ooooooooooooooooooOOOOoooOooiiiiii !!!!! hahaa, berjumpa kita lagi tapi kali ni dalam edisi khas Muzik², aku takde modal nak cerita menda lawak komedi, otak aku kena rehat jap aaar, sejak aku tengok rancangan MaharajaLawakMega yang aku tibai dari kawan² punye thumdrive yang amat rajin mendonlod, setelah aku pollow dan selalunya berakhir dengan aku yang terlena kat pillow baru lah aku sedari memang susah nak wat lawak, nak bagi orang ketawa berdekah² sampai kuar air mata, lagi cantik dok ada kalo sampai terkuar air kencing. Tu memang lawak tahap bedebah campur durjana punye. Walo apa pon, Chef Wan memang juri yang agak laser dan pedas, kalo tak lawak memang kena cantas habis²an, baguslah sekurang-kurangnya beliau tidak memberi harapan palsu pada peserta yang bertanding.
ChhoooooOOii !! aku dah macam lari dari tajuk di atas plak, ohooo tu pengenalan jek. Ahaaaa, apa yang aku nak olah kat sini pasal BAND ni ngan FRONTMAN dia iaitu Encik James Hetfield ni laa, aku takde nak cerita panjang pun, cuma band ni ngan Frontman ni banyak mempengaruhi perjalanan Muzik aku sejak aku dari kekecik dulu, antara fenomena menarik juga dalam industri muzik² Rock & Metal, tak silap aku ada aku ceritakan sedikit sebelum ni kat salah 1 entry aku klik Di Sini.
Mamat ni memang bes, tu jek yang aku leh cakap, sejak aku darjah dua bila aku menonton Video live konsert dia memang wat aku tak kejip² biji mata. Pasal dia ni gak la aku memeras ugut sedikit duit dari emak aku nak wat tambang bas sebab nak pegi beli Gitar kapok kat Pasaraya Empyrium Kelang masa darjah empat ( dah lama tebako pun banggunan neh ). Aku memang suka cara dia memetik gitar, penuh disiplin dengan pelbagai teknik yang sesuai ngan pembawakan lagu, ianya seakan kita bermain dengan matapelajaran Matematik, sejak itu aku mula wat ulangkaji tentang cara permainan beliau melibihi dari ulangkaji matapelajaran Matematik yang aku belajar, tu pasal Matematik aku selalu melingkup, tesungkuooooOOor orang cakap.
Nak tau lebih lanjut leh tengok kat link Wikiapakedia yang aku sediakan neh - James Hetfield
TAMAT
Sunday, November 20, 2011
Monday, November 14, 2011
Aar cer cerpen 11 - PeRjaLanaN yaNg pAnjaNg
Hari demi hari kebelakangan ini banyak membuat aku terfikir akan satu kondensi perjalanan demi untuk merealisasikan kedamaian yang aku cari kini semakin pudar sepudar warna selimutku di atas pusadar tempat pembaringan seharian.
Aku tidak pernah mengimpikan sesuatu yang besar dalam hidupku, semasa sekolah juga tidak pernah aku berimpian dan bercita-cita tinggi menggunung seperti pelajar lain yang begitu bersemangat menceritakan cita-cita apabila cikgu meminta mereka berdiri untuk tujuan tersebut, ada yang ingin menjadi Doktor, Pegawai Tentera, Pemandu kapal terbang, Peguam, Guru dan sebagainya lagi dengan jawatan-jawatan yang tertinggi dalam kehidupan. Bila sampai giliran ku, aku hanya berdiri longlai sambil meyatakan yang aku hanya dapat meneruskan hidup sahaja dengan kerja-kerja biasa sudah memadai, oleh kerana jawapan itu aku telah didenda berdiri atas meja oleh Cikgu dan beliau berkata bahawa aku ini hanya membawa fikiran negatif pada pelajar lain. Bukan niat aku untuk menyatakan begitu, ada sebab aku katakan sedemikian kerna sedari kecil lagi aku sudah mengerti akan perjalanan kehidupan. Tidak larat aku menginginkan cita-cita yang setinggi gunung kerana aku sahaja yang memahami kebolehan dan keupayaan diri aku, bukan orang lain.
Sehinggalah aku menamatkan zaman persekolahan, aku masih tidak mempunyai cita-cita yang besar, walaupun keputusan SPM ku boleh la tahan juga pada pandanganku tapi tidak tertahan pula pada pandangan ibubapaku, sebesar Gunung Tahan juga nasihat-nasihat yang didermakan pada diriku kerana memiliki keputusan sedimikian rupa, aku hanya mendengar dengan penuh hormat, tiada apa yang hendak aku bangkangkan kerana aku begitu menghormati mereka, lagipun keputusan ku tiada apapun yang gagal cuma cukup-cukup makan. Dengan keputusan itulah aku memulakan perjalanan hidup dengan bekerja diusia yang muda di mana dalam masa yang sama ramai rakan sebaya berlumba-lumba menyambung pelajaran ke menara gading, aku pula apa jenis kerja tidak pernah aku kisah, dari kerja yang membanting tulang empat kerat sehinggalah ketahap tekanan mental yang tinggi, tugas-tugas yang mengejar dateline dan bermacam jenisan tugas pernah ku lalui dengan penuh tabah.
Dari sini aku mula mengenali kehidupan yang cukup luas. bermacam-macam perangai dan tindak tanduk manusia. Ada yang baik, ikhlas, kelakar, suka membantu tidak lupa juga yang negatif seperti talam dua muka kadang-kadang bertalam-talam sampai tidak boleh dikira, penipu, asyik nak meminjam duit kawan-kawan dan ada juga yang suka marah-marah tidak tentu fasal tanpa mengambil kira hati sahabat padahal perkara itu boleh dibincangkan baik-baik. Bagi aku inilah ragam manusia dan sifat-sifatnya yang tuhan ciptakan, kitalah yang memwarnai kehidupan ini samada untuk baik atau sebaliknya, kalau semua sama sahaja tidak menarik juga. Terpulanglah pada kita untuk menanganinya dengan baik sentiasalah beranggapan positif kerana terjadinya sesuatu perkara itu adalah ujian pada diri kita semua. Selesaikan dengan baik dan jalan yang sabar. Aku sebagai manusia biasa, aku sayang pada semua. Orang yang sabar adalah manusia yang menang dalam kehidupannya.
Aku teringat waktu aku kehilangan sebentar masa depan ku beberapa tahun yang lepas, hidup yang dilalui amat perit sekali bak kata kumpulan Jambu " apa pun tak boleh !!! ", gara-gara kehilangan pekerjaan tidak sampai dua bulan ekonomi poketku mula terjejas, bila poket sudah terjejas memang hendak buat apa perkara pun tidak boleh, dalam usahaku mencari pekerjaan baru aku bersyukur kerana keluarga yang mengambil berat dan juga kawan-kawan yang memahami tidak putus memberi semangat. Semuanya aku rasa seperti bermula semula seperti dahulu, merangkak semula aku perlahan-lahan bekerja apa sahaja kerja tidak mengira apa jawatan tersebut selepas beberapa bulan aku menanam anggur yang tidak pernah membuahkan hasil, aku terima perkara ini sebagai satu yang memberi pengajaran besar dalam hidupku, semua ini membuatkan aku tabah merentasi rona-rona kehidupan.
Setelah beberapa lama aku mula menggalas tugas baru ini demi perjalanan masa depan hidupan seharian ku, tugas ini aku dapat hasil dari seorang sahabat yang memberitahu ada kekosongan jawatan di tempat tersebut, lalu aku pun menghantar resume berkoyan-koyan dan syukur dua bulan selepas itu aku dipanggil untuk ditemuduga. Inilah tugas dan pekerjaan yang menjadi impian dan cita-citaku dari kecil lagi, amat sesuai dengan kebolehanku dan aku sangat gembira melakukan segala tugas-tugas yang diamanahkan, aku tahu kalau aku sebut dan cerita tentang cita-citaku masa sekolah dulu pasti aku akan diketawakan kerana pada masa itu teknologi ini masih belum tercipta. Sekarang ini aku telah pun menjadi ...
Ya, aku telah pun menjadi Kapten dalam kapal Star Trek. Pengalaman memikul tugas ini memang lain dari yang lain. Menjelajah ke Angkasa lepas sambil melepas adalah satu kenangan yang sukar untuk dirungkapkan dengan kata-kata.
"Tet tereneeett tet teeet tiuuu ding ding", bersiul kecil hatiku mendengdangkan lagu tema kapal angkasa ku di dalam hati kecil ini. Hatiku gembira melihat sinaran cahaya bulan.
" Woooiiit woooiiiiy, haaa tu dia cepat tangkap, haaaaiiisssh asyik terlepas je la orang tua sorang neh, ntah sapa pulak mangsa yang dia tengah sedap becerita tu", " ehhh mana Din aku tak nampak pun", "tu haaa kat kedai mamak tue, cepat berenti Van kat situ kita tangkap dia"
Tiba-tiba sebuah Van bulat sabit merah berhenti mengejut di tepi kedai mamak, dan ini telah membuatkan faiz atomdot, naz koboi, wak chacos, remy remos dan azri komando terkejut bukan kepalang kerana mereka sedang asyik mendengar cerita seorang lelaki yang baru mereka kenali tadi menceritakan kisah pahit manis kehidupan beliau. "eyhh, macam pernah ku lihat sahaja Van ini, tapi di mana ya ??" ujar naz koboi.
" dah la tue Pakcik Hamid, meh kita balik meh" tegur seorang pertugas yang keluar dari Van tersebut. "alaaaa tunggu la kejap, pakcik tak abes lagi ni, kapal angkasa nak berlepas dah ke ?", " ye pakcik, nak berlepas dah, jom ikut kami" kata seorang lagi petugas dengan nada lembut. "ahaaa, maaf laa adik-adik semua, Pakcik ni terlepas lagi dari rumah sakit mental, ye kan ajelaa apa yang dia cerita tadi eyh, dah memang cenggitu perangainya, kamu tak ingat ke dulu pun kamu suma penah terkena ngan dia" kata din sambil tersenyum. "Apaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, nie pakcik yang kencing kami pasal kapsul masa yang leh bawa pegi ke Kota ntah apa kenama tu ke !!!!" bergema mereka serentak, "haaaaa ya laaaaaaa" keluh Din. "wayaaaaaaaaaarrrkkkhhhhh !!! lalu serentaklah mereka berlima terbalik dari kerusi dengan kaki ke atas terkapai-kapai " isk isk sob sob sob, kita terkena lagi". - TAMAT
P/s = ahaaa pada sapa² yang tak penah baca atau tertanya² akan kisah pertama dulu buleh terus pergi atau KLIK sahaja pada Link di bawah ini yek ngeeheheee
Kota Centourolantis

Subscribe to:
Posts (Atom)