Thursday, June 9, 2011

Aar cer cerpen 8 - CinTa kAcaNg RebUs


    Jenab memang menyukai kacang rebus sejak beliau masih kecil lagi, ini kerana ayah beliau iaitu Pak Mat Tanggo juga amat mengemari makanan ringan tersebut, bukan sahaja sedap, lembut malah ianya mempunyai kadar nutrisi zat besi yang tinggi dalam membekalkan protein untuk tenaga badan, ramai orang - orang tua berkata kalo makan kacang banyak nanti tumbuh jerawat, bagi beliau itu semua penipuan orang tua2 sebab benda sedap kalo tidak diprovokasi sedemikian rupa maka akan berebutlah kacang yang sedikit itu dengan anak2, jadi bila ada kesempatan setiap jumaat jenab akan pergi ke pasar malam berhampiran rumah beliau untuk membeli kacang rebus..

   Penjual kacang rebus ini sudah tua orangnya, rata2 peniaga setempat amat mengenali akan kehebatan kacang rebusnya sehinggakan beliau diberi gelaran Pakcik Peanut butter oleh penduduk setempat, arakian sedemikian beliau ada seorang anak lelaki yang selalu membantu beliau berniaga, Jamalus Jamali Sidek Firdaus Hamimi bin Jamal Jamaludin Hamimi Said Al-Atas Para atau nama singkatannya Jajam memang sejak dari kecil menolong ayahnya meniaga, bagi beliau kehidupan beliau dengan kacang rebus amatlah sinonim bagaikan pinggan dengan nasi, jari kelingking dengan hidung ( korek idung la nie ), shampoo dengan rambut, begitulah kata2 peribahasa menunjukkan keakraban beliau dengan kacang, sehinggakan tugas2 yang beliau buat seakan kacang sahaja bagi dirinya, Jajam kasihan melihat bapanya tiada siapa yang membantu di pasar jadi dia sanggup mewarisi perniagaan terun temurun itu, manalah tahu 1 hari nanti beliau berjaya mengkomersilkan pasaran kacang rebus ini, untung sabut timbul untung manusia selalunya tak timbul2 jika tiada usaha, itulah yang beliau pegang sebagai semangat seharian..

  Dipendekkan kan cerita, Jajam telah mengambil alih perniagaan ayahnya secara 100% ini kerana ayahnya sudah bersara, jadi jajam tidak langsung berasa kekok kerna sudah biasa membantu sejak dari kecil lagi, dan seperti biasa Jenab akan sentiasa datang membeli setiap jumaat, dari kecil jajam sudah perasan jenab sering membeli kacang rebus ayahnya, dan sejak itu mereka sudah mula mengenali tapi langsung tidak betegur sapa, hanya perlakuan memberi duit dan menyerahkan kacang rebus sahaja yang selalu terjadi antara mereka berdua dan tiba la suatu hari Jajam ingin menegurnya secara manis sebagai pemula kata bicara, jiwang juga mamat ni rupanya. Lalu jumaat yng di tunggu2 telah pun tiba, hari ni Jajam dress-up tak hingat punya, ala2 gaya Hritik Roshan, ramai juga rakan2 niaga yang lain termuntah2 kecil ditepian gerai tetapi kerana ingin menjaga hati Jajam mereka menunjukkan isyarat bagus mengunakan ibu jari tak ubah seperti gaya dR. Rozmey. Jajam cukup berkeyakinan dengan sokongan tidak berbelah bagi dari rakan peniaga.

   Dari jauh Jajam dah nampak kelibat Jenab, Lalu beliau secepat mungkin mengkuntumkan senyuman yang paling manis, senyum kan sedekah kata beliau dalam hati, rupanya dari awal lagi beliau dah pilih dan asing2 kan kacang yang gebu2 untuk Jenab, Sesampai sahaja Jenab dengan lembut Jajam memulakan bicara "haaaaiii awak, berseri awak hari ni, nk beli kacang saya ke" dengan aksi mata berkelip2, Jenab yang agak terkejut membalas juga sekuntum senyuman dengan pipi kemerah - merahan, akhirnya mereka hanya tersenyum2 sahaja selama beberapa minit sehingga pengunjung yang lain kehairanan, aliran mata yang terpaut seolah2 mencerminkan keindahan dalam kebahagian, akhirnya seorang Apek memecahkan keasyikkan itu denga jeritan "haaaaaaaaaaaaaaiiiiyaaa jajam, berapa lama mau tunggu, wa mau bili kacang bukan mau tengok filem hindustan maaaaaa, sudah suka lu kasitau terus la sama ini amoi !!!!! ., lalu mereka berdua tersentak dengan itu Jenab terus mengambil kacang rebus dan belari pulang, Jajam pula berdiri termanggu sambil dalam hati berkata "siuuuttt toi, dia belum bayar laaaaa" ..

  Tidak mengapa, nampaknya langkah pertama sekurang2nya sudah membuahkan hasil, orang tua2 cakap malu itu tanda setuju, Jajam memang seorang yang tidak penah kenal erti putus asa dalam hidup, selagi tuan punya badan tidak cakap "tidak", "takmau", "tak selesa berkawan dengan awak" atau sebagainya lagi  secara terus terang selagi itu lah dia ingin usaha, inilah cabaran dan risiko jika hendak mencari cinta dan kasih sayang yang sejati,  jika orang dah tak suka mana mungkin kita boleh memaksa, cuba pula kalo diri kita dipaksa2 kan, pasti juga kita buat perkara yang sama bukan, jadi di sini amatlah penting kita menjadi orang yang memahami kan itu lebih baik.

   Akhirnya pada minggu depan mereka berdua bersua lagi, Kali ini Jajam tidak mahu lagi melepaskan peluang kerana perasaan itu sudah berkumpul sejak mereka kecil lagi, Jajam sering memandang Jenab yang selalu datang sambil dipegang tangan oleh ayahnya, nak meluahkan hati pada usia sebegitu mahunya makan pelempang oleh Pat Mat Tanggo, dah la beliau seorang bekas tentera, jadi langkah telah disusun rapi dari awal, Jajam sejak dari semalam telah pun berlatih membuat pengucapan awam dan hari ini dia yakin dapat meluahkan kesemuanya, hatinya bulat sama seperti kegebuan kacangnya, lalu masa yang ditunggu telah tiba, jenab sudah pun berada di depan Jajam dan dengan kesempatan yang ada Jajam pun ................................. ..... ...   ....... ting ting ting!!!!!! masa dah time ..  " cerita ini akan di sambung pada episod akan datang, mahu tahu akan kesudahan kisah cinta ini, tunggguuuuuuuuuuoooooOOOooooo "

 

 

3 comments:

  1. fuhh meleleh air liur...

    ReplyDelete
  2. ape ni cite sangkut...x best betul!

    ReplyDelete
  3. hahaaa, sabo sabo esok ada sambungan dia.. adoiiii citer drama bersiri leh lak tunggu kih kih

    ReplyDelete