"Manap, bila kau nak balik kampung nak, dah 1 dekad ko tak balik beraya, pulanglah nak, ayah kau sudah tidak marahkan kau lagi", begitulah suara seorang ibu yang keluar dari peti simpanan suara handset si Manap. Masuk ni, ini kali ke-38 manap mendengar ulangan suara ibunya, terdetik perasaan rindu hendak berjumpa ibu, hendak bersalam dengan ibu, makan makanan ibu, tapi apabila terkenangkan peristiwa lama, amatlah berat dan syahdu kakinya hendak melangkah pulang.
Tergamit kembali kenangan yang telah membuatkan ayahnya berapi 1 badan, sekaligus menjadi punca beliau pergi tak kembali ke pangkuan keluarga. Peritiwa berdarah yang amat dahsat, seperti menconteng arang di muka orang tua, eh tidak, lebih tepat lagi ialah menconteng cat nippon paint ke muka bapa. Kini Manap sudah jauh berubah, tidak mungkin lagi dia sanggup mengulangi kesalahan yang lama. Akhirnya setelah berada di Terminal Bas, Manap tekad untuk membeli tiket pulang ke kampung.
"akak, tiket bas balik seksyen 17 Shah Alam ada tak", ujar manap sambil kepala menujah ke cermin konter penjual tiket. "ambooiih, sampai merecik biji cili ni, tak puasa ke..?", getus akak yang bertugas dalam konter tersebut. "eh puasa la, ni yang sahur tadi punya" balas manap sambil sendawa. "Maaf la dik, tiket bas semua dah habis untuk semua destinasi, bas tambahan pun habis, bas persiaran pun habis, adik balik naik basikal je la eik, badan pun sihat, gemuk lebih je akak tengok adik ni", ehhh akak ni, aku letup konter ni kang tau la, berkata manap di dalam hati. Manap terus terduduk di 1 sudut, aisehmen tiket dah habis. Ulat tiket pun dah balik beraya agaknya.
Manap gagahkan juga usaha, Keretapi adalah pilihan seterusnya. Dengan kadar tenaga yang makin meleset manap menyeret kaki ke stesen KTM (keretapi tanah melayu) yang terdekat. Harapannya menyinar apabila ternampak sebuah keretapi sedang berlabuh di atas landasan, fuh keretapi letriklah, bergaya ni kalo aku naik. Manap berlari sepantas mungkin, bak harimau cheetah yang lapar mengejar sang pelanduk. Tapi lagi berapa tapak nak sampai, petugas konter telah pun menaikkan papan tanda Tiket Sold-Out. Manap terus seperti terkena panahan petir, terus tersungkur menyembah bumi dalam posisi seperti sujud, hampir sahaja mengalirkan air mata, tapi lumrah sebagai lelaki sejati, setakat perkara-perkara enteng macam ni, amatlah sia-sia air mata jatuh ke bumi.
Jam dah melebihi pukul 5 petang, esok dah nak raya. Harapan dah makin tipis. Orang lain semua dah berdesap-desup pulang untuk beraya bersama keluarga, Manap masih lagi mundar mandir di tengah kota, waktu berbuka telah pun tiba, seruan azan disambut dengan doa berbuka, manap tumpang berbuka di masjid berdekatan. Jemaah tidaklah ramai, mungkin yang ada ini adalah jemaah-jemaah yang dah takde kampung, menjadikan kota sebagai kampung halaman. Setelah berbuka, jemaah menjemput para hadirin ke dewan Solat untuk maghrib. Setelah selesai, manap terus melangkah keluar, memakai kasut dan termenung sebentar di tangga. Fikiran manap melangkau jauh menembusi fenomena alam diiringi gema lagu Fenomena dari kumpulan rock Search difikiran.
Sedang asyik mengelamun, manap disapa seorang pakcik, "haai, jauh termenung, mesti ada masalah ni" tegur seorang pakcik, "eh mana pakcik tau, pakcik ni Malaikat ke..?" balas manap. "abaaaaahhhh kaaaaauuuu, aku ni manusia la, dah kau termenung, aku teka la tentu kau ada masalah" tekik si pakcik. "maaf pakcik, saya teringat kisah-kisah nabi la tadi, emm saya nak balik shah alam tapi semua tiket kenderaan awam dah abes, ni yang macam sengkuang dah muka". "ahaaaaa, pakcik pun nak balik ke shah alam ni, kebetulan la kalo anak nak tumpang ada juga pakcik kawan nak sembang-sembang." Mata manap terus bersinar-sinar, inilah rezeki yang jatuh ke riba. Inilah yang tuhan katakan, buat 1 kebaikan dibalas 10, manap teringat tadi sebelum berbuka dia ada derma sikit kat tabung masjid.
Dalam perjalanan mereka berdua rancak bersembang, sehinggalah perjalanan hampir sampai barulah manap teringat untuk bertanya, "pakcik buat apa kat sana tadi, bekerja jugak ke..?", "taklah, pakcik cari anak pakcik, dia dah lama tak balik, dulu tu pakcik yang ikutkan hati sangat, pakcik geram, mana taknya, orang suruh dia mengecat rumah, dengan muka-muka pakcik dicatnya sekali hensh hensh..!!" jelas pakcik dengan geram. "Apa ke bahalol laa anak pakcik tue, nak kata muka pakcik macam dinding rumah, memang la ada iras-iras sikit, tapi nape dia tergamak wat macam tu kat pakcik..?" balas manap, "amboi ayat kau, macam mintak nak jalan kaki jek ni, ahaaa salah pakcik gak la dulu, pakcik tau dia tak sengaja, catnya jatuh kena pakcik masa dia panjat nak cat tembok".
Tidak lama kemudian sewaktu hampir menjelang subuh, mereka telah hampir ke destinasi. "ahaaa pakcik, pasni masuk kiri, pehtu kanan, terus, kanan kanan kanan eik, rumah saya kat situ" beritahu manap, selang 5 minit kemudian, "Eeeeehhhhh ini rumaaaahhh akuuuuuuuuuuu..!!!!! jerit pakcik, "eeeeeehhhh pakcik, ini rumah saya jugaaaaakkkk, wooo pakcik kawen ngan emak saya eik..??!!!" balas manap berang, "kepala hotak ko, memang dari dulu tu bini aku !!! ko ni sapa??", "haa tu depan pintu tu, emak saya la tue, pakcik jangan macam-macam..!!!".
Seraya selepas itu, "Alhamdulillah, abang dah berjaya cari dia, tak sia-sia abang pergi seminggu, manap mari sini, emak rindu kat kau" jerit si ibu. "Apaaaaaaaaaaaaa, ini manaaaaaapppp !!???" jerit pakcik, "laaaaaaa, bapaaakkk keeee...!!!!" jerit manap. Akhirnya kedua-dua makhluk tersebut pengsan dengan bergaya di pagi syawal.
<=== ni laah samdol tuh, muka memang muka mintak penampor jek kalo tengok.
SELAMAT HARI RAYA,
MINTAK MAAF DI HARI RAYA.
SELAMAT DENGAR LAGU RAYA.
DUIT HABIS DI HARI RAYA.
BLAAAAAAHHHHHH..!!!
ehh sialll muka bapak sendiri pun tak kenalka dlm ini ceritaa...kanimuiii..hahahahaashjhajshdjkhasjdhas..selamat hari raya diperantaun remiedeen malinkoo - faiz AD
ReplyDelete