Monday, April 1, 2013

CaRa² eKsTreM unTuK MenGaTaSi StResS


SENAMAN

Berdiri bersebelahan dengan tingkap, tarik nafas penuh, tahan nafas sampai wajah bertukar menjadi biru, bila rasa sipi-sipi nak putus nyawa tu baru tarik semula nafas, langkah ni penting untuk latihan kecemasan paru-paru. Selepas itu buat regangan badan, rapatkan badan dengan bucu tingkap, mulakan senaman dengan menghempas dahi ke bucu tingkap. 1, 2 adoooi 3, 4 adoiit !!!. Okey, apabila peluh mula mengalir bersama darah, itu maksudnya kita seorang yang sihat, Stress akan hilang bila timbul rasa sakit, anda pasti berjaya.

MEMBACA

Pilih buku-buku yang berunsur ilmiah seperti buku Undang-undang, Fizik, Nutrisi makanan dan lain-lain. Buku yang dicadangkan adalah penyelesaian masalah Matematik Tambahan, kaedahnya mudah dengan menyediakan sehelai kertas dan sebatang pen, anda mula menyelesaikan masalah tersebut, otak secara tidak langsung akan mengalami renjatan elektrik ekesestomatik larutan tak tepu sejurus mengembang kuncupkan otak pada kadar maksimum dan jika berlarutan akan memecahkan saraf tunjang pada kadar 70%, naaaaaahhhhh !!!!, jika ini berlaku anda akan mengalami sindrom tidak kenal diri, masalah stress anda akan lenyap. Penah dengar orang gila cakap dia stress, tak pernah bukan, anda pasti berjaya.

TIDUR

Tidur adalah jalan terbaik, untuk kesan yang lebih padu, pilihlah jenis katil yang sesuai, katil yang disarankan ialah katil 2 tingkat, lagi tinggi lagi bagus kerana kesan graviti yang akan kita kecapi sangat bertenaga. Naik ke tingkat 2 katil, mulakan pembaringan dengan tenang. Kemudian gulingkan badan ke sisi katil, yeaaahhh anda akan jatuh ke lantai dengan penuh gaya. Selepas itu naik semula, tidur dan guling lagi. Begitulah seterusnya sehingga anda mendapat rasa menyesal melakukannya. Untuk kesan yang lebih syahdu, letakkan tin-tin biskut terpakai, Telivisyen, Blender di atas lantai. Lebih baik jika meletakkan basikal. Pastikan anda jatuh tepat ke atas barang-barang tersebut, anda pasti berjaya,

MAKAN

Pilih makanan yang paling tidak sihat, sebab apa, manusia tidak akan stress jika makanan itu tidak sihat, lebih kalori, lemak, pewarna, MSG, dan lain-lain. Tapi itu tidan mencabar, yang terbaik adalah dengan memakan mentol lampu 60watt, terkebesanannya tinggi, kaca-kaca halus yang pecah di dalam mulut akan membocorkan pipi kita, sekaligus akan menyerap lebih banyak oksigen untuk masuk ke dalam mulut. Untuk kelihatan lebih macho dan bergaya, lebih baik anda mencuba lampu Pendaflour, ianya lebih panjang dan lebih rangup, anda pasti berjaya.

BERSUKAN

Sukan dan kesihatan ibarat isi dengan kuku, hubungannya cukup intim seperti hotdog dan donut. Pilih sukan dalam jenis larian, larian lompat berpagar paling sesuai, Seperti biasa, mulakan dengan gaya sedia larian Olimpik, pastikan ada penembak yang bertugas untuk memberi isyarat larian. Pastikan penembak menembak tepat ke arah peha anda sebelum anda mulakan larian. Apabila sudah ditembak, lari ke arah pagar, jangan lompat seperti biasa, tapi rempuh pagar-pagar tersebut dan pikul hingga ke garisan penamat. Kesannya lumayan, anda pasti berjaya

    Begitulah sedikit tips² untuk mengatasi masalah Stress, Selamat mencuba. Cabar minda, minda tercabar, sukseeesssssssss *&#^%@@*&#^** !!!