Pendek cerita laaa kan, semalam balik-balik umoh jek tengok ada kacang botoi @ kacang botol dalam peti ais, tetiba kepala bercanda satu idea menu ringkas ala-ala diet tak diet kan, apalagi aktiviti menggeledah peti ais dihalankan dengan ganas seperti sang tikus membaiki labu. Minta maaf la, aku malas nak cerita pasal tahun baru 2012 neh, takde apa yang menarik pun sebab ianya hanya berlalu seperti hari-hari biasa dalam kehidupan aku yang melakonkan watak orang biasa sahaja di bumi Malaysia ini. Apa yang aku rasa cuma bersyukur sebab usia bumi ini dipanjangkan lagi oleh Maha Berkuasa. Manusia hanya datang dan pergi bersama amalan baik buruk yang dibawa. Berapa ribu tahun pun usia bumi ini, kita harus meneruskan makan. Yeeeaaa, maakaaaan !!
Ok, pada sapa yang tak kenal, ni lah dia Kacang botoi, kalo pegi pasor tu memang ada juai laaa, pegi jek kat gerai yang ada menjual sayor tuh, haaaaa ni sayur dalam ketegori ulam, ulam pula terdiri dalam ketegori sayor, apa aku pedulik janji aku suka pastu sedap aku kunyah. Orang tua-tua cakap khasiatnya banyak, jadi aku percaya sebab yang cakap tu memang dah tua dan dilihat masih sihat hahah. Harga pun murah jek, berbaloi kalo beli, takde lah mahal macam sayuran import eksport tu. Kalo mahal bebenor kita sebagai pembeli ada hak untuk memberi aduan, boikot pun boleh. Kalo dah rupe tu deme tanam lah sendiri kot-kot ada lagi cebisan tanah kat umoh.
Kacang botoi ni korang leh pelbagaikan resipi dia, ada yang ratah macam tu jek sambil menonton telivisen, sambil tunggu bas tu pun boleh, apasalahnye, inilah yang dipanggil membudayakan malaysia hahah. Haa ada yang makan ngan sambal belacan, tempoyak (haaa yang ni memang aku berhantu sikit laa), goreng dan paling bez kalo wat kerabu. Peeerrrrgghhhh, wa cakap sama lu la woooiii, memang tak guna la hidup kalo tak try kan. Pada sesapa yang tak makan sayur tu tak payah la terasa, korang punya pasal la sebab terlepas satu nikmat permakanan yang telah tuhan ciptakan.
Haaaaaa, ni rencah-rencah dia kalo nak wat kerabu kacang botoi nie, korang leh potong melintang jek kacang botoi tu, alaaah ikut suka la nak potong cemmana pun, takde pantang larang pun, nak nampak cantik jek, kalo dah kunyah masuk perut satu hari pastu jadi baja juga kan. Pastu korang racik la cili merah, bawang merah kecik putih suma halus-halus, haa jangan lupa wooiii kelapa. Kelapa tu korang goreng la dulu taw sampai dia perang tu. Dah siap tu korang gaul je ngan hati yang riang. PAs siap tu tabur la garam, serbuk perasa, pada sapa suka masam-masam tu perahkan asam limau. Bila dah siap aku pun, menda ni memang nampak menyelerakan. Aku sendiri dah menitis air liur masa menaip gulps gulpssss.
Woooooiiiit kawan-kawan, hah ini le rupenye bila dah siap. Pada sapa yang Poyo yo os nak berdiet tu, ni la menu dia, korang ratah jek makan cenggitu pun sedap, tak payah makan ngan nasik pun leh. Nak gauk tu sekejap jek, cuma remeh sikit masa nak potong sana potong sini, kalo korang malas sangat nak potong-potong, korang leh amik jalan singkat, korang campak jek bahan-bahan tersebut dalam blender, tapi aku tak bertanggup jawab terhadap rupa dan hasilnye nanti, mungkis dia tak akan jadi kerabu tapi berubah menjadi Jus. Haaaa, cantieeet kan perangai. Paaaaaaaaaaaaaapaaaaaiii ..