini. Aku terkejut bila pulang dari sekolah keluarga memberitahu yang dia telah pun pergi selamanya meninggalkan kita. Pergi yang tiada lagi ganti yang sepertinya, mengalir kecil air mataku namun apakan daya hendak ditangisi lagi, ini semua kehendak tuhan yang maha esa.
Kini dia dalam kenangan, telah cukup lama dia pergi meninggalkan keluarga kami, telah lama tiada bunyi-bunyian dia memekak di depan rumah, tiada lagi dia beterbangan bebas di dalam rumah, mandi di dalam kolah bilik air ( editor - burung ni kalo deme nak tau memang suka mandi ), tiada lagi makan nasik dan jagung bersama-sama. Dia lah yang aku ceritakan dari tadi, Namanya Awang sekor burung Tiong Gembala Kerbau yang ayahku jumpa jatuh dari pokok dan mengalami kecederaan kaki dan kami bela sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir. Dalam kenangan - Awang ( 1996 - 2005).
P/s = sob sob sob, sedih la plaaaaak weeeeeeeeeeeeeehhhhhhh ... phhhooooOOOooiiii
Tuesday, February 14, 2012
HaRi² bAgaiKaN BeLUnCaS
Assalamualaikum, OhhhoooooOOOoooOooiiiiitt hahah, sekali dah tengah bulan februari la kan, laju toi masa berjalan skang ni kan, baru temenung kejap dah abes 2-3jam, kedap kedip mata dah abes setahun, aku rasa masa tu lama dan panjang bila nak tunggu gaji jek agagagaaaa, bila bulan februari ni jek aku teringat satu kisah masa aku kekecik dulu, sekolah rendah lagi masa tu, aku memang minat mata pelajaran Alam Dan Manusia, tu dulu la skang ni tak tau aku apa dah namanya, masa tu ada la tanam cita-cita nak jadi saintis hehuuuu, matematik selalu melingkup nak jadi saintis, phhooOOOooooiiii..
Masa tu emak aku ada tanam pokok kari kat depan umah, ada la dalam 3 pokok tanam dalam pasu, jadi bila lek sekolah tengah hari tu, panas membara kalo lalu tepi pokok kari ni bau dia mesti semerbak. Ada 1 hari tu aku ternampak kelibat pelik kat pokok kari tu, Aku langkah je pintu rumah aku terus baling beg sekolah, tepanjat emak aku yang tengah syok baring kat ruang tamu, pasal objek tadi tu buat aku tak sabar nak tau, aku terus jenguk pokok kari tu, aku perati betul-betul, apakemenda tu la haaaiiih, mata besor tengah peluk batang pokok kari tu, aku usik sikit guna ujung jari, uiiiikkk dia senyap jek, aku pun panggil emak aku kat dalam, bila mak aku sampai aku tanya dia, "mak ooOOo mak, apekemenda ni aaar, mata dia besor, leh makan ke ??", terus mak aku geleng kepala, "oooooiit betuah, tu ulat beluncas laaa, mana leh makan, dia makan daun tue". Wooo, baru aku tau nama dia beluncas, ensem gak laa nengoknye.
haaa, ni laa rupa dia tue, mesti korang suma penah tengokkan, pastu lama gak aku peratikan binatang nie, aku tengok mata dia besaw tapi takde lak kedip-kedip macam mata binatang lain. Aku agak geli gak laa bila emak aku cakap ni spesis ulat, aku kalo ngan binatang takxe tulang ni memang aku lemah semangat, pacat ke lintah ke, silap-silap boleh rebah aku, tapi beluncas ni len sikit sebab aku tau dia tak isap darah hahaa. aku pun angkat laaa beluncas ni ngan sepit lidi yang aku buat sendiri, sekali tengok baru aku tau, chaaaaaaaaaaaaaiiiitt tu bukan mata dia laaa, corak je rupanya, haa ni mungkin tuk takutkan pemangsa-pemangsa lain la kot, lebih-lebih lagi burung, memang suka sangat ngan ulat, pastu beluncas ni plak leh tahan tembamnya, masa aku sepit tu tegeliat-tegeliat badan dia hahah, pastu aku letak balik kat dahan kecik tu, ta lama pastu tu dia mula nak makan daun kari, wuiyoooo masa ni yang aku teruja tu, tu dia aaaih kan main laju dia makan, mula tu dia nek kan kepala dari atas dia sodok makan daun tu sampai bawah, sekali shoot tau, cukup hebat, patut laa buntal.
Aku tengok dalam buku, nanti menda ni akan tukar jadi kepompom pastu seterusnya akan jadi Rama-rama, wuuuiiii ni memang bes sangat laaa, teringin nak tengok secara terus, selalu tengok kat rencana jek, memandangkan proses ni memakan masa yang agak lama, bukan jam tu juga leh jadik, aku pun amik keputusan esok je laa tengok pekembangan dia. Pendek punye citer, esok tu pas loceng sekolah berkumandang, aku terus balik, takde tunggu kawan pun, apakabo laa ulat beluncas aku yang ensem tu, dah jadik rama-rama ke jadik ramasami ke kan. Sekali sampai jek umah tu dia bau kari bukan main kuat, ahaaaa kompom mak aku masak menu kari hari nie. Aku pun tersenyum, kena lak kari ikan memang sedap laa kena ngan nasi panas kan. Apaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!! nasi panaasssss !! kaaaaaaaariii !!!!!! aaaaaaaaaaaaaarrrrr ulat aaaaaakuuu.. sob sob sob, betoi sangkaan aku, ulat beluncas aku dah xde kat pokok dia, aku lari masuk dalam, " maaakkkk, mak masak sekali beluncas ami ke ??", "ohhooiittt gile ke apa ko nie, mak dah buang laa, ko nak wat apa ngan beluncas tu??", "Waarrrrkkkkk, orang nak tengok dia jadi rama-rama laaaaaaaaaaaaaaaaaa".
Itu lah dia sedikit kisah tak masuk akal yang terjadi dulu, kempunan aku nak tengok beluncas jadi rama-rama, petang tu mak aku pujuk aku ngan hadiahkan aku layang-layang gambor rama-rama yang dia beli kat kedai Leong kat ngan umah aku. Cantieeeeeeeeettt, terus aku lupa dah pada beluncas yang ntah kemana-mena emak aku dah campak. Aku harap dia berjaya menjadi rama-rama. wehuuuuuu .. :)

Subscribe to:
Posts (Atom)