Friday, August 26, 2011

Aar cer cerpen 10 - CahaYa Di AidilFitri

 Semangat dan tekad terpahat kemas di sanubari. Keazaman untuk mencapai keazaman dan kemenangan. Ketabahan dan kesabaran menjadi kunci utama untuk kejayaan yang mutlak
   Itulah dia, tidak ramai yang tahu apa yang sedang begelora di hati Aboy. Sejak hari pertama  berpuasa beliau sudah bersemangat, buat pertama kali dalam sejarah usianya mencapai 25tahun, ramadhan kali ini dilalui tanpa tercemar atau terkantoi sedikit pun.
   Oleh kerana ini, Bob selaku kawan baik telah merasakan angin perubahan yang melanda Aboy. Sejak mereka berkawan, tidak pernah dia melihat Aboy beria-ria berpuasa penuh, Tahun ini lain benar. Tidak pernah rasanya Aboy menolak cabaran rakan-rakan untuk ponteng puasa. Angin perubahan yang melanda Aboy mewujudkan kehairanan sehingga akhirnya Bob tidak lagi mampu menahan perasaan untuk bertanya.
   
   "Aku tengok ko lain macam je tahun ni bro". kata Bob sebagai pembuka bicara, sengaja dia mulakan dengan penuh sopan sempena bulan ramadhan ini. "lain macam mana pulak oiiitt" balas Aboy. Bergetar jantung Aboy mengenangkan bahawa tidak mungkin Bob sudah tahu apa yang terniat dihatinya.
   "entah laaa, ko dah berubah la bro, selalu time cenggini ko dah ajak aku cari nasik, tapi takpelah sebab perubahan ni ke arah positif sekaligus kearah melahirkan generasi cemerlang dan gemilang aku terima" getus Bob dengan ayat gurau berbentuk patriotik.
   Gurauan itu membuatkan Aboy kembang kempis hidungnya walaupun telah cuba sedaya upaya agar perasaannya tidak melambung mendengar pujian sedemikian, akan tetapi beliau cuma manusia biasa, apakan daya beliau dapat menghalang keluasan hidung yang semakin berkembang pesat itu.

   "tahun ni ko macam dah alim sikit berbanding tahun lepas,tahniah aku ucapkan, tapi sebagai sahabat karib aku nak tau gak nape tetiba ko berubah" kata Bob penuh dengan maksud yang tersirat. Dilambung dengan pujian sedimikian rupa mulut Aboy semakin ringan ingin meluahkan apa yang selama ini terbuku di dada. Ternyata sahabatnya itu kagum dengan perubahan ke arah kecemerlangan yang sedang beliau praktikkan.
   "kupu-kupu pun lama-lama akan bertukar menjadi rama-rama wahai sahabatku, inilah masanya yang kita cari untuk berhijrah ke arah yang lebih murni,sudah 24tahun kita berpuasa dengan sia-sia, hari-hari asek puasa halfday,kita sudah dewasa, ini lah masanya wahai sahabat" ujar Aboy, terpegun Bob dengan tutur kata yang seakan ustaz seperti yang selalu dilihat di tv9 rancangan Tanyalah Ustaz. Jelas dengan kata-kata ini menunjuk akan kedewasaan Aboy.
   "aku kagum tengok ko sekarang, apa rahsia nye yang ko simpan dari pengetahuan aku, cuba kongsi sedikit agar kita dapat manfaat nye bersama" kata Bob merayu. Bob ingin juga berubah seperti Aboy, beliau nampak tenang pada puasa kali ini, jarang terjadi, kalau tidak pada tahun-tahun yang lepas beliau lah orang yang seperti beruk kena belacan bila menjelang tengah hari, air liur mula menitik-nitik menginginkan sesuatu untuk disantap, beliau akan mencari jalan untuk ponteng puasa, ingat lagi Bob masa tu Aboy menyamar sebagai kucing ketika menjamah ikan goreng di dalam stor. Betul-betul haru-hara punye perangai. "baiklah, kalo ko beriya-iya nak tahu ko datang jumpa aku di pagi raya nanti" ujar aboy dalam keadaan hidung masih mengembang.

   Dipendekkan cerita akhirnya syawal menjelang jua, Selepas subuh Bob terus sampai ke rumah Aboy, Terperanjaaaattttt Aboy melihatnya. "amboi ko, awalnye ko datang, tok imam pun belum bersiap lagi ko tau tak" telah Aboy pada sahabatnya. "weeehh cepat lah, aku pegang kata-kata ko nie, ko cakap dulu nak bagitau rahsia masa raya pertama nie, aku tuntut janji tu tau" terang Bob. ahaaaaaa, ko tunggu sini kejap aku nak masuk dalam bilik kejap, Aboy pun masuk ke bilik dan 5minit kemudian beliau keluar ibarat seperti seorang model, meliuk lintuk gaya berjalan dengan busana yang dikenakan. "hah, ni la rahsianya kalo ko nak tau, ko ingat tak seluar ngan baju ni, kan kita tengok sama-sama masa sebelum puasa itu hari, kita sama-sama berkenan dan mencuba tapi sebab badan kita macam jentolak korek tanah, jadi suma tak muat, memang aku kecewa masa tu, tapi tanpa pengetahuan ko esoknye aku pegi beli juga, akhirnya dengan semangat aku berpuasa penuh aku berjaya memakai pakaian ini, amacam ko kagum tak ??? " beritahu Aboy dengan bangga.

   Pagi itu, seisi kawasan perumahan mendengar laungan tangisan yang amat sumbang menghias pagi raya, dapatlah jiran-jiran menyaksikan Aboy pergi ke masjid dengan Rim basikal racing melekat kat badan. Bob pulang cukup berang, " chooooooooooooooooooiiiii, setakat puasa dengan niat nak kurus kan badan pastu leh pakai pakaian tu baik tak payah waaarrfff3x !!!!!". Begitulah kisah 2orang sahabat, yang baik kita jadikan teladan yang tak baik kita jadikan sempadan .. heeeeeeeeeeeeee

P/S= dengan kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Pada semua kengkawan, minta maaf kalo ada salah dan silap dalam penulisan yang menyingung perasaan mana2 pihak .. ok jumpa lagi heheeeeee ..

Thursday, August 25, 2011

MeNu RamaDhaN


 IKAN PEKASAM

 Fuhhhhhhhhhhhhh, ni la teman nak ceghiter neh .. ni dia, ikan Pekasam tu pas goreng deme tomes kan ngan bawang kecik tu kan kan kan pastu masuk kan juga sekali cili potong tu, pas siap panas² tu kan kan kan deme potong le limau nipih tu dalam 3-4bijik kan hias jek le kat tepi tuh.. haaa terpulang la kan nak perah lebih ke asam limau nye, hasil dia teman maleh le nak kabo , memang le menyayat hati tu. Sementara nak tungguo waktu berbuka tu suma ahli keluarga dah merembes² air liur menjejeh melihatnye. Tapi masa nak goreng ikan Pekasam ni memang puaka la sikit keadaan nye tu, dapur kita ni akan semerbak le bau nye, macam nak pengsan pun ada, kalo mekeme tak tahan tu buleh laaa pakai Topeng Gas tu ye, dia punye sengat bau tu kadang2 tu jiran tetangga pun lentok dagu di tepian meja. Tapi teman steady, setakat bau dia tu takde hey le bagi teman, selamber pompa jek teman sedut senapas. Bila dah lama² tu dia jadi harum sebenarnye. Deme tak caya deme cube le ye.

  Okeh, hasil dia selepas berbuka tu ikan² ini berjaya ditogelkan isi dari tulang-temulangnye hanya dalam 7.38minit sahaja ( 1 lagi rekod dunia terbaru dalam kejohanan PEKASAM SeMalaysia ). teman berani kabor le, kalo mana² artis ke model ke lalu sebelah kompom x perasan laaaaa. Takde apa dah yang menarik kat dediorang tuh selain Pekasam neh. Menu kita orang melayu ni memang banyak le keindahan nye, teman ni kalo nak ceghiter pasal makan ni mau nye tak abes², udoh² le tu ye kang wat orang len merecik air liur je jap lagi, teman harap mekeme² sume leh le cube rasa sendiri ke buat sendiri ke kan. Pada yang tak penah makan ikan ni mungkin agak tekejut le ngan rasa dia, maca masam² masin payau bedengung sume ada, tapi pada penggemar ikan ni hanya air liur yang menitis menjadi ukurannya, sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeehhhhhhhhhhh..  Hidup PEKASAAAAAAAAAAMMMMM !!!!!!!!! *@%#^^$@@##??@#**

Monday, August 8, 2011

Salam Ramadhan untUk SuMa KawAn - KawaN

   Assalamualaikum, adoiiii lambat teman rasa nak ucap kan Salam ramadhan ni, seb bek x raya lagi hahah .. ok laaa pertama2 sekali teman nak minta maaf la sempena ramadhan ni bulan baik hari pun baik , kalo ada salah silap teman, terlajak kata, tergurau lebih tu harap di maafkan, kadang tu xde niat pun cuma nak wat orang terhibur dan gembira .. teman pun xtaw lah sejak 2menjak ni keadaan agak buzy bebenor, teman pun tgh ada aktiviti stock take and check buku2 kat pustakaan ni.. start pepagi lek petang tu kompom tegolek mcm ayam golek, tapi teman cuba juga la buat sesuatu dengan perkara ini heheee ..
 
  Nanti teman akan paparkan kisah2 di bulan puasa ni, dulu masa teman kekecik memang macam2 hey laaa bila sampai bulan puasa ni, puasa yang-yok tu selalu gak laaa.. pagi sahur, kat sekolah dah berbuka tapi bila lek belakon wat2 penat depan emak kira macam teman puasa laaa hahaaa.. paling jahat tu tido dalam selimut tapi dalam selimut ada Air kotak soya .. haaaiiihh , gila teruk perangai masa tu .. biasa laa bebudak lagi kan, sekolah rendah .. bila kantoi baru la tersedar .. skang ni idok le teman wat gitu dah, umur pun tua ye tak ..

   Ok laaaa, selamat berpuasa untuk suma kawan2 yang teman sayangi, "balik ke rumah masuk ke dapur, jangan kita lupa bersahur" hahah  puasa taw jangan x puasa .. eheeeeeeeeeeee ..